Wednesday, November 26, 2008

::: My FirsT TaG - PerTamA KaLi :::

Tag by Riena

7 fakta tentang saya
  • saya seorang isteri, ibu, anak, menantu, kakak ipar, adik ipar, biras,kakak dan adik
  • saya wakil etiqa takaful yang sangat komited
  • saya bekerja makan gaji dan sekarang sedang berusaha untuk buat takaful full time
  • saya bakal mempunyai seorang maid dalam masa 2 hari lagi
  • saya seorang yang memetingkan keluarga dari kerja
  • saya bangga menjadi bekas pelajar matrikulasi
  • saya sedang berusaha untuk merealisasikan impian saya
7 perkara menakutkan saya di dunia

  • Allah dan hari akhirat...bekalan saya belum cukup untuk hadapi saat2 itu
  • kegagalan
  • kehilangan orang yang disayangi dan dicintai
  • hutang- errr ah long boleh letak sekali tak??? i tak hutang dgn ah long...never!! never!!
  • tikus, cicak, ulat, cacing..grrrrrrr..takut takut
  • Accident dan gambar yang ngeri dan menakutkan
  • mati mengejut-mintak dijauhkan
7 lagu buat masa skrg
  • tiada lagu yang betul2 menusuk kalbuku..tak sempat dan tiada masa nak melayan lagu..boleh??

7 perkara selalu sebut
  • alhamdulillah
  • ya-Allah
  • bismillah
  • biarla
  • org tau la
  • yelaa yelaa
  • ermmmm...(ermmm tu kira sebut ke???)
7 perkara yang amat bernilai

  • diriku, suami, mami abah, anak dan keluarga
  • ikatan suami isteri
  • cinta dan kasih sayang
  • harta benda yang dibeli dari hasil titik peluh walaupun harga yang murah
  • kerjaya
  • hati dan perasaan
  • kesihatan, rehat dan tidur..gagagagagaga
7 pertama kali dalam hidup saya
  • menjadi pengawas dan pelajar terbaik ketika disekolah menengah
  • mendapat tempat pertama di sepanjang/semua peperiksaan/ujian di tingkatan 4 dan 5 (sampai ke saat ini hasni masih tak percaya dengan pencapaian itu..Alhamdulillah)
  • berjaya mendapat 3 pointer above sewaktu semester pertama di matrikulasi melaka walaupun ketika itu Hasni dijangkiti penyakit yang amat teruk dan kritikal - HOME SICK
  • mengenggam segulung ijazah-kalau lah waktu boleh diputarkan kembali...ingin ku rakam kembali detik2 indah itu
  • jatuh cinta dengan is
  • hari menjadi isteri kepada is pada 28 Mei 2006
  • menjadi umi kepada Nurin Insyirah pada 11 Mac 2007

Tuesday, November 25, 2008

::: PizzA TimE :::

... Let my pictures do the talking ...
(22 Nov 2008 - Pizza Hut TTDI)
sindrom malas mengarang
.......... EnjoY ..........











Friday, November 21, 2008

::: FriDaY LuNcH wiTh kAk Z Da BooM - ParT 2 :::

... AssalamualaikuM ...
Hari ini sekali lagi Hasni and Kak Z lunch sama-sama...Friday kan masa Lunch lama skit..so time ni lah boleh spend lama skit nak berborak..walaupun setiap hari Hasni ber-YM dengan dia..huh..tp kiteorg bukan menjalin hubungan terlarang ekkk....hahahhahahaha. Ini kali ke-3 Kak Z datang lunch kat area ofis Hasni...macam kena buli pulak..heheheh..takper next time Hasni pulak yang akan berkunjung kesana...TERPAKSA...gagagagagaga!!!!. So we end up makan di Cafe 62 (Restoran Arab) yang berdekatan dengan ofis Hasni. Selain makanan arab, western food and ala-carte also available. So here are the pics...(pesanan: Kak Stella sila terliur n jeles yer)
The set comes with a vege soup

also with coffee or tea

brown mushroom sauce

mine


my chicken chop with brown mushroom sauce
yummy..yummy..yummy..!!!!!!


Kak Z - Mix Grill ( chicken, fish, and sausage )


errrkk..errkkkk...!!!! Alhamdulillah..


Happy face sesudah kekeyangan


one more happy face before we say goodbye to each other


... WassalaM ...

Wednesday, November 19, 2008

::: MaiD :::

... AssalamualaikuM ..
Alhamdulillah. Urusan maid dah selesai..sekarang cuma tunggu maid datang ke sini..InsyaAllah dijangka sebelum akhir bulan ini. Hasni rasa lega sangat bila benda ni dah settle..at least Hasni dah boleh concentrate pada benda lain yg penting..tak lain tak bukan..my Takaful. So sekarang ni bila maid dah ada kat sini Hasni pun dah tak perlu pening kepala nak uruskan rumah and Takaful..sbb maid dah boleh uruskan yang berkaitan rumah seperti kemas rumah, basuh/lipat/iron baju, kiranya semualah yang berkaitan dengan pembersihan rumah. Pasal masak Hasni tak kisah sangat sbb Hasni nak masak sendiri..cuma lebih ringan la bila maid boleh sediakan bahan-bahan masak dari awal..so Hasni cuma masak jer. Hasni harap sangat lepas ni Hasni dah boleh bagi 100% commitment pada Takaful. Hasni nak grow with Takaful. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Amin.
... Wassalam ...

::: My SweeT GeGirl :::

... AssalamualaikuM ...
Nurin mandi kat luar..suka sangat kalau dapat berendam..kolam mandi dia ada kat KB so kat rumah umi dan papanya terpaksalah mandi dalam bekas kecik jer..heheheh

umi...please do not snap any picture...nurin malu tawww...seksi mcm ni..

Umi ni kan memang tak nak dgr Nurin cakap ye...enough!!! enough!!!

Ya-Allah memang susahnya nak ajak dia masuk...memang mengamuk sakan..sebab tak puas berendam..tak nak pakai baju..menangis, semua dia tolak...susah betul nak pujuk..gara-gara tak puas mandi...

inilah hasilnya bertudung fesyen baru...dia melasak dalam kereta..time ni kami semua nak ke imigresen untuk urusan maid.

Umi..do not say anything ok..i'm ok and luv this new fesyen...Gosh!!!!
sekarang ni memang kalau keluar kemana-mana Nurin akan bertudung. Didikan sebegini perlu diterap dari awal..Alhamdulillah Nurin tak menolak untuk bertudung sbb dia dah biasa mcm tu di KB..klau ada sesiapa yang cuba nak buka tudungnya dia akan marah dan mengamuk..kalau dah sampai rumah baru dia nak buka tudung.

hah..mcm ni la baru cantik..time ni dah sampai kat imigresen...masuk bilik timbalan pengarah (kawan abah hasni time sama2 kerja dulu)...kat sini pun dia nak main..semua dipegangnya...help!!!!!!!!!!!!!

...WassalaM...


Friday, November 14, 2008

::: WelcoMe mY sWeeT GeGirL :::


... AssalamualaikuM ...

Hari ini antara hari yang indah dalam hidup Hasni dan Is kerana malam ni Nurin akan sampai ke kl insyaAllah pada jam 11.40 p.m bersama mami dan abah. Rindu sangat nak menatap wajah puteri kesayangan kami yang makin bijak dan aktif. Last sekali Kami balik ke KB ketika cuti Deepavali on 25/10. Walaupun dalam sehari lebih dari dua kali Hasni telefon bertanyakan Khabar dan dapat bercakap dengan Nurin (walaupun Nurin menggunakan bahasanya yang tersendiri...heheheheh) tapi belum mampu untuk mengusir perasaan rindu seorang ibu terhadap anak yang dikandungnya selama 9 bulan. Bercakap pasal Nurin hati Hasni sebak dan sedih sekali. Bila keluar ke mana-mana, Hasni sedaya upaya hindarkan diri daripada menatap budak-budak yang sebaya Nurin kerana jika tidak...time tu jugak Hasni akan sedih dan rindukan Nurin. InsyaAllah, dengan pertolongan Allah kami akan bersama semula dalam sedikit masa lagi..Hasni tengah cuba sedaya upaya untuk memepercepatkan urusan dengan Imigresen berkaitan dokumen untuk pembantu rumah Hasni. Hasni harap semuanya berjalan dengan lancar dan semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah.

