Pagi tadi dalam perjalanan ke ofis, hasni n is tetiber teringatkan nasi kandar...hasni cakap la kat is dah lama tak pekena nasi kandar...last sekali rasanya sebelum puasa ari tu. Time tu bawak mami dan abah sekali makan kat kedai yassin tu and ada la beberapa kali time bulan posa yang kami tapow nasi kandar untuk juadah berbuka. Bagi hasni memang dah teramat lama dah tu sbb plus minus about 3 bulan tak makan nasi kandar...kiranya dah meleleh dan kecur dah ayaq liur ni. Dah bapaknya penang so haruslah anak-anak dia ikut selera penang jugak. Kalau kari tu dah macam lauk kemestian dan lauk warisan keluarga. So is cakap la nanti bila dia free skit time lunch kita gi makan kat kedai nasi kandar yassin tu.
Untuk selera hasni, memang sedap la nasi kandar kedai yassin tu...especially kuah kicap + ayam kicap (ye ayam ialah favorite hasni kalau abah n mami diaorg lebih suka ikan la like bawal..mmg kari bawal pun sedap) dan kalau nak sedap lagi bila suap nasi tu ke mulut gigit sekali cili besar hijau dan jangan lupa campur macam2 kuah n kasi sedikit banjir....fuhhhhh!!! marvellous i tell u. So td lepas habis check report semua mcm duk terfikir2 la nak mkn nasi kandar...dah siap pegang phone sbb nak sms is untuk tnya dia free tak lunch ni...so boleh lunch sama2....sekali nak tau apa yang terjadi....sila baca sambungan dibawah............
*
*
*
*
*
*
*
... pinjam gambar org lain ...
Gedebuk sebungkus nasi kandar yassin office boy letak kat meja..huhhhh mmg berpeluh sbb terlampau teruja n surprised. Mcm mn hasni tau bungkusan tu nasi kandar??? of cos la tau sbb dah familiar bungkusan nasi kandar kedai yassin tu. Hasni kenal kedai yassin tu pun drp ofis boy yg seminggu sekali akan tolong tapowkan untuk staff2 yg nak mkn nasi kandar. So risik dan risik maka hasni n is beli sendiri jer kalau nak makan. Dulu ada jugak la sekali dua hasni makan time lunch...tp tak mampu la...bukan tak mampu tang duit tp tak mampu tang mata yang asyik nak tutup lepas makan nasi kandar. Lagipun tak syok la makan sorang2...teringat pulak kat is. Hasni ni jenis kalau makan apa2 mesti teringat kat is la, abah mami la, makcik la, nurin la..nak2 pulak kalau apa yg hasni makan tu favorite diaorg...mmg tak leh nak telan. Sebab tu hasni rela tunggu untuk makan dengan is.
Pasal nasi kandar rezeki tu kan, ada staff yang belanja makan nasi kandaqqqqq...gitulah ceritanya..hehehehehehe. Alhamdulillah rezeki. Nanti kena belanja is makan pulak sbb kali ni dia bagi can kat bini dia menjamu selera nasi kandaq sepuas-puasnya. Takpe takpe malam ini harus buat cucur yang is request malam td...bukan cucuq ikan bilik or cucuq udang....tetapi cucuq SOTONG!!!!. Ye sememangnya dia mahukan cucuq sotong. Takpe layan kan aje.
Kesimpulannya...dapat makan nasi kandaqqq pun nak kecoh satu dunia ker?????...

No comments:
Post a Comment