Wednesday, September 30, 2009

::: BeBeLaN :::





Jumaat depan bersamaan 9/10/09 tepat jam 10.35 malam Hasni akan balik ke KB dengan menaiki pesawat MAS untuk membawa pulang Nurin dan makcik...hooooreyyyy!!!!!. Kalau ikutkan hati memang nak bawa nurin balik terus ke KL hari tu, tapi kesian pulak kat makcik..biarlah dia puas beraya kat sana dulu n biar dia habis khatam semua open house yang menjemputnya. Kami bertiga akan menaiki pesawat Airasia ke KL pada 10/10/09 tepat jam 10.35 malam. Kiranya 24 jam je Hasni kat KB. Is akan tunggu di airport untuk menjemput kami. So bermula ahad 11/10/09 hingga la penamat sebulan raya barulah bermula misi kami untuk terjah raya ke rumah kawan-kawan, adik beradik is and saudara mara is yang lain. Tak sabar nak tunggu Nurin balik semula ke sini. Sunyi sangat rumah kami. Balik dr kerja pun tengok rumah macam tak bermaya. Kalau tak...memang riuh dengan suara dia menyambut umi n papa balik dr kerja.
Maka Sabtu ni adalah misi mengemas rumah and settlekan baju2 yang belum berlipat. Sejak balik dr cuti raya ahad lepas..memang malas jer nak buat keje rumah...waktu malam dihabiskan dengan baring jer depan tv. Nasib baik jugak rumah dh kemas sebelum cuti raya hari tu. Cuma sabtu ni kenala settlekan baju2, vacum n mop jer. Ahad pulak rasanya nak ajak is ke pasar borong..nak beli lauk pauk..peti ais pun dh kosong..petang pulak is ajak ke rumah kawan dia buat open house...so nampaknya tak payah la masak..hehehehehe. Selamat beropen house.....


Tuesday, September 29, 2009

::: Raya Pics :::

Gambar Raya di Sabak Bernam...yang peliknya time balik ke Kota Bharu hari khamis lepas raya tu langsung Hasni tak snap gambar dengan family....ermmm...takpe2..raya haji nanti akan di plan untuk bergambar beramai2 satu family. Kat sabak bernam pun tak sempat nak bergambar sangat...sibuk ler katakan...dengan nak layan orang datang rumah, dengan pergi beraya lagi...huhhhhh sungguh penat sekali beraya style orang jawa...hehehehehe..raya orang jawa ni memang meriah...pagi2 lagi adik beradik n anak2 buah mak datang ke rumah..yelaaa atuk nenek dah xde, so memandangkan mak adalah saudara yang tua so diorang datanglah bertandang. Itulah yang bagusnya dengan orang jawa ni...walauapa pun yang tua tetap diutamakan. Yang muda mudi pulak tak perlu nak tunggu mak bapak untuk pergi beraya ke rumah2 jiran or saudara...diorang sendiri yang angkat kaki tanpa disuruh. Masa kat sabak kami sempat pergi beraya di rumah mas kat kampar and rumah shidi di ipoh, both adalah member hasni dan is. And Memandangkan dah 2 tahun berturut2 beraya di sabak bernam, so tahun depan sudah semestinya beraya di KB....yaribaaaaaaa...hehehehe. Harap2 big boss tak tukar fikiran la...
Balik KB pulak semestinya la seronok...hehehehehe. Pergi open house, melepak n bersenang lenang dirumah amatlah syok sekali...memang tak puas 3 hari kat KB. Tak sabar nak tunggu cuti raya haji nanti...nak masak sepuasnya kat sana.











Thursday, September 10, 2009

::: NikE FoR My Lil PrinCeSs :::

... ShoE n SaNdaL FoR HeR ...










Apa yang umi suka, nurin pun akan suka. We are same...Miss you so much



Tuesday, September 08, 2009

::: LosT :::







Rindu, sebak, sedih, tiada mood, itulah perasaan aku di ketika ini. Diri ini terasa ingin memeluknya erat, tapi apakan daya.... setelah dua hari berpisah dengan Nurin...Ya-Allah betapa aku amat merindui anak ku. Semalam aku tak dapat menahan sebak apabila bercakap dengannya. Aku menangis disaat aku mendengar dia memanggil ku....( umi...naper umi nangis...jgn nangis umi..) sememangnya aku tidak kuat untuk menghadapi situasi ini. Nurin bercerita apa yang dia buat di rumah atoknya. Aku tahu dia juga bahagia disana kerana dia dikelilingi oleh orang-orang yang menyayanginya tapi aku dapat rasa yang dia juga merindui umi dan papanya. Dialah segala-galanya bagi aku, dialah kebahagiaan ku dan dia jugalah kurniaan terindah Allah untuk ku.


Betapa sunyi rumah tanpa gelak tawa nurin. Setiap ceruk ruang rumah, aku boleh nampak bayang-bayang nurin. Ya-Allah tolong lah tabahkan hati ku ini...sesungguhnya aku tidak terdaya untuk menaip lagi kerana air mataku terlalu mudah mengalir disaat ini.