Pagi esok sesudah solat subuh kami akan bertolak balik ke Sabak Bernam bersama mami dan abah. Parent in law Hasni akan ke Tanah Suci Mekah pada 30/11 so mami dan abah ambil kesempatan ini untuk berjumpa mak abah dan bermalam di Kg. Seronok sangat bila dapat balik kg. Mak dan abah layan Hasni dengan teramat baik dan cukup segala-galanya. Cakap saja apa nak makan semuanya mak dan abah akan sediakan. Yela..tukar-tukar selera...bila abah dan mak datang ke rumah Hasni..diaorang akan rasa la pulak apa yang menantu kesayangannya ini masak...hehehehhehehe...abah Is pun pandai masak tau...nasi ayam dia sedap bangatttt.....sampaikan tak terasa makan bertambah-tambah...hahahhahahaahhaa... time raya hari tu abah lah yang masak ketupat beras dan ketupat pulut. Memang marvellous. Cuma lemang jer yang tak sempat nak buat..InsyaAllah tahun depan kiteorg nak buat projek lemang pulak. Memang dia seorang lelaki yang pandai membuat kerja rumah dan rajin menolong mak...bakat itu sedikit sebanyak diwarisi pulak oleh Is...Syukur Alhamdulillah..

Ok..sampai sini saja dulu..InsyaAllah Hasni akan update dengan cerita dihujung minggu pada minggu depan...Happy Weekends...

... WassalaM ...

Monday, November 10, 2008

::: MaiD..MaiD..MaiD :::

... AssalaamualaikuM ...

Minggu ini Hasni sibuk mengisi borang-borang permohonan yang diperlukan oleh pihak Imigresen untuk urusan pembantu rumah. Alhamdulillah kerana Allah permudahkan urusan Hasni. Setelah sekian lama menunggu dan bersabar akhirnya Hasni berjaya mendapat seorang maid dengan harga yang berpatutan dan bayaran bulanan yang boleh dikatakan 'very the cheapest in town'...see..tak rugikan kalau kita bersabar...insyaAllah dengan berkat doa segalanya dipermudahkan oleh Nya. Minggu depan Hasni akan ke Pejabat Imigresen PKNS Shah Alam untuk urusan visa dan pas lawatan. Jika semua lengkap dan tiada apa-apa masalah InsyaAllah Hasni akan dapat maid dalam masa 2 minggu dari tarikh urusan di Imigresen tersebut. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.

Sebenarnya ada juga perasaan risau di hati dengan maid indonesia ni..dengan bermacam-macam kes yang berlaku sekarang...tp apa yang Hasni boleh buat hanyalah mohon doa dari Allah dan bertawakkal semoga maid yang datang nanti berkelakuan baik dan seorang yang menyayangi budak-budak. Yelah dia nanti kena tengok-tengokkan Nurin. Apa pun Hasni tiada pilihan lain. Nak tak nak tawakkal sahaja. Semoga Allah melindungi keluarga Hasni. Jika tiada aral melintang hasni akan bawa Nurin dan makcik Hasni ke sini selepas Hari Raya Aidiladha...sebelum kena kemaskan dulu bilik untuk maid and sediakan apa-apa barang yang perlu.

Tak sabar rasanya menunggu detik-detik Hasni dan is bersama Nurin. Kami akan kembali bertiga. Alhamdulillah..aku bersyukur pada Mu Ya-Allah. Semoga kebahagiaan keluarga kami berkekalan hingga ke akhir nyawa. Cuma sekarang atuk dan tokmi Nurin dah sebak dan sedih bila dapat tahu Nurin akan dibawa ke sini. Siapa yang tak sedih bila selama ni cucu berada depan mata dan tidur bersama. Tapi itulah hakikat kehidupan. Hasni tak boleh nak biarkan Nurin selama-lamanya di sana. Cukuplah selama setahun ini Hasni dan Is rindukan Nurin. Yang pastinya selepas ini memang kerap la atuk dan tokmi bertandang ke KL. Apa pun tak terbalas jasa mami, abah, makcik dan kakak Hasni yang sama-sama menjaga Nurin dengan asuhan yang terbaik.

Oh ya...Jumaat ini Hasni dan Is akan jemput Nurin, abah dan mami di LCCT. Mami dan abah datang kesini 2 minggu kerana ada hal keluarga. So 2 minggu ini dapatlah Hasni dan Is melayan Nurin sepuasnya....Nurin akan digomol menjadi bulat oleh umi dan papa nya...heheheheheheheh

... WassalaM ...

Wednesday, November 05, 2008

::: CeLoTeH :::

... Assalaamualaikum ...
Hasni tak faham la kenapa newspaper sekarang ni banyak yang mengetengahkan isu-isu yang negatif dan yang boleh menjatuhkan semangat kita dan kadang-kadang tu menyebabkan kita hidup dalam ketakutan. Hasni faham yang hasni tak boleh nak point isu ini kepada meraka sahaja kerana kita sebagai pengguna pun memberi galakan kepada meraka untuk terus menulis berita-berita yang selalunya amat meloyakan. Dan seterusnya menaikkan rating company tersebut.
Contohnya, akhbar Metro...Hasni memang loya sangat bila baca Metro. Sekarang kan sedang hot pasal masalah rumah tangga artis..hey people..pleasa la give the couple a break for a short while for them to settle their family problem alone without media coverage. Hmmm...pelik betulla dengan wartawan ni sampaikan diaorang dah tak fikir pasal maruah seseorang. Selain dari perceraian, almost setiap hari mesti ada berita mengenai rogol, khalwat, bersekedudukan and pendek kata cerita yang meloyakan. Paper lain pulak penuh dengan cerita politik kotor dan tipu muslihat oleh golongan-golongan tertentu.
So what to read??? ermmm...bagi Hasni cukup la kalau kita just ambik tahu benda-benda penting yang berlaku disekeliling kita. As for now amat penting untuk kita untuk mengetahui perkembangan ekonomi semasa negara kita. Hasni dapat tahu sudah ada dikalangan big company also bank yang offer VSS pada staff...kerana krisis kewangan ini akan berlanjutan sehingga 2009. Amat penting untuk kita secure our savings untuk mengahadapi krisis ekonomi ini. So do please reduce your credit card usage and push yourself to use cash money. Pada waktu kritikal seperti ini orang yang memiliki secure savings (cash) amat menguntungkan dan terjamin. One more important thing is...pada waktu inilah amat penting untuk kita mempunyai takaful. Sebabnya jika kita adalah salah seorang yang terpilih untuk VSS atau dibuang kerja, cuba fikirkan bagaimana dengan jaminan medical coverage or insuran yang telah diperuntukkan oleh syarikat anda kepada anda...????...jawapannya tentulah..GONE!!!. So bagaimana anda hendak mengahadapi hari-hari yang mendatang jika ditakdirkan anda sakit ataupun terlantar di hospital??? Apa akan terjadi dengan keluarga dan anak-anak...??? untuk itu fikirlah untuk kebaikan anda dan keluarga anda. Jangan pula ketika itu anda menyesal kerana tidak mengambil Takaful..pilihan ditangan anda.

So, back to the story...tanamkan diri anda semua untuk membaca bahan-bahan yang boleh merangsang minda anda. Percaya atau tidak bahawa apabila anda membaca sesuatu yang negatif anda juga akan berfikir negatif dan tidak ada keyakinan diri. Hasni memang cuba elakkan untuk melihat email-email yang negatif seperti gambar-gambar accident, atau gambar yang menakutkan yang boleh memberi rangsangan negatif kepada otak kita. Hasni sedaya upaya mengelak dari membaca Metro or akhbar-akhbar yang sewaktu dengannya bagi mengelakkan diri Hasni mengalami kurang keyakinan dan negatif. That is why i luv to read a motivation books, ekonomic and financial news also a story of a success people...bagaimana mereka mencipta dan mengekalkan kejayaan meraka.

... Kerana Hasni berharap untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat ...
WassalaM

::: AboUt TaKaFuL :::

... Definisi Takaful ...
Dalam Bahasa Arab, kata dasar bagi perkataan 'Takaful' ialah 'Kafala' yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana Takaful merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja 'takafala' maka ianya juga bererti 'saling menjamin, menjaga atau memelihara'.
Menurut Akta Takaful 1984, "Takaful" ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

... Konsep Asas Takaful ...

Konsep Takaful menggambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta.

1. Al-Qasamah

Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam kes qisas. Menurut jumhur ulama', apabila berlaku satu pembunuhan, tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak lima puluh orang. Jika tidak terdapat lima puluh orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan.

2. Aqilah

Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin.

3. Tabarru'

Tabarru' bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful, semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.

Di dalam industri Takaful, At-Tabarru' yang diperkenalkan ialah Tabarru' (derma) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali menetapkan kadar Tabarru' demi memastikan tabung Tabarru' yang disertai oleh

semua peserta tidak terjejas bagi member keadilan kepada semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung-melindungi. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar, kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

4. Al-Wakalah

Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakili. Ia merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu, atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil untuk mengurus dan menjaga sesuatu perkara.

Dalam Konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik Wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya.

Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. manakala Wakil bukan bertindak sebagai agen kepada peserta, tetapi menjadi Wakil kepada Pengendali Takaful.

5. Mudharabah

Mudharabah (Amanah Berkongsi Keuntungan) bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk tujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan pembahagian keuntungan.

Dalam Kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagihkan antara peserta dengan pengendali Takaful.

::: YoU Hold In YouR HanDs a GreAt SeCreT :::

It has been passed down through the ages, highly coveted, hidden, lost, stolen, and bought for vast sums of money. This centuries-old Secret has been understood by some of the most prominent people in history: Plato, Galileo, Beethoven, Edison, Carnegie, Einstein- along witg other investors, theologians, scientists, and great thinkers.
... Now The Secret is being revealed to the world ...
" As you learn The Secret, you will come to know how you can have, be, or do anything you want. You will come to know who you really are. You will come to know the true magnificence that awaits you in life" - from the introduction of The Secret (Rhonda Byrne)

Tuesday, November 04, 2008

::: The AuToMaTic MiLLioNaiRe :::


... AssalaamualaikuM ...
Hasni just nak share satu buku motivation yang hasni tengah baca sekarang "the automatic millionaire"- a powerful one-step plan to live and finish rich from David Bach. Buku2 macam ni sebenarnya bagus untuk motivated diri kita. Ada ketikanya jika hasni rasa down dan tak bersemangat Hasni akan baca buku sebegini dan yang paling penting Hasni juga baca buku-buku Agama yang kita sedia maklum bahawa Islam is the best way of life. Hasni bukan nak mengagung-agungkan buku-buku tulisan orang bukan islam, tetapi rasanya tak salah jika kita ambil kandungan-kandungan positif yang tertera dalam buku tersebut. Hasni juga ada membaca buku mengenai kisah 2 Umar iaitu kisah Umar Al-Khattab dan cucu beliau Umar Abdul Aziz. Memang Hasni kagum dengan kisah 2 Umar tersebut. Ianya salah satu cara untuk muhasabah diri kearah yang lebih baik.

Buku-buku Agama biasanya Is yang beli..antaranya ialah hasil nukilan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Haji Hadi yang tak perlu kita ragui. Melalui pembacaan buku-buku ilmiah sedemikian boleh menyuntik elemen-elemen positif, dan membaik pulih hati dan rohani kita.

Hasni pernah menonton DVD "The Secrets". Very Motivated. The secrets dikeluarkan dalam bentuk buku dan DVD. Tetapi Malaysia mengharamkan penjualan DVD the secrets ini disebabkan oleh unsur-unsur yang boleh memesongkan akidah. Hasni sendiri tidak faham mengapa..??? sebab bagi Hasni walaupun ianya digarap oleh orang kafir tetapi kita boleh 'relate' kan ia kepada keimanan kita pada Allah dan percaya bahawa rezeki, qada' dan qadar itu datangnya dari Allah. Kita perlu kuatkan akidah kita, jangan pula kerana perkara2 yang remeh membuatkan akidah kita terpesong...banyak sebenarnya cara untuk kita sama2 berkongsi ilmu.

InsyaAllah, hasni akan cuba update sinopsis dari DVD/buku the secrets tersebut.

::: WassalaM :::

::: BLoG ReBraNdinG :::


... AssalaamualaikuM ...

Alhamdulillah...dah lama sangat blog ini terbiar. So amatlah bertepatan sekali dengan tajuk rebranding kat atas itu...(mcm gah jer kan...apa2 jelah....gagagagagagaga). Azam hasni sekarang tidak akan sama sekali membiarkan blog ini bersawang lama-lama. Semoga diriku diberi kekuatan untuk update blog ini selalu.

InsyaAllah, sekarang hasni sedang bersemangat dan bermotivasi untuk all out dengan lebih gigih untuk Takaful yang mana salah satu dari cabang Muamalat Islam. Banyak impian yang sedang berlegar dimata untuk Hasni dan is gapai bersama demi untuk keluarga yang kami bina atas dasar Islam, kasih sayang dan cinta.
Apa yang Hasni buat ini bukan semata mata untuk mengejar kekayaan dan kebendaan, tetapi untuk sama-sama membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah dan berkongsi salah satu perkara yang penting dan keperluan dalam hidup. Apa yang penting ia adalah "HALAL"

... Will update more about Takaful ...

::: Wassalam :::