Tuesday, June 30, 2009

::: ChengHo :::

Sabtu lepas kami dinner di Cheng Ho..it was our first time..siang hasni dan is join kaunter takaful and malam pulak we spend our precious time with family..kesian jugak kat nurin sbb dah seminggu hasni dan is busy join kaunter so ok la bawak dia jalan2 naik kereta n dinner kat luar.

my happy baby

also happy parent..cuma papa je yang serius driving...

i'm always love to see you smile

nurin and her beloved tokchik





gossip

seafood tomyam

chicken kung po

tofu with dried shrimp

siakap in cheng ho style

scramble egg with shitake mushroom

...the end...



Sunday, June 14, 2009

::: WeeKenD StoRy :::


Sabtu

Lepas solat subuh terus siapkan baju is, nurin and tak lupa untuk baju diri sendiri for kenduri. Ermmm..baju nurin pun perlu di iron...sekarang ni dia dah pandai..baju yanghasni pilih, dia ambik and terus letak di iron board untuk di iron dengan teliti oleh si umi...kenduri tu kiteorg plan nak pegi lepas zohor so memandangkan hasni dan is nak pegi kelas, maka segala persiapan perlu dibuat lebih awal supaya tidak kelam kabut.

Lepas kelas terus berdesup balik ke rumah. Solat zohor and terus siap2. Mami abah dan yang lain dah siap awal2 cuma tunggu utk solat zohor. Dalam pukul 2 kiteorg bertolak 2 buah kereta ke gombak utk makan2 kenduri. Dengan Abg Ja pulak kiteorg janji utk jumpa kat tempat kenduri. Sampai ke destinasi yang dituju makan apa lagi..salam2, berlaga pipi dan peluk cium terus la ambik pinggan masing-masing untuk diisi dengan pelbagai lauk yang ada. Yelaa..manakan tidak..dah la breakfast awal then pukul 3 baru dapat makan tgh hari...harus la berkeroncong perut ni. Kami makan dengan penuh kegembiraan kerana tetamu sudah beransur pulang dan kami dapat makan bersama dengan amat selesa dan bahagia..Alhamdulillah cuaca mendung dan angin bertiup sepoi2. Agak lama lepak disana kerana sudah lama tidak ketemu sedara mara maka terjadilah adegan-adegan yang suspen lagi mendebarkan jiwa dan raga. Hamba Allah yang juga selaku tuan kepada tempat kenduri ni adalah anak saudara abah a.k.a anak kepada abang abahku yakni bapa saudaraku yang telah kembali ke Rahmatullah. Tapi mak saudara hasni masih lagi hidup dan masih lagi bernafas di bumi Allah ini. Apabila bertemu dengan sanak saudara yang lain maka lamalah masa yang diperlukan untuk menghabiskan cerita ceriti masing-masing.

Setelah selesai di tempat kenduri, dan memandangkan kami sudah berada di gombak, maka mami telah membuat keputusan yang telus dan tepat untuk singgah ke rumah sepupunya yang kami panggil ayah long dan isterinya yang kami gelarkan wan yong. Rumah mereka terletak di taman perwira gombak. Dengan hujan yang lebat memang amat selesa bila dapat singgah ke rumah yang berhawa sejuk kerana aircond dipasang untuk menyejukkan seluruh ruang yang ada di rumah tersebut. Walaupun kedatangan kami tidak dilapor dengan lebih awal tetapi kami tetap jua disajikan dengan air teh tarik, fresh oren, kuey teow kerang, biskut, buah cherry dan strawbery....Alhamdulillah memang rezeki. Setiap kali menziarahi mereka maka kenyang jugalah perut ini menikmati juadah yang dihidangkan. Apabila misi telah selesai, maka kami pulang ke rumah dan memikirkan agenda untuk keesokan hari.

Ahad

Pagi keluar breakfast dan selepas itu terus ke giant untuk memulakan misi membeli sedikit barangan dapur. Ding dong ding dong dengan berperang dengan kerenah budak2...at last sampai rumah dah zohor...selepas selesai solat maka bermula lah aktiviti bergelimpangan di depan tv bersama keluarga sambil menonton DVD berjudul "taken" dengan dilatari oleh suara abah yang menjadi penglipur lara kerana abah telah menonton cerita tersebut pada hari sabtu malam. Memang best cerita ni. Malam pulak tiada aktiviti luar biasa yang dilakukan, cuma melayan blues and mood yang dah swing apabila mengenangkan terpaksa bangun untuk bekerja keesokan hari.

ohhhhhh Noooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, June 07, 2009

::: MuaRa IkaN BaKaR PorT KlanG :::

Kehadiran Abg Ja ke rumah ku di petang ahad yang sungguh mendamaikan membawa seribu erti kepada ku..kami minum petang beramai-ramai dengan bermenukan sandwich sardin yang di buat oleh mami, rojak mee dan air cendol yang sudah tentu dibuat oleh mamak yang berniaga di tepi jalan berdekatan dengan rumah ku. ohhhhh!!! sungguh heaven sekali apabila dapat melepak bersama keluarga dengan makanan yang penuh di meja.
Apabila perut sudah menunjukkan signal kekeyangan...maka bergelimpanganlah kami di depan TV sambil bergelak riang ditemani oleh suara gumbira anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Tiba-tiba abg ja bersuara..." mlm ni nak dinner apa"...apa lagi kepala masing-masing ligat mencari idea untuk menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh abg ja...tidaklah diketahui bagaimana idea untuk menikmati juadah makan malam yang bertemakan ikan bakar dan seafood diutarakan. Memang amat bertepatan sekali dengan tekak ku yang bagaikan meronta-ronta untuk diisi dengan hidangan fresh seafood sejak akhir-akhir ini. Memang ku amat menggemari hidangan seafood...heaven!!!!.
Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal...abg ja memberi idea untuk menikmati sajian makan malam di port klang...apa lagi terus setuju la. Selepas solat maghrib maka kami semua berangkat ke Port Klang. Tempat yang kami tujui ialah "Muara Ikan Bakar Tanjong Harapan". Itulah pertama kali dalam riwayat hidupku ke tempat itu. Lokasi kedai tersebut yang berada di tepi laut amat menyegarkan di tambah pula dengan angin laut yang sejuk menenangkan jiwa.


Muara ikan bakar Tanjong Harapan

Seafood harus dipilih sendiri mengikut citarasa dan pilihan pelanggan kemudian ditimbang dan pelanggan harus menentukan jenis masakan yang diinginkan.
Semua seafood yang kami makan dipilih satu persatu oleh suami ku yang bukanlah seorang yang penggeli agar seafood yang dipilih adalah fresh dan mempunyai saiz yang besar...big clap for him...tetapi!!!!...harus diingat bahawa manusia yang menetukan jenis masakan untuk seafood tersebut adalah si pengarang kisah ini dan juga abg ja yang sememangnya mempunyai masalah kegelian terhadap bau-bau yg kurang enak ketika mentah tetapi mengeluarkan bau yang sungguh enak dan lazat apabila sudah di masak.

Sotong goreng tepung
ikan terubuk bakar
udang sweet sour
ikan siakap stim asam boi


bertungkus-lumus menikmati hidangan

senyuman yang merungkai seribu makna

senyuman kegembiraan dan kebahagiaan ibu bapa

senyuman kasih sayang dari 2 generasi yang berbeza

jelingan menggoda seorang adik buat kakaknya

dah mengantuk rupanya puteriku

lovely family



seafood-seafood yang menunggu giliran masing-masing untuk dihabiskan

Alhamdulillah kenyang..syukur pada-Mu Ya-Allah atas nikmat rezeki.
Balik rumah dengan hati gumbira kerana dapat makan freeeeeee!!!!!.


::: SePeTanG Di TaMaN BukiT JaLiL :::

Hari sabtu petang ke taman bukit jalil setelah bermalas-malasan di rumah di pagi hari dan tengahari. Lagipun nak bawak Nurin main setalah berkali-kali janji nak membawanya ke taman tak ditepati oleh si papa dan umi. So ape lagi memang seronok dan tersangat lah happy si puteri apabila kehendaknya dituruti oleh si papa dan umi.

Tetapi nampaknya si umi pula yang terlebih excited dengan membawa bekal air sirap dan membeli makanan-makanan yang dijual diperkarangan taman itu untuk dijadikan kunyahan sambil menunggu si puteri puas beriadah dengan teman sosialnya iaitu amirul a.k.a abg long.












ok...masa dah habis..jom balik..bekal umi dah habis!!!!

sebelum balik sempat lagi melayan ais krim yg dijual di parking kereta. memang seronok ke taman.....