Sunday, April 18, 2010

::: Balik KG Sabak Bernam :::




Weekend @ Sabak Bernam


 Dalam perjalanan balik ke Kampung.

 Time ni petang sabtu, azam (adik is) ajak makan ikan siakap yang dia dpt pergi mancing. Bawak 2 ekor ikan siakap n suruh orang kat kedai masak. Buat lauk ikan siakap 3 rasa, ikan siakap masak pedas, order tomyam seafood dan kailan goreng belacan.




 
 Sepupu Nurin @ anak azam - Muhammad Nizar yang tembam. Umur setahun dan berat 12KG..hehehehe


 Gambar kat bawah pulak time berkemas2 nak balik ke KL tengah hari tadi tp si kecik ni asyik pulak duk posing dan mintak uminya snap gambar dia...terpaksa la melayan dia sekejap






Tuesday, April 13, 2010

::: Our Next Destination :::




InsyaAllah kali ini we'll spend our 4D3N here. Percutian yang merangkumi berehat, makan-makan, visit relatives, jalan-jalan dan shopping. Full of activities and a lot of fun. Room booking sudah dibuat tunggu masa untuk travel sahaja. Sabar!!! Sabar!!! Sabar!!! banyak masa lagi...


Our Hotel for 4D3N








Wednesday, April 07, 2010

::: Nurin Insyirah :::



Dah lama tak cerita pasal Nurin. Alhamdulillah satu-satunya permata hati kami tu dah berusia 3 tahun. Kalau diikutkan memang tak habis nak cerita tentang keletah dan perangai Nurin sekarang..sesuailah dengan usia 3 tahun. Sekarang ni balik dari kerja dan sehinggalah waktu nak tido memang full time melayan dia. Kalau time dia buat lawak tu memang gelak sakan la kitorang....sampaikan dia pun terguling2 gelak..hahahahaha. Tang mulut, tak payah cakap la..pot pet pot pet dari pagi dan hanya akan stop membebel nmengomel time dia pejam mata nak tido jer...hehehehe. Sekarang ni apa jua perkataan yang keluar dari mulut kami perlulah yang baik-baik dan perlulah ditapis sebab nurin sekarang dah pandai mengajuk cara percakapan orang disekeliling. Kalau is letak barang2 merata tempat memang cari nahas la kena bebel dengan si nurin...untung n  jimat air liur umi sekarang sebab dah ada assistant yang berdedikasi terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan....hahahaha. Now, memang nurin dah jadi geng satu kepala dengan umi, kesian papa sebab asyik kena buli...takpe papa, nanti ada rezeki dapatlah papa conduct group papa sendiri...wah!!! wah!!! wah!!! nak brp orang per group??? 
..........................................................
 
Bahan masakan kat dapur semuanya dia tahu dan kenal...daripada bawang, sayur, cili hinggalah ke belacan semua dia kenal...hahahahaha....yang tak tahan tu ada satu hari tu hasni nak goreng bihun...so nurin datang dapur dan cakap "umi, no buat pedas2 ye, kalau buat pedas kakak tak nak makan, no letak belacan ye.." hahahahahahaha. Apa lagi terusla hasni gelak sakan kat dapur. Tak pernah seumur hidup aku letak belacan dalam bihun goreng. Kalau nasi goreng tu memang biasala letak belacan. Itupun kalau gorengkan nasi untuk nurin memang buat asing dan tak pedas...mana ntah dia belajar bihun goreng letak belacan.
..........................................................


Now, tv kat rumah tu memang always on, asyik2 nak tgk cerita kakak..apa lagi klau bukan playhouse disney channel. Duk tengok n ulang tayang yang sama pun tetap dia tak berganjak dr tv....tokchik la pulak yang tension sebab tak boleh tgk tv...hehehehehe. Tokchik baru jer tekan tgk info..terus dia cakap...no tokchik jgn tukar, kakak nak tgk cerita kakak ni. Kalau hasni ajak dia mandi kat atas, dr atas dia remind tokchik dia "jgn tukar tokchik..lepas mandi kakak nak tgk cerita kakak". Boleh jer sebenarnya kalau nak tengok cerita lain tp kena make sure dia pun layan la cerita tu. Macam drama2 pun ada jugak yang dia layan. Macam semalam kami duk layan cerita halimah jongang, nurin pun memang layan cerita tu dr awal...so boleh la tgk sama2....gelak sakan dia tgk cerita tu.
..........................................................

Kadang-kadang tu bila hasni dan is discuss apa-apa..mula la dia mengomel "no gaduh-gaduh kakak kata, nanti kakak balik kota bharu nanti" hahahahaha manalah dia belajar dialog mcm tu. Actually nurin memang akan cakap "no" bagi menggantikan "jangan". Ada jugak hasni try mengadu kat dia "nurin, papa kacau umi la" nanti dia cakap la kat papa dia "papa, napa suka kacau umi ni??? no kacau2 umi la. Dgr tak kakak cakap?? nnti kakak balik kota bharu nanti bawak umi, tinggal papa kat sini sorang2 nak??" memang dah terlebih mulut nurin ni...hahahaha. mcm mn la kitorang tak gelak klau ayat mcm tu boleh keluar dr mulut  dia...siap cekak pinggang  dan bagi jelingan tajam lagi. Then bila dah habis cakap n jeling, dia senyum la sorang2. Huhhhh!!! memang tip top betul lakonan dia.
..........................................................

Ermmm mcm tu lah dia setiap hari...dia lah penghibur hati hasni dan is di kala ini. Dialah segala-galanya untuk kami. Kami cuba dan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk Nurin. Ye, kami amat bahagia dengan kurniaan yang tak terhingga dari Ilahi ini. Semoga dia terus bersama  dan menemani kami sehingga ke akhir hayat kami.  Amin.


Tuesday, April 06, 2010

::: HappY BirthdaY Mami :::



... Selamat Ulang Tahun yang Ke-64 ...
3 April 1946 - 3 April 2010


Sayang Mami Dunia Akhirat


Ya-Allah, ku Bermohon dari Mu, Semoga Kau Lanjutkan Usia Ibu ku dan Berilah Kesihatan Tubuh Badan Kepadanya, Kau Kasihilah Dia Sebagaimana Dia Mengasihi ku Sepanjang Hayatku. Kau Berilah Dia Kebahagiaan dan Kesejahteraan Hidup. Sesungguhnya Ya-Allah, Dia lah Ibu ku di Dunia dan di Akhirat, Dia lah Satu-satunya Insan yang Sanggup Berkorban Nyawa Demi Untuk ku. Untuk Itu Ya-Allah Kau Limpahilah Dirinya dan Kehidupannya Dengan Segala Nikmat Rezeki Mu. Aku Teramat Menyayangi Ibuku Ya-Allah, Kerana Dialah Segala-galanya Bagi Ku.



Thursday, April 01, 2010

::: Buntu :::



Ermmm...tak tau la kenapa, sejak balik dari bercuti mood nak update blog langsung takde..sbb tu even hasni update pasal bercuti tu kat bilik hotel..tetap rs malas nak mengadap laptop...sbb tu setiap entry hanya penuh dgr gambar tanpa ada penceritaan. Dah la 2 hari tu blogspot buat hal...nak upload gambar makan masa sampai berejam. Overall, seronok sangat dapat bercuti. Tempat cantik, view cantik, pantai pun bersih, pool pun besar...memang puas hati. Nak cari makan pun tak jauh...nak makan seafood kat tanjung lumpur pun tak la jauh sangat. Kiranya berbaloi-baloi la. 

Mata ni asyik mengantuk jer dr tadi...malam tadi pukul 1 baru tido sebab sampai rumah pun dh jam 12.30 malam. Lepas keje semalam terus ke Hotel Armada dengan is sbb ada Hong Leong Tokio Marine Takaful Course. Sampai rumah Nurin pun dah tido...sebelum hasni tido, sempat la kejutkan dia and borak2 skit...rindu sbb seharian tak jumpa anak. Pagi tadi pun sebelum pergi keje, dia dah bangun and sempat la sembang n peluk each other...sekarang ni pulak terasa rindu sangat kat Nurin. Ternampak2 wajah dia kat depan mata..rs mcm nak terbang jer balik rumah n peluk Nurin. Haiiiihhhhhh!!! inilah cabaran kalau kerja makan gaji and office hour.