Tuesday, October 20, 2009

::: CeRiTa HaRi MinGgU :::

Hari sabtu yang lepas, selepas is keluar ke kelas takaful. Hasni, makcik n nurin ke pasar borong beli telur dan buah. Sayur n bahan-bahan basah yang lain semua dah ada dalam peti ais. Balik je rumah dari pasar borong terus kemas apa-apa yg patut n suap nurin makan nasi ayam sambil dia layan kungfu panda. Pukul 1 mak, abah, abg shahrul dan kak hani sampai. Diorang memang nak singgah rumah dan hantar mak abah ke rumah kami. Diorang datang from sabak bernam sebab pergi kenduri saudara mak di ampang. So lepas kenduri terus datang rumah. Mak abah tido kat rumah kami satu malam. Lepas je semua dah solat zohor terus bergelimpangan di depan tv, yelaa penat and satu lagi sabtu tu panas sangat. Dah dekat asar hasni terus masuk dapur sebab nak masak untuk dinner. Sambil-sambil tu buat inti popiah and buat dadih untuk hidangan esok. Oh ya..ahad tu hasni nak buat makan2 skit untuk family, memandangkan mak abah ada kat sini...so kira sekalikan je. Dinner malam tu masak sup ayam, telor dadar dan sayur kangkung tumis belacan. Simple jer lagipun mak ada bawa lauk and makanan dari tempat kenduri. Lepas dinner abg shahrul and kak hani balik shah alam, is pulak gigih melipat n menggulung popiah dengan inti yang dah hasni buat. Tunggu sampai is habiskan semua kulit popiah tu terus masuk tido...letih yang amat..
Hari ahad, breakfast dengan nasi lemak sebungkus seorang then hasni n makcik continue masuk dapur utk buat kuah mee kari...hehehehehe. Lepas tu hasni siapkan meja and susun makanan2 yang nak dihidang...ala bukan banyak pun...ala kadar n simple jer untuk family. Menu hari tu ialah mee kari, popiah, dadih fruit cocktail and air teh bunga. Yang penting semua home made. Puas hati sebab semua habis licin. Alhamdulillah. Member hasni dan is ada yang datang juga tak lupa abg ja n family dan adik beradik is dan yang pasti tetamu yang sentiasa diundang walau apa jua majlis dan walau tiada majlis ialah adik.....hahahahahaha. Kira rumah hasni tu dah dibuat rumah kedua dia selepas bilik hostel dia. Apa pun malam tu tido dengan keletihan dan kepuasan.

No comments: