Monday, June 30, 2008

::: My LuNcH FooD :::

...AssalaamualaikuM...

Surprise!!!!!!!!!!!!..inilah lunch food hasni hari ni. inilah antara menu2 yang pernah hasni bawa pergi sekolah dulu (sekolah rendah dan sekolah menengah)..ini semua idea makcik hasni. dia lah yang sediakan menu harian untuk kami sarapan dan untuk kami bawa bekal ke sekolah. setiap hari pelbagai menu yang makcik masak untuk kami. kami adik beradik setiap hari akan bawa bekal makanan dan minuman ke sekolah. tak terbalas jasa makcik untuk adik beradik hasni dan keluarga hasni. makanan ni sedap tau...kalau tak percaya cuba buat..dah la senang teramat then mengeyangkan pulak. kentang goreng+telor dan sos. telor kat atas tu cam tergaring skit kan...hahahahah...telor tu sepatutnya jgn terlalu masak...baru sodapppp...technical error skit...kuikuikui

::: Wassalam :::

Sunday, June 29, 2008

::: NaSi MinYaK :::

...AssalamualaikuM...
Semalam, sabtu hasni masak nasi minyak. saja nak mencuba dan teringin nak masak nasi minyak...Alhamdulillah hasilnya sungguh memuaskan dan yang pastinya tidak mengecewakan..puas hati sbb hubby cakap sodap...heheheheh..


... Nasi Minyak ...

... Ayam Masak Merah ...
... Udang Goreng Tepung ...

... Acar Timum Masak ...
::: WassalaM :::

Friday, June 27, 2008

::: FriDaY LunCh wiTh kAk Z Da bOOm :::

... AssalaamualaikuM ...
Hari ni best skit sbb dapat special lunch with my best good partner...kak zack a.k.a cik bedah...hahahahahahaha...ini kan blog hasni so suka hati hasni ler...hahahahahaha...kak z ni keje di ARUT (cukup ler dgn nama singkatan jer) so dia naik train dtg sini semata2 nak jumpa adik kesayangan dia ni a.k.a hasni ler tu...hihihihihi....rindu ler tu kan...hari2 duk sembang dalam YM pun still lagi rindu gaban.....
so hasni bawak kak Z gi mkn di "Restoran Masakan Johor AJ (anak johor)". lauk pauk kat situ macam2 ada...bermacam jenis asam pedas (kembung, ikan pari, tenggiri, daging), ada kari, ada masak lemak, lauk siput sedut, sup, lauk masak merah kiranya macam2 la yang boleh dikategorikan sebagai ala2 kampung gitu. sambal belacan, air asam dan ulam-ulaman pun ada. cuma xsempat nak snap lauk pauk tu semua n pic depan kedai tu. kedai tu dekat jalan lumut sebelah vistana hotel.

... ini 2 orang jelitawan yg ala2 gitu... sorang tu dh jd hak milik org ... yg sorang lagi yg pakai pink tu belum jadi milik orang lagi ( do not disturb ok!!!!!! )...kwang kwang kwang...

... my menu..nasi putih, sayur, ayam bakar, begedil n paru goreng...air of cos my favorite teh 'O' ais la...kak z tak snap sekali dgn air la...kuah tu hasni campur 3 jenis kuah asam pedas ( pari, tenggiri n daging...marvellous...)

... ini pulak hidangan kak z da boom....nasi putih, sayur pucuk paku, paru masak cili, telor masak lemak n sambal belacan...sempat ler hasni belasah sambal belacan dia td...kuikuikui...kak z minum air teh 'O' limau suam...kak z tak kuat minum ais..hihihihihi
apa pun hasni mkn free td sbb semua tu dibayar oleh kak z...Alhamdulillah n thanks..lain kali belanja lagi...Jasamu di Kenang...ahaksss...
... WassalaM ...

Monday, June 23, 2008

::: NaSi GoLEnG..NaSi GoLEnG...NaSi GoLEnG :::

... Assalaamualaikum ...
Alkisahnya hasni teringin nak makan nasi goreng yang abg buat...so dengan berkobar2 abg sanggup n ikhlas nak buat...balik dari keja ptg td abg singgah kedai n beli cili api sbb cili api kat dalam fridge dah yilek...sepanjang hari ni hasni duk usik dia dgn sms pasal nasi goleng tu..hahahahahaha..dia mcm biasalah dengan kelakarnya...mmg tak sabar2 nak balik rumah ptg tadi..cuma dia cakap dia tak nak hasni kacau dia kat dapur..dia suruh hasni duk luar senyap2..hahahaha..kebetulan pun hasni ada kerja takaful skit yang nak buat so sbb tu lah dia nak tolong masak...hehehehehe...satu jer hasni pesan..jgn sepah2 kan dapur dan jgn bagi lantai tu basah kuyup...
inilah skit sebanyak adegan2 tersebut..jeng..jeng..jeng...memang menakutkan dan mengerikan..hahahahah

.... dia yang panggil hasni suruh snap pic2 ni..dia cakap dia pun nak glamor masuk blog...kuikuikuikui....jgn marah ye bang...

...nasi tak masak lagik tapi perut hasni dah berbunyi2..mmg aromanya sungguh mengasyikkan sekali...eerrrrmmmmm....


...ish..ish..ish..ish...pandai ekkk abg masak...mmg superb lah..i tabik abg..

senam diri..jaga sedia..bergerak kehadapannnnnn pusing....satu dua satu dua...

....wah ini sudah dasyat..lawan tokey nampak...

...akhirnya tibalah saat2 yang mendebarkan... nasi sudah dimasukkan...cepat bang..i dh lapar niiiii...

... jeng jeng inilah hasilnya dari air tgn suami ku ...mmg sedap..ikhlas dari isterimu...Alhamdulillah...nanti masak lagi ye bang...

::: WassalaM :::

::: TenGok WaYanG + BoWLinG :::

... Assalaamualaikum ...
Hari ahad yang lepas hasni dengan hubby ke midvalley sbb nak tengok wayang (proom night). dah lama kami tak tengok wayang kat midvalley sbb hasni dah tak suka pergi sana...satu sbb crowded satu lagi sbb sakit+berbulu mata ni tengok gelagat budak2 hingusan yang bercouple berpeluk sakan..macam diaorg jer yg ada bf n gf..kita yang dah sah2 ada lesen halal pulak yang malu tengok kelakuan diaorg. skrg ni GSC alamanda dah ada so kami lebih prefer ke sana..tak sesak n senang. another factor yg membawa kami ke situ ialah sbb hubby dapat free voucher movie kat midvalley so suka or tak mmg kena pergi sana.


... Ya Allah ramainya manusia...hasni tunggu kat tepi je..hubby yg beratur.. thanks.

... wayang punya pasal ...

... sambil2 tunggu time movie so kami sempat menunjukkan skill masing2 yang ala ala doraemon dan shin chan....hahahahahhaah.....

... ada berani nak lawan???? .... try ler kalau berani...

itulah kisah dihari sabtu
Siapa yang menang???...yg teramat pastinya hasni yang kalah..hahahahah
::: WassalaM :::

::: NaSi BeRiaNi AyaM + SoTonG MaSaK BeRemPaH + Acar TiMuN :::

...Assalaamualaikum...
Hari sabtu yang lepas hasni masak nasi beriani ayam, sotong masak berempah dan acar timun for our special lunch...hehheheheh...first time masak nasi beriani..and alhamdulillah..hasilnya memang superb..my hubby gave me 7 star out of 5...hahahahahaha...ada makna tersirat tu...heheheh..yang pastinya dia ikhlas...thanks abg. hasni sebenarnya memang suka memasak..cuma halangan dari segi masa. hasni rasa seronok bila memasak dan yang penting sbb hasni nak bagi suami dan keluarga makan makanan yang hasni masak. bila ada sifat keihlasan dan kasih sayang semasa memasak..insyaAllah makanan akan menjadi sedap dan kita mendapat pahala dan keberkatan. itu salah satu petua tu.....kalau tak percaya..sila cuba petua tu. cuba masak dalam keadaan marah+benci+dendam....for sure memang hampeh ler masakan tu..tiada keberkatan pulak tu. kan..kan..kan..
sesiapa yang berminat untuk mencuba boleh cuba resipi di bawah...resipi ini hasni cedok dari majalah rasa dan internet.

...inilah hasilnya...

...Beriani Ayam...


...Sotong Masak Berempah...


...Acar Timun...

::: Resipi :::
... Nasi Beriani Ayam ...
Bahan-bahan:
    1. Minyak (hasni gunakan minyak sapi sayuran untuk menumis)
    2. 1 sudu besar rempah beriani (dalam rempah beriani ni dah lengkap dengan ketumbar, jintan putih, jintan manis, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, kunyit dan lain2 rempah)
    3. ayam (hasni potong 12 jer sebab senang nak masukkan dalam periuk nasi)
    4. daun pandan
    5. 4 cawan beras basmati (rendam 1/2 jam)
    6. 4 cawan air (kalau air rebusan ayam lagi sedap)
    7. 1 cawan susu cair
    8. garam secukup rasa
    9. kismis kuning
    10. 2 labu bawang besar ( hiris dan goreng)
    11. daun ketumbar
    12. pewarna kuning
Bahan dikisar halus:
    1. 4 ulas bawang merah
    2. 4 ulas bawang putih
    3. 4 cm halia
Cara menyediakan masakan:
    1. Panaskan minyak masak didalam kuali dan tumis bahan kisar bersama rempah beriani sehingga garing.
    2. kemudian masukkan ayam dan biarkan ia seketika...jika nampak kering terus masukkan air, susu dan garam. kacaukan seketika.
    3. masukkan bahan didalam kuali tadi kedalam periuk nasi bersama2 dgn beras basmati. Masukkan sekali bawang besar yg sudah digoreng, kismis dan pewarna kuning telor.
    4. bila nasi dah masak.taburkan daun ketumbar yang telah dihiris keatas nasi tersebut.
... Sotong Masak Berempah ...
Bahan-bahan:
    1. 500 gm sotong
    2. 1 peket kecik serbuk kari daging
    3. 1 sudu makan serbuk cili
    4. 2 batang serai dititik
    5. 1 biji tomato dipotong dadu
    6. 5 ulas bawang merah - ditumbuk
    7. 2 ulas bawang putih - ditumbuk
    8. 5 cm halia - ditumbuk
    9. 20 gm bunga lawang - ditumis
    10. 20 gm buah pelaga - ditumis
    11. 20 gm kulit kayu manis - ditumis
    12. 125 ml air asam jawa
    13. minyak (hasni guna minyak sapi sayuran)
    14. sedikit air
    15. garam secukup rasa

Cara menyediakan masakan:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yang perlu ditumis dan bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau
  2. masukkan serbuk kari, serbuk cili dan sotong. kacau dan biarkan hingga naik bau
  3. masukkan air, air asam jawa dan tomato
  4. perasakan dengan garam secukupnya
  5. biarkan kuah menjadi sedikit kering dan kemudian baru diangkat
  6. taburkan dengan daun ketumbar.

... Acar Timun ...

  1. hiris timun (jgn buang kulitnya) dan carrot (kalau tak nak letak carrot pun boleh) memanjang
  2. hiris bawang besar dan cili masak
  3. cuka+garam+gula

*campurkan semua bahan2 diatas kedalam mangkuk dan kacau hingga rasanya sebati. hasni tiada sukatan khas untuk acar ini..so pandai2 agak dan rasa. jangan letak cuka sekaligus dengan banyak. jika terlalu masam..masukkan garam untuk kurangkan rs masam.

::: WassalaM :::

Friday, June 20, 2008

::: BaKeD BeaNs in ToMaTo SauCe :::

...AssalamualaikuM...
Pagi tadi sebelum keluar rumah hasni sempat masak baked beans ini untuk dimkn dengan roti for my lunch today. Dah lama rasanya hasni tak makan baked beans ni. last sekali hasni mkn hidangan ini waktu hasni n my hubby bercuti di PD pada May yg lepas. tapi tahu2 sajalah kalau kat hotel, baked beans yang dihidang mmg original from tin. maknanya diaorg tidak mengubah rasa baked beans itu. hasni mmg suka dgn baked beans ini sbb dari sekolah tadika lagi makcik hasni dah masak hidangan ringkas n senang ini. Kami adik beradik mmg setiap hari bawa bekal ke sekolah kerana makcik hasni setiap pagi akan masak untuk kami breakfast dan bawa bekal. So setiap hari ada sahaja pelbagai menu yang makcik buat untuk kami..kalau hari tersebut menunya roti so salah satu hidangan untuk dimakan dengan roti ialah baked beans selain dari telor, sardin dll. hasni n adik beradik pernah bawak homemade burger tau. semuanya makcik yang buat.
walaupun senang, hasni just nak share dgn you all cara hasni buat baked beans ini...heheheheh mmg mudah...
  1. tumiskan bawang putih (dihiris), bawang besar (dihiris) dan kalau suka leh letak sausage (yg dihiris)..tumiskan bahan-bahan tersebut hingga wangi.
  2. kemudian masukkan telor (kalau satu tin kecil baked beans..hasni biasanya akan letak 2 biji telor..sbb hasni mmg suka telor...). selepas tu kacaukan telor tu bersama2 bahan tumisan diatas.
  3. Kalau nak letak timun pun boleh..kalau tak nak pun tak jadi masalah..terpulang pada citarasa masing2..timun tu dihiris panjang.
  4. kemudian masukkan baked beans..kalau nmpk terlalu pekat masukkan sedikit air.
  5. kemudian masukkan tomato sauce, garam dan gula secukupnya.
  6. sedia dihidangkan.....waaaalllllllllllllllllllaaaaaaaaaaaaa..

:::: Senangkan ::::




::: WassalaM :::

Thursday, June 19, 2008

...PasTe ToMyaM HoMe MaDe...

::: AssalamualaikuM :::
smlm hasni bg resipi tomyam putih utk kak z, tp td bila selak2 majalah rasa ada ternampak mengenai tomyam..so boleh cuba juga resepi di bawah ni....kalau restoran2 yg masak makanan thai kat kelantan biasanya meraka akan masukkan sos tomato or chili yg didatangkan dari siam (yg halal) utk dimasukkan sekali apabila membuat pes tomyam. cuma satu sahaja pesan hasni...klau ingin memasak apa sahaja lauk yang menggunakan sotong or udang..jgn masak terlalu lama kerana ia akan keras. so keluarkan dahulu sotong n udang n bila sup dah masak baru dicampurkan semula udang n sotong tersebut.
..............................................................................
memang mudah jika menggunakan pes tomyam yang ada dijual di pasar raya. tetapi jika pes tomyam dibuat sendiri, tentulah hasilnya lebih menarik dan semestinya sedap. kita hanya perlu cili kering yang dikisar atau boleh juga menggunakan cili pes, sedikit udang kering, jus asam jawa, bawang putih, bawang merah, belacan, gula merah, garam perahan limau nipis, sos ikan jikasuka dan kisar hingga halus. tumis di dalam minyak masak dan alihkan daripada api, sejukkan. simpan di dalam peti sejuk.
saya tidak berikan sukatan kerana semua bahan-bahan ini mengikut cita rasa sendiri. jika inginkan lebih pedas, tambah cili. jika inginkan lebih manis, tambah gula merah. apabila merebus untuk sup tomyam, tambahkan serai, daun limau purut, daun ketumbar, hirisan bawang besar, udang, ayam, sotong dll jika dirasakan perlu juga cendawan atau apa2 sahaja sayuran yang digemari serta masukkan pes tomyam yg disediakan. Hidang Panas...

::: Wassalam:::

Wednesday, June 18, 2008

...KeNaLi PaSanGaN AnDa...

...AssalamualaikuM...
Hasni bukan seorang pakar motivasi atau yang arif tentang perkara2 ni..cuma hasni nak berkongsi satu kisah kawan rapat hasni (nama samarannya ialah esah) yg percintaannya boleh la kita anggap seperti zaman ibubapa kita dulu. Dia banyak berkongsi kisah peribadinya dengan hasni. kami saling berkongsi kisah antara satu sama lain. yang pastinya dia juga tetamu yg datang ke rumah hasni ini.
si esah ni baru jer bertunang dan akan diijabkabulkan pada awal tahun hadapan..InsyaAllah hasni doakan segala perancangannya diberkati Allah. Setelah banyak melalui episod duka dalam hidupnya hasni harap si esah ini akan menemui sinar kebahagiannya sendiri. sebagai kawan, hasni tetap akan menyokongnya.
Alkisahnya hubungan yang belum sampai setahun antara esah dan pasangannya itu bermula apabila diperkenalkan oleh saudara pasangan esah itu. Kini mereka sedang meniti hari2 bahagia sebagai pasangan tunang yg akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.
sebentar td hasni ada bersembang dengan esah mengenai nenek tunangnya..
dan inilah ceritanya dari tajuk diatas....
esah: nenek dia pun tak tau pasal bertunang tu
esah: baru je kakak dia bgtau
esah: gila betul
hasni: ish..ni ape masalah ni
esah: dia ada nenek lagi. nenek dia stay kat shah alam
hasni: pelik betulla
hasni: then apesal tak bgtau nenek dia time nak tunang ari tu
esah: ntah
esah bagus tak kita org
esah: even belah akak pun sedara tak tau.yg tau cuma dtg masa bertunang hari tu
esah: tu pun adik-beradik akak jer then mak cik sorang tu je laa
hasni: takde la..ini nenek..tau tak
esah: nenek dia dah tau dah. itupun kakak dia yg bgtau
hasni: yelah baru jer tau..dh berapa bulan bertunang baru tau..ape kes la ni..waktu majlis tu nenek dia langsung tak tau kan.
esah: yee
hasni: knp xbwk nenek dia tu
esah: mana ler akak tau
esah: akak tau dia ada nenek pun lepas tunang
esah: terkejut gak
esah: ada nenek lagik rupenye
hasni: akak tau tak mslh akak ni
hasni: lack of communication
hasni: akak pun xpernah tnya dia pasal keluarga dia
hasni: so takkan la dia terhegeh nak bgtau klau org tak tnya
hasni: akak yg silap
hasni: ego sgt la akak ni
esah: excuse me...bukan ego yek
hasni: habis tu klau bukan ego aper???
esah: mmg akak tak tau nak cakap atau tanya ape
esah: lurus bendul....
hasni: ooo..akak tak reti bercakap ekk
esah: bukan tak reti cakap
hasni: dulu time SPM ader ambik ujian lisan tak
hasni: lulus ker gagal??
hasni: tima dlm keter tu tanya la aper2..jgn la jd mcm tunggul kat dlm keter tu
hasni: klau dh tau mamt tu jenis xbercakap so akak la yg mulakan
hasni: beralah la skit ... xruginya..
hasni: at least akak tau pasal adik beradik dia, mak bapak dia, atuk n nenek..kira pasal family dia akak kena tau
hasni: latarbelakang dia..sekolah, suka mkn apa, minum apa,apa yg dia suka apa yg dia tak suka
hasni: akak tau tak...sebenanrnya even kita dh tnya n tau semua bnda pasal dia..nnti bila kawin bnyk lagi yg kita sebenarnya tak tau pasal perangai dia
hasni: inikan pula klau dr awal akak tak tnya apa2
hasni: mesti bile kawin nnti jd culture shock sbbnya terkejut dgn perangai suami
hasni: the best way nak tau pasal perangai dia tnya la mak yg kandungkan dia or org yg rapat dgn dia...tp akak sendiri pun kena jugak soal selidik dia
hasni: sbb mak lah yg tau semuanya mengenainya anaknya.
esah: org tak de bakal mak mertua
esah: anyway
esah: tq
esah: org akan cuba bertanya2 kat dia
hasni: hasni tau la akak xde mak mertua..so nnti bila dh kawin tnya dekat org yg terdekat dgn dia..kakak dia ker
esah: yeeee
esah: betul laa ape yg awak cakap tu
hasni: tau pun
esah: bila pk2 balik byk gak yg akak rasa akak tak tau pasal dia
esah: dia pun sama agaknye
hasni: itula hasni ckp akak dgn dia ni lack of communication
hasni: bila keluar nnti cuba jgn ckp pasal bnda lain..cakap pasal diri sendiri..manfaatkan masa yg ada
heheheheh..itulah antara perbualan kami td..ada jugak yg hasni kena tapis menapis..hehehe..kesimpulannya kita patut kenal hati budi n perangai pasangan kita. jgn malu2 utk bertanya mengenai pasangan masing2... jgn salah faham pulak..tak bermakna kalau kita tahu mengenai pasangan masing2 hubungan itu akan berkekalan..pokok pangkalnya adalah agama yg menjadi benteng kepada sesuatu hubungan. bajai sesuatu hubungan dengan kekuatan agama. semoga ianya sentiasa mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.
...WassalaM...

Monday, June 16, 2008

...kain...kain...kain...

::: AssalamualaikuM :::
Sabtu n ahad (14&15 jun) hasni berada di kg hubby di sabak bernam. then sabtu tu abg, hasni, mak n hajar pergi ke sungai besar nak tengok n beli kain..2minggu lepas hasni dh beli 2 pasang utk baju raya di jackel masjid india...kain tu pun dh selamat hasni hntr kat tailor di KB. so sabtu tu hasni rembat lagi 2 kain...then pagi ahad hasni terus hntr ke tailor dekat dgn rumah mak. lagipun dah lama hasni tak beli kain..jadi time tu mcm nak lepas geram pulak...heheheheh
Balik dari sabak bernam semalam sepatutnya kami tengok wayang..tp xjd sbb hasni bgtau abg hasni nak ker jackel masjid india sbb nak beli lagi 2 pasang kain...hahahhahaahha...so agenda wayang kami terpaksa di postpone ke weekend minggu depan..alhamdulillah abg jenis yg tak kisah...dia sllnya ikut sahaja apa yg hasni nak aslkan tak tersasar dr agama..itu yg penting..lagipun perbelanjaan hasni ni still dalam kemampuan kami lagi...
so kat bawah ini pic kain yg hasni beli di jackel masjid india smlm (15 Jun 2008)...awal bulan 7 nnti hasni nak balik KB so kain2 ini akan dihntr ke tailor hasni tu...nmpknya utk bulan 6 ni jer hasni dh beli 6 pasang kain....cukup2 la tu...yiiiiiihhhhhhaaaaaaa...

kain tudung dr kain chiffon dope dyed

suka sgt dgn corak kain ni...yg penting my hubby pun suka...
kain pure koren silk 100% silk yg washable..tp mula2 cuci kena dry clean dulu...
just to inform...klau kain silk jgn la sesekali masuk washing machine...basuh tgn n jgn diberus..cukuplah dgn menyenttal dgn lembut n make sure jgn gunakan sabun serbuk or sabun buku yg biasa digunakan utk basuh baju. hanya gunakan sabun yg tekstur lembut spt liquid shower form or baby bath..sabun mandi yg ketul pun boleh.

ini kain italian pure silk juga 100% silk n washable..first time cuci kena dry clean dulu. kain ni my hubby yg suka..dia ckp lawa sbb red flower tu nmpk very attractive...

...WassalaM...

Sunday, June 15, 2008

PaSaR MaLaM.....BaLiK Kg SaBaK BeRnaM...

...AsSalamuaLaiKum...
hari jumaat lepas sebelum sampai rumah kami singgah di pasar malam...beli epal, honey chicken wings, and beli keropok lekor yg mentah untuk bawa balik kg and of cos utk stok fridge rumah kami....hehehheheheh...tengokla..gmbr2 yg sempat kami snap...cuma gmbr keropok lekor jer yg tak ada (xsempat nak snap)...


buah epal fuji kegemaran kami yg sll kami beli n sentiasa ada kat dlm fridge....


our favorite....of cos honey chicken wings + pedal ayam...marvellous...(bontot ayam kami tak mkn ekkkk)....satu tempat lagi yg sedap kat serdang..pergi mana2 klau ada chicken wings ni mmg kami try.

time ni kami kat kapar at 10.30pm..on d way balik sabak bernam. Kami singgah di satu restoran untuk apa lagi klau bukan untuk makan time...


sebenarnya hasni dh lelap sebelum masuk shah alam lagi..sedar2 abg kejut..rupa2 nya dh smpai kapar..so gmbr ni ala2 muka bgun tido ler...kuikuikuikui..


Kopi 'O' for hubby n of cos for me teh 'O' ais (forever n ever)

tomyam mesti ada...abg ckp lagi sedap hasni buat...tq..tq..tq..

ayam masak paprik...tp paprik ni pun tak boleh lawan paprik yg hasni buat. Betul...tak bohong..kalau tak percaya, sila bawak ayam n biar hasni masak...then rasa keenakan paprik hasni tu....

....telor dadar....klau kat kedai even telur dadar pun diaorg letak ajinomoto...ntah apa2..hasni masak tak guna ajinomoto..semuanya original....tau..

timun n sambal belacan pun wajib ada

alhamdulillah kenyang...mmg licin...lagipun tak elok makan xhabis...itu semua rezeki..

inilah gerangan restoran itu...(dr sudut tepi..tp tak la tepi mana pun)..kuikuikui

dari sudut hadapan...

