Wednesday, October 14, 2009

::: Back to Normal Routine :::

Bulan Ramadhan dah lama berlalu. Hari raya pun sudah berlalu dan Alhamdulillah hasni dan is berjaya berpuasa 6 hari di bulan Syawal. So apabila semuanya sudah berlalu maka kembali lah kami ke rutin biasa. Bukan rutin apa pun, malahan lebih kepada rutin memasak hasni sebenarnya hehehehehe. Semalam balik lambat skit 7.30 baru sampai rumah. Sebelum sampai rumah singgah kedai beli udang dan sayur. Sampai je rumah terus solat maghrib dan bermula lah acara bersilat di dapur. Is belum balik lagi. Semalam masak daging minyak bijan, bayam rebus dan ikan goreng juga ulam timun cicah dengan budu dan sambal belacan. By 8.30 siap masak..is pun balik. Biasanya hasni akan mandi selepas masak..tak syok la bila dah mandi kemudian masuk dapur masak...memang melekat la bau kat baju...hehehehe

Memandangkan semalam beli udang, so misi memasak petang nanti ialah nak buat sambal tumis udang, terung dan ikan bilis tumis belacan, ikan goreng dan ulam timun. Cukup la tu utk dinner dan untuk bekal kerja is keesokannya. Sebelum ni hasni bangun masak pagi2 tp skrg ni rasanya nak ubah jadual la...sbb masak pagi ni rushing sgt. Mujurla is bukan jenis cerewet. Even satu lauk pun dia boleh makan dengan nasi. Dia memang bawa bekal pergi kerja sebab tu hasni tak kisah bangun pagi-pagi seawal 5 pagi untuk masak sebab hasni tahu dia memang makan sampai habis. Kira berbaloi. Lagipun amat besar pahala untuk seorang isteri yang sentiasa menjaga makan minum dan berbakti pada suami. Nabi Muhammad sendiri pun pernah berkata..apabila seseorang isteri tersebut taat pada Allah dan suaminya dan kemudian dia meninggal dalam keadaan si suami redha pd nya..maka masuklah dia ke dalam syurga melalui mana-mana pintu sekalipun. So rebutlah peluang ini selagi kita hidup.

No comments: