Showing posts with label Weekends. Show all posts
Showing posts with label Weekends. Show all posts

Monday, September 06, 2010

::: Weekend Story :::




  • Hari sabtu pagi lepas sahur, mata terus segar bugar. Online fb kejap download lagu afghan dan maher zain. iron 5 helai seluar n baju kerja is n baju myself sambil dgr alunan 'insyaAllah' from maher zain dan alunan 'padamu ku bersujud' from afghan. Tidak diketahui berapa kali ianya diulang
  • lepas iron baju, is pergi bengkel kereta. Tinggallah hasni keseorangan dirumah. Turun bawah kemaskan dapur n mop ruang dapur. Lepas tu lepak depan tv sambil lipat baju. lega semuanya beres dan rumah pun bersih n kemas. Sungguh tenang nak tinggalkan rumah bersempena cuti panjang hari raya ni
  • Pukul 2 pm layan ayat-ayat cinta. Walaupun kali kedua menonton filem ini dan sebelum menonton filem hasni telah membaca novelnya terdahulu tetapi mata tetap setia menanti dan menjiwai jalan cerita dan alunan muzik yang dipaparkan di kaca tv
  • Is sampai rumah pukul 4 petang. Is ke surau solat asar hasni pulak bersiap untuk balik ke sabak
  • Bertolak dari rumah pukul 5 petang, pergi ambik baju melayu is yang dh siap di cheras
  • From cheras kami ke parkson subang parade untuk membeli hadiah hari raya for Nurin. Selepas melakukan pembelian dan pembayaran terasa sungguh happy dan tak sabar nak bagi hadiah (her wish list) tu pada nurin walaupun ianya tidaklah seberapa di mata org lain tetapi ianya bermakna bagi kami
  • Toy r Us kat subang parade telah berpindah ke Empire Mall subang. Sebab tu kami melakukan pembelian di Parkson
  • Keluar from subang parade dah maghrib. Sempat beli minuman dan makanan ringan kat cold storage subang parade untuk alas perut dan berbuka di dalam kereta
  • Seperti biasa kalau balik sabak dan masa mengizinkan kami akan singgah di jeram dinner kat restoran aroma seafood. So begitu juga pada sabtu lepas.
  • Sampai rumah sabak dah pukul 11...sembang dengan mak abah n melantak lagi nasi goreng yang ibu mertua ku simpan kan untuk menantunya yang hantu nasi goreng ni. kalau ikutkan memang dah kenyang sangat-sangat tp disebabkan menghargai mak..hasni sumbatkan jugak perut yang sendat ini dengan nasi goreng air tangan mak...Sedap!!!!!
  • Hari ahad sama-sama bersila dengan mak depan tv menguli doh dan membuat untuk kuih cucur badak. Kuih cucur badak ni bukanlah kuih favorite hasni pun..ibaratkan kalau takde pun memang tak mencari. Tapi bila pertama kali dapat merasai kuih cucur badak yang mak buat terus jatuh hati. Bagi hasni kuih cucur badak mak adalah yang paling marvellous yang pernah hasni makan.
  • Yang paling terharu dan bertambah-tambah rasa kasih dan sayang pada mak bila mak cakap "sebenarnya minggu lepas lagi nak buat kuih ni, tp mak teringatkan yang hasni suka makan cucur badak mak ni sbb tu mak tunggu hasni balik baru mak buat" . Ohhhh!!!! terima kasih mak. Dan tak lupa..sambil tolong mak smlm, mak juga perturunkan rahsia kesedapan kuih cucur badak nya. 
  • Hari jumaat malam is ada call mak cakap hani nk makan kerang masak tumis air ala-ala sup. Hari ahad tu lepas subuh hasni dan is tertidur depan tv, bila bangun pergi dapur tengok-tengok kerang dah bersih kat dalam bekas. Rupa-rupanya time kami tertidur tu abah pergi pasar belikan kerang dan abah juga yang bersihkan kerang tu. Sungguh tersentuh hati ini diatas kebaikan abah dan mak
  • Alhamdulillah Allah kurniakan ku mertua yang amat baik budi pekerti dan melayan ku dengan amat baik
  • Mak masak kerang yang hasni request untuk berbuka, hasni pulak ajak is ke pasar untuk beli brg basah yang lain untuk masak
  • Hasni masak sotong tumis cili api dan sayur buncis tumis bersama tauhu dan hati pedal
  • Lepas berbuka terus siap2 nak balik. Mak bekalkan lagi kuih cucur badak, rempeyek kacang hijau dan kerepek pisang yang buatan mak sendiri. Abah pula sibuk memastikan semua brg tidak tertinggal..hehehehe. 
  • Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan
  • Pukul 9 kami bertolak dari sabak, alhamdulillah sampai rumah dengan selamat pukul 11 malam. 



