- InsyaAllah kalau tiada aral melintang, hasni dan is balik ke kota bharu pada hari rabu 8/9 tgh malam atau paling lewat pun khamis 9/9 jam 2 pagi. Balik kl pulak pada 19/9. rasa macam tak cukup jer cuti tu. Harap segalanya dipermudahkan oleh yang maha esa
- rindu sangat kat nurin, setiap hari tak tau brp kali kami berdua bergayut di telefon untuk menceritakan kisah masing-masing sepanjang hari..yes!! she is my best fren forever n ever
- Esok nak balik sabak untuk spend weekend kat sana. Lagipun raya this year tak balik sana
- On the way to sabak bernam kena singgah beli kerepek untuk bawak balik KB. Bahagian kerepek mmg menjadi my special task sejak bersuamikan warga sabak bernam. memang rambang mata la jadinya bila keliling di kerumuni oleh sang-sang kerepek
- Ohhh ada lagi tugas lain..memastikan pembelian untuk swiss roll kek, butter kek, banana cake, fruit cake...huhhhh!!! lap peluh jap.
- Tidak dilupakan duit raya telah siap sedia menunggu mangsa-mangsa nya. tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan
- Tak sabar la nak balik raya. tapi baju raya still kat tailor. harap2 hari ahad dah boleh ambik so sempat la nak hantar dobi untuk dicuci dan di iron. balik kb hanya gantung sahaja baju yg dah siap untuk di pakai kat handle dalam kereta. sampai kb dah tak payah berpeluh2 nk iron baju. memang mcm ni lah hasni buat setiap tahun
- Masih lagi baju raya - esok nk ambik baju melayu is. 3 pasang baju kurung nurin, 5 pasang baju umi nurin, 3 pasang baju tokcik nurin masih lagi pending kat tailor...takpe tunggu sajer ahad. Baju tokmi nurin dah selamat diterima 2 minggu yang lepas.
- Raya tahun ini adalah merupakan tahun pertama umi nurin belikan kain baju kurung untuk nurin dan dihantar pada tailor untuk dijahit...sungguh teruja untuk melihat si anak ayu bersopan santun di pagi mulia hari raya. luv u dear
- Ye..hasni kurang berkenan dan tidak minat untuk beli baju yang dah siap untuk nurin sbb hasni lebih suka memilih sendiri jenis material kain yang hasni nak. yang pastinya hasni sendiri pun tidak pernah beli baju yang dah siap.
- Ye...memang benar umi nurin seorang yang amat cerewet. Nurin pun mcm dah terikut dgn perangai umi
- Teramat gembira untuk balik beraya di KB..kerana setelah 2 tahun berturut-turut beraya di sabak bernam maka akhirnya hasni boleh jd samseng di taman sendiri
- Ye memang pasti semua adik beradik ku akan beraya bersama2 walaupun kak balik KB pada tgh hari raya pertama...tetapi tetap juga dpt beraya bersama...ohhhhh sungguh seronok sekali
- Semalam lepas berbuka gigih vacum n mop master bedroom, bilik makcik, bilik no 3 dan hall atas. lepas tu melepak tgk prebet jamilah. pukul 11 malam suami balik dari solat terawikh barulah si isteri terhegeh-hegeh nak mandi
- Plan malam ni pulak nak vacum n mop kat bawah termasuk dapur. barulah boleh bercuti dengan tenang
- En Ismadi jangan lupa cuci toilet seperti yang sudah termaktub dalam perlembagaan keluarga kita ye
- macam seronok pulak nak balik kg esok..maybe teruja nak beli kerepek kut...boleh ker mcm tu???
- Menu apa yang mak nak masak untuk menantu dia ni untuk esok n lusa ye??
- 2 minggu lepas dah berjaya pujuk abah mertuaku buatkan nasi ayam...thank you abah..sungguh sedap!!!!!!!!!
- Pagi tadi adik dah balik KB untuk cuti raya. UIA cuti lama. Dia balik KL nanti tumpang kitorang. Sakan la tu dpt makan yang best2 kat KB...JELES!!!!!!!
- Ye..tamat sudah
Friday, September 03, 2010
::: Random :::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment