Showing posts with label AidilFitri. Show all posts
Showing posts with label AidilFitri. Show all posts

Tuesday, October 19, 2010

::: Aidilfitri 2010 :::





Sebulan lebih tak update blog. Dah lama habis syawal..baru lah terkedek2 nk update. Pasal raya kat KB memang seronok sangat. 11 malam kat sana rasa tak puas. Berkumpul ramai2 adalah saat yang paling happening. Ohhhh ya!! balik KL hari tu bawak sekali dengan makcik n nurin...happy sangat. Thanks makcik sbb sudi ikut balik KL. InsyaAllah deepavali nnti baru bawak nurin n makcik balik KB semula sbb makcik beraya kat sana. Nak ambik cuti time raya haji pun dah tak boleh sebab cuti dh habis. So nak tak nak kena hntr makcik n nurin time cuti deepavali. malas nk cakap sbb mood raya dah habis..letak pic jer (ini pun family kak n abg harif takde dlm pic)



















Wednesday, September 08, 2010

::: Yahoooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!! :::

 
 
  • Alhamdulillah...hari ni dah rabu. Maka tiba la saat yang paling di tunggu
  • InsyaAllah seperti yang telah di war-war kan sebelum ini, hasni dan is akan bertolak balik ke KB paling awal tepat jam 12 malam or paling lewat jam 2 pagi. Tapi seboleh mungkin mmg nak bertolak awal. Is kena tido awal mlm ni and charge battery secukupnya supaya jam 12 tgh malam nk drive tu badan dia segar bugar
  • Pagi tadi time sahur hasni siapkan lipat baju and vacum lagi sekali kat bahagian bawah
  • Rumah dah bersih...seronok!!!
  • Malam tadi time sembang dgn nurin, dia nangis sebab rindukan umi dan papa. Dia ckp lambatnya umi nak balik, kakak nak umi, kakak nak tido dgn umi, kakak nak umi suap kakak makan. Ermmmm sedih sungguh. Sabar ye sayang. Malam ni umi balik. Doakan umi dan papa selamat dalam perjalanan
  • Sebenarnya malas nk cerita pasal ketiadaan nurin kat blog ni sebab ianya boleh mengundang deraian air mata hasni yg gugur tatkala menaip dan tak nak mencetuskan emosi yang sedih. So setakat yang boleh, biarlah hasni pendamkan sahaja didalam hati
  • Ok...sambung cerita lain
  • Petang ni nak singgah kat car wash. Seperti kelazaiman, kalau nak travel jauh kerata haruslah bersih luar dalam barulah mencetuskan aura dan mood happy nak balik kg
  • Malam ni nak tolak kena singgah dulu ke rumah tailor kat area selayang untuk ambik baju raya hasni dan nurin.....boleh???  amat2 last minit..yang pasti bukan salah hasni
  • Barang-barang yang hendak di bawa balik telah siap tersadai kat tepi sliding door rumah supaya senang is capai n terus sumbat dlm kereta
  • baju-baju juga telah selamat berada didalam beg..hanya tinggal nak masukkan barang2 kecik jer
  • Malam ni berbuka kat luar sebab dapur sudah tidak boleh digunakan lagi kerana hasni dah siap kemas dan mop ruang dapur hingga berkilat dan bersinar 
  • Semalam hasni dan is beli bunga api yang apabila dinyalakan maka terhasilah beraneka jenis warna warni dan juga beberapa paket bunga api kucing...hehehehe. Mesti meriah malam raya esok...sebab anak2 buah berkumpul kecuali kak yang balik tgh hari raya pertama. Abg ja satu family bertolak balik KB pagi tadi
  • Esok maka bersinsing lengan ler kat dapur untuk membantu makcik dan mami menyediakan juadah-juadah pembuka selera di hari raya....seronoknya..al-maklumla dah 2 tahun tak beraya dengan family sendiri
  • Akhir kata - Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin ......