Monday, August 31, 2009

::: My JourNeY :::




Ingin ku coretkan sedikit kenangan yang paling indah dan berharga dalam diari hidup seorang Ibu. Ini merupakan pengalaman aku sendiri di saat mengandungkan permata cinta aku dan is selama genap 38 minggu.


Alhamdulillah aku menerima berita kehamilan ku dengan penuh kesyukuran yang tak terhingga. Yes!!!...aku mengalirkan air mata di saat staff klinik memberitahu bahawasanya result urine ku adalah positif. Sungguh indah momen itu untuk dikenang. Sememangnya aku dgn is amat mengharapkan kedatangan cahaya mata dalam rumahtangga kami. Syukur kerana Allah memperkenan doa dan harapan kami juga mempercepatkan proses kehamilan ku iaitu selepas sebulan usia pernikahan kami.


Alhamdulillah, proses kehamilan tidak lah sesukar mana. Mabuk boleh dikira dengan jari dan boleh dikatakan aku tidak mengalami alahan yang teruk. Morning sickness pun cumalah muntah air di waktu pagi juga tidak melebihi 5 kali. Tapi tetap ke tempat kerja seperti biasa. Balik dari kerja pula tetap berkejaran menaiki anak-anak tangga ke putra masjid jamek. Masuk dalam train pulak bukannya dapat duduk..5-6 bulan kehamilan perutku masih lagi terlindung di balik baju yang ku pakai. So ramai yang tak perasan yang aku adalah hamil. Nak tak nak terpaksalah aku berdiri bersama2 penumpang yang lain. Mulut pulak tidak pernah berhenti memohon Allah melindungi ku dan kandungan ku. Pengalaman yang paling teruk ialah jika train mengalami masalah. Terpakasalah aku berdiri hingga mengambil masa 1 jam sebelum ketibaan train. Masuk train pulak terpaksa juga berdiri hinggalah sampai ke station kelana jaya. Amat menguji kesabaran dan kekuatan mental dan fizikal. Sampai je rumah terus mandi dan terbaringlah aku di atas katil dengan keadaan yang amat keletihan. Suami ku lah yang amat sabar dan rajin mengurut kaki ku dengan minyak panas hampir setiap hari sepanjang tempoh kehamilan ku. Dialah yang amat sabar melayan kerenah aku, dan dia lah jua yang mengambil berat dengan keadaan ku hinggakan semua kemahuan ku diturutinya. Ya Allah..amat besar pengorbanan suami ku terhadapku. Sepanjang tempoh itu tidak pernah dia tinggalkan aku keseorangan dirumah. Dia sanggup lupakan aktiviti sukannya dan dia juga tidak pernah keluar diwaktu malam utk jumpa kawan2 hanya kerana mahu menemaniku. Abg, terima kasih atas segala-galanya...


Aku lalui tempoh kehamilan dengan bermacam-macam ragam. Kadang-kadang ok, moody, cepat marah, cepat terasa dan sungguh sensitif. Alhamdulillah sepanjang tempoh kehamilan ku Al-Quran menjadi peneman setiaku. Apa jua surah-surah dan doa-doa yang perlu dibaca sepanjang tempoh kehamilan ku jadikan rutin harian. Setiap kali checkup is tidak pernah gagal untuk sama2 menemaniku. Sudah tentunya dia tidak sabar nak tengok zuriatnya sendiri setiap kali DR scan perutku. Sememangnya dialah penguat semangat ku. Masuk bulan ke 8 kehamilan iaitu 32 minggu, aku disahkan mengalami gejala tekanan darah tinggi sewaktu mengandung. Agak gerun jugak la sbb takut membahayakan baby...So kerap jugak la ke klinik untuk ambil bacaan tekanan darah untuk memastikan tidak berada dlm tahap bahaya. Aku juga dibekalkan dengan ubat khas darah tinggi untuk ibu mengandung. Ubat tu memang aku makan setiap hari. Waktu tu kaki dan tangan mula membengkak termasuklah jari jemari..hehehe. Muka tak payah cakapla...dah mcm muka mangkuk bulat nasi tambah. Nak tengok cermin pun rasa tak sanggup. Pegi keje siap pakai sandal orang lelaki...memang besar kaki ku di saat itu..hahahahahaha.


Doktor mengatakan yang aku harus bersalin pada minggu ke 38 disebabkan oleh darah tinggi yang aku alami. Syukur, sepanjang tempoh itu kandunganku tidak mengalami apa-apa masalah. Perkembangannya amat memberangsangkan seiring dengan perkembangan tubuh badan ku...hahahahahaha. Disebabkan mami request supaya aku bersalin di Kota Bharu, maka balik lah kami ke sana di saat kandunganku mencecah usia 36 minggu. Continue checkup di hospital KB. Sebab mami nak aku bersalin di KB so kena lah ada record checkup dgn diaorang. So sepanjang menunggu minggu ke-38, aku diberi mc oleh doktor. 2 minggu aku berehat2 dan bersenang lenang di rumah mami...hehehehehe.


Sampailah pada masa yang ditunggu-tunggu iaitu kandungan ku mencecah usia 38 minggu. Doktor bagitahu yang aku mesti di bawa ke bilik bersalin selepas bacaan tekanan darah ku menunjukkan isyarat yang kurang baik. Maka aku dibawa ke satu bilik dan disitu nurse check bukaan menunjukkan 1cm. Selepas itu aku terus disorong masuk ke bilik bersalin...walaupun tidak ada sedikit pun rasa sakit aku tidak dibenarkan berjalan....hahahahaha sbb dikhuatiri tekanan darah ku naik mendadak. Aku ditempatkan di sebuah bilik tertutup di dewan bersalin. Sejuk sangat bilik tu. Masih aku ingat yang aku sempat menghabiskan sebungkus nasi kerabu yang mami bawa sebelum aku disorong masuk ke dewan bersalin. Aku masuk bilik tu pada jam 2.30 ptg pada 10/3/2007 (sabtu). Aku dipakaikan tiub bagi memudahkan proses pembuangan air..yelaaa...dah tu memang aku tidak dibenarkan berjalan. Then di lenganku ditempek dengan alat untuk mengambil bacaan tekanan darah ku. Setiap 15 minit benda tu berfungsi...automatik. Nurse and doktor hanya menjenguk setiap setengah jam bagi memantau keadaan ku.


Amat boring terbaring jer dalam bilik tu. Bukannya sakit pun...tido jer memanjang. Sampailah pada Jam 6.00 pagi 11/3/2007 (ahad). Doktor bagitahu yang aku akan di induce. Aku tersenyum kerana aku tahu yang sudah tiba masanya aku menemui zuriatku. Aku bertenang dan sedikit sebanyak perasaan gementar menyelubungi diriku. Doktor juga bagitahu yang ubat induce akan diberikan setiap 6 jam. Maknanya pukul 6 pagi 1 biji, pukul 12 tgh hari 1 biji dan 1 biji lagi pada pukul 6 petang. Jika selepas 3 biji ubat ini dimasukkan dan aku masih tidak menunjukkan tanda untuk bersalin yakni tiada bukaan juga air ketuban tidak pecah so aku harus di operate. Aku hanya menggangguk dan aku terus berdoa pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan ini. Apa pun aku tetap nak bersalin normal. Aku usap perutku dan bercakap dengan permata hati semoga dia juga kuat seperti aku.


Maka setelah dipersetujui doktor pun memasukkan 1 biji ubat tepat jam 6 pagi 11/3/2007. Memang seriau jer waktu doktor nak masukkan ubat...yelaaa sebab bukan sakit nak bersalin..tiba-tiba ada benda masuk..hehehehehe. Aku masih boleh berehat2 dan terkumat kamit membaca doa memohon perlindungan Allah. Tidak lama selepas tu mami masuk..keluar air mata ku melihat mami datang untuk memberi semangat padaku. Mami bagitahu yang is tunggu di luar. Aku sebenarnya dah berniat supaya is menemaniku di saat aku melahirkan zuriatnya..tapi aku redha jika mami ditakdirkan bersama ku kerana dia ibuku dan dialah insan yang melahirkan ku didunia...ohhhh..sungguh besar pengorbanan mami. Mami layan aku bersembang dan aku sempat memohon kemaafan darinya atas segala dosa2 ku terhadapnya. Aku juga meminta mami supaya menghalalkan segala makan minum ku sepanjang aku menjadi anaknya. Sungguh syahdu detik2 itu. Melihat mami juga mengalirkan air mata...membuatkan aku ingin memeluk dan menciumnya.


Pukul 12 doktor datang lagi. Doktor check bukaan aku..tetapi cuma 2cm. Aku masih tidak mengalami apa2 kesakitan. Air ketuban juga belum pecah. Syukur, kerana aku masih tidak perlu bertarung dengan kesakitan. 1 biji ubat lagi telah dimasukkan tepat jam 12 tgh hari 11/3/2007. Aku masih ok pada ketika itu...cuma kepala serabut memikirkan kemungkinan2 yg boleh berlaku. Aku juga tidak henti-henti berdoa semoga Allah menyelamatkan aku dengan zuriat ini. Pada jam 3 petang aku mula merasa perutku memulas. Aku bagitahu mami yang setia menanti disisi ku. Mami cakap sabar dan ingat Allah. Doktor datang check bukaan yang hanya 3cm. Aku masih bertahan kerana kesakitan itu tidak seberapa dan aku terus baca ayat kursi untuk menengkan hati. Pada ketika itu aku masih lagi boleh bersembang dan tersenyum pada mami. Jam 4 petang aku rasa macam ada air di celah kelangkang. Aku bagitahu mami yang maybe tiub kencing tu tercabut. Padahal air ketuban yang pecah...hehehehe..Aku langsung tidak terpikir yang itu ialah air ketuban..hahahahaha. Bila dah keluar air yang aku sangka air kencing sendiri tu...contraction mula datang on off on off. Aku genggam tgn mami sekuatnya. Waktu tu aku tahu yang aku akan bersalin pada bila2 masa jer. Doktor check bukaan yang baru mencecah 4cm. Doktor suruh tunggu lagi. Ye memang sakit contraction tu. Setiap kesakitan contraction tu merupakan nikmat yang tak terhingga yang Allah bagi. Setiap kali sakit aku hnya beristighfar, dan menyebut nama Allah. walau sakit macam mana sekalipun aku takkan menjerit or membuat bising, cukuplah aku ucapkan kalimah-kalimah Allah.


Pada jam 4.30 petang mami memohon untuk solat asar. Aku kucup tangannya sekali lagi memohon keampunan. Aku takut andainya aku tidak sempat menemuinya untuk kali terakhir. Bila mami keluar, kak mira masuk menemaniku. Sempat lagi aku mengadu pada kak mira yang aku dah nak bersalin sangat2...dah tak tahan nak tunggu lagi sbb aku rasa dah macam ada benda nak keluar. Kak mira tanya samada nak panggil is ataupun tidak...terus aku angguk. aku sememangnya amat memerlukan dia di sisi ku. Mungkin sudah tersurat is yang akan berada disisi ku sewaktu aku bersalin, sebab itu mami memohon untuk keluar solat asar. Is masuk lebih kurang pukul 4.45 petang. Dia duduk di tepi kepalaku sambil tangannya mengusap kepalaku yang bertudung. Dia bisikkan di telinga ku kalimah Allah dan meminta ku bersabar. Aku menurut sahaja sambil tangan ku tidak lepas menggenggam erat tangannya. Bila contraction datang ketika itulah aku meramas tangannya sekuat yang boleh dan sebelah lagi tanganku memegang lengannya. Is bertahan disamping ku dan tidak putus memberikan aku semangat. Mulut dia juga tidak lepas beristighfar dan menyebut kalimah Allah bersama ku. Pada pukul 5 doktor datang check bukaan aku sudah 8 cm...Alhamdulillah syukur. Aku bgtau doktor yang aku dah nak bersalin sangat2 dah macam nak terkeluar..so doktor n nurse suruh aku betulkan position aku dan mulakan aktiviti push...aku menarik nafas panjang dan mula push....kali pertama push doktor cakap..haaaa dah nmpk kepala baby....kali kedua push...haaaa sikit lagi baby nak keluar...kali ketiga push tiba-tiba..............uwaaaaa uwaaaaa uwaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Alhamdulillah Syukur, maka keluarlah Nurin Insyirah Ismadi tepat jam 5.12 petang pada 11/3/2007 (ahad). Waktu kelahirannya menyamai hari kelahiran ku iaitu 5/12/1981. Syukur padamu Ya Allah kerana mempermudahkan segala-galanya. Bukan hendak mendabik dada atau memuji diri tapi aku amat syukur kerana proses kelahiran Nurin amat sekejap dan senang, malahan aku tidak perlu bertarung dengan kesakitan dalam jangkamasa yang lama. Sememangnya inilah antara doaku yang tidak pernah aku lupa sepanjang aku mengandung iaitu aku mahukan proses kelahiran yang senang dan mudah. Tapi apa pun Allah lah yang menentukan segalanya. Doktor terus menunjukkan pada ku permata hati kami lantas di balut dengan kain dan terus diberikan pada is untuk di azan dan di iqamat tanpa membersihkannya. Sememangnya itulah yang aku harapkan supaya is dapat memegang zuriatnya terus selepas keluar dari perutku. Aku bangga melihat is memegang zuriatnya itu dengan seribu satu perasaan. Aku juga bangga kerana is seorang yang kuat semangat sepanjang menemaniku. Alhamdulillah dia tidak pitam mahupun pengsan tatkala melihat darah. Mami amat terkejut aku bersalin secepat itu..dia cakap dia baru jer nak solat tiba2 dapat tahu aku dah bersalin..hehehehe.


Maka itulah pengalaman berharga ku sepanjang mengandung dan melahirkan Nurin. Syukur aku dapat merasai nikmat itu.





Friday, August 28, 2009

::: SePaTah Dua TiGa KaTa :::


Alhamdulillah, hari ni dah 7 hari berpuasa. So far so good. Nak kata mcm hari2 biasa tu bohong la kan. Mesti ada beza antara bulan2 biasa dengan bulan ramadhan. ermmm macam biasa balik keje tetap jam 5.30 walaupun bulan ramadhan. tang tu memang tiada perubahan dengan bulan2 biasa. ermmm...so klau balik dgn is paling awal pun jam 6.45 terpacak la di depan pintu rumah. Kalau balik naik lrt turun di bukit jalil then ambik kete kat parking bukit jalil pun around 6.45 jugak smpai rumah. Kalau is ada apa benda yg nak disettlekan di ofis dia barulah hasni bawa kete ke bukit jalil..park kat sana n naik kete dia pulak terus ke ofis. Pagi2 memang is yang hantar. So time petang pandai2 balik naik lrt n ambik kete...hehehehehe.

Juadah berbuka, kebanyakan dr dapur rumah sendiri...cuma ada la ceratin2 benda yang dibeli like roti jala dan kuih muih. Makan ala kadar tanpa membazir itu lebih penting. Alhamdulillah belum ada lagi makanan2 yang tidak habis menjadi habuan tong sampah. Lepas berbuka, solat maghrib kemudian is dan makcik pergi berterawikh. Hasni pulak stay kat rumah melayan Nurin. Lepas solat isyak kena la layan dia nak makan, main, sembang2...nnti mcm2 la benda yg diceritakan. Sebelum tu before maghrib klau hasni mandi dia duduk atas katil sambil layan dvd ice age dia tu yang dah berapa kali diulang tayang. Khusyuk sungguh. Biler hasni nak solat maghrib n isyak dia turun la dari katil n berdiri kat sebelah...kiranya nak solat berjemaah la tu...heheheheh.

Is dan makcik balik dari berterawikh dah pukul 10.00...lepak2 kejap terus la kami bertiga naik tido. Jam 4.30 pagi bangun bersahur..then is pegi solat subuh. before nak bersiap2 nak pegi keje sempat la melayan zzzzzzzzzz......dalam satu jam...hehehehe...memang nikmat sungguh. Macam tu la rutin setiap hari sepanjang puasa ni.

Wednesday, August 19, 2009

::: HikayaT SeriBu SaTu MalaM :::



Setiap malam sebelum tido begini lah situasi nya....


umi / papa : Sayang, baca doa nak tido

Nurin Insyirah : (sambil meletakkan botol susu nya di tepi dan menadah tangan...terus dia baca doa tidur dari awal hingga akhir).....Amin (sambil meraup muka)

umi : Amin..pandainya anak umi. Now salam umi

Nurin Insyirah : (terus menyalami tangan umi nya)....umi, kiss...

umi : muahhh (kat mulut), muahhh (kat pipi kanan), muahhh (kat pipi kiri), muahhh (kat dahi)

Nurin insyirah : (dia pulak yang akan cium umi nya sama seperti diatas)
umi : anak umi ok?

Nurin Insyirah : ok...

umi : anak umi seronok?

Nurin Insyirah : seronok...

umi : anak umi happy?

Nurin Insyirah : happy...

umi : Good Night...

Nurin Insyirah : Good Night (sebutan yg pelat...)

umi : Assalamualaikum

Nurin Insyirah : Assalamualaikum

umi / nurin insyirah : (sama-sama menyebut...) waalaikummussalam.


............................................


maka selepas adegan dan dialog di atas barulah kami berdua tidur. Biasanya sebelum bermulanya dialog di atas, kami akan bergurau senda dan bergelak ketawa. Bila dah penat dan hendak tidur maka terlontarlah dialog di atas. Masa itulah yang paling berharga bila dapat bersama anak setelah seharian di tempat kerja. Nurin pulak always tersenyum dan sebelum tidur dia memang akan berikan senyuman yang membuatkan Hasni berasa amat bahagia menjadi seorang ibu dan bangga mempunyai permata hati sepertinya. Semenjak nurin kecil tidurnya memang lena, cuma merengek meminta susu. Tak pernah la we all bangun or berjaga malam semata-mata dia tak tidur or dia nak bermain di tengah malam buta. unless, kalau dia demam, barulah we all berjaga malam. Tetapi selain daripada situasi-situasi yang disebutkan sememangnya nurin tidak mengganggu waktu tidur hasni dan is.


Nurin sememangnya mempunyai rutin or disiplin tidur yang teratur since dari dulu. Even hasni dan is dah tidur dan dia pulak belum tidur, dia memang akan melayan diri dia sendiri dengan minum susu or baring diam-diam sambil mata berkelip-kelip. Selepas beberapa minit...zzzzzzzz dia akan tidur dengan sendiri. Sejak lahir, Nurin tidak pernah menggunakan buaian or baby pacifier. So alhamdulillah, even balik kg or pergi ke mana-mana dia boleh tidur dengan sendiri. Baringkan saja di atas katil or tilam maka lena lah tidurnya.


............................................


Lately ni nurin kerap jugak la mengigau..itupun just merengek dan tendang sana sini..bila di belai beberapa kali..maka tidurlah dia kembali. Semua tu disebabkan dia all out bermain dan bergurau di siang hari dengan 2 orang sepupunya..bukan setakat siang, membawa ke malam. Cakap la macam mana pun....memang sia-sia. So bila malam apa lagi..mengigau la, termasuk la 2 orang sepupu tu,


Tetapi...semalam merupakan malam bersejarah untuk Nurin dan kami berdua...


Pukul 10.45...kami bertiga berjaya melelapkan mata...tidur kami sungguh lena sekali

Tiba-tiba dalam pukul 3.20 am, dia merengek pusing sana pusing sini. So macam biasala hasni dan is terjaga and pujuk dia..biasanya ok tetapi malam tadi takde kesan pulak..siap menangis ok!!!..mata pulak pejam...Lepas tu is turun buat susu, hasni pulak pujuk la dia macam-macam sampai la dia stop menangis..siap sebut pasal movie ice age (nak pujuk punya pasal) Bila dah tak menangis, batuk-batuk la pulak...keluar la segala kahak..masuk bilik air, bersihkan apa yang patut....

Then, bila dah ok..dia ckp nak tokcik. Maka bawalah dia ke tokciknya..hasni dengan is pulak terus masuk bilik..tp hati hasni ni tak sedap...yelaaa dah biasa dia tidur sama-sama dengan kitorang. Pergila jenguk dia, tengok-tengok dia belum tido..syok duk hisap susu. Hasni try la ajak dia tido sama semula..Dia angguk. Hasni pun angkut dia masuk bilik, before nak masuk bilik dia nampak satu DVD. Dibawa masuk DVD tu, dia terus kejutkan papa nya suruh pasang. Time tu dah pukul 3.50. Maka papa nya dengan terkejut ikutkan jugak la permintaan puterinya itu yang tidak pernah request nak tgk DVD pada jam 3.45 am. Is pasang guna laptop sbb senang boleh tgk sambil baring di katil...yelaaaa umi dan papa nak tidur.

Maka, dengan rasminya semalam hasni dan is tidur ayam dan sesekali melayan si puteri menonton cerita ini

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Boleh pulak Nurin bergelak riang dan meniru gaya-gaya spontan binatang2 ini. Syok jer dia tengok sambil baring, berselimut and bantak peluk di kiri kanannya...ohhhhh anak ku...knp boleh jd mcm ni!!!!!!!!!!!!.......hahahahahahaha


tepat jam 4.45 am...boleh pulak dia kejutkan umi nya disebelah...


Nurin Insyirah : umi..umi.. nak tido.

umi : (sambil mamai) anak umi dah tak nak tgk ke??

Nurin Insyirah : nak tido...sambung sok..

umi : ok..good. Papa!! papa!! bangun off kan laptop tu..nurin dan nak tido

papa : ooooo...ermmmm...ok (sambil gosok-gosok mata)



..... lepas tu terus zzzzzzzzzzzzzzz 3 beranak menyambung tidur yang terbengkalai .....


Inilah bahana Ice Age






Monday, August 17, 2009

::: MeSsaGe FroM BuDak KaCa MaTa :::

Helloooo!!! am i Gorgeous????....

i feel hot hot hot...auwwwww

don't spoil my mood...cos i am happy with my sweet life..get it???
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

... Finally ...






Saturday, August 15, 2009

::: HyatT RegencY TeloK ChempedaK KuantaN :::



Jumaat minggu lepas dengan perasaan tak sabar nak berholiday and setelah sekian lama bercounting and bercountdown akhirnya tiba lah masa yang di tunggu-tunggu. Kami bertolak dari rumah dalam pukul 10 ke Kuantan. Pukul 1.30 plus minus singgah isi perut di R&R temerloh dan singgah lagi sekali di kawasan rehat sbb Nurin dan buang air maka akhirnya Hyatt Regency berada di depan mata. Seronok sgt....mmg cantik and puas hati, service pun ok. Lepas check in n sebelum masuk bilik, kami snap pic dulu untuk menambah keterujaan masing-masing. Lokasi Hyatt ni memang betul-betul di kawasan pantai telok chempedak. Nak cari makanan pun senang. KFC and Mcdonalds walk in distance jer from Hyatt. Memang happening kat pantai tu sbb warga-warga kuantan ramai yang melepak n ambik angin kat situ.

Masuk jer bilik, letak barang terus bergelak ketawa n bergurau senda di atas katil yg empuk...yg paling terlebih excited of cos la si kecik tu...happy sgt dia. Budak-budak semua mcm tu..klau dpt berjalan luar dr kawasan rumah mmg teruja sungguh. So far memang enjoy and happy sgt pegi sana especially sbb dpt spend the holiday with our little girl. Oh ya, hari sabtu petang kami ke rumah pakcik hasni di bandar indera mahkota..dekat jer from Hyatt just 15 mins jer. Selama 3 tahun kawin ni hasni belum pernah bawa is ke rumah ayahcik, so dah ada kesempatan ni we all terus ke sana. Banyak betul benda yang nak disembagkan, rs mcm tak cukup jer masa tp nak buat mcm mn kan...insyaAllah lain kali bila dtg ke kuantan lagi memang akan singgah ke sana. Alhamdulillah, chikni serve bihun goreng, bubur lambuk, and tepung pelita. Nurin berjaya makan dan menghabiskan sepinggan bihun goreng n 2 bungkus kuih tepung pelita. Berselera betul dia makan lately ni.
Kesimpulanya...percutian kali ni memang best!!!


...........................................



... on the way to Hyatt Kuantan ...



... budak-budak kaca mata ...


... view from Hyatt Lobby ...





... us yang sungguh teruja and happy ...







... our king bed ...


... horreyyyy berjaya panjat katil ...

... Lcd TV ...





... view from our seaview room ...

... really luv the view, cantik sgt ...


... view from our seaview room ...
... i luv him so much ...


... view from our seaview room ...





... ready to swim ...

... sempat lagi posing ...

... i believe i can swim ...

awwwww...ohhhhh noooo...control!!!...sajer jer kasi gempak

errmmm..rupanya mcm ni la ye swim,....nurin nak ajar papa swim la umi..
ok papa, ready tarik nafas panjang2 n menyelam...its ok nurin ada kat belakang ni..jgn takut papa!!!!!.....ermmmm

... i luv my umi ...



elok le tu..papa nya berjaya sorokkan badan di belakang tiang

... breakfast (hashbrown mmg marvellous...4 keping sekaligus i makan) ...





... breakfast ...

... view from hyatt restaurant ...




... at lobby ...

... telok chempedak ...

... dah nak balik ...



... we gonna miss u ....


... final pic before leave Hyatt ...




..... nak pegi Hyatt lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!! .....




Tuesday, August 11, 2009

::: mCm -mCm CeRiTa :::

Nurin Insyirah berusia 5 Bulan
(tang pipi memang dia juara...geram nak cubit!!!!)



.............................................

ermmm...weekend lepas takde aktiviti sangat...just ziarah orang sakit. Hari sabtu Is kena kerja so melepak la kat rumah...masak nasi kerabu dengan berlaukkan ikan goreng tepung and keropok goreng. Ajak abg ja sefamily lunch kat rumah..lagipun mami dan abah dah nak balik KB keesokannya, so we all makan ramai2 hari sabtu tu.
Hari ahad pagi dalam kul 9 keluar rumah and breakfast kat luar..lepas breakfast terus ke destinasi untuk ziarah orang2 yang sakit. Pertama sekali ke gombak ziarah mak ngah and lepas tu ke rumah abg khairul. Then ke The Mall sbb nak beli barang2 Nurin..keluar dari the mall dah pukul 1.30 so terus ke rumah Abg Ja. Dia pun ajak lunch di rumah kebetulan kitorang pun nak ziarah mama kak nani yang tak sihat. Elok sangat la dengan perut dah berkeroncong mintak diisi....lauk pauk pun sangat menggegarkan jiwa dan raga. Ada kari ayam, paprik ayam, sambal tumis udang tanpa petai, sambal tumis udang ber-petai, sayur campur goreng, peria goreng tepung, telor dadar and ikan pekasam. Alhamdulillah semua makan dengan berselara and kekeyangan. Dalam pukul 5 terus balik rumah and malam tu dah tak pergi mana2, lepak depan tv sambil tgk cerita hindustan di channel zee...hehehehe.

.............................................


Wednesday, August 05, 2009

::: i - save :::

TAKAFUL - I-SAVE (click here)


FULLY SHARIAH COMPLIANT

ADAKAH ANDA MERANCANG DAN MENCARI PELUANG UNTUK...

  • Jaminan Pendapatan?
  • Perlindungan Diri dan Keluarga?
  • Elaun Kesihatan?
  • Mengerjakan Haji?
  • Bercuti?

    Semuanya boleh direalisasikan kerana…..
    RM100,000 Boleh menjadi milik anda!!!

    DENGAN HANYA SUMBANGAN YANG RENDAH, ANDA MAMPU MEMILIKI RM100,000 SEBAGAI PULANGAN!!

    SATU JAMINAN PELABURAN DENGAN PULANGAN YANG TINGGI PADA WAKTU MATANG!!

    ELAUN HOSPITAL SETINGGI RM500 SEHARI

    PENGELUARAN TUNAI YANG MUDAH KETIKA KECEMASAN

    PERANCANG KEWANGAN DAN PERUNDING TAKAFUL ANDA
    HASNI / ISMADI
    019-9853105 / 019-2783105

Tuesday, August 04, 2009

::: HaPPy BirThDaY AbaH :::

4 August 1946 - 4 August 2009
Abah, Selamat Ulang Tahun yang ke-63 Tahun.

Semoga Allah mengasihi abah sebagaimana kasih sayang abah pada kami semua


Sayang dan kasihku pada Abah hanya Allah yang tahu..tidak perlu ku gambarkan sebesar mana kasih dan sayang tersebut, cukuplah ku katakan bahawa aku sanggup berkorban apa sahaja demi abah walaupun nyawa ku sendiri.


Ya-Allah, kau berikanlah seribu rahmat, nikmat dan segala kebaikan untuk abah ku. Kau berilah dia kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan tetapkanlah imannya untuk Mu hingga ke akhir hayat

.............................................................

Malam semalam, iaitu 3 jam sebelum hari ulang tahun abah, makan2 di Pizza...as usual la..abah punya favorite..PIZZA!!!

my life

my happiness

luv..luv..luv

bila di suruh smile..maka ini la habuan smila yang diterima

errrr....smile...whatever la dear

i ordered this sbb i rasa dah muak mkn pizza..



as usual...mmg licin. Alhamdulillah