Tuesday, October 06, 2009

::: Pu Panda :::

Bukan Kung Fu Panda yeee..tapi PU PANDA..itulah sebutan Nurin. Selain daripada Ice Age yang masih lagi ditonton, sampai kan dah lost track nak kira. huhhhh!!!!! memang penat bila setiap hari asyik movie yang sama yang mahu ditonton. Kalau tak ice age maka pu panda lah yang menjadi habuan hariannya berbekalkan sebotol penuh susu. Sama seperti ice age yang ditonton pada jam 3 pagi pada entry yang lepas...sejarah berulang kembali apabila 2 hari lepas Nurin request kat tokcik untuk on dvd ice age pada jam 3 pagi. Sampai habis movie dia tgk dan selepas tu baru lah dia menyambung tidur kembali. Malam ini balik dr giant harus menyambung misi ke kedai DVD untuk membeli beberapa koleksi terbaru cerita yang seangkatan seperti pu panda n ice age untuk tontonan tuan puteri sekembalinya dia di KL pada hari sabtu ini.
Memang seronok ok cerita pu panda ni sampaikan dia boleh tergelak sendirian...siap buat gaya pu panda lagi...hahahahahaha...Masa raya kat sabak hari tu, sampaikan atuk n nenek geleng kepala tengok nurin duk ulang tayang ice age n pu panda...Hasni pulak bawak balik dvd tu sbb tak nak dia boring, sbbnya sepupu-sepupu Nurin tak balik sabak time raya hari tu. So drp dia merengek kebosanan and buat hal yang tak tentu arah disebabkan bosan jadi uminya dengan baik hati mengangkut laptop n dvd2 tersebut. Serius...mmg mujarab....hahahahahaha.






... Pu Panda Kesukaan Nurin ...








No comments: