Thursday, November 19, 2009

::: Feelings :::

Sebenarnya, tiada idea apa yang perlu di update. Entah lah sehari dua ni dah rasa sebak skit bila mengenangkan hanya tinggal beberapa hari saja nurin kat sini. Esok dan lusa merupakan weekend terakhir nurin di sini sebelum kami balik ke KB pada hari selasa minggu hadapan. InsyaAllah nurin akan berada di sana sehingga 2/2/2010 kerana pada 3/2/2010 nurin dan makcik akan kembali semula ke sini. Saat perpisahan inilah yang paling membuatkan hasni hiba. Sepanjang nurin disini selapas raya hari tu kami berkongsi bermacam-macam perkara. Kami berkongsi bantal, berkongsi makan, berkongsi cerita, berkongsi sedih dan gembira, malah boleh dikatakan dialah teman terbaik hasni. Pernah terjadi pada suatu malam, dimana waktu tu hasni dan nurin berbaring di katil sebelum tido, tiba-tiba hasni rasa sebak....
umi : Nurin, nanti bila nurin balik KB jangan lupakan umi dan papa ye (air mata bergenang di kelopak mata)
Nurin : Umi...(sambil mengusap rambut hasni) jangan nangis umi....umi jangan sedih, nnti kakak pun sedih (dia bahasakan dirinya as kakak. tiba2 dia tarik hasni ke dada dia n dia peluk hasni sambil usap belakang hasni. Apalagi yang mampu seorang ibu lakukan, jika si anak memperlakukan ibunya dgn penuh kasih dan sayang seperti ini)
umi : umi sayang.....kakak
Nurin : Kakak sayang.....umi. Dah-dah jangan nangis...kakak ada. Nanti kita makan ice cream sama-sama.
Setiap kali detik2 perpisahan berlaku, sememangnya hasni tidak dapat nak sembunyikan perasaan sedih yang hasni rasai. Dialah segala-galanya untuk hasni. Walaupun nurin tak bersama hasni tetapi doa seorang ibu untuk anaknya tetap tidak akan putus hingga ke akhir hayat.

Monday, November 09, 2009

::: WeekenD :::

Hari Jumaat malam mak dan abah ada kat rumah. Diorang datang from sabak sbb sabtu nak attend kenduri saudara di pandan indah. Sabtu pagi lepas subuh terus ke dapur untuk siapkan sarapan. Masak bihun goreng (sbb mak suka bihun goreng). Lepas sarapan terus iron baju dan kejutkan Nurin. Dalam pukul 10.30 kami semua bertolak dari rumah. Sampai kat dewan tu jam 11.30 itupun lambat skit sbb jalan jem teruk. Dapat makan dengan aman dan penuh khusyuk sbb time tu tetamu belum sampai lagi...yang ada cuma sedara mara. Lepas makan dan borak2 kejap sambil pekena air cendol, kemudian kami minta izin untuk mengundurkan diri. Seterusnya nak ke Sunway medical centre. Nak tgk anak diela (member hasni since zaman matrikulasi and universiti dulu till now) yang berada di sana disebabkan oleh masalah kesihatan. Kebetulan Mas (juga kawan hasni since zaman matrikulasi dan universiti till now) juga nak ikut serta so kami tunggu mas kat pandan then gerak sama2 dgn dia ke sunway. Lepak sana kejap then dlm kul 3 kami keluar from sunway. Mas hantar hasni, nurin and makcik balik rumah, manakala is pula hantar mak dan abah ke rumah kakak is di shah alam and kemudian is nak ke selayang jumpa client. Pada mulanya memang nak ikut pergi shah alam, tapi memandangkan penat n hari tu pulak memang panas dan nurin pulak macam dah letih, so tak jadi la pergi shah alam. Sebab tu tumpang mas balik rumah. Petang tu kedua dua umi and nurin tido till maghrib. Bangun jer rs ting tong kepala...yelaaa sbb bangun dah maghrib kan....memang tak sedar apa-apa pun. Makcik pun tak kejutkan sbb dia ckp nampak letih sangat sbb tu dia kesian nak kejut...hehehehehe. Is sampai rumah pun dah maghrib. Malam tu kami dinner makan roti jer sebab perut masih lagi terasa kekeyangan. layan tv kejap then dalam pukul 12 semua tidooooooooooooo.

Hari ahad pagi takde ape2 plan. Is keluar jumpa client kat puchong. Hasni pulak masak for lunch. By 11.30 am dah siap 4 lauk terhidang di meja hehehehehe. Tunggu is balik jam 1.00 then kami lunch sama2. Lepas lunch rest kejap, mandi and solat zohor kemudian kami keluar ke balakong jumpa client lagi..heheheheh. Keluar pun dah asar. Settle semua presentation dah jam 6. Singgah solat semua sampai rumah dah maghrib. Mandi, solat then prepare lauk utk dinner. Pukul 8.30 Semua dah settle... layan tv kejap then by 9.30 semua dah tido kepenatan....hahahahahahah. Memang awal tido malam tadi. Syokkkkkkkk!!!! tp nak bangun bersiap ke ofis pagi tadi tetap MALAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.

Wednesday, November 04, 2009

::: Aquaria Photos :::

Sebahagian daripada gambar di Aquaria. Gambar-gambar dibawah adalah mengikut susunan terbalik (akhir-awal)...hahahahahah - silap upload.
Kebanyakan gambar adalah gelap kerana tidak dibenarkan on flash...jika ada yang terang itu adalah menandakan si jurukamera curi-curi on kan flash....hehehehehehe





























Monday, November 02, 2009

::: Cerita Hari Minggu :::

Hari sabtu pagi, seperti mana yang telah dirancang, hasni n is bawa makcik n nurin breakfast di kedai mamak dekat kinrara...kedai tu memang our favorite spot for makan2. So lepas breakfast kami terus ke tempat yang hendak dituju iaitu "AQUARIA". Pukul 11 tepat kami sampai ke KLCC, parking kat outdoor (RM7 per entry) turun escalator terus beratur untuk beli tiket. Memang lagi senang parking kat luar sbb lagi cepat and teramatlah dekat dengan entrance Aquaria. Tiket untuk dewasa RM28 seorang dan tiket adalah free untuk kanak-kanak yang berumur dibawah 3 tahun. Yang paling seronok tentulah Nurin. Kali pertama dikelilingi dengan pelbagai hidupan laut. Paling dia seronok ialah ketika berada dalam aquarium tunnel. Selama 3 jam kami habiskan masa didalam aquaria termasuklah solat zohor disana.
Kemudian kami ke area pandan dalam untuk menerjah Restoran Pak Ya - Chinese Muslim Food. Restoran pak ya ni hasni dapat tahu melalui rancangan jalan-jalan cari makan. Tengok dalam program tu harga makanan kat situ agak berpatutan dan secara kebetulah hasni juga salah seorang penggemar kepada chinese food maka misi untuk mencuba haruslah diutamakan...heheheheh. Restoran tu dibuka pada jam 3 petang. Tetapi kami sampai disana jam 2.45 petang dan kami juga merupakan pelanggan pertama di Restoran itu pada hari tersebut. Kami disambut mesra oleh tuan punya restoran iaitu PakYa. Maka bermula lah adegan meng'order' menu dengan tamaknya. Seperti biasa dan lazimnya Hasni lah yang dipertanggungjawabkan untuk membuat pilihan menu. Bertepatan dengan perut yang semakin rancak mengalunkan irama hip hop..maka menu yang dipilih juga haruslah serancak iramanya. Maka hasni dengan kuasa veto ditangan telah memilih hidangan.... ikan siakap masak stim, tomyam campur, ayam kung pao, butter prawn, dan baby kailan ikan masin. Kesimpulannya...menu yang dipilih semuanya sedap dan amat menepati citarasa. Daripada ikan, tomyam, ayam, udang hinggalah sayur amatlah memenuhi selera kami. Dari 5 bintang, kami berikan 4 bintang untuk masakan pak ya. Portion setiap hidangan juga banyak. Sampaikan lebihan tomyam dan butter prawn terpaksa dibungkus dan bawa balik ke rumah akibat daripada perut yang sengkak...heheheheheeh. Waktu nak bayar pak ya datang ke meja kami dan bagitahu ikan siakap masak stim tidak perlu dibayar..free of charge. Kerana memandangkan kami adalah orang yang terawal datang ke kedainya pada hari tersebut. Dan secara kebetulan Hasni telah memesan menu pertama adalah ikan siakap so lauk itulah yang dikira percuma. Dah la antara semua lauk tu sememangnya siakap stim lah yang paling mahal, dapat free pulak.....mmg happy sangat. Cuma yang pak ya tidak tahu ialah yang hari itu juga adalah kali pertama kami ke restorannya. Apa pun syukur alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri pada kami. Nampaknya selepas ini....kami akan ke sana lagi..hehehehehe...bukan kerana free tetapi sememangnya chinese food di restoran tersebut boleh dipuji kesedapannya.
Hari ahad pula, pada mulanya kami keluar sbb is nak jumpa client dia di Selayang...then kami plan nak lunch kat tempat adik (UIA) alang2 dah ke sana. Tapi dah keluar rumah separuh jalan client dia ada hal. So terus proceed ke UIA. Lunch and lepak kat sana lebih kurang dalam 1 jam setengah jer sbb tak nak la ganggu adik lama2. Dia tengah exam week. So lepas tu terus balik rumah. Macam biasa lepak depan tv, main-main dengan Nurin sambil tgk movie Air Force One di AXN Channel. Hujan pulak lebat selebatnya. Seronok dan nikmat yang tak terhingga rasanya. Dalam pukul 6 keluar gi pasar borong. Beli buah, udang, sotong, sayur, beras, dan telor. Lebih kurang sejam jer kat sana. Pukul 7 dah sampai rumah. Dah siap mandi dan solat masuk dapur buat sambal tumis udang dan goreng ikan bilis sbb keesokkan pagi nak bawa bekal nasi lemak ke ofis. Sekarang ni memang boleh dikatakan setiap hari bawa bekal dari rumah. Lepas masak lepak2 kejap then pukul 10.30 masuk bilik tidoooooooooooooooo. Begitulah cerita hari minggu yang sungguh indah.