Showing posts with label Frens. Show all posts
Showing posts with label Frens. Show all posts

Friday, February 05, 2010

::: Baby BaGs :::




Two Blue Baby Bags for Two Baby Boys

InsyaAllah akan diagihkan pada hari sabtu atau ahad, so weekend ini adalah weekend melawat baby


 
 



Monday, March 16, 2009

::: My BesT FrEinD WeDDinG :::



... Zarina & Mohd Ruzi ...

13 Mac 2009
Semoga Pernikahan Kalian Diberkati oleh Allah dan Semoga Hubungan Suci Ini Berkekalan Hingga Ke Akhir Hayat

time ni pengantin lelaki dah bukak sampin and lain2 aksesori sebab baru lepas solat...tak kisah la asalkan ada gambar kenangan.

pic ni pulak pengantin perempuan yang dah macam nak tido...ayooooo baru pukul 4.30 petang pun dah nak tido ker???? sabor je la....gagagagagagaga

kiteorang sampai lambat sebab keluar rumah pun lepas zohor n hujan lebat pulak tu. sampai wangsa maju dah pukul 3.30. Alhamdulillah lauk still ada walaupun kami tak sempat nak merasa kambing panggang n lauk dalca pun cuma tinggal kuah sahaja. Apa pun Hasni puas hati sebab niatnya nak tengok kak Z naik pelamin...so benda2 lain tu letak belakang...hehehehehe...i'm happy with your marriage..Semoga akak sentiasa bahagia. Amin.

Tuesday, December 23, 2008

::: Friendship Cup Cake :::

Carrot Muffin

Cantik and sweet kan cup cake ni...comel sgt dgn pink flowers tu..kalau dapat betul2 pun rasa cam sayang nak gigit makan....hehehehehehe

Cup cake ini dibuat oleh Kak Zaliana Jurnal Rasa sebagai tanda persahabatan. Kira berkongsi cup cake ni sikit sorang. So sebagai tanda persahabatan juga Hasni abadikan cup cake ini dalam blog Hasni. Semoga ikatan persahabatan berpanjangan hendaknya.

Monday, December 15, 2008

::: Mcdonalds ProSpeRity BurgeR :::

Friday Lunch with Kak Z the Boom - Part 3

Jumaat lepas during lunch time Hasni ker Masjid Jamek sbb ada orang nak belanja makan for my birthday that fall on 5th December...dah la birthday girl then Hasni gak la yang kena ke sana...huhhhh sungguh tak adil...hahahahahhahaha.
Since mcd dah launch their killer menu for chinese new year special edition, so kiteorg apa lagi...memang serbu tak hengat...so we end up with Prosperity Burger (prosperous times are back). nyummy...nyummy
Thanks ye kak z for this birthday lunch...terharu and sebak beb...hehehehehe

Orange McFizz and Milo

Twister fries

Double Beef Prosperity and Beef Prosperity
... yg double tu tentulah untuk birthday girl...lalalalalalala

kering sikit la sbb black pepper sauce dia kurang..mcm kedekut jer..dlm tv bukan main lagi..huh!!!!

apa pun memang sodapppp!!!!!!!!!!

Friday, November 21, 2008

::: FriDaY LuNcH wiTh kAk Z Da BooM - ParT 2 :::

... AssalamualaikuM ...
Hari ini sekali lagi Hasni and Kak Z lunch sama-sama...Friday kan masa Lunch lama skit..so time ni lah boleh spend lama skit nak berborak..walaupun setiap hari Hasni ber-YM dengan dia..huh..tp kiteorg bukan menjalin hubungan terlarang ekkk....hahahhahahaha. Ini kali ke-3 Kak Z datang lunch kat area ofis Hasni...macam kena buli pulak..heheheh..takper next time Hasni pulak yang akan berkunjung kesana...TERPAKSA...gagagagagaga!!!!. So we end up makan di Cafe 62 (Restoran Arab) yang berdekatan dengan ofis Hasni. Selain makanan arab, western food and ala-carte also available. So here are the pics...(pesanan: Kak Stella sila terliur n jeles yer)
The set comes with a vege soup

also with coffee or tea

brown mushroom sauce

mine


my chicken chop with brown mushroom sauce
yummy..yummy..yummy..!!!!!!