...WassalaM...

Friday, June 13, 2008

....mY wOrKstatiOn....kuikuikuikui!!!!!!!!

....assalamualaikum....

smlm sambil2 tunggu my hubby fetch, so hasni snap la pic2 yg boleh dikira membanggakan ini....ye ker?.....huhuhuhu

this is a compliance workstation...a.k.a hasni....hihihihihi...

ok la tu!!!!!!......


my dell desktop (hak milik company tau)...nasib baik time report duty dulu pc ni dah ada....klau tak mmg akan ku request desktop color pink....errrrr...tp ader ker????? huhuhuhuhu...kesimpulannya...bersyukur dgn apa yg ada...Alhamdulillah..

tau tak pe!!!!!!....



yg atas tu pc jer..ini ada tambahan pen dan kertas.....hihiihihihi...



hmmmm...inilah report2 yg hasni kena review and do some checking...mcm buat2 bz jer kan...sabar je la...hahahahhaha...ada my pink handphone, pendrive, calculator, botol air ku, and of cos timbunan report yg tak berapa menimbun itu....kuikuikui...



my hand+body lotion (tommy true star gold and davidoff cool water)...tp agak2 la takkan kat ofis ni nak letak kat badan kan...untuk mendapatkan tgn yg lembut...bak embun di taman...(errr..betul ker ni???...belasah je la) n tak kering kontang juga membuatkan tgn anda wangi sewanginya...mcm iklan radio jer kan....tp ada ker iklan radio promote lotion????..huhuhuhuhu....so...rajin2 la sapukan lotion kat tgn..sbb bila dlm aircond kulit akan cepat kering.....



ini part yg best jugak...apa lagi..my kasut and selipar...dua ni mmg hasni tingglkan kat bawah meja hasni...selipar tu kkhas utk ke toilet and surau. kasut tu pulak sebagai kasut standby...kut2 la kasut yg hasni pakai ni problem so boleh terus ganti....kan..kan..kan...

...WassalaM...



Thursday, June 12, 2008

...LcD tv...LaPtoP...hanDPhoNe...PrinTeR...

Assalamualaikum.
Semalam nasib baik kat bukit jalil tak jem...so by 6.50 hasni dh selamat smpai rumah..tp klau drive dr ofis lagi cepat sampai..keluar ofis kul 5.30 drive balik rmh, pukul 6.10 hasni dah boleh sampai rumah itupun kalau tak sangkut di sg besi..tp jrang sgt sangkut skrg. Tp nak drive ke ofis pun kena berkira2 jugak skrg..sbb minyak dh naik...so lebih save naik lrt wlaupun smpai rumah lmbt skit..nak buat mcm mn kan........dah la abg punya kereta pun hari2 duk tengah jalan...so kereta satu lagi kena jimat la. nnti tak tercover pulak...hehehehehe
Smpai jer rumah terus bukak tv..tengok tv jap then mandi, solat maghrib. sambil2 nak tunggu solat isyak tu sempat iron baju. lepas solat isyak lepak kat bawah n tengok tv lagi sambil2 tunggu abg balik..kemas apa yang patut....bila dh boring mulalah hasni snap apa2 yg ada kat situ..hehehehehehe..

hmmm...jgn xtau..hasni ni peminat color pink...

these are the things yg sempat hasni snap...happy viewing...


Laptop ni dibeli pada bulan 12 tahun 2007 during PC Fair kat KLCC...hasni dah lama minat dgn model laptop ni sbb Dell comes out with a colorful laptop...kebetulan hasni mmg suka dgn pink so mmg hasni aim sgt nakkan laptop ni for my personal needs also for etiqa takaful purpose. tengok jer color tu membuatkan hati ku meronta2 untuk dapatkan laptop ni..

akhirnya....hasni berjaya jugak miliki dell pink laptop ni....SuPeRb.....


Laptop n handPhone kesayangan ku....both are pink...yyiiihhhaaaaa...


My Canon 3 in 1 printer...knp printer xde color pink hah????.....huhuhuhuhu

so CANON..please do something.....hurry up..


my lovely handphone...from my luv hubby...

there's a story behind my pink handphone...GreaT....


hihiihihi....of cos this is our LG LCD.... a funny story - the day we bought the LCD...


i did not know what to do... please help!!!!....

open..close..open..close