Hari Sabtu yang lepas lepak sahaja kat rumah dari pagi hingga ke malam. Is kena kerja half day so anak bini kena stay kat rumah. Lagipun ok jugak sbb Hasni kena fever+flu+sorethroat+cough (complete package). So since jumaat lagi memang keje duk menelan ubat2 yang dibekalkan oleh doktor yang sememangnya amatlah pelbagai termasuklah antibiotic. Walaupun tak sihat tetapi tetap masuk ke dapur untuk masak. hehehehe. Yang selebihnya melepak jer depan tv sambil melayan Nurin. Sungguh syok sekali aktiviti sebegitu pada hari minggu. Ditambah pula jika hari hujan...heaven!!!!!. Lagipun minggu sebelum ni tak sempat nak relax so ambik kesempatan untuk berehat dengan aman kali ini.
Apabila seharian sabtu melepak di rumah, dan sudah tidak tahan dengan rengekan nurin yang nak ke playground. Lagipun kesian jugak kat dia sebab asyik terperap kat rumah je so nak tak nak on weekend kena jugak bawa dia lihat dunia luar...heheheheh. Jadi dalam pukul 11.30 kami ke giant kinrara (cukupla jalan-jalan area dekat2 jer...masa tak terbuang dan yang penting quality time with family) untuk melunaskan keinginan nurin dan juga untuk shopping 3 ke 5 jenis barang yang akhirnya membawa kepada pelbagai barang...huh!!!! (sebelum naik shopping haruslah melayan perut untuk lunch terlebih dahulu di food court). Niat asalnya cuma nak beli floor cleaner, ramly tempura nudget, susu nurin, ubat gigi dan glo pencuci pinggan mangkuk sahaja tetapi tangan ni tercapai pulak shower gel, liquid hand soap, air nutrigen nurin, daging burger ramly, roti burger (bila dah ada daging burger haruslah ada rotinya...entah knp tetiber jer nak makan burger), tauhu telur, brokoli, timun, buah honey dew, ayam, sayur kubis dan ice cream untuk santapan seisi keluarga. Nasib baik barang-barang yang lain still ada lagi kat rumah dan berjaya mengekang nafsu walaupun sudah tergelincir sedikit/banyak dari landasan hehehehehe. Bila dah habis shopping apa lagi...terus naik tingkat atas..untuk kasi can nurin main. Kalau nak ke playground kat luar kena tunggu petang so lebih baik bawak jer ke giant..pagi, petang, siang dan malam pun boleh pulun main walaupun kat luar tu hujan or panas. Kita yang menunggu pun selesa sbb tak panas and sambil2 tu boleh baca suratkhabar dan kalau nak join sekali main pun amat digalakkan..heheheheheh. Nurin main pun tak lama sebab mungkin dia takde geng so dia macam malu-malu and tak berapa nak excited. Cuba kalau abg longnya ada sekali...huh!!!!! memang tak dapat nak cakap dan di explain dengan perkataan la jawabnya. Lepas dia main terus balik rumah tetapi singgah dulu minum air cendol pulut untuk menyegarkan dan membesahkan tekak...... Sampai jer rumah terus solat dan apa lagi zzzzzzzzzzzrrrrrrrrrr!!!! tiga-tiga beranak kecuali makcik, sementara menantikan waktu asar. Malamnya pulak tetap sama...lepak, gelak, tengok tv, makan dan tidoooooooooooooooooo lagi dan lagi dan lagi.
No comments:
Post a Comment