Showing posts with label Pregnancy and Delivery. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy and Delivery. Show all posts

Monday, August 31, 2009

::: My JourNeY :::




Ingin ku coretkan sedikit kenangan yang paling indah dan berharga dalam diari hidup seorang Ibu. Ini merupakan pengalaman aku sendiri di saat mengandungkan permata cinta aku dan is selama genap 38 minggu.


Alhamdulillah aku menerima berita kehamilan ku dengan penuh kesyukuran yang tak terhingga. Yes!!!...aku mengalirkan air mata di saat staff klinik memberitahu bahawasanya result urine ku adalah positif. Sungguh indah momen itu untuk dikenang. Sememangnya aku dgn is amat mengharapkan kedatangan cahaya mata dalam rumahtangga kami. Syukur kerana Allah memperkenan doa dan harapan kami juga mempercepatkan proses kehamilan ku iaitu selepas sebulan usia pernikahan kami.


Alhamdulillah, proses kehamilan tidak lah sesukar mana. Mabuk boleh dikira dengan jari dan boleh dikatakan aku tidak mengalami alahan yang teruk. Morning sickness pun cumalah muntah air di waktu pagi juga tidak melebihi 5 kali. Tapi tetap ke tempat kerja seperti biasa. Balik dari kerja pula tetap berkejaran menaiki anak-anak tangga ke putra masjid jamek. Masuk dalam train pulak bukannya dapat duduk..5-6 bulan kehamilan perutku masih lagi terlindung di balik baju yang ku pakai. So ramai yang tak perasan yang aku adalah hamil. Nak tak nak terpaksalah aku berdiri bersama2 penumpang yang lain. Mulut pulak tidak pernah berhenti memohon Allah melindungi ku dan kandungan ku. Pengalaman yang paling teruk ialah jika train mengalami masalah. Terpakasalah aku berdiri hingga mengambil masa 1 jam sebelum ketibaan train. Masuk train pulak terpaksa juga berdiri hinggalah sampai ke station kelana jaya. Amat menguji kesabaran dan kekuatan mental dan fizikal. Sampai je rumah terus mandi dan terbaringlah aku di atas katil dengan keadaan yang amat keletihan. Suami ku lah yang amat sabar dan rajin mengurut kaki ku dengan minyak panas hampir setiap hari sepanjang tempoh kehamilan ku. Dialah yang amat sabar melayan kerenah aku, dan dia lah jua yang mengambil berat dengan keadaan ku hinggakan semua kemahuan ku diturutinya. Ya Allah..amat besar pengorbanan suami ku terhadapku. Sepanjang tempoh itu tidak pernah dia tinggalkan aku keseorangan dirumah. Dia sanggup lupakan aktiviti sukannya dan dia juga tidak pernah keluar diwaktu malam utk jumpa kawan2 hanya kerana mahu menemaniku. Abg, terima kasih atas segala-galanya...


Aku lalui tempoh kehamilan dengan bermacam-macam ragam. Kadang-kadang ok, moody, cepat marah, cepat terasa dan sungguh sensitif. Alhamdulillah sepanjang tempoh kehamilan ku Al-Quran menjadi peneman setiaku. Apa jua surah-surah dan doa-doa yang perlu dibaca sepanjang tempoh kehamilan ku jadikan rutin harian. Setiap kali checkup is tidak pernah gagal untuk sama2 menemaniku. Sudah tentunya dia tidak sabar nak tengok zuriatnya sendiri setiap kali DR scan perutku. Sememangnya dialah penguat semangat ku. Masuk bulan ke 8 kehamilan iaitu 32 minggu, aku disahkan mengalami gejala tekanan darah tinggi sewaktu mengandung. Agak gerun jugak la sbb takut membahayakan baby...So kerap jugak la ke klinik untuk ambil bacaan tekanan darah untuk memastikan tidak berada dlm tahap bahaya. Aku juga dibekalkan dengan ubat khas darah tinggi untuk ibu mengandung. Ubat tu memang aku makan setiap hari. Waktu tu kaki dan tangan mula membengkak termasuklah jari jemari..hehehe. Muka tak payah cakapla...dah mcm muka mangkuk bulat nasi tambah. Nak tengok cermin pun rasa tak sanggup. Pegi keje siap pakai sandal orang lelaki...memang besar kaki ku di saat itu..hahahahahaha.


Doktor mengatakan yang aku harus bersalin pada minggu ke 38 disebabkan oleh darah tinggi yang aku alami. Syukur, sepanjang tempoh itu kandunganku tidak mengalami apa-apa masalah. Perkembangannya amat memberangsangkan seiring dengan perkembangan tubuh badan ku...hahahahahaha. Disebabkan mami request supaya aku bersalin di Kota Bharu, maka balik lah kami ke sana di saat kandunganku mencecah usia 36 minggu. Continue checkup di hospital KB. Sebab mami nak aku bersalin di KB so kena lah ada record checkup dgn diaorang. So sepanjang menunggu minggu ke-38, aku diberi mc oleh doktor. 2 minggu aku berehat2 dan bersenang lenang di rumah mami...hehehehehe.


Sampailah pada masa yang ditunggu-tunggu iaitu kandungan ku mencecah usia 38 minggu. Doktor bagitahu yang aku mesti di bawa ke bilik bersalin selepas bacaan tekanan darah ku menunjukkan isyarat yang kurang baik. Maka aku dibawa ke satu bilik dan disitu nurse check bukaan menunjukkan 1cm. Selepas itu aku terus disorong masuk ke bilik bersalin...walaupun tidak ada sedikit pun rasa sakit aku tidak dibenarkan berjalan....hahahahaha sbb dikhuatiri tekanan darah ku naik mendadak. Aku ditempatkan di sebuah bilik tertutup di dewan bersalin. Sejuk sangat bilik tu. Masih aku ingat yang aku sempat menghabiskan sebungkus nasi kerabu yang mami bawa sebelum aku disorong masuk ke dewan bersalin. Aku masuk bilik tu pada jam 2.30 ptg pada 10/3/2007 (sabtu). Aku dipakaikan tiub bagi memudahkan proses pembuangan air..yelaaa...dah tu memang aku tidak dibenarkan berjalan. Then di lenganku ditempek dengan alat untuk mengambil bacaan tekanan darah ku. Setiap 15 minit benda tu berfungsi...automatik. Nurse and doktor hanya menjenguk setiap setengah jam bagi memantau keadaan ku.


Amat boring terbaring jer dalam bilik tu. Bukannya sakit pun...tido jer memanjang. Sampailah pada Jam 6.00 pagi 11/3/2007 (ahad). Doktor bagitahu yang aku akan di induce. Aku tersenyum kerana aku tahu yang sudah tiba masanya aku menemui zuriatku. Aku bertenang dan sedikit sebanyak perasaan gementar menyelubungi diriku. Doktor juga bagitahu yang ubat induce akan diberikan setiap 6 jam. Maknanya pukul 6 pagi 1 biji, pukul 12 tgh hari 1 biji dan 1 biji lagi pada pukul 6 petang. Jika selepas 3 biji ubat ini dimasukkan dan aku masih tidak menunjukkan tanda untuk bersalin yakni tiada bukaan juga air ketuban tidak pecah so aku harus di operate. Aku hanya menggangguk dan aku terus berdoa pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan ini. Apa pun aku tetap nak bersalin normal. Aku usap perutku dan bercakap dengan permata hati semoga dia juga kuat seperti aku.


Maka setelah dipersetujui doktor pun memasukkan 1 biji ubat tepat jam 6 pagi 11/3/2007. Memang seriau jer waktu doktor nak masukkan ubat...yelaaa sebab bukan sakit nak bersalin..tiba-tiba ada benda masuk..hehehehehe. Aku masih boleh berehat2 dan terkumat kamit membaca doa memohon perlindungan Allah. Tidak lama selepas tu mami masuk..keluar air mata ku melihat mami datang untuk memberi semangat padaku. Mami bagitahu yang is tunggu di luar. Aku sebenarnya dah berniat supaya is menemaniku di saat aku melahirkan zuriatnya..tapi aku redha jika mami ditakdirkan bersama ku kerana dia ibuku dan dialah insan yang melahirkan ku didunia...ohhhh..sungguh besar pengorbanan mami. Mami layan aku bersembang dan aku sempat memohon kemaafan darinya atas segala dosa2 ku terhadapnya. Aku juga meminta mami supaya menghalalkan segala makan minum ku sepanjang aku menjadi anaknya. Sungguh syahdu detik2 itu. Melihat mami juga mengalirkan air mata...membuatkan aku ingin memeluk dan menciumnya.


