Monday, October 26, 2009

::: WeekenD :::

Hari Sabtu yang lepas lepak sahaja kat rumah dari pagi hingga ke malam. Is kena kerja half day so anak bini kena stay kat rumah. Lagipun ok jugak sbb Hasni kena fever+flu+sorethroat+cough (complete package). So since jumaat lagi memang keje duk menelan ubat2 yang dibekalkan oleh doktor yang sememangnya amatlah pelbagai termasuklah antibiotic. Walaupun tak sihat tetapi tetap masuk ke dapur untuk masak. hehehehe. Yang selebihnya melepak jer depan tv sambil melayan Nurin. Sungguh syok sekali aktiviti sebegitu pada hari minggu. Ditambah pula jika hari hujan...heaven!!!!!. Lagipun minggu sebelum ni tak sempat nak relax so ambik kesempatan untuk berehat dengan aman kali ini.
Apabila seharian sabtu melepak di rumah, dan sudah tidak tahan dengan rengekan nurin yang nak ke playground. Lagipun kesian jugak kat dia sebab asyik terperap kat rumah je so nak tak nak on weekend kena jugak bawa dia lihat dunia luar...heheheheh. Jadi dalam pukul 11.30 kami ke giant kinrara (cukupla jalan-jalan area dekat2 jer...masa tak terbuang dan yang penting quality time with family) untuk melunaskan keinginan nurin dan juga untuk shopping 3 ke 5 jenis barang yang akhirnya membawa kepada pelbagai barang...huh!!!! (sebelum naik shopping haruslah melayan perut untuk lunch terlebih dahulu di food court). Niat asalnya cuma nak beli floor cleaner, ramly tempura nudget, susu nurin, ubat gigi dan glo pencuci pinggan mangkuk sahaja tetapi tangan ni tercapai pulak shower gel, liquid hand soap, air nutrigen nurin, daging burger ramly, roti burger (bila dah ada daging burger haruslah ada rotinya...entah knp tetiber jer nak makan burger), tauhu telur, brokoli, timun, buah honey dew, ayam, sayur kubis dan ice cream untuk santapan seisi keluarga. Nasib baik barang-barang yang lain still ada lagi kat rumah dan berjaya mengekang nafsu walaupun sudah tergelincir sedikit/banyak dari landasan hehehehehe. Bila dah habis shopping apa lagi...terus naik tingkat atas..untuk kasi can nurin main. Kalau nak ke playground kat luar kena tunggu petang so lebih baik bawak jer ke giant..pagi, petang, siang dan malam pun boleh pulun main walaupun kat luar tu hujan or panas. Kita yang menunggu pun selesa sbb tak panas and sambil2 tu boleh baca suratkhabar dan kalau nak join sekali main pun amat digalakkan..heheheheheh. Nurin main pun tak lama sebab mungkin dia takde geng so dia macam malu-malu and tak berapa nak excited. Cuba kalau abg longnya ada sekali...huh!!!!! memang tak dapat nak cakap dan di explain dengan perkataan la jawabnya. Lepas dia main terus balik rumah tetapi singgah dulu minum air cendol pulut untuk menyegarkan dan membesahkan tekak...... Sampai jer rumah terus solat dan apa lagi zzzzzzzzzzzrrrrrrrrrr!!!! tiga-tiga beranak kecuali makcik, sementara menantikan waktu asar. Malamnya pulak tetap sama...lepak, gelak, tengok tv, makan dan tidoooooooooooooooooo lagi dan lagi dan lagi.











Tuesday, October 20, 2009

::: me and him :::














::: CeRiTa HaRi MinGgU :::