Kak Z - Mix Grill ( chicken, fish, and sausage )


errrkk..errkkkk...!!!! Alhamdulillah..


Happy face sesudah kekeyangan


one more happy face before we say goodbye to each other


... WassalaM ...

Friday, June 27, 2008

::: FriDaY LunCh wiTh kAk Z Da bOOm :::

... AssalaamualaikuM ...
Hari ni best skit sbb dapat special lunch with my best good partner...kak zack a.k.a cik bedah...hahahahahahaha...ini kan blog hasni so suka hati hasni ler...hahahahahaha...kak z ni keje di ARUT (cukup ler dgn nama singkatan jer) so dia naik train dtg sini semata2 nak jumpa adik kesayangan dia ni a.k.a hasni ler tu...hihihihihi....rindu ler tu kan...hari2 duk sembang dalam YM pun still lagi rindu gaban.....
so hasni bawak kak Z gi mkn di "Restoran Masakan Johor AJ (anak johor)". lauk pauk kat situ macam2 ada...bermacam jenis asam pedas (kembung, ikan pari, tenggiri, daging), ada kari, ada masak lemak, lauk siput sedut, sup, lauk masak merah kiranya macam2 la yang boleh dikategorikan sebagai ala2 kampung gitu. sambal belacan, air asam dan ulam-ulaman pun ada. cuma xsempat nak snap lauk pauk tu semua n pic depan kedai tu. kedai tu dekat jalan lumut sebelah vistana hotel.

... ini 2 orang jelitawan yg ala2 gitu... sorang tu dh jd hak milik org ... yg sorang lagi yg pakai pink tu belum jadi milik orang lagi ( do not disturb ok!!!!!! )...kwang kwang kwang...

... my menu..nasi putih, sayur, ayam bakar, begedil n paru goreng...air of cos my favorite teh 'O' ais la...kak z tak snap sekali dgn air la...kuah tu hasni campur 3 jenis kuah asam pedas ( pari, tenggiri n daging...marvellous...)

... ini pulak hidangan kak z da boom....nasi putih, sayur pucuk paku, paru masak cili, telor masak lemak n sambal belacan...sempat ler hasni belasah sambal belacan dia td...kuikuikui...kak z minum air teh 'O' limau suam...kak z tak kuat minum ais..hihihihihi
apa pun hasni mkn free td sbb semua tu dibayar oleh kak z...Alhamdulillah n thanks..lain kali belanja lagi...Jasamu di Kenang...ahaksss...
... WassalaM ...

Wednesday, June 18, 2008

...KeNaLi PaSanGaN AnDa...

...AssalamualaikuM...
Hasni bukan seorang pakar motivasi atau yang arif tentang perkara2 ni..cuma hasni nak berkongsi satu kisah kawan rapat hasni (nama samarannya ialah esah) yg percintaannya boleh la kita anggap seperti zaman ibubapa kita dulu. Dia banyak berkongsi kisah peribadinya dengan hasni. kami saling berkongsi kisah antara satu sama lain. yang pastinya dia juga tetamu yg datang ke rumah hasni ini.
si esah ni baru jer bertunang dan akan diijabkabulkan pada awal tahun hadapan..InsyaAllah hasni doakan segala perancangannya diberkati Allah. Setelah banyak melalui episod duka dalam hidupnya hasni harap si esah ini akan menemui sinar kebahagiannya sendiri. sebagai kawan, hasni tetap akan menyokongnya.
Alkisahnya hubungan yang belum sampai setahun antara esah dan pasangannya itu bermula apabila diperkenalkan oleh saudara pasangan esah itu. Kini mereka sedang meniti hari2 bahagia sebagai pasangan tunang yg akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.
sebentar td hasni ada bersembang dengan esah mengenai nenek tunangnya..
dan inilah ceritanya dari tajuk diatas....
esah: nenek dia pun tak tau pasal bertunang tu
esah: baru je kakak dia bgtau
esah: gila betul
hasni: ish..ni ape masalah ni
esah: dia ada nenek lagi. nenek dia stay kat shah alam
hasni: pelik betulla
hasni: then apesal tak bgtau nenek dia time nak tunang ari tu
esah: ntah
esah bagus tak kita org
esah: even belah akak pun sedara tak tau.yg tau cuma dtg masa bertunang hari tu
esah: tu pun adik-beradik akak jer then mak cik sorang tu je laa
hasni: takde la..ini nenek..tau tak
esah: nenek dia dah tau dah. itupun kakak dia yg bgtau
hasni: yelah baru jer tau..dh berapa bulan bertunang baru tau..ape kes la ni..waktu majlis tu nenek dia langsung tak tau kan.
esah: yee
hasni: knp xbwk nenek dia tu
esah: mana ler akak tau
esah: akak tau dia ada nenek pun lepas tunang
esah: terkejut gak
esah: ada nenek lagik rupenye
hasni: akak tau tak mslh akak ni
hasni: lack of communication
hasni: akak pun xpernah tnya dia pasal keluarga dia
hasni: so takkan la dia terhegeh nak bgtau klau org tak tnya
hasni: akak yg silap
hasni: ego sgt la akak ni
esah: excuse me...bukan ego yek
hasni: habis tu klau bukan ego aper???
esah: mmg akak tak tau nak cakap atau tanya ape
esah: lurus bendul....
hasni: ooo..akak tak reti bercakap ekk
esah: bukan tak reti cakap
hasni: dulu time SPM ader ambik ujian lisan tak
hasni: lulus ker gagal??
hasni: tima dlm keter tu tanya la aper2..jgn la jd mcm tunggul kat dlm keter tu
hasni: klau dh tau mamt tu jenis xbercakap so akak la yg mulakan
hasni: beralah la skit ... xruginya..
hasni: at least akak tau pasal adik beradik dia, mak bapak dia, atuk n nenek..kira pasal family dia akak kena tau
hasni: latarbelakang dia..sekolah, suka mkn apa, minum apa,apa yg dia suka apa yg dia tak suka
hasni: akak tau tak...sebenanrnya even kita dh tnya n tau semua bnda pasal dia..nnti bila kawin bnyk lagi yg kita sebenarnya tak tau pasal perangai dia
hasni: inikan pula klau dr awal akak tak tnya apa2
hasni: mesti bile kawin nnti jd culture shock sbbnya terkejut dgn perangai suami
hasni: the best way nak tau pasal perangai dia tnya la mak yg kandungkan dia or org yg rapat dgn dia...tp akak sendiri pun kena jugak soal selidik dia
hasni: sbb mak lah yg tau semuanya mengenainya anaknya.
esah: org tak de bakal mak mertua
esah: anyway
esah: tq
esah: org akan cuba bertanya2 kat dia
hasni: hasni tau la akak xde mak mertua..so nnti bila dh kawin tnya dekat org yg terdekat dgn dia..kakak dia ker
esah: yeeee
esah: betul laa ape yg awak cakap tu
hasni: tau pun
esah: bila pk2 balik byk gak yg akak rasa akak tak tau pasal dia
esah: dia pun sama agaknye
hasni: itula hasni ckp akak dgn dia ni lack of communication
hasni: bila keluar nnti cuba jgn ckp pasal bnda lain..cakap pasal diri sendiri..manfaatkan masa yg ada
heheheheh..itulah antara perbualan kami td..ada jugak yg hasni kena tapis menapis..hehehe..kesimpulannya kita patut kenal hati budi n perangai pasangan kita. jgn malu2 utk bertanya mengenai pasangan masing2... jgn salah faham pulak..tak bermakna kalau kita tahu mengenai pasangan masing2 hubungan itu akan berkekalan..pokok pangkalnya adalah agama yg menjadi benteng kepada sesuatu hubungan. bajai sesuatu hubungan dengan kekuatan agama. semoga ianya sentiasa mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.
...WassalaM...