Sebulan lebih tak update blog. Dah lama habis syawal..baru lah terkedek2 nk update. Pasal raya kat KB memang seronok sangat. 11 malam kat sana rasa tak puas. Berkumpul ramai2 adalah saat yang paling happening. Ohhhh ya!! balik KL hari tu bawak sekali dengan makcik n nurin...happy sangat. Thanks makcik sbb sudi ikut balik KL. InsyaAllah deepavali nnti baru bawak nurin n makcik balik KB semula sbb makcik beraya kat sana. Nak ambik cuti time raya haji pun dah tak boleh sebab cuti dh habis. So nak tak nak kena hntr makcik n nurin time cuti deepavali. malas nk cakap sbb mood raya dah habis..letak pic jer (ini pun family kak n abg harif takde dlm pic)
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts
Tuesday, October 19, 2010
::: Aidilfitri 2010 :::
Sebulan lebih tak update blog. Dah lama habis syawal..baru lah terkedek2 nk update. Pasal raya kat KB memang seronok sangat. 11 malam kat sana rasa tak puas. Berkumpul ramai2 adalah saat yang paling happening. Ohhhh ya!! balik KL hari tu bawak sekali dengan makcik n nurin...happy sangat. Thanks makcik sbb sudi ikut balik KL. InsyaAllah deepavali nnti baru bawak nurin n makcik balik KB semula sbb makcik beraya kat sana. Nak ambik cuti time raya haji pun dah tak boleh sebab cuti dh habis. So nak tak nak kena hntr makcik n nurin time cuti deepavali. malas nk cakap sbb mood raya dah habis..letak pic jer (ini pun family kak n abg harif takde dlm pic)
Friday, September 03, 2010
::: Random :::
- InsyaAllah kalau tiada aral melintang, hasni dan is balik ke kota bharu pada hari rabu 8/9 tgh malam atau paling lewat pun khamis 9/9 jam 2 pagi. Balik kl pulak pada 19/9. rasa macam tak cukup jer cuti tu. Harap segalanya dipermudahkan oleh yang maha esa
- rindu sangat kat nurin, setiap hari tak tau brp kali kami berdua bergayut di telefon untuk menceritakan kisah masing-masing sepanjang hari..yes!! she is my best fren forever n ever
- Esok nak balik sabak untuk spend weekend kat sana. Lagipun raya this year tak balik sana
- On the way to sabak bernam kena singgah beli kerepek untuk bawak balik KB. Bahagian kerepek mmg menjadi my special task sejak bersuamikan warga sabak bernam. memang rambang mata la jadinya bila keliling di kerumuni oleh sang-sang kerepek
- Ohhh ada lagi tugas lain..memastikan pembelian untuk swiss roll kek, butter kek, banana cake, fruit cake...huhhhh!!! lap peluh jap.
- Tidak dilupakan duit raya telah siap sedia menunggu mangsa-mangsa nya. tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan
- Tak sabar la nak balik raya. tapi baju raya still kat tailor. harap2 hari ahad dah boleh ambik so sempat la nak hantar dobi untuk dicuci dan di iron. balik kb hanya gantung sahaja baju yg dah siap untuk di pakai kat handle dalam kereta. sampai kb dah tak payah berpeluh2 nk iron baju. memang mcm ni lah hasni buat setiap tahun
- Masih lagi baju raya - esok nk ambik baju melayu is. 3 pasang baju kurung nurin, 5 pasang baju umi nurin, 3 pasang baju tokcik nurin masih lagi pending kat tailor...takpe tunggu sajer ahad. Baju tokmi nurin dah selamat diterima 2 minggu yang lepas.
- Raya tahun ini adalah merupakan tahun pertama umi nurin belikan kain baju kurung untuk nurin dan dihantar pada tailor untuk dijahit...sungguh teruja untuk melihat si anak ayu bersopan santun di pagi mulia hari raya. luv u dear
- Ye..hasni kurang berkenan dan tidak minat untuk beli baju yang dah siap untuk nurin sbb hasni lebih suka memilih sendiri jenis material kain yang hasni nak. yang pastinya hasni sendiri pun tidak pernah beli baju yang dah siap.
- Ye...memang benar umi nurin seorang yang amat cerewet. Nurin pun mcm dah terikut dgn perangai umi
- Teramat gembira untuk balik beraya di KB..kerana setelah 2 tahun berturut-turut beraya di sabak bernam maka akhirnya hasni boleh jd samseng di taman sendiri
- Ye memang pasti semua adik beradik ku akan beraya bersama2 walaupun kak balik KB pada tgh hari raya pertama...tetapi tetap juga dpt beraya bersama...ohhhhh sungguh seronok sekali
- Semalam lepas berbuka gigih vacum n mop master bedroom, bilik makcik, bilik no 3 dan hall atas. lepas tu melepak tgk prebet jamilah. pukul 11 malam suami balik dari solat terawikh barulah si isteri terhegeh-hegeh nak mandi
- Plan malam ni pulak nak vacum n mop kat bawah termasuk dapur. barulah boleh bercuti dengan tenang
- En Ismadi jangan lupa cuci toilet seperti yang sudah termaktub dalam perlembagaan keluarga kita ye
- macam seronok pulak nak balik kg esok..maybe teruja nak beli kerepek kut...boleh ker mcm tu???
- Menu apa yang mak nak masak untuk menantu dia ni untuk esok n lusa ye??
- 2 minggu lepas dah berjaya pujuk abah mertuaku buatkan nasi ayam...thank you abah..sungguh sedap!!!!!!!!!
- Pagi tadi adik dah balik KB untuk cuti raya. UIA cuti lama. Dia balik KL nanti tumpang kitorang. Sakan la tu dpt makan yang best2 kat KB...JELES!!!!!!!
- Ye..tamat sudah
Friday, August 20, 2010
::: Variety :::
Wuiiii...dh lama tak update blog. 7 hari lagi genap sebulan. Biasala...hasni ni bukannya blogger tegar yang selalu update blog. Time free boleh la update..tp kalau dh busy memang tak sempat nak sentuh pun. Ermmmm...pejam celik pejam celik hari ni dah 10 hari kita berpuasa..Alhamdulillah. Mami abah dah balik ke KB 1 August hari tu. Rindu pulak dekat mami abah..mana tak nya..diorang kat KL 2 bulan lebih. 2 minggu lagi pulak nak bawak nurin n makcik pulak balik KB. Nampaknya inilah masa yang paling hasni tak suka sbb kena tingglkan nurin kat sana buat sementara seperti sebelum2 ni..insyaAllah tak lama sangat rasanya. Dan yang best nye jugak tahun ni beraya di KB...macam tak sabar pulak nak beraya.
Baju raya hasni, is dan nurin masih lagi ada kat tailor...harap2 sempat siap supaya kami bertiga dapat beraya dengan anggun dan berseri di pagi raya..hehehe. Esok plan nak balik sabak walaupun weekend last sebelum puasa hari tu dah balik sana. Hasni tak kisah pun memandangkan tahun ni tak balik raya kat sana so rasanya elok la time puasa ni balik ke sana dan insyaallah klau takde aral melintang weekend terakhir sebelum raya pun kami nak balik sabak jugak. Petang ni kak mira sefamily dtg rumah hasni sbb weekend ni dia nk pusing KL shopping raya untuk diri sendiri n anak2..weekend minggu lepas pun dia dtg jugak. Seronok bila berkumpul ramai2, berbuka n bersahur bersama. Malam ni nak bawak dia ke bangi sbb dia nak beli something n lepas tu maybe nak ke putrajaya sambil jalan-jalan sambil pekena roti canai...hahahahaha.
Pasal nurin pulak..alhamdulillah nurin semakin hari semakin bijak, petah, dan tentunya menjadi kawan karib hasni yang paling hasni percayai. Semua tentang nurin amat menyenangkan hati hasni. Kalau ikutkan hati memang setiap saat tak nak ketinggalan bersama nurin..tp apa kan daya, apa yg kita rancang bukan semuanya menjadi kenyataan. Apa pun hasni berharap nurin menjadi anak yang solehah dan menyenangkan hati semua orang yang berada di sekelilingnya. Nurin, ketahuilah bahawa umi dan papa teramat sayangkan nurin melebihi apa yang umi dan papa miliki sekarang. Nurinlah yang menjadi kekuatan dan kebahagiaan umi dan papa. Umi dan Papa teramat bangga kerana Memiliki diri Mu.
Friday, July 16, 2010
::: 1 Hari Lagi :::
Another 1 day to go. Esok pagi bertolak. Hati dah tak sabar sangat2 mahu berholiday. Harap-harap Allah izinkan perjalanan kami kali ini. Nurin pun dah melonjak keriangan nak bercuti. Manakan tidak hari tu dia dah frust sbb Hasni postpone time dia kena demam tempoh hari. Semoga kali ini Allah beri kami semua kesihatan yang baik sepanjang perjalanan pergi balik nanti. Percutian kami kali ini juga disertai oleh mami dan abah. Makcik tu memang kena wajib ikut la. Kebetulan mami dan abah dah ada kat sini so Hasni dan is ajak diorang join sama.
InsyaAllah kami akan bertolak pagi dan akan singgah di rumah mak saudara is (mak uda n pak uda) untuk makan tengahari kat sana. Hari tu bila we all call dia bgtau yang we all postpone tu dia ckp dia dh beli macam2 benda sebab nak masak...hehehehe. Pak uda siap beli durian sbb nak jamu makan ramai-ramai. Tapi nak buat mcm mn kan..Allah tak izin time tu. So insyaAllah esok boleh la makan sampai puas kat rumah mak uda.
Lepas makan tengah hari rumah mak uda n lepak2 kejap baru nak ajak yayang (sepupu is) tunjukkan location hotel untuk check in. Seronoknya...malam ni baru nak jalankan misi kemas baju masuk dalam beg. Part tu memang tak berapa nak risau sbb i have the best assistant..nurin la saper lagi..hehehehe. Oklah nanti akan kembali update di tempat percutian..hehehehe.
Monday, July 12, 2010
::: WeeKenD :::
Hari sabtu weekend, is kerja halfday..mami abah pergi rumah abg ja, tp kak, abg kama dan anak-anak dia ada kat rumah Hasni. Diorang datang jumaat malam sebab hantar abah. So pagi sabtu tu Hasni just kemas rumah dan lepak kat rumah. Dalam pukul 6.30 kak nak balik sendayan manakala kitorang keluar makan ker restoran jemari di kelana jaya. Lepas early dinner kat situ kami solat maghrib kat tabung haji kelana jaya kemudian proceed to rumah abg ja..sampai2 sana diaorg termasuk abah mami dah tunggu kat luar. So kami gerak sekali ke "Taman I-City" shah alam. Ni first time nak pergi sana, 2 minggu lepas kak, abg kama dah bawak anak2 dia ke sana. Time tu hasni tak join. Jadi disebabkan Nurin dah beberapa kali request nak kesana...so sabtu malam tu pergi lah kesana dengan family abg ja, mami abah sekali.
Disebabkan weekend, so mmg ramai sangat orang kat sana. Tempat tu memang cantik..feeling seperti berada di oversea...hehehehehe. Tapi memang cantik lampu2 warna warni dengan lanskap yang menarik. Memang tak rugi. Yang sedihnya...kamera dah bawak awal2 lagi letak dlm handbag...tapiiiiiii battery takde kat dalam tu. Rupa2 nya battery ada kat dalam tempat charger dan Hasni lupa nak keluarkan dan letak dalam kamera. So mmg takde la gambar yang diambil. Frust sangat. Sebab pergi mana2 pun memang hasni bawak kamera. Tiba2 lak jadi mcm ni..kamera ada tp battery yg takde..huhhhh!!! kecewa betul. So untuk mengubat kekecewaan, hasni dan is telah bersepakat untuk berkunjung kesana lagi untuk merakamkan kenangan kami disana...especially gambar nurin. Apa pun kena pergi sana sebelum mami abah balik KB...sebab nk bergambar bersama mami abah jugak.
Sampai rumah dah dekak pukul 12 tgh malam. Is pasang DVD filem karate-kid. Hasni rasa tak sesuai la tajuk filem tu dengan cerita tu. Sepatutnya cerita tu tajuknya ialah kungfu kid bukannya karate kid...ermmmm...Habis cerita dalam pukul 2.30. Pukul 3 pagi baru tido.
Hari Ahad, pagi2 ke pasar segar beli brg2 basah. Kemudian siap2 ke Alamanda sebab hasninak shopping barang skit. Balik rumah dah pukul 3. Masak dan makan...lepak kejap dah maghrib. Semalam tido awal sebab rasa tak larat sangat. Macam nak demam. Is pulak memang nk tido awal sebab dia nak bangun tengok world cup final jam 2 pagi. Bangun pagi ni badan rasa lenguh2 dan rasa panas sejuk...haihhhh jangan la demam.
