Showing posts with label Nurin. Show all posts
Showing posts with label Nurin. Show all posts

Tuesday, October 19, 2010

::: Play Doh - Cake Makin' Station :::

 Special for Nurin Insyirah

 set up. it comes with variety of accesories

 Bukan main happy lagi dapat benda yang diidamkan

 papa gigih n khusyuk baca instruction

 taraaaaa....tapi cake belum siap.



 ramai yang nak join buat cake including paksu nurin
 
 hakeem n azaeem

 papa pun sakan jugak..

::: Aidilfitri 2010 :::





Sebulan lebih tak update blog. Dah lama habis syawal..baru lah terkedek2 nk update. Pasal raya kat KB memang seronok sangat. 11 malam kat sana rasa tak puas. Berkumpul ramai2 adalah saat yang paling happening. Ohhhh ya!! balik KL hari tu bawak sekali dengan makcik n nurin...happy sangat. Thanks makcik sbb sudi ikut balik KL. InsyaAllah deepavali nnti baru bawak nurin n makcik balik KB semula sbb makcik beraya kat sana. Nak ambik cuti time raya haji pun dah tak boleh sebab cuti dh habis. So nak tak nak kena hntr makcik n nurin time cuti deepavali. malas nk cakap sbb mood raya dah habis..letak pic jer (ini pun family kak n abg harif takde dlm pic)



















Sunday, September 05, 2010

::: It's For Our Beloved Sweetheart :::




It's For Insyirah



Sememangnya Nurin akan melonjak keriangan apabila mendapat bungkusan ini. Ye hadiah ini merupakan salah satu drp wish list Nurin. Semoga Nurin happy mendapat hadiah yang tidak seberapa ini dan menghargainya. Nanti tuan empunya dah bukak baru boleh dipublish di blog ini. Nurin Insyirah, nnti kita main sama-sama ok. Umi pun tak sabar dah nak main..hehehehe 



Ini pulak play-doh case of color yang hasni belikan untuk nurin. Ini bukannya present kat atas tu. Present kat atas tu kena tunggu we all balik KB rabu ni and nurin dah bukak baru boleh tayang kat sini. Ini hasni beli additional untuk gantikan yang dah ada sebelum ni  yang ada di antaranya yang dh keras sbb kena angin..so kena lah gantikan dengan yang baru untuk digunakan bersama magic swirl ice cream shoppe yang hasni belikan untuk dia dulu

ini play doh yang hasni beli pada december 2009


Friday, August 20, 2010

::: Variety :::




Wuiiii...dh lama tak update blog. 7 hari lagi genap sebulan. Biasala...hasni ni bukannya blogger tegar yang selalu update blog. Time free boleh la update..tp kalau dh busy memang tak sempat nak sentuh pun. Ermmmm...pejam celik pejam celik hari ni dah 10 hari kita berpuasa..Alhamdulillah. Mami abah dah balik ke KB 1 August hari tu. Rindu pulak dekat mami abah..mana tak nya..diorang kat KL 2 bulan lebih. 2 minggu lagi pulak nak bawak nurin n makcik pulak balik KB. Nampaknya inilah masa yang paling hasni tak suka sbb kena tingglkan nurin kat sana buat sementara seperti sebelum2 ni..insyaAllah tak lama sangat rasanya. Dan yang best nye jugak tahun ni beraya di KB...macam tak sabar pulak nak beraya.

Baju raya hasni, is dan nurin masih lagi ada kat tailor...harap2 sempat siap supaya kami bertiga dapat beraya dengan anggun dan berseri di pagi raya..hehehe. Esok plan nak balik sabak walaupun weekend last sebelum puasa hari tu dah balik sana. Hasni tak kisah pun memandangkan tahun ni tak balik raya kat sana so rasanya elok la time puasa ni balik ke sana dan insyaallah klau takde aral melintang weekend terakhir sebelum raya pun kami nak balik sabak jugak. Petang ni kak mira sefamily dtg rumah hasni sbb weekend ni dia nk pusing KL shopping raya untuk diri sendiri n anak2..weekend minggu lepas pun dia dtg jugak. Seronok bila berkumpul ramai2, berbuka n bersahur bersama. Malam ni nak bawak dia ke bangi sbb dia nak beli something n lepas tu maybe nak ke putrajaya sambil jalan-jalan sambil pekena roti canai...hahahahaha.

Pasal nurin pulak..alhamdulillah nurin semakin hari semakin bijak, petah, dan tentunya menjadi kawan karib hasni yang paling hasni percayai. Semua tentang nurin amat menyenangkan hati hasni. Kalau ikutkan hati memang setiap saat tak nak ketinggalan bersama nurin..tp apa kan daya, apa yg kita rancang bukan semuanya menjadi kenyataan. Apa pun hasni berharap nurin menjadi anak yang solehah dan menyenangkan hati semua orang yang berada di sekelilingnya. Nurin, ketahuilah bahawa umi dan papa teramat sayangkan nurin melebihi apa yang umi dan papa miliki sekarang. Nurinlah yang menjadi kekuatan dan kebahagiaan umi dan papa. Umi dan Papa teramat bangga kerana Memiliki diri Mu.

Wednesday, July 28, 2010

::: Nurin @ Penang :::

Nurin Yang Happy





















Nurin Merajuk





ini nurin merajuk sebab umi dia bagi air pool masuk dlm mulut dia n sampai dia tertelan...hahahahahaha...itupun nk marah..


yang ni pulak dia merajuk sebab on the way nak gi makan di restoran hameediyah tu dia tido dalam keta. Bila tak cukup tido inilah jadinya...hehehe




Monday, July 05, 2010

::: Postpone :::



Our family holiday yang sepatutnya berlaku hari sabtu lepas terpaksa di tunda ke 17-20 Julai sebab nurin demam. Hari sabtu jam 1.00 pagi nurin dah ok...tp Hasni tak berani nak bawak dia travel jauh sbb dia baru lepas demam. Biarlah badan dia fit dulu then baru lah seronok nak jalan-jalan. Jumaat tengahari bila hasni tgk dia macam nak demam semula terus hasni call hotel informed them yang hasni nak tukar check in date to 17 July.  Mula-mula nak tukar  to 10 Julai, tp room dah fully book. Alhamdulillah on 17 tu ada lagi room yang available. Bila dah tukar tu baru rasa lega. Jumaat malam tu sebelum tidur, sempat nurin tnya hasni knp hasni tak kemas baju dalam beg. Then Hasni bagitahu dia yang hasni postpone holiday to another date sebab dia tak sihat. Alhamdulillah dia paham. Tapi mmg nmpk dia mcm frust sbb dia excited sgt nak bercuti. Sabar ye nurin. InsyaAllah kalau Allah izinkan 17  Julai nnti kita pergi holiday ye.

Sabtu tu we all bawak dia ker Alamanda...nak bagi dia hirup udara luar setelah 2 hari berturut-turut lepak kat rumah. Alhamdulillah dia happy sangat lari sana sini. Hasni dan Is pun lega n seronok sbb dia dah sihat. Semalam pulak pagi-pagi Is bawak Nurin keluar gi giant beli jus kurma n vitamin nurin. Semalam pulak adalah sangat best sebab dari pagi hingga ke petang cuaca mendung dan sejuk. Dapatla kami 3 beranak rehat n tidur dengan nyaman dan aman sekali..hehehehe

InsyaAllah, jika Allah izinkan 17 Julai ni we all akan pergi holiday yg tertangguh. Harap2 semuanya di lindungi Allah. Weekend selepas balik dari our family holiday tu we all akan join company family holiday pulak...insyaAllah.


Friday, July 02, 2010

::: Dua Hari EL :::



Semalam dengan hari ni, Hasni ambik emergency leave sbb Nurin tak sihat. Hari ni Alhamdulillah kesihatan dia sudah bertambah ok..cuma Hasni perlu monitor sahaja. Sekarang ni pun Nurin tengah sedap tidur. Tadi dia baring kat katil sambil tengok cerita madagascar, then dia request nak makan mushroom soup. Bila Hasni naik atas nk bagi dia makan soup dan air teh bunga, tengok2 dia dh tidur....hehehehe. 

Kebetulan dan ada kat rumah ni, kejap lagi nak kemas2 dan packing barang sbb pagi2 esok kami nak travel for our family holiday. Holiday untuk 4D3N. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar dan seperti yang telah dirancang. Amin. Semoga Allah melindungi kami.

Wednesday, June 23, 2010

::: My Everything :::


Kalau bosan dalam kereta..mcm ni lah gelagat nurin..macam2 lagu dia akan nyanyi..umi nya memang tak jemu snap gambar and record every single precious moment bersama permata hati sorang ni...

















Tuesday, June 22, 2010

::: Nurin Likes To Ride Horse :::

Pada satu malam, hasni dan is bawak mami abah makan kenny rodgers kat IOI Mall Puchong. Sementara menuggu hidangan siap, hasni dan is bawak Nurin naik kuda kat tengah2 Mall tu. Sebelum tu dia dah terlelap dalam kereta, lagipun dia letih sebab seharian main dgn sepupu dan waktu pagi hasni bawak satu family pergi swim kat public pool di serdang. So bila dah sampai IOI tu Nurin moody la sbb kacau dia tido, then bila hasni offer suruh dia naik kuda tu terus dia ok...hahahahaha.

Here We Go...











Monday, May 03, 2010

::: Nurin's New Floral Dress :::



Ini lah gaya ayu dan sopan ikhlas dari nurin...setiap kali nak pergi jalan mana2..mesti si umi kena remind..."umi, nanti tolong gosok baju kakak ye...barula cantik"..yelaaaa kakak oiiiii..


 floral dress ni mmg sleeveless...tali halus jer..sbb tu kena pakai cradigan

selalu klau snap pic nurin tetiber jer jd mata kuyu...mcm papa dia jugak.