Showing posts with label US. Show all posts
Showing posts with label US. Show all posts

Tuesday, October 19, 2010

::: Aidilfitri 2010 :::





Sebulan lebih tak update blog. Dah lama habis syawal..baru lah terkedek2 nk update. Pasal raya kat KB memang seronok sangat. 11 malam kat sana rasa tak puas. Berkumpul ramai2 adalah saat yang paling happening. Ohhhh ya!! balik KL hari tu bawak sekali dengan makcik n nurin...happy sangat. Thanks makcik sbb sudi ikut balik KL. InsyaAllah deepavali nnti baru bawak nurin n makcik balik KB semula sbb makcik beraya kat sana. Nak ambik cuti time raya haji pun dah tak boleh sebab cuti dh habis. So nak tak nak kena hntr makcik n nurin time cuti deepavali. malas nk cakap sbb mood raya dah habis..letak pic jer (ini pun family kak n abg harif takde dlm pic)



















Wednesday, September 08, 2010

::: Yahoooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!! :::

 
 
  • Alhamdulillah...hari ni dah rabu. Maka tiba la saat yang paling di tunggu
  • InsyaAllah seperti yang telah di war-war kan sebelum ini, hasni dan is akan bertolak balik ke KB paling awal tepat jam 12 malam or paling lewat jam 2 pagi. Tapi seboleh mungkin mmg nak bertolak awal. Is kena tido awal mlm ni and charge battery secukupnya supaya jam 12 tgh malam nk drive tu badan dia segar bugar
  • Pagi tadi time sahur hasni siapkan lipat baju and vacum lagi sekali kat bahagian bawah
  • Rumah dah bersih...seronok!!!
  • Malam tadi time sembang dgn nurin, dia nangis sebab rindukan umi dan papa. Dia ckp lambatnya umi nak balik, kakak nak umi, kakak nak tido dgn umi, kakak nak umi suap kakak makan. Ermmmm sedih sungguh. Sabar ye sayang. Malam ni umi balik. Doakan umi dan papa selamat dalam perjalanan
  • Sebenarnya malas nk cerita pasal ketiadaan nurin kat blog ni sebab ianya boleh mengundang deraian air mata hasni yg gugur tatkala menaip dan tak nak mencetuskan emosi yang sedih. So setakat yang boleh, biarlah hasni pendamkan sahaja didalam hati
  • Ok...sambung cerita lain
  • Petang ni nak singgah kat car wash. Seperti kelazaiman, kalau nak travel jauh kerata haruslah bersih luar dalam barulah mencetuskan aura dan mood happy nak balik kg
  • Malam ni nak tolak kena singgah dulu ke rumah tailor kat area selayang untuk ambik baju raya hasni dan nurin.....boleh???  amat2 last minit..yang pasti bukan salah hasni
  • Barang-barang yang hendak di bawa balik telah siap tersadai kat tepi sliding door rumah supaya senang is capai n terus sumbat dlm kereta
  • baju-baju juga telah selamat berada didalam beg..hanya tinggal nak masukkan barang2 kecik jer
  • Malam ni berbuka kat luar sebab dapur sudah tidak boleh digunakan lagi kerana hasni dah siap kemas dan mop ruang dapur hingga berkilat dan bersinar 
  • Semalam hasni dan is beli bunga api yang apabila dinyalakan maka terhasilah beraneka jenis warna warni dan juga beberapa paket bunga api kucing...hehehehe. Mesti meriah malam raya esok...sebab anak2 buah berkumpul kecuali kak yang balik tgh hari raya pertama. Abg ja satu family bertolak balik KB pagi tadi
  • Esok maka bersinsing lengan ler kat dapur untuk membantu makcik dan mami menyediakan juadah-juadah pembuka selera di hari raya....seronoknya..al-maklumla dah 2 tahun tak beraya dengan family sendiri
  • Akhir kata - Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin ...... 




Monday, September 06, 2010

::: Weekend Story :::




  • Hari sabtu pagi lepas sahur, mata terus segar bugar. Online fb kejap download lagu afghan dan maher zain. iron 5 helai seluar n baju kerja is n baju myself sambil dgr alunan 'insyaAllah' from maher zain dan alunan 'padamu ku bersujud' from afghan. Tidak diketahui berapa kali ianya diulang
  • lepas iron baju, is pergi bengkel kereta. Tinggallah hasni keseorangan dirumah. Turun bawah kemaskan dapur n mop ruang dapur. Lepas tu lepak depan tv sambil lipat baju. lega semuanya beres dan rumah pun bersih n kemas. Sungguh tenang nak tinggalkan rumah bersempena cuti panjang hari raya ni
  • Pukul 2 pm layan ayat-ayat cinta. Walaupun kali kedua menonton filem ini dan sebelum menonton filem hasni telah membaca novelnya terdahulu tetapi mata tetap setia menanti dan menjiwai jalan cerita dan alunan muzik yang dipaparkan di kaca tv
  • Is sampai rumah pukul 4 petang. Is ke surau solat asar hasni pulak bersiap untuk balik ke sabak
  • Bertolak dari rumah pukul 5 petang, pergi ambik baju melayu is yang dh siap di cheras
  • From cheras kami ke parkson subang parade untuk membeli hadiah hari raya for Nurin. Selepas melakukan pembelian dan pembayaran terasa sungguh happy dan tak sabar nak bagi hadiah (her wish list) tu pada nurin walaupun ianya tidaklah seberapa di mata org lain tetapi ianya bermakna bagi kami
  • Toy r Us kat subang parade telah berpindah ke Empire Mall subang. Sebab tu kami melakukan pembelian di Parkson
  • Keluar from subang parade dah maghrib. Sempat beli minuman dan makanan ringan kat cold storage subang parade untuk alas perut dan berbuka di dalam kereta
  • Seperti biasa kalau balik sabak dan masa mengizinkan kami akan singgah di jeram dinner kat restoran aroma seafood. So begitu juga pada sabtu lepas.
  • Sampai rumah sabak dah pukul 11...sembang dengan mak abah n melantak lagi nasi goreng yang ibu mertua ku simpan kan untuk menantunya yang hantu nasi goreng ni. kalau ikutkan memang dah kenyang sangat-sangat tp disebabkan menghargai mak..hasni sumbatkan jugak perut yang sendat ini dengan nasi goreng air tangan mak...Sedap!!!!!
  • Hari ahad sama-sama bersila dengan mak depan tv menguli doh dan membuat untuk kuih cucur badak. Kuih cucur badak ni bukanlah kuih favorite hasni pun..ibaratkan kalau takde pun memang tak mencari. Tapi bila pertama kali dapat merasai kuih cucur badak yang mak buat terus jatuh hati. Bagi hasni kuih cucur badak mak adalah yang paling marvellous yang pernah hasni makan.
  • Yang paling terharu dan bertambah-tambah rasa kasih dan sayang pada mak bila mak cakap "sebenarnya minggu lepas lagi nak buat kuih ni, tp mak teringatkan yang hasni suka makan cucur badak mak ni sbb tu mak tunggu hasni balik baru mak buat" . Ohhhh!!!! terima kasih mak. Dan tak lupa..sambil tolong mak smlm, mak juga perturunkan rahsia kesedapan kuih cucur badak nya. 
  • Hari jumaat malam is ada call mak cakap hani nk makan kerang masak tumis air ala-ala sup. Hari ahad tu lepas subuh hasni dan is tertidur depan tv, bila bangun pergi dapur tengok-tengok kerang dah bersih kat dalam bekas. Rupa-rupanya time kami tertidur tu abah pergi pasar belikan kerang dan abah juga yang bersihkan kerang tu. Sungguh tersentuh hati ini diatas kebaikan abah dan mak
  • Alhamdulillah Allah kurniakan ku mertua yang amat baik budi pekerti dan melayan ku dengan amat baik
  • Mak masak kerang yang hasni request untuk berbuka, hasni pulak ajak is ke pasar untuk beli brg basah yang lain untuk masak
  • Hasni masak sotong tumis cili api dan sayur buncis tumis bersama tauhu dan hati pedal
  • Lepas berbuka terus siap2 nak balik. Mak bekalkan lagi kuih cucur badak, rempeyek kacang hijau dan kerepek pisang yang buatan mak sendiri. Abah pula sibuk memastikan semua brg tidak tertinggal..hehehehe. 
  • Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan
  • Pukul 9 kami bertolak dari sabak, alhamdulillah sampai rumah dengan selamat pukul 11 malam. 



Friday, September 03, 2010

::: Random :::


  • InsyaAllah kalau tiada aral melintang, hasni dan is balik ke kota bharu pada hari rabu 8/9 tgh malam atau paling lewat pun khamis 9/9 jam 2 pagi. Balik kl pulak pada 19/9. rasa macam tak cukup jer cuti tu. Harap segalanya dipermudahkan oleh yang maha esa
  • rindu sangat kat nurin, setiap hari tak tau brp kali kami berdua bergayut di telefon untuk menceritakan kisah masing-masing sepanjang hari..yes!! she is my best fren forever n ever 
  • Esok nak balik sabak untuk spend weekend kat sana. Lagipun raya this year tak balik sana
  • On the way to sabak bernam kena singgah beli kerepek untuk bawak balik KB. Bahagian kerepek mmg menjadi my special task sejak bersuamikan warga sabak bernam. memang rambang mata la jadinya bila keliling di kerumuni oleh sang-sang kerepek
  • Ohhh ada lagi tugas lain..memastikan pembelian untuk swiss roll kek, butter kek, banana cake, fruit cake...huhhhh!!! lap peluh jap.
  • Tidak dilupakan duit raya telah siap sedia menunggu mangsa-mangsa nya. tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan
  • Tak sabar la nak balik raya. tapi baju raya still kat tailor. harap2 hari ahad dah boleh ambik so sempat la nak hantar dobi untuk dicuci dan di iron. balik kb hanya gantung sahaja baju yg dah siap untuk di pakai kat handle dalam kereta. sampai kb dah tak payah berpeluh2 nk iron baju. memang mcm ni lah hasni buat setiap tahun
  • Masih lagi baju raya - esok nk ambik baju melayu is. 3 pasang baju kurung nurin, 5 pasang baju umi nurin, 3 pasang baju tokcik nurin masih lagi pending kat tailor...takpe tunggu sajer ahad. Baju tokmi nurin dah selamat diterima 2 minggu yang lepas.
  • Raya tahun ini adalah merupakan tahun pertama umi nurin belikan kain baju kurung untuk nurin dan dihantar pada tailor untuk dijahit...sungguh teruja untuk melihat si anak ayu bersopan santun di pagi mulia hari raya. luv u dear
  • Ye..hasni kurang berkenan dan tidak minat untuk beli baju yang dah siap untuk nurin sbb hasni lebih suka memilih sendiri jenis material kain yang hasni nak. yang pastinya hasni sendiri pun tidak pernah beli baju yang dah siap.
  • Ye...memang benar umi nurin seorang yang amat cerewet. Nurin pun mcm dah terikut dgn perangai umi
  • Teramat gembira untuk balik beraya di KB..kerana setelah 2 tahun berturut-turut beraya di sabak bernam maka akhirnya hasni boleh jd samseng di taman sendiri
  • Ye memang pasti semua adik beradik ku akan beraya bersama2 walaupun kak balik KB pada tgh hari raya pertama...tetapi tetap juga dpt beraya bersama...ohhhhh sungguh seronok sekali
  • Semalam lepas berbuka gigih vacum n mop master bedroom, bilik makcik, bilik no 3 dan hall atas. lepas tu melepak tgk prebet jamilah. pukul 11 malam suami balik dari solat terawikh barulah si isteri terhegeh-hegeh nak mandi
  • Plan malam ni pulak nak vacum n mop kat bawah termasuk dapur. barulah boleh bercuti dengan tenang
  • En Ismadi jangan lupa cuci toilet seperti yang sudah termaktub dalam perlembagaan keluarga kita ye
  • macam seronok pulak nak balik kg esok..maybe teruja nak beli kerepek kut...boleh ker mcm tu???
  • Menu apa yang mak nak masak untuk menantu dia ni untuk esok n lusa ye??
  • 2 minggu lepas dah berjaya pujuk abah mertuaku buatkan nasi ayam...thank you abah..sungguh sedap!!!!!!!!!
  • Pagi tadi adik dah balik KB untuk cuti raya. UIA cuti lama. Dia balik KL nanti tumpang kitorang. Sakan la tu dpt makan yang best2 kat KB...JELES!!!!!!!
  • Ye..tamat sudah                                                                                                                                                                                                                                                                                                           
                                                                                                                      

Friday, July 16, 2010

::: 1 Hari Lagi :::






Another 1 day to go. Esok pagi bertolak. Hati dah tak sabar sangat2 mahu berholiday. Harap-harap Allah izinkan perjalanan kami kali ini. Nurin pun dah melonjak keriangan nak bercuti. Manakan tidak hari tu dia dah frust sbb Hasni postpone time dia kena demam tempoh hari. Semoga kali ini Allah beri kami semua kesihatan yang baik sepanjang perjalanan pergi balik nanti. Percutian kami kali ini juga disertai oleh mami dan abah. Makcik tu memang kena wajib ikut la. Kebetulan mami dan abah dah ada kat sini so Hasni dan is ajak diorang join sama. 

InsyaAllah kami akan bertolak pagi dan akan singgah di rumah mak saudara is (mak uda n pak uda) untuk makan tengahari kat sana.  Hari tu bila we all call dia bgtau yang we all postpone tu dia ckp dia dh beli macam2 benda sebab nak masak...hehehehe. Pak uda siap beli durian sbb nak jamu makan ramai-ramai. Tapi nak buat mcm mn kan..Allah tak izin time tu. So insyaAllah esok boleh la makan sampai puas kat rumah mak uda. 

Lepas makan tengah hari rumah mak uda n lepak2 kejap baru nak ajak yayang (sepupu is) tunjukkan location hotel untuk check in. Seronoknya...malam ni baru nak jalankan misi kemas baju masuk dalam beg. Part tu memang tak berapa nak risau sbb i have the best assistant..nurin la saper lagi..hehehehe. Oklah nanti akan kembali update di tempat percutian..hehehehe. 



Monday, July 12, 2010

::: WeeKenD :::



Hari sabtu weekend, is kerja halfday..mami abah pergi rumah abg ja, tp kak, abg kama dan anak-anak dia ada kat rumah Hasni. Diorang datang jumaat malam sebab hantar abah. So pagi sabtu tu Hasni just kemas rumah dan lepak kat rumah. Dalam pukul 6.30 kak nak balik sendayan manakala kitorang keluar makan ker restoran jemari di kelana jaya. Lepas early dinner kat situ kami solat maghrib kat tabung haji kelana jaya kemudian proceed to rumah abg ja..sampai2 sana diaorg termasuk abah mami dah tunggu kat luar. So kami gerak sekali ke "Taman I-City" shah alam. Ni first time nak pergi sana, 2 minggu lepas kak, abg kama dah bawak anak2 dia ke sana. Time tu hasni tak join. Jadi disebabkan Nurin dah beberapa kali request nak kesana...so sabtu malam tu pergi lah kesana dengan family abg ja, mami abah sekali.

Disebabkan weekend, so mmg ramai sangat orang kat sana. Tempat tu memang cantik..feeling seperti berada di oversea...hehehehehe. Tapi memang cantik lampu2 warna warni dengan lanskap yang menarik. Memang tak rugi. Yang sedihnya...kamera dah bawak awal2 lagi letak dlm handbag...tapiiiiiii battery takde kat dalam tu. Rupa2 nya battery ada kat dalam tempat charger dan Hasni lupa nak keluarkan dan letak dalam kamera. So mmg takde la gambar yang diambil. Frust sangat. Sebab pergi mana2 pun memang hasni bawak kamera. Tiba2 lak jadi mcm ni..kamera ada tp battery yg takde..huhhhh!!! kecewa betul. So untuk mengubat kekecewaan, hasni dan is telah bersepakat untuk berkunjung kesana lagi untuk merakamkan kenangan kami disana...especially gambar nurin. Apa pun kena pergi sana sebelum mami abah balik KB...sebab nk bergambar bersama mami abah jugak.

Sampai rumah dah dekak pukul 12 tgh malam. Is pasang DVD filem karate-kid. Hasni rasa tak sesuai la tajuk filem tu dengan cerita tu. Sepatutnya cerita tu tajuknya ialah kungfu kid bukannya karate kid...ermmmm...Habis cerita dalam pukul 2.30. Pukul 3 pagi baru tido.
Hari Ahad, pagi2 ke pasar segar beli brg2 basah. Kemudian siap2 ke Alamanda sebab hasninak shopping barang skit. Balik rumah dah pukul 3. Masak dan makan...lepak kejap dah maghrib. Semalam tido awal sebab rasa tak larat sangat. Macam nak demam. Is pulak memang nk tido awal sebab dia nak bangun tengok world cup final jam 2 pagi. Bangun pagi ni badan rasa lenguh2 dan rasa panas sejuk...haihhhh jangan la demam.




Monday, July 05, 2010

::: Postpone :::



Our family holiday yang sepatutnya berlaku hari sabtu lepas terpaksa di tunda ke 17-20 Julai sebab nurin demam. Hari sabtu jam 1.00 pagi nurin dah ok...tp Hasni tak berani nak bawak dia travel jauh sbb dia baru lepas demam. Biarlah badan dia fit dulu then baru lah seronok nak jalan-jalan. Jumaat tengahari bila hasni tgk dia macam nak demam semula terus hasni call hotel informed them yang hasni nak tukar check in date to 17 July.  Mula-mula nak tukar  to 10 Julai, tp room dah fully book. Alhamdulillah on 17 tu ada lagi room yang available. Bila dah tukar tu baru rasa lega. Jumaat malam tu sebelum tidur, sempat nurin tnya hasni knp hasni tak kemas baju dalam beg. Then Hasni bagitahu dia yang hasni postpone holiday to another date sebab dia tak sihat. Alhamdulillah dia paham. Tapi mmg nmpk dia mcm frust sbb dia excited sgt nak bercuti. Sabar ye nurin. InsyaAllah kalau Allah izinkan 17  Julai nnti kita pergi holiday ye.

Sabtu tu we all bawak dia ker Alamanda...nak bagi dia hirup udara luar setelah 2 hari berturut-turut lepak kat rumah. Alhamdulillah dia happy sangat lari sana sini. Hasni dan Is pun lega n seronok sbb dia dah sihat. Semalam pulak pagi-pagi Is bawak Nurin keluar gi giant beli jus kurma n vitamin nurin. Semalam pulak adalah sangat best sebab dari pagi hingga ke petang cuaca mendung dan sejuk. Dapatla kami 3 beranak rehat n tidur dengan nyaman dan aman sekali..hehehehe

InsyaAllah, jika Allah izinkan 17 Julai ni we all akan pergi holiday yg tertangguh. Harap2 semuanya di lindungi Allah. Weekend selepas balik dari our family holiday tu we all akan join company family holiday pulak...insyaAllah.


Friday, July 02, 2010

::: Dua Hari EL :::



Semalam dengan hari ni, Hasni ambik emergency leave sbb Nurin tak sihat. Hari ni Alhamdulillah kesihatan dia sudah bertambah ok..cuma Hasni perlu monitor sahaja. Sekarang ni pun Nurin tengah sedap tidur. Tadi dia baring kat katil sambil tengok cerita madagascar, then dia request nak makan mushroom soup. Bila Hasni naik atas nk bagi dia makan soup dan air teh bunga, tengok2 dia dh tidur....hehehehe. 

Kebetulan dan ada kat rumah ni, kejap lagi nak kemas2 dan packing barang sbb pagi2 esok kami nak travel for our family holiday. Holiday untuk 4D3N. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar dan seperti yang telah dirancang. Amin. Semoga Allah melindungi kami.

Tuesday, June 29, 2010

::: Company Family Day :::




Alhamdulillah, pada 24/7 company tempat Hasni kerja akan mengadakan hari keluarga di "MARRIOT PUTARAJAYA". Seronok sbb blh bawak Is dan Nurin untuk sama-sama bergembira di sana. Tak sabarnya. Sebenarnya ada kenangan lama di sebalik hotel ni. Alkisahnya, Hasni dulu belajar di UPM. Kiranya UPM tu agak dekat jugak la dengan marriot ni. Dari hostel hasni dan kampus memang clear sgt boleh nmpk marriot sbb dia macam tinggi atas bukit. Kalau malam memang indah sangat marriot dengan lampu bergemerlapan. Ala-ala seindah KLCC...hehehehe. Kalau nk keluar malam2 mata ni memang takkan lepaskan peluang untuk jeling pada marriot. 

Terlintas di hati ni dan juga pernah hasni bgtau pada Is time tu yang Hasni teringin dan nak sangat pergi sana. Waktu tu student so memang berangan je la yang mampu. Bila dah kerja, kawin, dan sekarang dah ada anak, Hasni memang langsung tak teringat pasal marriot tu walaupun jarak marriot tu dengan rumah Hasni hanyalah lebih kurang 10-15 minit sahaja. Nak pergi putrajaya pun memang akan lalu depan tu. Tapi setakat lalu sahaja tanpa ada perasaan apa2. Lagipun takkan nak bercuti kat sana kan...dah la stay pun kat sini..bercuti pun tmpt yang sama..hahahahaha..so mmg xpernah ada plan nk bercuti kat situ. Kami lebih prefer travel dalam 2-4 hours untuk holiday...barulah ada kelainan skit. 

Nak dijadikan cerita, minggu lepas dapat internal emel mengatakan akan diadakan family day di marriot.. ape lagi terus hasni teringat pada kenangan dan keinginan hasni waktu study kat upm dulu. Alhamdulillah ada jugak rezeki. Tak kisah la dekat pun...asalkan semuanya free..hehehehe. kalau nak tunggu kami yang pergi memang tak la kan. So just appreciate apa yang terbentang di depan mata. Amat gembira kerana keinginan Hasni sejak 9 tahun yang lalu bakal menjadi kenyataan. Nampaknya bulan 7 nanti akan ada 2 holiday untuk kami. Satu di awal bulan dan satu lagi di akhir bulan....yeayyy!!!!!!







Sunday, May 16, 2010

::: Update :::

uihhhhhh!!!! dah lama tak update blog. Rindu nak update tp masa yang tidak mengizinkan...hehhehe alasan semata-mata. Sebenarnya tiada istilah tak cukup masa...tetapi kita lah yang tidak pandai menggunakan dan memperuntukkan masa. Yes, hasni admit. Masa yang ada telah diperuntukkan untuk bergumbira dan melayan nurin. Weekend kalau tak ke mana-mana, laptop tu mmg sentiasa on dan mmg connect to internet...cuma nak mengadap n taip sesuatu di blog tu amatlah rumit..sbbnya weekend mmg spend untuk family. Kalau nurin tido, hasni pulak ada kerja lain yang lebih important drp update blog.

Sabtu lepas, is kerja half day. Then lepas solat asar pergi Kelana Jaya Medical Center visit abg ja sbb positif denggi (alhamdulillah dia dah discharge hari ni). Lepak sana borak2, n makan2 bekal yang kak nani bawak..2 jam jugak kat sana. Then sebelum balik rumah singgah puchong, is pegi bank n tapow steamboat tepi jalan. Belum sampai rumah, nurin dah pulun makan steamboat kat seat belakang...lapar katanya...hahahaha. Mana tak laparnya kat hospital dia pulun main dengan afifah dan nabil kat playground. Sampai rumah jam 9.30 mlm. Prepare dinner untuk is n makan steamboat. Lepak layan cerekarama sampai kul 12, then tido.

Hari ini Ahad, pukul 9.30 pagi tadi pergi rumah abg ja ambik ayam organik yang hasni order. Ingat nak singgah giant sebelum balik rumah. Tapi orang yang nak install aircond dah call cakap dah nak smpai kat rumah. So we all terus balik rumah jelah. Hasni dgn is beli aircond baru untuk our master bedroom, dan aircond yang telah berkhidmat selama 4 tahun untuk our room previously, kami transfer dan install dalam bilik makcik. Walaupun dah 4 tahun alhamdulillah aircond tu still well perform a function and well maintain. So org aircond tu just service lagi sekali and tambah lagi gas before install dalam bilik makcik. Pukul 3 baru siap...and hasilnya...MANTOP!!!!!. TIDO LENA PENUH SENYUMAN!!!!!

Jeng!!! Jeng!!! Jeng!!!...hari sabtu 22/5 ni ialah hari yang seronok sbb mami abah datang sini. InsyaAllah flight mami abah akan touch down LCCT jam 4 petang..seronoknya bila family datang rumah...meriah sangat. Kak n anak2 pun join sekali..then cuti sekolah bulan 6 nnti abg harif satu family pulak dtg KL..lagila triple seronok....tak sabar!!!!



Monday, May 03, 2010

::: Sabtu Yang Penat :::



huh!! mmg penat betul sabtu lepas. Breakfast kat luar then terus ker Jakel yang baru bukak kat shah alam...hehehehe..sampai sana pukul 10.30, time tu parking pun dh penuh..mmg ramai betul serbu jakel....sampaikan aircond pun tak terasa...berpeluh2 kat dalam tu..sampai nurin pun dah tak tahan..ronda2 dgn makcik sempat la jugak makcik n hasni rembat kain..biasa la kan klau dah masuk jakel tu rasa cam tak sah jer kalau tak bawak keluar sekali dgn plastik jakel..hahahaha.









Lepas keluar dari jakel pergi pulak tesco top up barang dapur...kat tesco ni mmg dah terasa bahang penat...tesco pun ramai orang nasib baik time nak bayar kat kaunter tak payah queue panjang..

hasil penyopingan dalam keadaan letih

Keluar dari tesco pukul 3 petang, singgah solat zohor. Kemuadian masing2 dah menunjukkan signal kelaparan..mananya tak lapar..last sekali makan breakfast je...so pikir dan pikir we all makan kat chicken rice shop...alhamdulillah nikmatnya dapat makan...sampai rumah terus golek2 dgn nurin sbb penat..hahahaha


 nurin yang kelaparan












Saturday, May 01, 2010

::: Our DinneR :::



Dinner at Warung Pak Maidin, Taman Equine Seri Kembangan.


umi n nurin


tauhu bakar


char kuey teow


lamb chop


grill chicken chop




::: Perfume :::





Our first attempt to versace perfume....the result....CooL!!!!


for him...si budak kecik punya perfume yg nak juga nak join group...for her


i am satisfied   


 

Sunday, April 18, 2010

::: Balik KG Sabak Bernam :::




Weekend @ Sabak Bernam


 Dalam perjalanan balik ke Kampung.

 Time ni petang sabtu, azam (adik is) ajak makan ikan siakap yang dia dpt pergi mancing. Bawak 2 ekor ikan siakap n suruh orang kat kedai masak. Buat lauk ikan siakap 3 rasa, ikan siakap masak pedas, order tomyam seafood dan kailan goreng belacan.




 
 Sepupu Nurin @ anak azam - Muhammad Nizar yang tembam. Umur setahun dan berat 12KG..hehehehe


 Gambar kat bawah pulak time berkemas2 nak balik ke KL tengah hari tadi tp si kecik ni asyik pulak duk posing dan mintak uminya snap gambar dia...terpaksa la melayan dia sekejap






Tuesday, April 13, 2010

::: Our Next Destination :::




InsyaAllah kali ini we'll spend our 4D3N here. Percutian yang merangkumi berehat, makan-makan, visit relatives, jalan-jalan dan shopping. Full of activities and a lot of fun. Room booking sudah dibuat tunggu masa untuk travel sahaja. Sabar!!! Sabar!!! Sabar!!! banyak masa lagi...


Our Hotel for 4D3N