Showing posts with label KB. Show all posts
Showing posts with label KB. Show all posts

Tuesday, October 19, 2010

::: Aidilfitri 2010 :::





Sebulan lebih tak update blog. Dah lama habis syawal..baru lah terkedek2 nk update. Pasal raya kat KB memang seronok sangat. 11 malam kat sana rasa tak puas. Berkumpul ramai2 adalah saat yang paling happening. Ohhhh ya!! balik KL hari tu bawak sekali dengan makcik n nurin...happy sangat. Thanks makcik sbb sudi ikut balik KL. InsyaAllah deepavali nnti baru bawak nurin n makcik balik KB semula sbb makcik beraya kat sana. Nak ambik cuti time raya haji pun dah tak boleh sebab cuti dh habis. So nak tak nak kena hntr makcik n nurin time cuti deepavali. malas nk cakap sbb mood raya dah habis..letak pic jer (ini pun family kak n abg harif takde dlm pic)



















Wednesday, September 08, 2010

::: Yahoooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!! :::

 
 
  • Alhamdulillah...hari ni dah rabu. Maka tiba la saat yang paling di tunggu
  • InsyaAllah seperti yang telah di war-war kan sebelum ini, hasni dan is akan bertolak balik ke KB paling awal tepat jam 12 malam or paling lewat jam 2 pagi. Tapi seboleh mungkin mmg nak bertolak awal. Is kena tido awal mlm ni and charge battery secukupnya supaya jam 12 tgh malam nk drive tu badan dia segar bugar
  • Pagi tadi time sahur hasni siapkan lipat baju and vacum lagi sekali kat bahagian bawah
  • Rumah dah bersih...seronok!!!
  • Malam tadi time sembang dgn nurin, dia nangis sebab rindukan umi dan papa. Dia ckp lambatnya umi nak balik, kakak nak umi, kakak nak tido dgn umi, kakak nak umi suap kakak makan. Ermmmm sedih sungguh. Sabar ye sayang. Malam ni umi balik. Doakan umi dan papa selamat dalam perjalanan
  • Sebenarnya malas nk cerita pasal ketiadaan nurin kat blog ni sebab ianya boleh mengundang deraian air mata hasni yg gugur tatkala menaip dan tak nak mencetuskan emosi yang sedih. So setakat yang boleh, biarlah hasni pendamkan sahaja didalam hati
  • Ok...sambung cerita lain
  • Petang ni nak singgah kat car wash. Seperti kelazaiman, kalau nak travel jauh kerata haruslah bersih luar dalam barulah mencetuskan aura dan mood happy nak balik kg
  • Malam ni nak tolak kena singgah dulu ke rumah tailor kat area selayang untuk ambik baju raya hasni dan nurin.....boleh???  amat2 last minit..yang pasti bukan salah hasni
  • Barang-barang yang hendak di bawa balik telah siap tersadai kat tepi sliding door rumah supaya senang is capai n terus sumbat dlm kereta
  • baju-baju juga telah selamat berada didalam beg..hanya tinggal nak masukkan barang2 kecik jer
  • Malam ni berbuka kat luar sebab dapur sudah tidak boleh digunakan lagi kerana hasni dah siap kemas dan mop ruang dapur hingga berkilat dan bersinar 
  • Semalam hasni dan is beli bunga api yang apabila dinyalakan maka terhasilah beraneka jenis warna warni dan juga beberapa paket bunga api kucing...hehehehe. Mesti meriah malam raya esok...sebab anak2 buah berkumpul kecuali kak yang balik tgh hari raya pertama. Abg ja satu family bertolak balik KB pagi tadi
  • Esok maka bersinsing lengan ler kat dapur untuk membantu makcik dan mami menyediakan juadah-juadah pembuka selera di hari raya....seronoknya..al-maklumla dah 2 tahun tak beraya dengan family sendiri
  • Akhir kata - Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin ...... 




Friday, February 05, 2010

::: WelcomE BacK to KuaLa LumPuR :::






3 February 2010 @ 7.30 am
 
 
Dalam van atok. On the way to airport 


love this pic....dalam airport kota bharu after check in

Jam tu ayah ngah yang belikan, and mak ngah pula belikan nurin 3 helai tudung. Tudung yang nurin pakai tu sebenarnya adalah umi punya tapi umi dah bagi nurin...hehehehehe


 yo (nurin tak boleh sebut abg long so sebagai gantinya jadi la yo...hahahaha), mama tengah pangku adik azaeim dan tokcik