Pukul 12 doktor datang lagi. Doktor check bukaan aku..tetapi cuma 2cm. Aku masih tidak mengalami apa2 kesakitan. Air ketuban juga belum pecah. Syukur, kerana aku masih tidak perlu bertarung dengan kesakitan. 1 biji ubat lagi telah dimasukkan tepat jam 12 tgh hari 11/3/2007. Aku masih ok pada ketika itu...cuma kepala serabut memikirkan kemungkinan2 yg boleh berlaku. Aku juga tidak henti-henti berdoa semoga Allah menyelamatkan aku dengan zuriat ini. Pada jam 3 petang aku mula merasa perutku memulas. Aku bagitahu mami yang setia menanti disisi ku. Mami cakap sabar dan ingat Allah. Doktor datang check bukaan yang hanya 3cm. Aku masih bertahan kerana kesakitan itu tidak seberapa dan aku terus baca ayat kursi untuk menengkan hati. Pada ketika itu aku masih lagi boleh bersembang dan tersenyum pada mami. Jam 4 petang aku rasa macam ada air di celah kelangkang. Aku bagitahu mami yang maybe tiub kencing tu tercabut. Padahal air ketuban yang pecah...hehehehe..Aku langsung tidak terpikir yang itu ialah air ketuban..hahahahaha. Bila dah keluar air yang aku sangka air kencing sendiri tu...contraction mula datang on off on off. Aku genggam tgn mami sekuatnya. Waktu tu aku tahu yang aku akan bersalin pada bila2 masa jer. Doktor check bukaan yang baru mencecah 4cm. Doktor suruh tunggu lagi. Ye memang sakit contraction tu. Setiap kesakitan contraction tu merupakan nikmat yang tak terhingga yang Allah bagi. Setiap kali sakit aku hnya beristighfar, dan menyebut nama Allah. walau sakit macam mana sekalipun aku takkan menjerit or membuat bising, cukuplah aku ucapkan kalimah-kalimah Allah.


Pada jam 4.30 petang mami memohon untuk solat asar. Aku kucup tangannya sekali lagi memohon keampunan. Aku takut andainya aku tidak sempat menemuinya untuk kali terakhir. Bila mami keluar, kak mira masuk menemaniku. Sempat lagi aku mengadu pada kak mira yang aku dah nak bersalin sangat2...dah tak tahan nak tunggu lagi sbb aku rasa dah macam ada benda nak keluar. Kak mira tanya samada nak panggil is ataupun tidak...terus aku angguk. aku sememangnya amat memerlukan dia di sisi ku. Mungkin sudah tersurat is yang akan berada disisi ku sewaktu aku bersalin, sebab itu mami memohon untuk keluar solat asar. Is masuk lebih kurang pukul 4.45 petang. Dia duduk di tepi kepalaku sambil tangannya mengusap kepalaku yang bertudung. Dia bisikkan di telinga ku kalimah Allah dan meminta ku bersabar. Aku menurut sahaja sambil tangan ku tidak lepas menggenggam erat tangannya. Bila contraction datang ketika itulah aku meramas tangannya sekuat yang boleh dan sebelah lagi tanganku memegang lengannya. Is bertahan disamping ku dan tidak putus memberikan aku semangat. Mulut dia juga tidak lepas beristighfar dan menyebut kalimah Allah bersama ku. Pada pukul 5 doktor datang check bukaan aku sudah 8 cm...Alhamdulillah syukur. Aku bgtau doktor yang aku dah nak bersalin sangat2 dah macam nak terkeluar..so doktor n nurse suruh aku betulkan position aku dan mulakan aktiviti push...aku menarik nafas panjang dan mula push....kali pertama push doktor cakap..haaaa dah nmpk kepala baby....kali kedua push...haaaa sikit lagi baby nak keluar...kali ketiga push tiba-tiba..............uwaaaaa uwaaaaa uwaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Alhamdulillah Syukur, maka keluarlah Nurin Insyirah Ismadi tepat jam 5.12 petang pada 11/3/2007 (ahad). Waktu kelahirannya menyamai hari kelahiran ku iaitu 5/12/1981. Syukur padamu Ya Allah kerana mempermudahkan segala-galanya. Bukan hendak mendabik dada atau memuji diri tapi aku amat syukur kerana proses kelahiran Nurin amat sekejap dan senang, malahan aku tidak perlu bertarung dengan kesakitan dalam jangkamasa yang lama. Sememangnya inilah antara doaku yang tidak pernah aku lupa sepanjang aku mengandung iaitu aku mahukan proses kelahiran yang senang dan mudah. Tapi apa pun Allah lah yang menentukan segalanya. Doktor terus menunjukkan pada ku permata hati kami lantas di balut dengan kain dan terus diberikan pada is untuk di azan dan di iqamat tanpa membersihkannya. Sememangnya itulah yang aku harapkan supaya is dapat memegang zuriatnya terus selepas keluar dari perutku. Aku bangga melihat is memegang zuriatnya itu dengan seribu satu perasaan. Aku juga bangga kerana is seorang yang kuat semangat sepanjang menemaniku. Alhamdulillah dia tidak pitam mahupun pengsan tatkala melihat darah. Mami amat terkejut aku bersalin secepat itu..dia cakap dia baru jer nak solat tiba2 dapat tahu aku dah bersalin..hehehehe.


Maka itulah pengalaman berharga ku sepanjang mengandung dan melahirkan Nurin. Syukur aku dapat merasai nikmat itu.