Thursday, November 19, 2009

::: Feelings :::

Sebenarnya, tiada idea apa yang perlu di update. Entah lah sehari dua ni dah rasa sebak skit bila mengenangkan hanya tinggal beberapa hari saja nurin kat sini. Esok dan lusa merupakan weekend terakhir nurin di sini sebelum kami balik ke KB pada hari selasa minggu hadapan. InsyaAllah nurin akan berada di sana sehingga 2/2/2010 kerana pada 3/2/2010 nurin dan makcik akan kembali semula ke sini. Saat perpisahan inilah yang paling membuatkan hasni hiba. Sepanjang nurin disini selapas raya hari tu kami berkongsi bermacam-macam perkara. Kami berkongsi bantal, berkongsi makan, berkongsi cerita, berkongsi sedih dan gembira, malah boleh dikatakan dialah teman terbaik hasni. Pernah terjadi pada suatu malam, dimana waktu tu hasni dan nurin berbaring di katil sebelum tido, tiba-tiba hasni rasa sebak....
umi : Nurin, nanti bila nurin balik KB jangan lupakan umi dan papa ye (air mata bergenang di kelopak mata)
Nurin : Umi...(sambil mengusap rambut hasni) jangan nangis umi....umi jangan sedih, nnti kakak pun sedih (dia bahasakan dirinya as kakak. tiba2 dia tarik hasni ke dada dia n dia peluk hasni sambil usap belakang hasni. Apalagi yang mampu seorang ibu lakukan, jika si anak memperlakukan ibunya dgn penuh kasih dan sayang seperti ini)
umi : umi sayang.....kakak
Nurin : Kakak sayang.....umi. Dah-dah jangan nangis...kakak ada. Nanti kita makan ice cream sama-sama.
Setiap kali detik2 perpisahan berlaku, sememangnya hasni tidak dapat nak sembunyikan perasaan sedih yang hasni rasai. Dialah segala-galanya untuk hasni. Walaupun nurin tak bersama hasni tetapi doa seorang ibu untuk anaknya tetap tidak akan putus hingga ke akhir hayat.

No comments: