Showing posts with label DVD. Show all posts
Showing posts with label DVD. Show all posts

Friday, October 09, 2009

::: Ice Age 2 - Madagascar :::

Balik sahaja dari Giant setelah membeli belah dengan rakus tetapi masih lagi dalam kategori berjimat dan berhemah, terus berdesup ke kedai DVD berdekatan. Berjaya juga umi Nurin merembat 2 DVD dibawah ini yang diharapkan akan membuatkan si anak teruja dengan hidangan lazat pembuka selera ini. Si papa juga tidak mahu mengalah untuk menujukkan keterujaan apabila sampai sahaja di rumah terus on kedua2 hidangan ini untuk diuji tahap ke'clear'ran DVD yang tidak original ini...hehehehehe. So Nurin, pagi esok kita layan sama-sama ye....duduk depan tv jer ok. ermmmm...tak tahu la berapa puluh kali pula cerita ini akan diulang tayang oleh si anak seperti yang dilakukan pada Ice Age 3 and Pu Panda. Yang pasti...Sejarah akan berulang kembali..
.............................................


Ice Age 2 - The Meltdown


Madagascar - Escape 2 Africa






Tuesday, October 06, 2009

::: Pu Panda :::

Bukan Kung Fu Panda yeee..tapi PU PANDA..itulah sebutan Nurin. Selain daripada Ice Age yang masih lagi ditonton, sampai kan dah lost track nak kira. huhhhh!!!!! memang penat bila setiap hari asyik movie yang sama yang mahu ditonton. Kalau tak ice age maka pu panda lah yang menjadi habuan hariannya berbekalkan sebotol penuh susu. Sama seperti ice age yang ditonton pada jam 3 pagi pada entry yang lepas...sejarah berulang kembali apabila 2 hari lepas Nurin request kat tokcik untuk on dvd ice age pada jam 3 pagi. Sampai habis movie dia tgk dan selepas tu baru lah dia menyambung tidur kembali. Malam ini balik dr giant harus menyambung misi ke kedai DVD untuk membeli beberapa koleksi terbaru cerita yang seangkatan seperti pu panda n ice age untuk tontonan tuan puteri sekembalinya dia di KL pada hari sabtu ini.
Memang seronok ok cerita pu panda ni sampaikan dia boleh tergelak sendirian...siap buat gaya pu panda lagi...hahahahahaha...Masa raya kat sabak hari tu, sampaikan atuk n nenek geleng kepala tengok nurin duk ulang tayang ice age n pu panda...Hasni pulak bawak balik dvd tu sbb tak nak dia boring, sbbnya sepupu-sepupu Nurin tak balik sabak time raya hari tu. So drp dia merengek kebosanan and buat hal yang tak tentu arah disebabkan bosan jadi uminya dengan baik hati mengangkut laptop n dvd2 tersebut. Serius...mmg mujarab....hahahahahaha.






... Pu Panda Kesukaan Nurin ...








Wednesday, August 19, 2009

::: HikayaT SeriBu SaTu MalaM :::



Setiap malam sebelum tido begini lah situasi nya....


umi / papa : Sayang, baca doa nak tido

Nurin Insyirah : (sambil meletakkan botol susu nya di tepi dan menadah tangan...terus dia baca doa tidur dari awal hingga akhir).....Amin (sambil meraup muka)

umi : Amin..pandainya anak umi. Now salam umi

Nurin Insyirah : (terus menyalami tangan umi nya)....umi, kiss...

umi : muahhh (kat mulut), muahhh (kat pipi kanan), muahhh (kat pipi kiri), muahhh (kat dahi)

Nurin insyirah : (dia pulak yang akan cium umi nya sama seperti diatas)
umi : anak umi ok?

Nurin Insyirah : ok...

umi : anak umi seronok?

Nurin Insyirah : seronok...

umi : anak umi happy?

Nurin Insyirah : happy...

umi : Good Night...

Nurin Insyirah : Good Night (sebutan yg pelat...)

umi : Assalamualaikum

Nurin Insyirah : Assalamualaikum

umi / nurin insyirah : (sama-sama menyebut...) waalaikummussalam.


............................................


maka selepas adegan dan dialog di atas barulah kami berdua tidur. Biasanya sebelum bermulanya dialog di atas, kami akan bergurau senda dan bergelak ketawa. Bila dah penat dan hendak tidur maka terlontarlah dialog di atas. Masa itulah yang paling berharga bila dapat bersama anak setelah seharian di tempat kerja. Nurin pulak always tersenyum dan sebelum tidur dia memang akan berikan senyuman yang membuatkan Hasni berasa amat bahagia menjadi seorang ibu dan bangga mempunyai permata hati sepertinya. Semenjak nurin kecil tidurnya memang lena, cuma merengek meminta susu. Tak pernah la we all bangun or berjaga malam semata-mata dia tak tidur or dia nak bermain di tengah malam buta. unless, kalau dia demam, barulah we all berjaga malam. Tetapi selain daripada situasi-situasi yang disebutkan sememangnya nurin tidak mengganggu waktu tidur hasni dan is.


Nurin sememangnya mempunyai rutin or disiplin tidur yang teratur since dari dulu. Even hasni dan is dah tidur dan dia pulak belum tidur, dia memang akan melayan diri dia sendiri dengan minum susu or baring diam-diam sambil mata berkelip-kelip. Selepas beberapa minit...zzzzzzzz dia akan tidur dengan sendiri. Sejak lahir, Nurin tidak pernah menggunakan buaian or baby pacifier. So alhamdulillah, even balik kg or pergi ke mana-mana dia boleh tidur dengan sendiri. Baringkan saja di atas katil or tilam maka lena lah tidurnya.


............................................


Lately ni nurin kerap jugak la mengigau..itupun just merengek dan tendang sana sini..bila di belai beberapa kali..maka tidurlah dia kembali. Semua tu disebabkan dia all out bermain dan bergurau di siang hari dengan 2 orang sepupunya..bukan setakat siang, membawa ke malam. Cakap la macam mana pun....memang sia-sia. So bila malam apa lagi..mengigau la, termasuk la 2 orang sepupu tu,


Tetapi...semalam merupakan malam bersejarah untuk Nurin dan kami berdua...


Pukul 10.45...kami bertiga berjaya melelapkan mata...tidur kami sungguh lena sekali

Tiba-tiba dalam pukul 3.20 am, dia merengek pusing sana pusing sini. So macam biasala hasni dan is terjaga and pujuk dia..biasanya ok tetapi malam tadi takde kesan pulak..siap menangis ok!!!..mata pulak pejam...Lepas tu is turun buat susu, hasni pulak pujuk la dia macam-macam sampai la dia stop menangis..siap sebut pasal movie ice age (nak pujuk punya pasal) Bila dah tak menangis, batuk-batuk la pulak...keluar la segala kahak..masuk bilik air, bersihkan apa yang patut....

Then, bila dah ok..dia ckp nak tokcik. Maka bawalah dia ke tokciknya..hasni dengan is pulak terus masuk bilik..tp hati hasni ni tak sedap...yelaaa dah biasa dia tidur sama-sama dengan kitorang. Pergila jenguk dia, tengok-tengok dia belum tido..syok duk hisap susu. Hasni try la ajak dia tido sama semula..Dia angguk. Hasni pun angkut dia masuk bilik, before nak masuk bilik dia nampak satu DVD. Dibawa masuk DVD tu, dia terus kejutkan papa nya suruh pasang. Time tu dah pukul 3.50. Maka papa nya dengan terkejut ikutkan jugak la permintaan puterinya itu yang tidak pernah request nak tgk DVD pada jam 3.45 am. Is pasang guna laptop sbb senang boleh tgk sambil baring di katil...yelaaaa umi dan papa nak tidur.

Maka, dengan rasminya semalam hasni dan is tidur ayam dan sesekali melayan si puteri menonton cerita ini

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Boleh pulak Nurin bergelak riang dan meniru gaya-gaya spontan binatang2 ini. Syok jer dia tengok sambil baring, berselimut and bantak peluk di kiri kanannya...ohhhhh anak ku...knp boleh jd mcm ni!!!!!!!!!!!!.......hahahahahahaha


tepat jam 4.45 am...boleh pulak dia kejutkan umi nya disebelah...


Nurin Insyirah : umi..umi.. nak tido.

umi : (sambil mamai) anak umi dah tak nak tgk ke??

Nurin Insyirah : nak tido...sambung sok..

umi : ok..good. Papa!! papa!! bangun off kan laptop tu..nurin dan nak tido

papa : ooooo...ermmmm...ok (sambil gosok-gosok mata)



..... lepas tu terus zzzzzzzzzzzzzzz 3 beranak menyambung tidur yang terbengkalai .....


Inilah bahana Ice Age






Wednesday, November 05, 2008

::: YoU Hold In YouR HanDs a GreAt SeCreT :::

It has been passed down through the ages, highly coveted, hidden, lost, stolen, and bought for vast sums of money. This centuries-old Secret has been understood by some of the most prominent people in history: Plato, Galileo, Beethoven, Edison, Carnegie, Einstein- along witg other investors, theologians, scientists, and great thinkers.
... Now The Secret is being revealed to the world ...
" As you learn The Secret, you will come to know how you can have, be, or do anything you want. You will come to know who you really are. You will come to know the true magnificence that awaits you in life" - from the introduction of The Secret (Rhonda Byrne)