Wednesday, November 05, 2008

::: CeLoTeH :::

... Assalaamualaikum ...
Hasni tak faham la kenapa newspaper sekarang ni banyak yang mengetengahkan isu-isu yang negatif dan yang boleh menjatuhkan semangat kita dan kadang-kadang tu menyebabkan kita hidup dalam ketakutan. Hasni faham yang hasni tak boleh nak point isu ini kepada meraka sahaja kerana kita sebagai pengguna pun memberi galakan kepada meraka untuk terus menulis berita-berita yang selalunya amat meloyakan. Dan seterusnya menaikkan rating company tersebut.
Contohnya, akhbar Metro...Hasni memang loya sangat bila baca Metro. Sekarang kan sedang hot pasal masalah rumah tangga artis..hey people..pleasa la give the couple a break for a short while for them to settle their family problem alone without media coverage. Hmmm...pelik betulla dengan wartawan ni sampaikan diaorang dah tak fikir pasal maruah seseorang. Selain dari perceraian, almost setiap hari mesti ada berita mengenai rogol, khalwat, bersekedudukan and pendek kata cerita yang meloyakan. Paper lain pulak penuh dengan cerita politik kotor dan tipu muslihat oleh golongan-golongan tertentu.
So what to read??? ermmm...bagi Hasni cukup la kalau kita just ambik tahu benda-benda penting yang berlaku disekeliling kita. As for now amat penting untuk kita untuk mengetahui perkembangan ekonomi semasa negara kita. Hasni dapat tahu sudah ada dikalangan big company also bank yang offer VSS pada staff...kerana krisis kewangan ini akan berlanjutan sehingga 2009. Amat penting untuk kita secure our savings untuk mengahadapi krisis ekonomi ini. So do please reduce your credit card usage and push yourself to use cash money. Pada waktu kritikal seperti ini orang yang memiliki secure savings (cash) amat menguntungkan dan terjamin. One more important thing is...pada waktu inilah amat penting untuk kita mempunyai takaful. Sebabnya jika kita adalah salah seorang yang terpilih untuk VSS atau dibuang kerja, cuba fikirkan bagaimana dengan jaminan medical coverage or insuran yang telah diperuntukkan oleh syarikat anda kepada anda...????...jawapannya tentulah..GONE!!!. So bagaimana anda hendak mengahadapi hari-hari yang mendatang jika ditakdirkan anda sakit ataupun terlantar di hospital??? Apa akan terjadi dengan keluarga dan anak-anak...??? untuk itu fikirlah untuk kebaikan anda dan keluarga anda. Jangan pula ketika itu anda menyesal kerana tidak mengambil Takaful..pilihan ditangan anda.

So, back to the story...tanamkan diri anda semua untuk membaca bahan-bahan yang boleh merangsang minda anda. Percaya atau tidak bahawa apabila anda membaca sesuatu yang negatif anda juga akan berfikir negatif dan tidak ada keyakinan diri. Hasni memang cuba elakkan untuk melihat email-email yang negatif seperti gambar-gambar accident, atau gambar yang menakutkan yang boleh memberi rangsangan negatif kepada otak kita. Hasni sedaya upaya mengelak dari membaca Metro or akhbar-akhbar yang sewaktu dengannya bagi mengelakkan diri Hasni mengalami kurang keyakinan dan negatif. That is why i luv to read a motivation books, ekonomic and financial news also a story of a success people...bagaimana mereka mencipta dan mengekalkan kejayaan meraka.

... Kerana Hasni berharap untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat ...
WassalaM

No comments: