Monday, November 10, 2008

::: MaiD..MaiD..MaiD :::

... AssalaamualaikuM ...

Minggu ini Hasni sibuk mengisi borang-borang permohonan yang diperlukan oleh pihak Imigresen untuk urusan pembantu rumah. Alhamdulillah kerana Allah permudahkan urusan Hasni. Setelah sekian lama menunggu dan bersabar akhirnya Hasni berjaya mendapat seorang maid dengan harga yang berpatutan dan bayaran bulanan yang boleh dikatakan 'very the cheapest in town'...see..tak rugikan kalau kita bersabar...insyaAllah dengan berkat doa segalanya dipermudahkan oleh Nya. Minggu depan Hasni akan ke Pejabat Imigresen PKNS Shah Alam untuk urusan visa dan pas lawatan. Jika semua lengkap dan tiada apa-apa masalah InsyaAllah Hasni akan dapat maid dalam masa 2 minggu dari tarikh urusan di Imigresen tersebut. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.

Sebenarnya ada juga perasaan risau di hati dengan maid indonesia ni..dengan bermacam-macam kes yang berlaku sekarang...tp apa yang Hasni boleh buat hanyalah mohon doa dari Allah dan bertawakkal semoga maid yang datang nanti berkelakuan baik dan seorang yang menyayangi budak-budak. Yelah dia nanti kena tengok-tengokkan Nurin. Apa pun Hasni tiada pilihan lain. Nak tak nak tawakkal sahaja. Semoga Allah melindungi keluarga Hasni. Jika tiada aral melintang hasni akan bawa Nurin dan makcik Hasni ke sini selepas Hari Raya Aidiladha...sebelum kena kemaskan dulu bilik untuk maid and sediakan apa-apa barang yang perlu.

Tak sabar rasanya menunggu detik-detik Hasni dan is bersama Nurin. Kami akan kembali bertiga. Alhamdulillah..aku bersyukur pada Mu Ya-Allah. Semoga kebahagiaan keluarga kami berkekalan hingga ke akhir nyawa. Cuma sekarang atuk dan tokmi Nurin dah sebak dan sedih bila dapat tahu Nurin akan dibawa ke sini. Siapa yang tak sedih bila selama ni cucu berada depan mata dan tidur bersama. Tapi itulah hakikat kehidupan. Hasni tak boleh nak biarkan Nurin selama-lamanya di sana. Cukuplah selama setahun ini Hasni dan Is rindukan Nurin. Yang pastinya selepas ini memang kerap la atuk dan tokmi bertandang ke KL. Apa pun tak terbalas jasa mami, abah, makcik dan kakak Hasni yang sama-sama menjaga Nurin dengan asuhan yang terbaik.

Oh ya...Jumaat ini Hasni dan Is akan jemput Nurin, abah dan mami di LCCT. Mami dan abah datang kesini 2 minggu kerana ada hal keluarga. So 2 minggu ini dapatlah Hasni dan Is melayan Nurin sepuasnya....Nurin akan digomol menjadi bulat oleh umi dan papa nya...heheheheheheheh

... WassalaM ...

1 comment:

ummu said...

alhamdulillah..saya pun terpaksa untuk ambil maid...tapi ujiannnya Allah sahaja yang maha tahu...