Friday, July 02, 2010
::: Dua Hari EL :::
Semalam dengan hari ni, Hasni ambik emergency leave sbb Nurin tak sihat. Hari ni Alhamdulillah kesihatan dia sudah bertambah ok..cuma Hasni perlu monitor sahaja. Sekarang ni pun Nurin tengah sedap tidur. Tadi dia baring kat katil sambil tengok cerita madagascar, then dia request nak makan mushroom soup. Bila Hasni naik atas nk bagi dia makan soup dan air teh bunga, tengok2 dia dh tidur....hehehehe.
Kebetulan dan ada kat rumah ni, kejap lagi nak kemas2 dan packing barang sbb pagi2 esok kami nak travel for our family holiday. Holiday untuk 4D3N. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar dan seperti yang telah dirancang. Amin. Semoga Allah melindungi kami.
Monday, June 28, 2010
::: My WeekenD :::
Alhamdulillah, weekend berlalu dengan selancarnya. Walaupun tak banyak aktiviti, namun apabila keluarga berada di sisi ianya bagaikan satu gabungan yang saling melengkapi. Hari sabtu bermula di pagi hari. Memandangkan semua ada kat rumah termasuk family kak so Hasni masakkan nasi lemak untuk sarapan. Nasi lemak daun pisang tu Hasni hidangkan bersama sambal tumis udang, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, telur mata + telur rebus, timun + petai. Selesai sarapan, mami dan makcik ambil tugas didapur masak laksa penang untuk hidangan tengahari. Hasni pulak mengelap+vacum+mop dari tingkat atas termasuk bilik-bilik hinggalah ke tingkat bawah. Budak2 pulak macam biasa la main tanpa rasa penat. Is pulak kerja sampai ke petang. Lepas makan tengahari, semuanya lepak sembang-sembang. Lepas asar kami semua ke giant, is pulak dari ofis jumpa kami di giant. Lepas giant pergi mydin pulak, pukul 8 baru sampai rumah.
Hari ahad pulak, dalam pukul 10 kami semua keluar menuju ke KL. Pergi 2 kereta. Kereta is dan kereta abg kama. Mami nak pergi Jakel. Hasni sempat la beli kain yang murah-murah dua pasang. Mami pun sempat beli kain baju melayu untuk adik dan abah. Cantik sangat warna kain tu. Bila tiba nak sukat kain untuk is...kain pulak tak cukup. Frust disitu. Sebenarnya kain baju melayu is untuk raya tahun ni, Hasni dah hantar kat tailor, cuma saja jer nak beli warna yang sama dengan abah dan adik sebab warna tu cantik sangat. Lagipun Hasni jugak yang pilihkan warna tu untuk adik dan abah. Cuma takde rezeki untuk is. Tapi takpe, tailor cakap sempat lagi kalau nak hantar sebelum puasa ni..Hasni pun nak pergi ke jakel lagi lepas ni sebab nak beli kain untuk lining, so mana la tahu time tu warna kain baju melayu yang hasni nak tu ada...boleh la rembat sekali...hehehehehe. Then lunch kat restoran yassin nasi kandar (tmpt favorite). Lepas tu terus pergi hantar baju2 yang beli kat jakel tu pada tailor. Pukul 6 baru sampai rumah. Semuanya keletihan. Malam, kak masak kuey teow goreng untuk dinner...lepas tu terus zrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!! sedar2 dah hari isnin..huhuhuhu
Wednesday, June 23, 2010
::: Cerita PD :::
Hari Khamis minggu lepas Hasni dan Is ambik cuti sehari sebab join family members yang lain berlibur dan bersuka ria di PD. Family Abg Ja, family Abg Harif, Family Kak, Mami Abah dan Makcik semuanya bertolak ke PD hari Rabu pagi. Balik dari kerja hari rabu tu barulah Hasni dan Is ke sana. Kami semua stay di Permaisuri Resort Port Dickson. Resort tu baru 5 bulan siap n open to public. Memang ok la untuk family, bilik besar siap ada living room n small kitchen area. Ada big pool untuk kanak2 n dewasa. Resort tu mengadap laut and bnyk aktiviti pantai yang available kat situ. Lepas check out, ikut kak balik rumah dia kat sendayan untuk solat dan rehat..then terus balik KL..cuma family abg ja jer yang terus balik KL sbb dia ada hal. Sampai rumah dah maghrib, mandi n solat semua then keluar gi dinner ramai2 kat area Kelana Jaya dengan family abg ja sekali. seronok!!!!.
Gambar resort tak sempat nk snap sbb terlalu busy bergumbira dengan family..hehehehe cuma ada gambar ni jer....
3 org budak main dalam almari
nurin, ainusuhailah, ainumaisarah
nurin si budak berbedak putih
si bulat - muhammad amirul azaeem
si budak lucu - muhammad amirul hakeem
rumah kak di sendayan
Harap-harap boleh berkumpul mcm ni selalu..
i love my family
Tuesday, June 22, 2010
::: Nurin Likes To Ride Horse :::
Pada satu malam, hasni dan is bawak mami abah makan kenny rodgers kat IOI Mall Puchong. Sementara menuggu hidangan siap, hasni dan is bawak Nurin naik kuda kat tengah2 Mall tu. Sebelum tu dia dah terlelap dalam kereta, lagipun dia letih sebab seharian main dgn sepupu dan waktu pagi hasni bawak satu family pergi swim kat public pool di serdang. So bila dah sampai IOI tu Nurin moody la sbb kacau dia tido, then bila hasni offer suruh dia naik kuda tu terus dia ok...hahahahaha.
Here We Go...
::: Family Dinner :::
Venue : Chop N Steak, Seri Kembangan
Menu : Western Foods
Food Review : Sedap dan harga yang berpatutan
Papa & Nurin
Black Pepper Steak
Seafood Pasta
Chicken Chop With Black Pepper Sauce & Mushroom Sauce
Mushroom Soup
Chicken Nudget
Chicken Gordon Blue With Sweet & Sour Sauce
Sunday, May 16, 2010
::: Update :::
uihhhhhh!!!! dah lama tak update blog. Rindu nak update tp masa yang tidak mengizinkan...hehhehe alasan semata-mata. Sebenarnya tiada istilah tak cukup masa...tetapi kita lah yang tidak pandai menggunakan dan memperuntukkan masa. Yes, hasni admit. Masa yang ada telah diperuntukkan untuk bergumbira dan melayan nurin. Weekend kalau tak ke mana-mana, laptop tu mmg sentiasa on dan mmg connect to internet...cuma nak mengadap n taip sesuatu di blog tu amatlah rumit..sbbnya weekend mmg spend untuk family. Kalau nurin tido, hasni pulak ada kerja lain yang lebih important drp update blog.
Sabtu lepas, is kerja half day. Then lepas solat asar pergi Kelana Jaya Medical Center visit abg ja sbb positif denggi (alhamdulillah dia dah discharge hari ni). Lepak sana borak2, n makan2 bekal yang kak nani bawak..2 jam jugak kat sana. Then sebelum balik rumah singgah puchong, is pegi bank n tapow steamboat tepi jalan. Belum sampai rumah, nurin dah pulun makan steamboat kat seat belakang...lapar katanya...hahahaha. Mana tak laparnya kat hospital dia pulun main dengan afifah dan nabil kat playground. Sampai rumah jam 9.30 mlm. Prepare dinner untuk is n makan steamboat. Lepak layan cerekarama sampai kul 12, then tido.
Hari ini Ahad, pukul 9.30 pagi tadi pergi rumah abg ja ambik ayam organik yang hasni order. Ingat nak singgah giant sebelum balik rumah. Tapi orang yang nak install aircond dah call cakap dah nak smpai kat rumah. So we all terus balik rumah jelah. Hasni dgn is beli aircond baru untuk our master bedroom, dan aircond yang telah berkhidmat selama 4 tahun untuk our room previously, kami transfer dan install dalam bilik makcik. Walaupun dah 4 tahun alhamdulillah aircond tu still well perform a function and well maintain. So org aircond tu just service lagi sekali and tambah lagi gas before install dalam bilik makcik. Pukul 3 baru siap...and hasilnya...MANTOP!!!!!. TIDO LENA PENUH SENYUMAN!!!!!
Jeng!!! Jeng!!! Jeng!!!...hari sabtu 22/5 ni ialah hari yang seronok sbb mami abah datang sini. InsyaAllah flight mami abah akan touch down LCCT jam 4 petang..seronoknya bila family datang rumah...meriah sangat. Kak n anak2 pun join sekali..then cuti sekolah bulan 6 nnti abg harif satu family pulak dtg KL..lagila triple seronok....tak sabar!!!!
Tuesday, April 06, 2010
::: HappY BirthdaY Mami :::
... Selamat Ulang Tahun yang Ke-64 ...
3 April 1946 - 3 April 2010
Sayang Mami Dunia Akhirat
Ya-Allah, ku Bermohon dari Mu, Semoga Kau Lanjutkan Usia Ibu ku dan Berilah Kesihatan Tubuh Badan Kepadanya, Kau Kasihilah Dia Sebagaimana Dia Mengasihi ku Sepanjang Hayatku. Kau Berilah Dia Kebahagiaan dan Kesejahteraan Hidup. Sesungguhnya Ya-Allah, Dia lah Ibu ku di Dunia dan di Akhirat, Dia lah Satu-satunya Insan yang Sanggup Berkorban Nyawa Demi Untuk ku. Untuk Itu Ya-Allah Kau Limpahilah Dirinya dan Kehidupannya Dengan Segala Nikmat Rezeki Mu. Aku Teramat Menyayangi Ibuku Ya-Allah, Kerana Dialah Segala-galanya Bagi Ku.
Tuesday, March 16, 2010
::: Sepetang Di Putrajaya :::
Hari isnin, bawak abg harif n family ke masjid india sebab dia nak shopping. Alang-alang dah kat sana, apa lagi..hasni n makcik masuk jakel la...hehehehe. Then beli kan nurin telekung untuk solat dan rembat jugak satu telekung untuk diri sendiri kat stall2 area belakang tu. So skrg nurin dah ada telekung untuk solat...happy sangat dia bila dapat telekung tu sbb sulam kat telekung tu color pink seperti yang diinginkannya. pergi masjid india lebih kurang 3 jam then balik rumah, mandi dan solat asar. Pukul 6 bawak abg harif n family jalan2 kat Putrajaya. Sempat solat maghrib kat masjd putra, Putrajaya.
Putrajaya
::: Nurin's 3rd Birthday :::
Lepas solat asar kat rumah abg ja, terus ke cake sense puchong beli kek for nurin's birthday makan2 kat rumah. Tak ajak orang luar pun, adik beradik jer...abg hariff anak beranak, abg ja anak beranak dan adik...itupun dah lebih dari meriah. Ada cake, beef lasagna and chicken lasagna. Kak nani pulak bawak seperiuk besar makaroni goreng. Alhamdulillah kenyang sangat malam tu.
Blueberry Supreme Cake
Birthday Girl
Chicken Lasagna
Cake Cutting
::: Jalan-Jalan di Hari Ahad :::
Bawak abg harif anak beranak pegi kenduri kahwin adik kak z, then from setapak we all terus ke IKEA. Lama jugak la kat IKEA, lepas tu pergi rumah abg ja sebab nak singgah solat asar. Balik rumah terus kemas2 and prepare untuk makan2 family+makan2 sempena nurin's birthday.
Friday, February 05, 2010
::: WelcomE BacK to KuaLa LumPuR :::
3 February 2010 @ 7.30 am
Jam tu ayah ngah yang belikan, and mak ngah pula belikan nurin 3 helai tudung. Tudung yang nurin pakai tu sebenarnya adalah umi punya tapi umi dah bagi nurin...hehehehehe
tokmi dan atok yang teramat sedih nak lepaskan cucunya. Biasala tu saat-saat perpisahan sememangnya menuntut kesabaran yang tinggi. Dari rumah lagi tokmi dah sedih dan dah keluarkan air mata. Entah berapa kali tokmi peluk dan cium nurin. Memang tokmi sedih n sebak sangat. Umi pulak yang tak sampai hati tengok tokmi dalam keadaan mcm tu. InsyaAllah, nanti bila tokmi dan atok datang KL kita boleh jumpa. tokmi dan atok no sedih2 ye....kakak pegi kejap jer....(memang itulah dialog nurin dengan tokmi dan atok beberapa hari sebelum dia balik) . Yo dengan adik hakeem pun dah tak boleh main sama2 kakak...xpe2 nanti yo dan hakeem datang rumah kakak kat KL ye....yo dengan adik hakeem pun dah tak lama lagi nak balik sendayan so tokmi dan atok mesti ikut sekali...nanti kita jumpa lagi.
Kali ni langsung dia tak tido dalam flight...hari ini dalam sejarah!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)