Hari sabtu yang lepas, selepas is keluar ke kelas takaful. Hasni, makcik n nurin ke pasar borong beli telur dan buah. Sayur n bahan-bahan basah yang lain semua dah ada dalam peti ais. Balik je rumah dari pasar borong terus kemas apa-apa yg patut n suap nurin makan nasi ayam sambil dia layan kungfu panda. Pukul 1 mak, abah, abg shahrul dan kak hani sampai. Diorang memang nak singgah rumah dan hantar mak abah ke rumah kami. Diorang datang from sabak bernam sebab pergi kenduri saudara mak di ampang. So lepas kenduri terus datang rumah. Mak abah tido kat rumah kami satu malam. Lepas je semua dah solat zohor terus bergelimpangan di depan tv, yelaa penat and satu lagi sabtu tu panas sangat. Dah dekat asar hasni terus masuk dapur sebab nak masak untuk dinner. Sambil-sambil tu buat inti popiah and buat dadih untuk hidangan esok. Oh ya..ahad tu hasni nak buat makan2 skit untuk family, memandangkan mak abah ada kat sini...so kira sekalikan je. Dinner malam tu masak sup ayam, telor dadar dan sayur kangkung tumis belacan. Simple jer lagipun mak ada bawa lauk and makanan dari tempat kenduri. Lepas dinner abg shahrul and kak hani balik shah alam, is pulak gigih melipat n menggulung popiah dengan inti yang dah hasni buat. Tunggu sampai is habiskan semua kulit popiah tu terus masuk tido...letih yang amat..
Hari ahad, breakfast dengan nasi lemak sebungkus seorang then hasni n makcik continue masuk dapur utk buat kuah mee kari...hehehehehe. Lepas tu hasni siapkan meja and susun makanan2 yang nak dihidang...ala bukan banyak pun...ala kadar n simple jer untuk family. Menu hari tu ialah mee kari, popiah, dadih fruit cocktail and air teh bunga. Yang penting semua home made. Puas hati sebab semua habis licin. Alhamdulillah. Member hasni dan is ada yang datang juga tak lupa abg ja n family dan adik beradik is dan yang pasti tetamu yang sentiasa diundang walau apa jua majlis dan walau tiada majlis ialah adik.....hahahahahaha. Kira rumah hasni tu dah dibuat rumah kedua dia selepas bilik hostel dia. Apa pun malam tu tido dengan keletihan dan kepuasan.

Wednesday, October 14, 2009

::: Back to Normal Routine :::

Bulan Ramadhan dah lama berlalu. Hari raya pun sudah berlalu dan Alhamdulillah hasni dan is berjaya berpuasa 6 hari di bulan Syawal. So apabila semuanya sudah berlalu maka kembali lah kami ke rutin biasa. Bukan rutin apa pun, malahan lebih kepada rutin memasak hasni sebenarnya hehehehehe. Semalam balik lambat skit 7.30 baru sampai rumah. Sebelum sampai rumah singgah kedai beli udang dan sayur. Sampai je rumah terus solat maghrib dan bermula lah acara bersilat di dapur. Is belum balik lagi. Semalam masak daging minyak bijan, bayam rebus dan ikan goreng juga ulam timun cicah dengan budu dan sambal belacan. By 8.30 siap masak..is pun balik. Biasanya hasni akan mandi selepas masak..tak syok la bila dah mandi kemudian masuk dapur masak...memang melekat la bau kat baju...hehehehe

Memandangkan semalam beli udang, so misi memasak petang nanti ialah nak buat sambal tumis udang, terung dan ikan bilis tumis belacan, ikan goreng dan ulam timun. Cukup la tu utk dinner dan untuk bekal kerja is keesokannya. Sebelum ni hasni bangun masak pagi2 tp skrg ni rasanya nak ubah jadual la...sbb masak pagi ni rushing sgt. Mujurla is bukan jenis cerewet. Even satu lauk pun dia boleh makan dengan nasi. Dia memang bawa bekal pergi kerja sebab tu hasni tak kisah bangun pagi-pagi seawal 5 pagi untuk masak sebab hasni tahu dia memang makan sampai habis. Kira berbaloi. Lagipun amat besar pahala untuk seorang isteri yang sentiasa menjaga makan minum dan berbakti pada suami. Nabi Muhammad sendiri pun pernah berkata..apabila seseorang isteri tersebut taat pada Allah dan suaminya dan kemudian dia meninggal dalam keadaan si suami redha pd nya..maka masuklah dia ke dalam syurga melalui mana-mana pintu sekalipun. So rebutlah peluang ini selagi kita hidup.

Monday, October 12, 2009

::: Puteri Nurin Insyirah Beradu :::

Bukan Puteri Aurora Beradu yeeeee...jgn salah faham pulak..hehehehehe

Sunday, October 11, 2009

::: My Daughter is Back :::

Alhamdulillah, Nurin dah selamat sampai di rumahnya sendiri...Home Sweet Home. Hari Jumaat yang lepas, habis sahaja waktu kerja Hasni dan Is terus balik rumah. Lepas solat maghrib kami terus ke KLIA. Sampai ke KLIA jam 8.15. Bila dah siap check in kami terus ke KFC untuk mengalas perut yang sungguh hebat berkeroncong disebabkan hanya sempat berbuka dengan menelan 2 teguk air kosong di rumah. Jam 10.35 hasni naik flight dan selamat sampai di airport jam 11.30 mlm. Abg hariff jemput di airport dan dia terus hantar ke rumah. Time hasni sampai Insyirah sedang lena tidur. Hasni kejut dia dan dia bukak mata terus tersenyum. Bahagia n gembira sungguh rasa di hati bila dapat tengok anak di depan mata sendiri. Main-main dengan Insyirah dulu dan bersembang kejap dengan mami dan makcik kemudian baru masuk tidur. Tidur dengan Insyirah. Bukan main happy lagi dia.
Keesokannya, selepas solat subuh mami, makcik n kak mira ke pasar borong. Tinggalah hasni n nurin di rumah. Malas nak ikut. Bila nurin bangun apa lagi terus bagi dia DVD yang baru hasni beli tu. Suka la dia n terus request suruh pasang...memang time tu jugak dia habiskan tengok kedua-dua DVD tu. Bila mami balik dari pasar borong, terus kami breakfast bersama. Meriah sungguh dengan makanan. Apa yang hasni teringin nak makan semuanya ada di depan mata. Ada laksam yang sungguh marvellous sedap, nasi berlauk ikan tongkol, meehun goreng bungkus daun pisang, kuih muih dan tak lupa teh ais..hehehehehe.Sungguh sedap tak terkata. Bila dah kenyang macam biasa la melepak dan kemas barang-barang nurin yang akan di bawa balik. Lunch pulak dapat makan nasi sumatera yang dibungkus dengan daun pisang dan disematkan sebatang paku bagi menggantikan getah. Itulah keunikannya. Biasanya lauk yang menjadi pilihan kami sekeluarga apabila makan nasi sumatera adalah lauk daging kerutuk+paru goreng+taugeh goreng+timun. Memang sedap hingga bisa membuatkan mata terpejam tatkala menguyah...hahahahahah. Bila makan ramai-ramai bertambah la sedap makanan didepan mata. Abg hariff pulak memang melapak sama dirumah mami. Apalagi memang berborak sakan la..hehehehehehe.
Hari sabtu jam 9.00 malam kami bertolak ke airport dengan 2 buah kereta. kereta mami dan kereta baru abg hariff. Semuanya ikut tambahan pula abg kama pun balik so kak mira bawak la anak2 dia 2 orang tu sekali. Riuh rendah airport dengan suara nurin dan sepupu-sepupunya. Jam 10.35 hasni, makcik n nurin naik flight dan selamat tiba di KL jam 11.30. Is jemput di airport, sebelum sampai rumah sempat singgah di kedai mamak haji tapah untuk supper. Sampai rumah dah pukul 1...naik atas terus zrrrrrrrrrrrrr..tidak sedarkan diri. Sungguh penat n sungguh gumbira. Malam tu kami tidur bertiga..sungguh Indah!!!!!.

Friday, October 09, 2009

::: Ice Age 2 - Madagascar :::

Balik sahaja dari Giant setelah membeli belah dengan rakus tetapi masih lagi dalam kategori berjimat dan berhemah, terus berdesup ke kedai DVD berdekatan. Berjaya juga umi Nurin merembat 2 DVD dibawah ini yang diharapkan akan membuatkan si anak teruja dengan hidangan lazat pembuka selera ini. Si papa juga tidak mahu mengalah untuk menujukkan keterujaan apabila sampai sahaja di rumah terus on kedua2 hidangan ini untuk diuji tahap ke'clear'ran DVD yang tidak original ini...hehehehehe. So Nurin, pagi esok kita layan sama-sama ye....duduk depan tv jer ok. ermmmm...tak tahu la berapa puluh kali pula cerita ini akan diulang tayang oleh si anak seperti yang dilakukan pada Ice Age 3 and Pu Panda. Yang pasti...Sejarah akan berulang kembali..
.............................................


Ice Age 2 - The Meltdown


Madagascar - Escape 2 Africa






Tuesday, October 06, 2009

::: Pu Panda :::

Bukan Kung Fu Panda yeee..tapi PU PANDA..itulah sebutan Nurin. Selain daripada Ice Age yang masih lagi ditonton, sampai kan dah lost track nak kira. huhhhh!!!!! memang penat bila setiap hari asyik movie yang sama yang mahu ditonton. Kalau tak ice age maka pu panda lah yang menjadi habuan hariannya berbekalkan sebotol penuh susu. Sama seperti ice age yang ditonton pada jam 3 pagi pada entry yang lepas...sejarah berulang kembali apabila 2 hari lepas Nurin request kat tokcik untuk on dvd ice age pada jam 3 pagi. Sampai habis movie dia tgk dan selepas tu baru lah dia menyambung tidur kembali. Malam ini balik dr giant harus menyambung misi ke kedai DVD untuk membeli beberapa koleksi terbaru cerita yang seangkatan seperti pu panda n ice age untuk tontonan tuan puteri sekembalinya dia di KL pada hari sabtu ini.
Memang seronok ok cerita pu panda ni sampaikan dia boleh tergelak sendirian...siap buat gaya pu panda lagi...hahahahahaha...Masa raya kat sabak hari tu, sampaikan atuk n nenek geleng kepala tengok nurin duk ulang tayang ice age n pu panda...Hasni pulak bawak balik dvd tu sbb tak nak dia boring, sbbnya sepupu-sepupu Nurin tak balik sabak time raya hari tu. So drp dia merengek kebosanan and buat hal yang tak tentu arah disebabkan bosan jadi uminya dengan baik hati mengangkut laptop n dvd2 tersebut. Serius...mmg mujarab....hahahahahaha.






... Pu Panda Kesukaan Nurin ...








::: BadaN di KL..Hati di KB :::

Rindunya detik-detik ini....Rasa nak suruh jer Nurin kembali ke detik ini untuk tempoh 1 jam...hahahahaaha










yeayyyyyy esok dah Jumaat, hati ini rasa dah tak tenteram. Nak buat apa pun malas. Fikiran asyik melayang nun jauh bersama Insyirah di KB. Setiap hari tak lengkap rasanya jika tidak dapat mendengar suara dia membebel di corong telefon sambil menyanyikan 2 buah lagu kegemarannya untuk menghiburkan hatiku. Gembira dan bahagianya rasa di hati bila Insyirah juga bahagia di sana. Cakapnya semakin petah dan alhamdulillah dia semakin bijak dan sudah pandai memilih apa yang menjadi kegemarannya. 3 hari lagi genap usianya 2 tahun 7 bulan. Sungguh pantas masa berlalu. Akan ku berikan yang terbaik untuk masa depannya. Setiap ibu di dunia ini sememangnya mahukan yang terbaik untuk anak mereka tetapi apa yang membezakan ialah bagaimana kita mendidik dan mencorakkan kehidupan anak masing-masing. Bentuklah anak mengikut acuan dan jangan sesekali tersasar dari acuan.



Petang nanti balik kerja nak singgah Giant untuk beli monthly groceries. Dah siap2 buat list so senang, just ambik n masukkan dalam troli. Setiap kali nak beli brg, hasni memang akan buat list siap2, sbb nanti takdela nak ambik benda2 yang merapu meraban. Itupun kadang2 terambik jugak la brg2 yg tiada dalam list. Kalau tak buat list mahu satu lori barang2 yang merapu. Bila ada list ni lagi disiplin perbelanjaan kita and menjimatkan masa. Tak perlu lagi nak fikir2 nak beli apa. Semuanya dah tercatit dalam kertas cuma ambik dan bayar sahaja. Ermmmm...tak sabarnya nak fly balik kb esok.