Monday, July 05, 2010

::: Postpone :::



Our family holiday yang sepatutnya berlaku hari sabtu lepas terpaksa di tunda ke 17-20 Julai sebab nurin demam. Hari sabtu jam 1.00 pagi nurin dah ok...tp Hasni tak berani nak bawak dia travel jauh sbb dia baru lepas demam. Biarlah badan dia fit dulu then baru lah seronok nak jalan-jalan. Jumaat tengahari bila hasni tgk dia macam nak demam semula terus hasni call hotel informed them yang hasni nak tukar check in date to 17 July.  Mula-mula nak tukar  to 10 Julai, tp room dah fully book. Alhamdulillah on 17 tu ada lagi room yang available. Bila dah tukar tu baru rasa lega. Jumaat malam tu sebelum tidur, sempat nurin tnya hasni knp hasni tak kemas baju dalam beg. Then Hasni bagitahu dia yang hasni postpone holiday to another date sebab dia tak sihat. Alhamdulillah dia paham. Tapi mmg nmpk dia mcm frust sbb dia excited sgt nak bercuti. Sabar ye nurin. InsyaAllah kalau Allah izinkan 17  Julai nnti kita pergi holiday ye.

Sabtu tu we all bawak dia ker Alamanda...nak bagi dia hirup udara luar setelah 2 hari berturut-turut lepak kat rumah. Alhamdulillah dia happy sangat lari sana sini. Hasni dan Is pun lega n seronok sbb dia dah sihat. Semalam pulak pagi-pagi Is bawak Nurin keluar gi giant beli jus kurma n vitamin nurin. Semalam pulak adalah sangat best sebab dari pagi hingga ke petang cuaca mendung dan sejuk. Dapatla kami 3 beranak rehat n tidur dengan nyaman dan aman sekali..hehehehe

InsyaAllah, jika Allah izinkan 17 Julai ni we all akan pergi holiday yg tertangguh. Harap2 semuanya di lindungi Allah. Weekend selepas balik dari our family holiday tu we all akan join company family holiday pulak...insyaAllah.


No comments: