Showing posts with label Maid. Show all posts
Showing posts with label Maid. Show all posts

Sunday, December 14, 2008

::: CeRiteR CeRiTi :::

... AssalamualaikuM ...
ish dah lama tak berupdate blog ini. Biasalah sindrom kemalasan datang melanda. ermmm lagipun sibuk nak settlekan bebrapa perkara dgn maid n balik kampung hantar maid. Alhamdulillah maid dah sampai on 29/11/08 (sabtu). huh...3 jam kiteorg tunggu di port klang dari 6 ptg untill 9 mlm, lastnya pukul 10.30 baru smpai rumah. Penat sangat dan mmg tak selesa dgn panas dan tempat tu dipenuhi dgn warga2 indon. Rasa mcm berada kat Indonesia. So hari ahad tu maid dah start kemas ape2 yang patut dr tingkat bawah smpai tingkat atas, sapu n mop lantai. Hasni turun bawah dlm pukul 7 pagi selepas solat subuh tu mcm terkezut jugakla sbb kain2 yang belum dilipat setinggi gunung himalaya dah kemas tersusun rapi dalam raga pakaian..heheheheh tersenyum jugakla seketika. Then tgh hari tu hasni masak simple jer. Masak sardin, sayur and ayam goreng, maid pulak iron baju and sambil2 tu hasni explain kat dia keje2 yg perlu dia buat. Lepas lunch kiteorg terus gerak ke kelana jaya jumpa mami abah di rumah abang ja n sejam lepas tu Hasni, is dan nurin bergerak ke tabung haji kelana jaya kerana mak dan abah is akan berangkat ke tanah suci pada malam tu. Nurin tak lepak lama sbb Nurin kena balik ke KB flight pukul 9.30 mlm dgn mami n abah..so dlm pukul 6.30 mami dan abah singgah ke tabung haji untuk jumpa mak dan abah dan selepas tu terus bawa nurin untuk ke airport. Rasa sayu dan sebak terpaksa berpisah dgn Nurin. 2 minggu dia dgn Hasni dan is. Hilang semua rs sunyi, bosan dan penat sepanjang dia kat sini. Tapi takpe dia kat Kb pun cuma sebulan jer..awal tahun nnti kami akan bawa dia balik kesini untuk selamanya..hehehehe.
Berbalik pada maid, so far alhamdulillah kerana dia dah pernah bekerja selama 2 tahun dgn majikan di petaling jaya sebelum dia jd maid Hasni. Maknanya Hasni ni majikan dia yg kedua. So pasal keje rumah..Hasni dah tak risau sgt sbb dia tahu apa yg di kena buat. Nurin pun takla setruk mcm dulu..kiranya dia senang jugakla nak dgn maid tu. Maid tu umur 23 tahun from Medan, sekarang ni sejak hari raya haji yg lepas Hasni dan is hantar maid balik ke kota bharu dulu. So skrg ni mami dan makcik tolong ajar dia apa2 yg patut n yang penting Hasni minta mami advice dia skit2 semoga dia tidak terfikir untuk lakukan benda2 yg tidak baik. Setiap hari Hasni call mami dan tnya perkembangan maid kat sana. Alhamdulillah, good comment yang Hasni terima. Mami cakap, maid ni senang diajar dan mudah terima apa yang kita tegur dan dia jugak pandai melayan budak. Harap-harapnya bila ke sini semuanya dalam keadaan baik.
Cuti new year nanti hasni dan is akan balik ke KB n bawa Nurin, makcik and maid ke sini. Alhamdulillah akhirnya Nurin kembali ke pangkuan kami. Tak sabar rasanya nak tunggu new year nnti. Mudah-mudahan dengan kehadiran tahun baru islam nnti membawa sinar kebahagian dan kegembiraan dalam hidup kami sekeluarga. Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kami.
... WassalaM ...

Wednesday, November 19, 2008

::: MaiD :::

... AssalamualaikuM ..
Alhamdulillah. Urusan maid dah selesai..sekarang cuma tunggu maid datang ke sini..InsyaAllah dijangka sebelum akhir bulan ini. Hasni rasa lega sangat bila benda ni dah settle..at least Hasni dah boleh concentrate pada benda lain yg penting..tak lain tak bukan..my Takaful. So sekarang ni bila maid dah ada kat sini Hasni pun dah tak perlu pening kepala nak uruskan rumah and Takaful..sbb maid dah boleh uruskan yang berkaitan rumah seperti kemas rumah, basuh/lipat/iron baju, kiranya semualah yang berkaitan dengan pembersihan rumah. Pasal masak Hasni tak kisah sangat sbb Hasni nak masak sendiri..cuma lebih ringan la bila maid boleh sediakan bahan-bahan masak dari awal..so Hasni cuma masak jer. Hasni harap sangat lepas ni Hasni dah boleh bagi 100% commitment pada Takaful. Hasni nak grow with Takaful. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Amin.
... Wassalam ...

::: My SweeT GeGirl :::

... AssalamualaikuM ...
Nurin mandi kat luar..suka sangat kalau dapat berendam..kolam mandi dia ada kat KB so kat rumah umi dan papanya terpaksalah mandi dalam bekas kecik jer..heheheh

umi...please do not snap any picture...nurin malu tawww...seksi mcm ni..

Umi ni kan memang tak nak dgr Nurin cakap ye...enough!!! enough!!!

Ya-Allah memang susahnya nak ajak dia masuk...memang mengamuk sakan..sebab tak puas berendam..tak nak pakai baju..menangis, semua dia tolak...susah betul nak pujuk..gara-gara tak puas mandi...

inilah hasilnya bertudung fesyen baru...dia melasak dalam kereta..time ni kami semua nak ke imigresen untuk urusan maid.

Umi..do not say anything ok..i'm ok and luv this new fesyen...Gosh!!!!
sekarang ni memang kalau keluar kemana-mana Nurin akan bertudung. Didikan sebegini perlu diterap dari awal..Alhamdulillah Nurin tak menolak untuk bertudung sbb dia dah biasa mcm tu di KB..klau ada sesiapa yang cuba nak buka tudungnya dia akan marah dan mengamuk..kalau dah sampai rumah baru dia nak buka tudung.

hah..mcm ni la baru cantik..time ni dah sampai kat imigresen...masuk bilik timbalan pengarah (kawan abah hasni time sama2 kerja dulu)...kat sini pun dia nak main..semua dipegangnya...help!!!!!!!!!!!!!

...WassalaM...


Monday, November 10, 2008

::: MaiD..MaiD..MaiD :::

... AssalaamualaikuM ...

Minggu ini Hasni sibuk mengisi borang-borang permohonan yang diperlukan oleh pihak Imigresen untuk urusan pembantu rumah. Alhamdulillah kerana Allah permudahkan urusan Hasni. Setelah sekian lama menunggu dan bersabar akhirnya Hasni berjaya mendapat seorang maid dengan harga yang berpatutan dan bayaran bulanan yang boleh dikatakan 'very the cheapest in town'...see..tak rugikan kalau kita bersabar...insyaAllah dengan berkat doa segalanya dipermudahkan oleh Nya. Minggu depan Hasni akan ke Pejabat Imigresen PKNS Shah Alam untuk urusan visa dan pas lawatan. Jika semua lengkap dan tiada apa-apa masalah InsyaAllah Hasni akan dapat maid dalam masa 2 minggu dari tarikh urusan di Imigresen tersebut. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.

Sebenarnya ada juga perasaan risau di hati dengan maid indonesia ni..dengan bermacam-macam kes yang berlaku sekarang...tp apa yang Hasni boleh buat hanyalah mohon doa dari Allah dan bertawakkal semoga maid yang datang nanti berkelakuan baik dan seorang yang menyayangi budak-budak. Yelah dia nanti kena tengok-tengokkan Nurin. Apa pun Hasni tiada pilihan lain. Nak tak nak tawakkal sahaja. Semoga Allah melindungi keluarga Hasni. Jika tiada aral melintang hasni akan bawa Nurin dan makcik Hasni ke sini selepas Hari Raya Aidiladha...sebelum kena kemaskan dulu bilik untuk maid and sediakan apa-apa barang yang perlu.

Tak sabar rasanya menunggu detik-detik Hasni dan is bersama Nurin. Kami akan kembali bertiga. Alhamdulillah..aku bersyukur pada Mu Ya-Allah. Semoga kebahagiaan keluarga kami berkekalan hingga ke akhir nyawa. Cuma sekarang atuk dan tokmi Nurin dah sebak dan sedih bila dapat tahu Nurin akan dibawa ke sini. Siapa yang tak sedih bila selama ni cucu berada depan mata dan tidur bersama. Tapi itulah hakikat kehidupan. Hasni tak boleh nak biarkan Nurin selama-lamanya di sana. Cukuplah selama setahun ini Hasni dan Is rindukan Nurin. Yang pastinya selepas ini memang kerap la atuk dan tokmi bertandang ke KL. Apa pun tak terbalas jasa mami, abah, makcik dan kakak Hasni yang sama-sama menjaga Nurin dengan asuhan yang terbaik.

Oh ya...Jumaat ini Hasni dan Is akan jemput Nurin, abah dan mami di LCCT. Mami dan abah datang kesini 2 minggu kerana ada hal keluarga. So 2 minggu ini dapatlah Hasni dan Is melayan Nurin sepuasnya....Nurin akan digomol menjadi bulat oleh umi dan papa nya...heheheheheheheh

... WassalaM ...