...AssalamualaikuM...
Pagi tadi sebelum keluar rumah hasni sempat masak baked beans ini untuk dimkn dengan roti for my lunch today. Dah lama rasanya hasni tak makan baked beans ni. last sekali hasni mkn hidangan ini waktu hasni n my hubby bercuti di PD pada May yg lepas. tapi tahu2 sajalah kalau kat hotel, baked beans yang dihidang mmg original from tin. maknanya diaorg tidak mengubah rasa baked beans itu. hasni mmg suka dgn baked beans ini sbb dari sekolah tadika lagi makcik hasni dah masak hidangan ringkas n senang ini. Kami adik beradik mmg setiap hari bawa bekal ke sekolah kerana makcik hasni setiap pagi akan masak untuk kami breakfast dan bawa bekal. So setiap hari ada sahaja pelbagai menu yang makcik buat untuk kami..kalau hari tersebut menunya roti so salah satu hidangan untuk dimakan dengan roti ialah baked beans selain dari telor, sardin dll. hasni n adik beradik pernah bawak homemade burger tau. semuanya makcik yang buat.
walaupun senang, hasni just nak share dgn you all cara hasni buat baked beans ini...heheheheh mmg mudah...
- tumiskan bawang putih (dihiris), bawang besar (dihiris) dan kalau suka leh letak sausage (yg dihiris)..tumiskan bahan-bahan tersebut hingga wangi.
- kemudian masukkan telor (kalau satu tin kecil baked beans..hasni biasanya akan letak 2 biji telor..sbb hasni mmg suka telor...). selepas tu kacaukan telor tu bersama2 bahan tumisan diatas.
- Kalau nak letak timun pun boleh..kalau tak nak pun tak jadi masalah..terpulang pada citarasa masing2..timun tu dihiris panjang.
- kemudian masukkan baked beans..kalau nmpk terlalu pekat masukkan sedikit air.
- kemudian masukkan tomato sauce, garam dan gula secukupnya.
- sedia dihidangkan.....waaaalllllllllllllllllllaaaaaaaaaaaaa..
:::: Senangkan ::::
::: WassalaM :::