Friday, August 20, 2010

::: Variety :::




Wuiiii...dh lama tak update blog. 7 hari lagi genap sebulan. Biasala...hasni ni bukannya blogger tegar yang selalu update blog. Time free boleh la update..tp kalau dh busy memang tak sempat nak sentuh pun. Ermmmm...pejam celik pejam celik hari ni dah 10 hari kita berpuasa..Alhamdulillah. Mami abah dah balik ke KB 1 August hari tu. Rindu pulak dekat mami abah..mana tak nya..diorang kat KL 2 bulan lebih. 2 minggu lagi pulak nak bawak nurin n makcik pulak balik KB. Nampaknya inilah masa yang paling hasni tak suka sbb kena tingglkan nurin kat sana buat sementara seperti sebelum2 ni..insyaAllah tak lama sangat rasanya. Dan yang best nye jugak tahun ni beraya di KB...macam tak sabar pulak nak beraya.

Baju raya hasni, is dan nurin masih lagi ada kat tailor...harap2 sempat siap supaya kami bertiga dapat beraya dengan anggun dan berseri di pagi raya..hehehe. Esok plan nak balik sabak walaupun weekend last sebelum puasa hari tu dah balik sana. Hasni tak kisah pun memandangkan tahun ni tak balik raya kat sana so rasanya elok la time puasa ni balik ke sana dan insyaallah klau takde aral melintang weekend terakhir sebelum raya pun kami nak balik sabak jugak. Petang ni kak mira sefamily dtg rumah hasni sbb weekend ni dia nk pusing KL shopping raya untuk diri sendiri n anak2..weekend minggu lepas pun dia dtg jugak. Seronok bila berkumpul ramai2, berbuka n bersahur bersama. Malam ni nak bawak dia ke bangi sbb dia nak beli something n lepas tu maybe nak ke putrajaya sambil jalan-jalan sambil pekena roti canai...hahahahaha.

Pasal nurin pulak..alhamdulillah nurin semakin hari semakin bijak, petah, dan tentunya menjadi kawan karib hasni yang paling hasni percayai. Semua tentang nurin amat menyenangkan hati hasni. Kalau ikutkan hati memang setiap saat tak nak ketinggalan bersama nurin..tp apa kan daya, apa yg kita rancang bukan semuanya menjadi kenyataan. Apa pun hasni berharap nurin menjadi anak yang solehah dan menyenangkan hati semua orang yang berada di sekelilingnya. Nurin, ketahuilah bahawa umi dan papa teramat sayangkan nurin melebihi apa yang umi dan papa miliki sekarang. Nurinlah yang menjadi kekuatan dan kebahagiaan umi dan papa. Umi dan Papa teramat bangga kerana Memiliki diri Mu.

Monday, July 12, 2010

::: WeeKenD :::



Hari sabtu weekend, is kerja halfday..mami abah pergi rumah abg ja, tp kak, abg kama dan anak-anak dia ada kat rumah Hasni. Diorang datang jumaat malam sebab hantar abah. So pagi sabtu tu Hasni just kemas rumah dan lepak kat rumah. Dalam pukul 6.30 kak nak balik sendayan manakala kitorang keluar makan ker restoran jemari di kelana jaya. Lepas early dinner kat situ kami solat maghrib kat tabung haji kelana jaya kemudian proceed to rumah abg ja..sampai2 sana diaorg termasuk abah mami dah tunggu kat luar. So kami gerak sekali ke "Taman I-City" shah alam. Ni first time nak pergi sana, 2 minggu lepas kak, abg kama dah bawak anak2 dia ke sana. Time tu hasni tak join. Jadi disebabkan Nurin dah beberapa kali request nak kesana...so sabtu malam tu pergi lah kesana dengan family abg ja, mami abah sekali.

Disebabkan weekend, so mmg ramai sangat orang kat sana. Tempat tu memang cantik..feeling seperti berada di oversea...hehehehehe. Tapi memang cantik lampu2 warna warni dengan lanskap yang menarik. Memang tak rugi. Yang sedihnya...kamera dah bawak awal2 lagi letak dlm handbag...tapiiiiiii battery takde kat dalam tu. Rupa2 nya battery ada kat dalam tempat charger dan Hasni lupa nak keluarkan dan letak dalam kamera. So mmg takde la gambar yang diambil. Frust sangat. Sebab pergi mana2 pun memang hasni bawak kamera. Tiba2 lak jadi mcm ni..kamera ada tp battery yg takde..huhhhh!!! kecewa betul. So untuk mengubat kekecewaan, hasni dan is telah bersepakat untuk berkunjung kesana lagi untuk merakamkan kenangan kami disana...especially gambar nurin. Apa pun kena pergi sana sebelum mami abah balik KB...sebab nk bergambar bersama mami abah jugak.

Sampai rumah dah dekak pukul 12 tgh malam. Is pasang DVD filem karate-kid. Hasni rasa tak sesuai la tajuk filem tu dengan cerita tu. Sepatutnya cerita tu tajuknya ialah kungfu kid bukannya karate kid...ermmmm...Habis cerita dalam pukul 2.30. Pukul 3 pagi baru tido.
Hari Ahad, pagi2 ke pasar segar beli brg2 basah. Kemudian siap2 ke Alamanda sebab hasninak shopping barang skit. Balik rumah dah pukul 3. Masak dan makan...lepak kejap dah maghrib. Semalam tido awal sebab rasa tak larat sangat. Macam nak demam. Is pulak memang nk tido awal sebab dia nak bangun tengok world cup final jam 2 pagi. Bangun pagi ni badan rasa lenguh2 dan rasa panas sejuk...haihhhh jangan la demam.




Monday, June 28, 2010

::: My WeekenD :::



Alhamdulillah, weekend berlalu dengan selancarnya. Walaupun tak banyak aktiviti, namun apabila keluarga berada di sisi ianya bagaikan satu gabungan yang saling melengkapi. Hari sabtu bermula di pagi hari. Memandangkan semua ada kat rumah termasuk family kak so Hasni masakkan nasi lemak untuk sarapan. Nasi lemak daun pisang tu Hasni hidangkan bersama sambal tumis udang, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, telur mata + telur rebus, timun + petai. Selesai sarapan, mami dan makcik ambil tugas didapur masak laksa penang untuk hidangan tengahari. Hasni pulak mengelap+vacum+mop dari tingkat atas termasuk bilik-bilik hinggalah ke tingkat bawah. Budak2 pulak macam biasa la main tanpa rasa penat. Is pulak kerja sampai ke petang. Lepas makan tengahari, semuanya lepak sembang-sembang. Lepas asar kami semua ke giant, is pulak dari ofis jumpa kami di giant. Lepas giant pergi mydin pulak, pukul 8 baru sampai rumah. 


Hari ahad pulak, dalam pukul 10 kami semua keluar menuju ke KL. Pergi 2 kereta. Kereta  is dan kereta abg kama. Mami nak pergi Jakel. Hasni sempat la beli kain yang murah-murah dua pasang. Mami pun sempat beli kain baju melayu untuk adik dan abah. Cantik sangat warna kain tu. Bila tiba nak sukat kain untuk is...kain pulak tak cukup. Frust disitu. Sebenarnya kain baju melayu is untuk raya tahun ni, Hasni dah hantar kat tailor, cuma saja jer nak beli warna yang sama dengan abah dan adik sebab warna tu cantik sangat. Lagipun Hasni jugak yang pilihkan warna tu untuk adik dan abah. Cuma takde rezeki untuk is. Tapi takpe, tailor cakap sempat lagi kalau nak hantar sebelum puasa ni..Hasni pun nak pergi ke jakel lagi lepas ni sebab nak beli kain untuk lining, so mana la tahu time tu warna kain baju melayu yang hasni nak tu ada...boleh la rembat sekali...hehehehehe. Then lunch kat restoran yassin nasi kandar (tmpt favorite). Lepas tu terus pergi hantar baju2 yang beli kat jakel tu pada tailor. Pukul 6 baru sampai rumah. Semuanya keletihan. Malam, kak masak kuey teow goreng untuk dinner...lepas tu terus zrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!! sedar2 dah hari isnin..huhuhuhu



Sunday, May 16, 2010

::: Update :::

uihhhhhh!!!! dah lama tak update blog. Rindu nak update tp masa yang tidak mengizinkan...hehhehe alasan semata-mata. Sebenarnya tiada istilah tak cukup masa...tetapi kita lah yang tidak pandai menggunakan dan memperuntukkan masa. Yes, hasni admit. Masa yang ada telah diperuntukkan untuk bergumbira dan melayan nurin. Weekend kalau tak ke mana-mana, laptop tu mmg sentiasa on dan mmg connect to internet...cuma nak mengadap n taip sesuatu di blog tu amatlah rumit..sbbnya weekend mmg spend untuk family. Kalau nurin tido, hasni pulak ada kerja lain yang lebih important drp update blog.

Sabtu lepas, is kerja half day. Then lepas solat asar pergi Kelana Jaya Medical Center visit abg ja sbb positif denggi (alhamdulillah dia dah discharge hari ni). Lepak sana borak2, n makan2 bekal yang kak nani bawak..2 jam jugak kat sana. Then sebelum balik rumah singgah puchong, is pegi bank n tapow steamboat tepi jalan. Belum sampai rumah, nurin dah pulun makan steamboat kat seat belakang...lapar katanya...hahahaha. Mana tak laparnya kat hospital dia pulun main dengan afifah dan nabil kat playground. Sampai rumah jam 9.30 mlm. Prepare dinner untuk is n makan steamboat. Lepak layan cerekarama sampai kul 12, then tido.

Hari ini Ahad, pukul 9.30 pagi tadi pergi rumah abg ja ambik ayam organik yang hasni order. Ingat nak singgah giant sebelum balik rumah. Tapi orang yang nak install aircond dah call cakap dah nak smpai kat rumah. So we all terus balik rumah jelah. Hasni dgn is beli aircond baru untuk our master bedroom, dan aircond yang telah berkhidmat selama 4 tahun untuk our room previously, kami transfer dan install dalam bilik makcik. Walaupun dah 4 tahun alhamdulillah aircond tu still well perform a function and well maintain. So org aircond tu just service lagi sekali and tambah lagi gas before install dalam bilik makcik. Pukul 3 baru siap...and hasilnya...MANTOP!!!!!. TIDO LENA PENUH SENYUMAN!!!!!

Jeng!!! Jeng!!! Jeng!!!...hari sabtu 22/5 ni ialah hari yang seronok sbb mami abah datang sini. InsyaAllah flight mami abah akan touch down LCCT jam 4 petang..seronoknya bila family datang rumah...meriah sangat. Kak n anak2 pun join sekali..then cuti sekolah bulan 6 nnti abg harif satu family pulak dtg KL..lagila triple seronok....tak sabar!!!!



Monday, May 03, 2010

::: Sabtu Yang Penat :::



huh!! mmg penat betul sabtu lepas. Breakfast kat luar then terus ker Jakel yang baru bukak kat shah alam...hehehehe..sampai sana pukul 10.30, time tu parking pun dh penuh..mmg ramai betul serbu jakel....sampaikan aircond pun tak terasa...berpeluh2 kat dalam tu..sampai nurin pun dah tak tahan..ronda2 dgn makcik sempat la jugak makcik n hasni rembat kain..biasa la kan klau dah masuk jakel tu rasa cam tak sah jer kalau tak bawak keluar sekali dgn plastik jakel..hahahaha.









Lepas keluar dari jakel pergi pulak tesco top up barang dapur...kat tesco ni mmg dah terasa bahang penat...tesco pun ramai orang nasib baik time nak bayar kat kaunter tak payah queue panjang..

hasil penyopingan dalam keadaan letih

Keluar dari tesco pukul 3 petang, singgah solat zohor. Kemuadian masing2 dah menunjukkan signal kelaparan..mananya tak lapar..last sekali makan breakfast je...so pikir dan pikir we all makan kat chicken rice shop...alhamdulillah nikmatnya dapat makan...sampai rumah terus golek2 dgn nurin sbb penat..hahahaha


 nurin yang kelaparan












Sunday, April 18, 2010

::: Balik KG Sabak Bernam :::




Weekend @ Sabak Bernam


 Dalam perjalanan balik ke Kampung.

 Time ni petang sabtu, azam (adik is) ajak makan ikan siakap yang dia dpt pergi mancing. Bawak 2 ekor ikan siakap n suruh orang kat kedai masak. Buat lauk ikan siakap 3 rasa, ikan siakap masak pedas, order tomyam seafood dan kailan goreng belacan.




 
 Sepupu Nurin @ anak azam - Muhammad Nizar yang tembam. Umur setahun dan berat 12KG..hehehehe


 Gambar kat bawah pulak time berkemas2 nak balik ke KL tengah hari tadi tp si kecik ni asyik pulak duk posing dan mintak uminya snap gambar dia...terpaksa la melayan dia sekejap






Wednesday, March 24, 2010

::: B.o.o.K F.a.i.R 2010





Book fair ni start on 19/3 till 28/3 di PWTC. Setiap tahun memang kami tak lepaskan peluang pergi book fair. Memang seronok pergi book fair sebab macam2 buku ada di bawah satu bumbung. Cuma pitih tu kena bawak lebih skit la sebab mana nak beli buku mak bapak, buku anak lagi...tapi tak rugikan invest pada buku nih....memang berbaloi2..lagipulak boleh claim income tax...hehehehe. Sehingga ke hari ni masih tak sempat lagi nak pergi book fair, weekend lepas papa nurin yang busy..insyaAllah macam2 mana pun sabtu ni harus pergi ke book fair. Ahad memang dah takde di KL dah..hehehehe. Umi nurin pulak yang tak sabar nak beli buku. Nurin pun dah bagi alarm signal " umi, bila nak beli buku baru nih..??? kakak dah tak suka yang lama-lama nih..." amboiiiii tak suka ekkkkk..nanti umi bina kilang buku yeeee.



Tuesday, March 16, 2010

::: Sepetang Di Putrajaya :::

Hari isnin, bawak abg harif n family ke masjid india sebab dia nak shopping. Alang-alang dah kat sana, apa lagi..hasni n makcik masuk jakel la...hehehehe. Then beli kan nurin telekung untuk solat dan rembat jugak satu telekung untuk diri sendiri kat stall2 area belakang tu. So skrg nurin dah ada telekung untuk solat...happy sangat dia bila dapat telekung tu sbb sulam kat telekung tu color pink seperti yang diinginkannya. pergi masjid india lebih kurang 3 jam then balik rumah, mandi dan solat asar. Pukul 6 bawak abg harif n family jalan2 kat Putrajaya. Sempat solat maghrib kat masjd putra, Putrajaya.


Putrajaya











::: Nurin's 3rd Birthday :::




Lepas solat asar kat rumah abg ja, terus ke cake sense puchong beli kek for nurin's birthday makan2 kat rumah. Tak ajak orang luar pun, adik beradik jer...abg hariff anak beranak, abg ja anak beranak dan adik...itupun dah lebih dari meriah. Ada cake, beef lasagna and chicken lasagna. Kak nani pulak bawak seperiuk besar makaroni goreng. Alhamdulillah kenyang sangat malam tu.


Blueberry Supreme Cake 
 


Birthday Girl

Beef Lasagna
   
Chicken Lasagna
    
Cake Cutting


::: Jalan-Jalan di Hari Ahad :::

Bawak abg harif anak beranak pegi kenduri kahwin adik kak z, then from setapak we all terus ke IKEA. Lama jugak la kat IKEA, lepas tu pergi rumah abg ja sebab nak singgah solat asar. Balik rumah terus kemas2 and prepare untuk makan2 family+makan2 sempena nurin's birthday.













::: Sabtu Yang Gumbira :::



Hari sabtu kami ke Matta Fair PWT. Nasib baik pergi pagi. Orang pun masih tak ramai. Parking space kat putra pun still banyak yang kosong. Sampai depan kaunter ticket matta fair tak payah tunggu lama2...kurang dari 3 minit semua settle. Naik atas then terus tuju ke hotel booth yang kami nak..tanya serba sedikit mengenai package yang kami nak tu, bayar then terus request kat sales person untuk booking the hotel room for our next holiday after holiday kat kauntan nnti. Booking awal senang so nnti klau ada apa2 perubahan just call them and change date sahaja. Kalau tak book skrg takut nnti room not available pulak. Time nak balik tu memang ramai sangat kat kaunter tiket. Sampai melimpah ke ruang lobby. Alhamdulillah, harga yang kami dapat amatlah berpatutan dan murah. Macam tak percaya jer. Tapi itulah kenyataan...hehehehehe. 


Sabtu petang, abg hariff anak beranak sampai rumah. Sembang2 kejap then lepas isyak bawak dia makan kat area sungai besi...borak2 sambil makan, balik rumah dah tengah malam. Seronok sebab ramai kat rumah...meriah pulak. Adik pun join sekali. Best sangat bila dapat berkumpul. Kalau mami dan abah ada tentu lagi seronok. ermmm rindunya kat mami abah. Cepat la mami abah datang sini.


Wednesday, March 10, 2010

::: M.A.T.T.A F.A.I.R 2010 :::


 


InsyaAllah, hari sabtu pagi nak pergi ker matta fair. Kena pergi pagi, kalau tak memang terukla berasak. Tahun lepas pun hasni dgn is ke sana time pagi. Itupun orang memang dah ramai cuma tak la teruk sangat. Berasak-asak dan bertolak-tolak tu biasa la. Macam tahun lepas kami tak bawak nurin sbb dah tau keadaan dalam tu mcm mana.  Kesian la klau bawak dia. Tahun ni tak tahu lagi samaada nak bawak dia sekali or tak. Kalau nak bawak sekali pun maybe kami akan tinggalkan dia dengan makcik kat McD the mall or kat food court pwtc. Tgk lah mcm mn nanti. Bukannya nak survey lama pun. Just nak dapatkan  good package untuk tmpt yang kami nak pergi pertengahan tahun nanti. Dapat yang murah..terus ambik je la. Harap2 ada la kan...hehehehehe


Wednesday, March 03, 2010

::: Makan Seafood :::



  Gambar time dinner kat aroma restaurant, jeram kuala selangor 26/02/2010 on the way balik ke sabak bernam


 
   
  
  
  
  


Thursday, February 25, 2010

::: Balik KG :::




InsyaAllah, petang esok nak balik kg sabak. Seronoknya sebab esok cuti. Pagi esok is nak keluar pergi ker bengkel kereta..tak tau la nak tukar apa. So dalam pukul or pukul 5 kut kami bertolak balik. Ataupun tunggu redup skit. Bukan tak boleh bertolak tengahari tapi memandangkan sekarang cuaca panas, so lebih baik tunggu petang skit baru bertolak. Memang la kereta ada aircond tapi bahang n silau kat luar tu yang tak tahan. Kalau pasang aircond pun memang kena maximum..rugi minyak pulak tu. Pukul 4 tu ok la...then nak singgah kat area jeram pulak pekena seafood..hehehehehe. Macam dah jadi kewajipan pulak, everytime balik kg kena singgah kat situ.

Hari sabtu atuk saudara is yang rumahnya hanya bersebelahan dengan rumah mak abah, buat kenduri menyambut menantu. Tak sabar ni nak makan sambal goreng jawa dan rendang daging hitam...huhhhhh!!!! sedapnya. Sambal goreng dan daging masak hitam tu memang favorite hasni. Mak abah pun dah faham sbb tu kalau time balik kg then ada kenduri laju jer hasni ikut mak.....surenya dapat makan sambal goreng dan daging hitam tu.  Mak punya air tangan pun ape kurangnya..kalau mak masak sambal goreng memang bermangkuk-mangkuk hasni ratah.  Kesimpulannya, tak kisah la makanan dari negeri mana pun, asalkan kena dengan selera hasni...maka semuanya akan dibalun..hehehe.  oh ya!!! adik beradik is pun semua balik minggu ni, cuma kak suzi jer yang tak dapat balik sebab abg long kena kerja. So takpelah...lagipun bulan 5 nanti ader lagi big big big event yang mewajibkan adik beradik dan family berkumpul. Seronok dapat berkumpul ramai2 dan berkongsi cerita masing-masing.


 

Tuesday, February 23, 2010

::: Hari Ahad Yang Ceria :::



Hari ahad jam 7 pagi dah kejutkan nurin. Sajer jer nak bawak nurin dan makcik jalan-jalan ambik angin kat Putrajaya and breakfast kat sana. Breakfast kat kedai mamak kat precint 8. Is order kuey teow goreng, nurin makan mee goreng, makcik pulak makan nasi lemak dan hasni makan roti telor. Kari hasni makan dengan roti telor tu memang best yang terlampau. Sedap sangat...bila di campur dengan sambal..lagi la sodappppppppp marvellous. Kena pergi lagi nampaknya pekena roti kat kedai tu. Lepas breakfast sambung lagi ronda2 n pusing2 sekitar putrajaya. Jalan2 kat wetland sekali...sempat la nurin tengok flamingo kat kolam wetland tu. Sebelum balik rumah singgah pulak cuci kereta, melepak la kejap kat car wash. Sampai rumah pukul 12 tengahari. 

 
  
masuk jer kereta terus pakai sunglass...ermmmm



::: Hari Sabtu Yang Happy :::





Hari Sabtu keluar ke Mid Valley. Sebab nak shopping sikit then terus lunch kat sana. Nurin apa lagi..seronok sakan la dia boleh jalan2 n lari2 sana sini...sampaikan kejap2 is kena dukung sbb dia cakap kaki dia lenguh..hehehehe. Time dah nak balik tu tiba2 dia cakap.."umi, bila nak beli spec mata kakak" laaaaaa...umi lupa la memang dah 2 minggu dia request nakkan sunglass, hasni pun memang nak belikan untuk dia sbb sekarang ni memang panas. Kalau naik kereta kesian pulak kat dia sbb mata dia tu expose kena cahaya. Ada la jugak yg dia pakai sunglass hasni, tp bukan size dia...gedabak la jadinya. So masuk la semula dalam jusco and belikan dia sunglass...dapat jer sunglass dalam jusco midvalley tu jugak dia pakai. 


 
  
  
lunch at KRR midvalley 
 
  
  
hati riang gumbira dan ceria setelah mendapat apa yang dihajati