Showing posts with label Sabak Bernam. Show all posts
Showing posts with label Sabak Bernam. Show all posts

Monday, September 06, 2010

::: Weekend Story :::




  • Hari sabtu pagi lepas sahur, mata terus segar bugar. Online fb kejap download lagu afghan dan maher zain. iron 5 helai seluar n baju kerja is n baju myself sambil dgr alunan 'insyaAllah' from maher zain dan alunan 'padamu ku bersujud' from afghan. Tidak diketahui berapa kali ianya diulang
  • lepas iron baju, is pergi bengkel kereta. Tinggallah hasni keseorangan dirumah. Turun bawah kemaskan dapur n mop ruang dapur. Lepas tu lepak depan tv sambil lipat baju. lega semuanya beres dan rumah pun bersih n kemas. Sungguh tenang nak tinggalkan rumah bersempena cuti panjang hari raya ni
  • Pukul 2 pm layan ayat-ayat cinta. Walaupun kali kedua menonton filem ini dan sebelum menonton filem hasni telah membaca novelnya terdahulu tetapi mata tetap setia menanti dan menjiwai jalan cerita dan alunan muzik yang dipaparkan di kaca tv
  • Is sampai rumah pukul 4 petang. Is ke surau solat asar hasni pulak bersiap untuk balik ke sabak
  • Bertolak dari rumah pukul 5 petang, pergi ambik baju melayu is yang dh siap di cheras
  • From cheras kami ke parkson subang parade untuk membeli hadiah hari raya for Nurin. Selepas melakukan pembelian dan pembayaran terasa sungguh happy dan tak sabar nak bagi hadiah (her wish list) tu pada nurin walaupun ianya tidaklah seberapa di mata org lain tetapi ianya bermakna bagi kami
  • Toy r Us kat subang parade telah berpindah ke Empire Mall subang. Sebab tu kami melakukan pembelian di Parkson
  • Keluar from subang parade dah maghrib. Sempat beli minuman dan makanan ringan kat cold storage subang parade untuk alas perut dan berbuka di dalam kereta
  • Seperti biasa kalau balik sabak dan masa mengizinkan kami akan singgah di jeram dinner kat restoran aroma seafood. So begitu juga pada sabtu lepas.
  • Sampai rumah sabak dah pukul 11...sembang dengan mak abah n melantak lagi nasi goreng yang ibu mertua ku simpan kan untuk menantunya yang hantu nasi goreng ni. kalau ikutkan memang dah kenyang sangat-sangat tp disebabkan menghargai mak..hasni sumbatkan jugak perut yang sendat ini dengan nasi goreng air tangan mak...Sedap!!!!!
  • Hari ahad sama-sama bersila dengan mak depan tv menguli doh dan membuat untuk kuih cucur badak. Kuih cucur badak ni bukanlah kuih favorite hasni pun..ibaratkan kalau takde pun memang tak mencari. Tapi bila pertama kali dapat merasai kuih cucur badak yang mak buat terus jatuh hati. Bagi hasni kuih cucur badak mak adalah yang paling marvellous yang pernah hasni makan.
  • Yang paling terharu dan bertambah-tambah rasa kasih dan sayang pada mak bila mak cakap "sebenarnya minggu lepas lagi nak buat kuih ni, tp mak teringatkan yang hasni suka makan cucur badak mak ni sbb tu mak tunggu hasni balik baru mak buat" . Ohhhh!!!! terima kasih mak. Dan tak lupa..sambil tolong mak smlm, mak juga perturunkan rahsia kesedapan kuih cucur badak nya. 
  • Hari jumaat malam is ada call mak cakap hani nk makan kerang masak tumis air ala-ala sup. Hari ahad tu lepas subuh hasni dan is tertidur depan tv, bila bangun pergi dapur tengok-tengok kerang dah bersih kat dalam bekas. Rupa-rupanya time kami tertidur tu abah pergi pasar belikan kerang dan abah juga yang bersihkan kerang tu. Sungguh tersentuh hati ini diatas kebaikan abah dan mak
  • Alhamdulillah Allah kurniakan ku mertua yang amat baik budi pekerti dan melayan ku dengan amat baik
  • Mak masak kerang yang hasni request untuk berbuka, hasni pulak ajak is ke pasar untuk beli brg basah yang lain untuk masak
  • Hasni masak sotong tumis cili api dan sayur buncis tumis bersama tauhu dan hati pedal
  • Lepas berbuka terus siap2 nak balik. Mak bekalkan lagi kuih cucur badak, rempeyek kacang hijau dan kerepek pisang yang buatan mak sendiri. Abah pula sibuk memastikan semua brg tidak tertinggal..hehehehe. 
  • Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan
  • Pukul 9 kami bertolak dari sabak, alhamdulillah sampai rumah dengan selamat pukul 11 malam. 



Sunday, April 18, 2010

::: Balik KG Sabak Bernam :::




Weekend @ Sabak Bernam


 Dalam perjalanan balik ke Kampung.

 Time ni petang sabtu, azam (adik is) ajak makan ikan siakap yang dia dpt pergi mancing. Bawak 2 ekor ikan siakap n suruh orang kat kedai masak. Buat lauk ikan siakap 3 rasa, ikan siakap masak pedas, order tomyam seafood dan kailan goreng belacan.




 
 Sepupu Nurin @ anak azam - Muhammad Nizar yang tembam. Umur setahun dan berat 12KG..hehehehe


 Gambar kat bawah pulak time berkemas2 nak balik ke KL tengah hari tadi tp si kecik ni asyik pulak duk posing dan mintak uminya snap gambar dia...terpaksa la melayan dia sekejap






Wednesday, March 03, 2010

::: Makan Seafood :::



  Gambar time dinner kat aroma restaurant, jeram kuala selangor 26/02/2010 on the way balik ke sabak bernam


 
   
  
  
  
  


Thursday, February 25, 2010

::: Balik KG :::




InsyaAllah, petang esok nak balik kg sabak. Seronoknya sebab esok cuti. Pagi esok is nak keluar pergi ker bengkel kereta..tak tau la nak tukar apa. So dalam pukul or pukul 5 kut kami bertolak balik. Ataupun tunggu redup skit. Bukan tak boleh bertolak tengahari tapi memandangkan sekarang cuaca panas, so lebih baik tunggu petang skit baru bertolak. Memang la kereta ada aircond tapi bahang n silau kat luar tu yang tak tahan. Kalau pasang aircond pun memang kena maximum..rugi minyak pulak tu. Pukul 4 tu ok la...then nak singgah kat area jeram pulak pekena seafood..hehehehehe. Macam dah jadi kewajipan pulak, everytime balik kg kena singgah kat situ.

Hari sabtu atuk saudara is yang rumahnya hanya bersebelahan dengan rumah mak abah, buat kenduri menyambut menantu. Tak sabar ni nak makan sambal goreng jawa dan rendang daging hitam...huhhhhh!!!! sedapnya. Sambal goreng dan daging masak hitam tu memang favorite hasni. Mak abah pun dah faham sbb tu kalau time balik kg then ada kenduri laju jer hasni ikut mak.....surenya dapat makan sambal goreng dan daging hitam tu.  Mak punya air tangan pun ape kurangnya..kalau mak masak sambal goreng memang bermangkuk-mangkuk hasni ratah.  Kesimpulannya, tak kisah la makanan dari negeri mana pun, asalkan kena dengan selera hasni...maka semuanya akan dibalun..hehehe.  oh ya!!! adik beradik is pun semua balik minggu ni, cuma kak suzi jer yang tak dapat balik sebab abg long kena kerja. So takpelah...lagipun bulan 5 nanti ader lagi big big big event yang mewajibkan adik beradik dan family berkumpul. Seronok dapat berkumpul ramai2 dan berkongsi cerita masing-masing.