  
tokmi, atok, adik hakeem dan yo

tokmi dan atok yang teramat sedih nak lepaskan cucunya. Biasala tu saat-saat perpisahan sememangnya menuntut kesabaran yang tinggi. Dari rumah lagi tokmi dah sedih dan dah keluarkan air mata. Entah berapa kali tokmi peluk dan cium nurin. Memang tokmi sedih n sebak sangat. Umi pulak yang tak sampai hati tengok tokmi dalam keadaan mcm tu. InsyaAllah, nanti bila tokmi dan atok datang KL kita boleh jumpa. tokmi dan atok no sedih2 ye....kakak pegi kejap jer....(memang itulah dialog nurin dengan tokmi dan atok beberapa hari sebelum dia balik) . Yo dengan adik hakeem pun dah tak boleh main sama2 kakak...xpe2 nanti yo dan hakeem datang rumah kakak kat KL ye....yo dengan adik hakeem pun dah tak lama lagi nak balik sendayan so tokmi dan atok mesti ikut sekali...nanti kita jumpa lagi.

Terima kasih mami abah kerana jaga nurin dengan baik dan penuh kasih sayang.  Jasa mami abah tersangat besar dan tak mampu dibalas dengan apa jua harta didunia. Hanya doa yang mampu anakanda titipkan buat mami abah agar mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat 

 
Nurin in flight. Dapat je duduk terus pasang seat belt and baca magazine barang2 duty free...huhhh!!!!!


Kali ni langsung dia tak tido dalam flight...hari ini dalam sejarah!!!

Alhamdulillah, safely landed at LCCT @ 9.50 am

 




Wednesday, February 03, 2010

::: DeTik PerTemuaN :::





 29 January 2010 at 4.00 pm

Masuk area jeli hati hasni berbunga-bunga riang dan perasaan tak sabar semakin memuncak. Bila masuk area rantau panjang pulak rasanya lambat sangat nak masuk pasir mas. Bila masuk area pasir mas rasa mcm lambat pulak nak masuk area kota bharu. Dan bila dah masuk area kota bharu terasa amat lambat untuk sampai ke rumah. Inilah dikatakan rindu...Bila dah sampai tanjong chat hasni singgah di 7-eleven sbb nak beli buah tangan untuk nurin, amirul dan hakim. Then hasni sempat call mami dan suruh nurin tunggu kat luar sbb kurang dari 5 minit lagi hasni akan sampai ke rumah. 

Bila dah masuk kawasan rumah dari pintu pagar, hasni dah nampak nurin melonjak riang....terjerit2 dia panggil umi dan papa. Seronok sangat dia. Abah bawak nurin, amirul, dan hakim tunggu kami kat luar. Sebak sangat perasaan ketika tu. Hasni terus keluar dari kereta dan terus pergi dapatkan nurin. Kami berpelukan seperti tidak mahu lepaskan satu sama lain. Nurin usap kepala hasni dan dia sempat cakap.."kakak rindu kat umi" sungguh indah perasaan ketika itu. Kemudian barulah is peluk nurin diikuti mak dan abah. Nurin seronok sangat time tu, dia dah tak hiraukan benda lain. Petang tu kami mandi bersama, hasni suapkan dia makan, main bersama dan kami tidur bersama dengan penuh kegembiraan. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah. Kami habiskan 5 malam di kota bharu dengan gembira.



Tuesday, January 05, 2010

::: Blank TitLe :::




Hari ini 5 January, 24 hari lagi sebelum hasni, is, mak dan abah balik ke KB. InsyaAllah kali ini bawak mak dan abah sekali ke KB. Saje jer bawak mak abah berjalan dan kebetulan hasni dan is cuti panjang. InsyaAllah kami akan balik ke KB ikut grik on 29 January pagi selepas subuh.  Kena balik sabak bernam dulu ambik mak abah. Lepas keje terus balik sabak then tido sana satu malam. Keesokannya terus bertolak dr sana ke KB. On 3 February hasni, nurin n makcik akan naik flight balik ke KL meanwhile is akan bertolak balik sabak hantar mak abah sehari awal sebelum hasni balik ke KL then on 3 feb tu barulah dia balik ke KL and fetch hasni, nurin n makcik di LCCT. Alhamdulillah, setakat ini semuanya well planned. Hasni memang suka plan awal-awal sebab tak suka nak rushing last minute.

So plus minus masih ada 3 kali weekend sebelum kami balik KB. InsyaAllah weekend akan diisi dengan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi pulangan. Selagi ada usaha yang berterusan insyaAllah kejayaan menanti dihadapan. Apa yang hasni dan is buat semuanya untuk our family.  Kami mahukan yang terbaik untuk anak, keluarga, and also our life. so kami kena lakukan sesuatu dan berusaha keras untuk capai apa yang kami idamkan. Apa sahaja yang kita angankan dan inginkan dalam hidup akan tercapai selagi kita percaya pada diri sendiri dan buat sesuatu untuk mendapatkanya. Kalau setakat berangan tetapi otak, kaki dan tangan tak jalan..maka jadilah angan2 itu sebagai angan-angan mat jening yang sememangnya amat mustahil untuk kita capai. Akhirnya, kita hanya mampu melihat kejayaan demi kejayaan yang orang lain perolehi.....and we are still nothing. Walaupun Allah maha pemberi rezeki tetapi kita sebagai manusia kena berusaha untuk mendapatkannya.

"There is no secret ingredient, you just have to believe!"




Monday, January 04, 2010

::: JoM Main Sama-SamA :::



















::: MagiC SwirL IcE CreaM ShoppE - PlaY DoH :::








Nurin teruja dan happy sangat apabila dapat hadiah ini. Mungkin dia terkejut dan tak sangka apa yang dia inginkan ada didepan mata. Memang benar...apabila anak gembira, ibubapa juga akan turut gembira.

 We Luv You So Much and We Will Try Our Best to Make You Happy




::: 3h2m yg PenuH DgN WarNa WarNi :::


Alhamdulillah, kami lalui 3h2m bersama dengan penuh bahagia dan riang ria. Setiap kali menatap wajah Nurin, maka setiap kali itulah hatiku terasa sebak kerana sakitnya hati ini menanggung rindu yang semakin menebal dari hari ke hari. Syukur, kerana Nurin semakin bijak dan semakin petah berkata-kata. Ada sahaja keletah dan kata-katanya yang berjaya mencuit dan menghiburkan hatiku. Sedaya upaya aku cuba menggembirakan hatinya dan memberi sepenuhnya perhatian juga kasih sayang sepanjang 3h2m bersamanya. Hanya seorang ibu yang dapat memahami perasaan rindu seorang ibu terhadap anaknya. Walaupun dalam sehari paling minimum 3 kali hasni dan nurin berkomunikasi tetapi masih tidak dapat menyamai dengan dapat menatap wajah nurin dan memeluknya ke pangkuan hasni. 

2 malam kami tidur bersama dan bercerita kisah masing2. Airmataku tumpah tatkala dia menyatakan yang dia merindui dan menyayangi ku. Dengan pantas nurin menyapu airmataku dan memeluk ku. Sungguh bahagia dan berharga saat-saat itu. Semoga dia mengerti betapa aku teramat menyayangi dan mengasihi dirinya. Semoga apabila dia besar nanti, dia dapat memahami satu persatu coretan ku di laman ini betapa kasih sayang aku kepadanya tidak dapat menyamai dengan apa sahaja harta di dunia kerana Nurin merupakan kurniaan Allah yang terindah buatku. Terima kasih sayang kerana buat umi bahagia dan bangga mempunyai anak seperti Nurin.









Wednesday, December 23, 2009

::: Nurin Insyirah at KB :::




i miss u and luv u so much sweetheart,





















Monday, April 06, 2009

::: BirThdaY DinneR :::

... Mami, Selamat Ulang Tahun yang Ke-63 ...
3 April 1946 - 3 April 2009

Sayang Mami Dunia Akhirat

Ya-Allah, ku Bermohon dari Mu, Semoga Kau Lanjutkan Usia Ibu ku dan Berilah Kesihatan Tubuh Badan Kepadanya, Kau Kasihilah Dia Sebagaimana Dia Mengasihi ku Sepanjang Hayatku. Kau Berilah Dia Kebahagiaan dan Kesejahteraan Hidup. Sesungguhnya Ya-Allah, Dia lah Ibu ku di Dunia dan di Akhirat, Dia lah Satu-satunya Insan yang Sanggup Berkorban Nyawa Demi Untuk ku. Untuk Itu Ya-Allah Kau Limpahilah Dirinya dan Kehidupannya Dengan Segala Nikmat Rezeki Mu. Aku Teramat Menyayangi Ibuku Ya-Allah, Kerana Dialah Segala-galanya Bagi Ku.

..................................................................

... Pada Sabtu malam yang lepas Kami sekeluarga makan malam di New Horizon Garden Kota Bharu. Birthday Dinner untuk dua insan kesayangan Hasni, iaitu Is dan Mami. Alhamdulillah semuanya puas hati dan gembira kerana perut kekeyangan.





my beloved abah and mami

also my beloved makcik

Abg Harif's Family..My beloved brother

my beloved nurin tido since dalam kereta lagi...kesian tak sempat makan..tido tak sedar apa...ermmmmm
makan time

sedap-sedap

habis licin

... PUAS HATI LAIN KALI BOLEH SINGGAH LAGI...