Showing posts with label Books/Magazines. Show all posts
Showing posts with label Books/Magazines. Show all posts

Wednesday, March 24, 2010

::: B.o.o.K F.a.i.R 2010





Book fair ni start on 19/3 till 28/3 di PWTC. Setiap tahun memang kami tak lepaskan peluang pergi book fair. Memang seronok pergi book fair sebab macam2 buku ada di bawah satu bumbung. Cuma pitih tu kena bawak lebih skit la sebab mana nak beli buku mak bapak, buku anak lagi...tapi tak rugikan invest pada buku nih....memang berbaloi2..lagipulak boleh claim income tax...hehehehe. Sehingga ke hari ni masih tak sempat lagi nak pergi book fair, weekend lepas papa nurin yang busy..insyaAllah macam2 mana pun sabtu ni harus pergi ke book fair. Ahad memang dah takde di KL dah..hehehehe. Umi nurin pulak yang tak sabar nak beli buku. Nurin pun dah bagi alarm signal " umi, bila nak beli buku baru nih..??? kakak dah tak suka yang lama-lama nih..." amboiiiii tak suka ekkkkk..nanti umi bina kilang buku yeeee.



Thursday, February 04, 2010

::: two magazines :::

 
2 majalah ini adalah antara favorite hasni. Majalah rasa memang setiap bulan dikeluarkan tetapi hasni beli bergantung pada jenis masakan dan menarik ataupun tidak. So tak semestinya sebulan sekali memang wajib dibeli. Sama juga dengan impiana dapur yang terbit 3 bulan sekali. Kalau memenuhi citirasa dan keinginan barulah di beli.  Setakat ini memang  dah lebih dari 10 edisi majalah rasa yang hasni ada. impiana dapur tak la sebanyak majalah rasa tapi cukup la untuk dibuat rujukan dapur idaman dimasa hadapan..hehehe. Hasni memang minat memasak dan hasni tak kisah kalau berada didapur sepanjang hari sbb tu hasni seronok bila dapat beli buku masakan or tengok ruang dapur yang cantik.  So untuk berada didapur dalam jangka masa yang lama untuk memasak, maka dapur juga perlu  bersih, kemas, cantik, menawan dan hebat untuk memastikan diri tidak bosan apabila berada di dapur dan untuk menaikkan mood memasak. ala.....yang penting bersih dan kemas.  Itupun dah cukup.....yang lain-lain tu cuma tambahan or bonus la untuk orang yang ada duitttt. 

Sepanjang perjalanan dari sabak bernam ke kota bharu 2 majalah ini lah yang hasni baca..hehehehehe...smpai jadi mengantuk...hahahahaha