Thursday, September 03, 2009

::: LuaHan PeraSaaN :::

Sabtu ni Jam 7.30 pagi, Hasni, Is, Nurin, Makcik and Kak Mira sefamily akan bertolak from LCCT to Kota Bharu. Sebenarnya sebulan yang lalu Hasni dah rasa sebak dan sedih nak balik KB. Pelikkan...takkan nak balik kg pun sedih. lagipun dah 4 bulan lebih tak balik sana. Last sekali balik KB ialah sewaktu nenek Hasni meninggal. Susah nak rungkaikan setiap inci gelodak perasaan Hasni ketika ini. Tambahan pulak esok dah Jumaat...masa dah terlalu suntuk bagi Hasni. Sedih mengenangkan apa yang Hasni dan Is akan hadapi. Kami cuba terima apa yang dah ditentukan oleh Allah seadanya. Mungkin apa yang orang lain alami lagi teruk jika nak dibandingkan dengan apa yang kami lalui sekarang.
Kepulangan kami ke KB nanti bukanlah untuk bersuka ria semata-mata, tetapi juga untuk membawa pulang permata hati kami. Apabila kami membuat keputusan untuk menghantar makcik balik ke KB, maka secara tidak langsung ia juga mengheret Nurin bersama. Atas dasar perikemanusiaan, kami membawa makcik pulang ke KB untuk menghabiskan puasa dan ibadah Ramadhan di sana. Walaupun nenek Hasni sudah tiada dan makcik juga tidak pernah meminta Hasni membawanya pulang ke sana, tapi sebagai manusia...tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat lahir dan membesar. Semestinya makcik juga merindui untuk pulang ke KB. Disebabkan makcik lah yang menjaga Nurin sejak kecil, maka Nurin juga harus bersama makcik disana. Jika tidak...siapa pula yang akan menjaganya disini ketika Hasni dan Is bekerja. Alangkah beruntungnya ibu-ibu diluar sana yang memegang title "suri rumah tangga". Anak-anak sentiasa dan membesar didepan mata. Ohhhh bilakah waktunya aku akan memegang title tersebut....hanya Allah yang ada jawapannya.
Hasni dan Is cuma berada disana pada hari sabtu dan ahad ini sahaja. Ahad ini tepat jam 10.30 malam kami akan menaiki pesawat AirAsia tanpa Nurin. Ya Allah kuatkanlah hatiku. Disaat Hasni menulis entry ini..air mata begitu mudah mengalir di pipi..inikan pula di saat detik perpisahan nanti. Oleh kerana kami akan beraya di Sabak Bernam pada tahun ini, maka planning harus dirancang lebih awal. Oleh sebab itu Hasni telah membeli tiket bas transnasional pada 18/9/09 untuk seorang yang dijadualkan berlepas pada jam 4 petang. InsyaAllah jika perjalanan lancar maka Hasni dijadualkan tiba di KB pada jam 12 malam atau 1 pagi hari sabtu 19/9/09 iaitu hari terakhir berpuasa. Beberapa jam selepas itu, iaitu tepat jam 9 pagi 19/9/09 Hasni akan membawa Nurin bersama menaiki AirAsia terus ke KL. Di sana, Is akan menunggu kepulangan kami berdua dan kami bertiga akan bertolak terus balik ke Sabak Bernam. InsyaAllah dapatla kami bersama selama 8 hari. Itulah masa yang paling berharga yang akan Hasni dan Is manfaatkan sebaik mungkin. Pada hari jumaat bersamaan 25/9/09 kami akan bertolak dari Sabak Bernam pulang ke KB untuk membawa balik Nurin ke sana. Dan Hasni dan Is akan pulang semula ke KL pada hari ahad 27/9/09. Kemungkinan besar akan berlaku babak air mata antara kami bertiga pada hari tersebut. Ya Allah!!! kuatkah aku untuk lalui semua ini? Tabahkah aku melihat anak ku menangis kerana hendak mengikut kami?. Betapa sukarnya untuk menahan perasaan ini. Betapa rumitnya untuk memujuk hati ku drp mengingati anak yang aku kandungkan selama 9 bulan. Betapa resahnya hatiku memikirkan rumah ku yang kembali sunyi dengan hilai tawa tangis rajuk anak yang aku belai sejak dia lahir ke muka bumi. Betapa gelisahnya diriku apabila memikirkan anak ku akan bertanyakan dimanakah umi dan papanya. Nyeyakkah tidur malam ku apabila anak ku yang menjadi hiburan malam ku tiada disisiku. Ya Allah, Aku mohoh berilah kekuatan kepada ku.
Walau apa sekalipun, Hasni akan tetap bersabar dan menghitung hari kepulangan Nurin. InsyaAllah makcik cakap, kalau tiada apa-apa, dia akan balik semula ke KL 2 atau 3 minggu selepas raya. Aku akan tetap bersabar. Sebelum makcik balik ke sini, InsyaAllah Hasni akan balik pada hari minggu untuk bersama dengan Nurin. Walaupun hanya 2 hari akan tetap Hasni manfaatkan sebaik mungkin. Lagipun sekarang tambang MAS pada hari minggu dah murah. So rasanya tidak ada masalah untuk Hasni dan Is balik KB pada hujung minggu sebelum makcik dan Nurin kembali ke KL. Memang Hasni ada berbincang dengan makcik yang Hasni akan membawa dia balik ke KB setiap 4 bulan dia berada di KL. Nurin pun macam tu jugalah. 4 bulan di KL, 1 bulan di KB. Sampai bila tu tak tahu lah...Hasni tiada jawapannya. Biar Allah yang menentukannya.
Amat besar pengorbanan dan jasa makcik pada kami adik beradik dan keluarga Hasni. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Dia menjaga kami sejak lahir sehinggalah sekarang dia masih bersama kami. Bukan setakat menjaga Hasni sejak kecil tetapi dia juga menjaga Nurin iaitu cucu saudaranya pula. Dia bukanlah orang gaji atau pembantu rumah..tetapi dia seperti seorang ibu pada kami adik beradik. Diri kami telah sebati makan dan minum dari air tangannya. Tidak dapat kami adik beradik gambarkan jika makcik tiada dalam hidup kami. Sejak kami lahir apabila mami dan abah ke tempat kerja, dia lah yang mengambil alih menjaga keluarga. Sarapan pagi untuk kami ke sekolah tidak pernah dilupakan walau untuk sekali. Kami sarapan dirumah dan membawa bekal ke sekolah setiap hari sepanjang alam persekolahan. Balik dari sekolah, makanan sudah terhidang. Tidak pernah dia mengeluh letih atau penat. Tidak ada satu pun benda di dunia ini yang dapat kami hadiahkan padanya untuk membayar segala pengorbanan dan jasanya terhadap kami. Hanya doa sahaja yang dapat kami titipkan buatnya semoga Allah merahmati kehidupannya. InsyaAllah, setakat apa yang Hasni mampu, Hasni akan menjaga makcik sebaik mungkin selama dia bersama kami. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan makcik buat kami sekeluarga.

::: WeeKenD Di SaBaK BerNaM :::

Memandangkan Merdeka day jatuh pada hari isnin, so kami 3 beranak mengambil keputusan untuk balik ke kg batu dua, jalan sepintas, sabak bernam. Sepatutnya hari sabtu or jumaat malam tu kami dah boleh bertolak balik tapi Is ada takaful course hari sabtu dari pagi till petang..so terpaksalah tunggu sampai dia habis course. Is sampai rumah pukul 4.30 petang, tapi tetap tak boleh nak bertolak sbb Nurin pulak yang baru tido...kejut n goyang2 badan dia pun, dia tak sedar...so nak tak nak Is cakap, lepas berbuka je la balik. Barang2 semua Hasni dah siap pack cuma tunggu untuk dimasukkan dalam kereta jer. Sebelum berbuka dah siap2 mandi, Nurin pun bangun and siapkan dia pulak, Bila dah maghrib, terus berbuka ala kadar, and lepas solat maghrib kami bertiga terus berdesup keluar rumah. Nak cepat2 tu sebab ada misi nak terjah and rembat kasut Nurin di al-Ikhsan Alamanda, Putrajaya. Selepas misi pembelian kasut selesai, maka kami meneruskan perjalanan balik kg, tapi sempat menyinggah lagi makan di KFC. Sebelum tu di alamanda Nurin dah habiskan 4 shrimp sticks + milo ais. Dia ckp dia lapar..so hasni belikan dulu shrimp sticks tu utk dia sementara pegi KFC kat luar. Then bila dah sampai KFC, dia hentam makan ayam pulak..hehehehe.
Sampai rumah mak jam 1.30 pagi. itupun is stop tido di petronas sungai besar dalam 15 minit. Tak tahan mengantuk katanya. Sampai je rumah mak, semua dah tido...tapi diaorg sedar la yang kami sampai and dapatla berbual kosong sikit sebanyak. Kebetulan adik beradik is semua balik kg minggu tu, so memang meriah la rumah mak. Nurin pun takla boring sebab sepupu2nya semua ada. Hari Ahad tu meriah jugak berbuka puasa, Hasni buat popiah, yang lain buat mee jawa, cekodok pisang pun ada, air pulak ada laici, teh bunga, teh tarik, teh 'o'. Yang pentingnya semua tu habis...memang meriah betul bab makan kat rumah tu. Popiah hasni buat 40 biji, semuanya habis time berbuka tu. Macam tak percaya jer...hahahahaha. Hari isnin pulak diorang buat karipap, ada yang inti kentang+ayam and ada jugak inti sardin, mak buat nasi lemak. Air pulak sama jer dengan yang hari ahad. Tetap semuanya habis time berbuka. huh!!! memang berbaloi-baloi.
Kami bertolak balik ke KL lepas berbuka, sampai rumah terus tido...baru la terasa letih..tapi memang seronok balik kali ni sebab semuanya berkumpul. Harap2 raya nanti pun seronok macam ni. Raya tahun ni memang beraya di Sabak Bernam. Tak kisah la kat mana pun asalkan happy dan yang penting Is dan Nurin tetap berada di sisi Hasni. Itupun dah lebih dari cukup. Syukur Alhamdulillah..