Alhamdulillah, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu akan tiba. InsyaAllah jika tiada aral melintang tengahari esok hasni dan is akan terkocoh-kocoh keluar dari kereta untuk memeluk dan mencium puteri tunggal kami (buat masa ini mmg tunggal la). Semoga Allah permudahkan n selamatkan perjalanan kami dan melindungi kami dari ancaman bahaya. Kereta dah bersih dibasuh oleh mat-mat india, freshner yang baru juga telah dibeli untuk digantung didalam kereta bagi menambahkan kesegaran dan keharuman didalam kereta. Memang mcm ni lah perangai hasni setiap kali nak travel jauh. Kereta mesti bersih n wangi, barulah selesa nak tido...hahahahahaha.
Oh ya freshner yang hasni beli tu from cosway. Dalam peket n boleh digantung. 2 peket harga RM 3.50...murah kan. Kuat jugak bau. Hasni beli yang lavender n apple. Yang apple tu memang best tp lavender tu kureng..so end up yang lavender tu hasni gantung dalam toilet...hehehehe sbb baunya keras sgt..mcm bau toilet bowl cleaner. So lepas ni tak nak beli dah yang lavender nak try floral n orange/lemon pulak. katanya tahan jugak dalam 5-6 minggu. So ok la kan...cuba and tengok hasilnya.
So petang ni is fetch hasni n balik rumah sama-sama. Baju semua dah masuk dalam beg. Baju-baju kotor pun semua dah basuh malam tadi...sempat vacum ruang bawah lagi...hehehe...puas hati nak tinggalkan rumah. Sampai rumah petang nanti terus mandi n masukkan barang2 dalam kereta then terus bye bye bye!!!!!!!!!!!!....ermmmm tak tahulah samaada tidur malam ni lena atau tidak...yang pasti sampai sabak bernam pun maybe dah pukul 11 malam sbb dah plan nak singgah dinner kat area jeram kuala selangor untuk menikmati hidangan seafood di restoran aroma seafood...hehehehe. Oh sungguh tak sabar rasanya n entah kenapa terasa mahu menikmati perjalanan pagi esok dengan gembira n sebaiknya. Mungkin sebab dah lama tak travel jauh dengan kereta...sbb tu excitednya lain macam skit....mcm2 budak-budak...huhhhhh!!!!!.
Oh ya...kena cari 2 or 3 magazines untuk mengisi masa didalam kereta (sebelum ni biasa balik malam so disebabkan nak travel siang haruslah mencari bahan sebagai pelengkap perjalanan)....must catch majalah rasa and impiana dapur the latest edition...
Till then....bye!!!!
....................................................................
We aRe OnE HappY FamiLy
AlhamDulillaH


































