Showing posts with label Takaful. Show all posts
Showing posts with label Takaful. Show all posts

Wednesday, August 05, 2009

::: i - save :::

TAKAFUL - I-SAVE (click here)


FULLY SHARIAH COMPLIANT

ADAKAH ANDA MERANCANG DAN MENCARI PELUANG UNTUK...

  • Jaminan Pendapatan?
  • Perlindungan Diri dan Keluarga?
  • Elaun Kesihatan?
  • Mengerjakan Haji?
  • Bercuti?

    Semuanya boleh direalisasikan kerana…..
    RM100,000 Boleh menjadi milik anda!!!

    DENGAN HANYA SUMBANGAN YANG RENDAH, ANDA MAMPU MEMILIKI RM100,000 SEBAGAI PULANGAN!!

    SATU JAMINAN PELABURAN DENGAN PULANGAN YANG TINGGI PADA WAKTU MATANG!!

    ELAUN HOSPITAL SETINGGI RM500 SEHARI

    PENGELUARAN TUNAI YANG MUDAH KETIKA KECEMASAN

    PERANCANG KEWANGAN DAN PERUNDING TAKAFUL ANDA
    HASNI / ISMADI
    019-9853105 / 019-2783105

Wednesday, November 19, 2008

::: MaiD :::

... AssalamualaikuM ..
Alhamdulillah. Urusan maid dah selesai..sekarang cuma tunggu maid datang ke sini..InsyaAllah dijangka sebelum akhir bulan ini. Hasni rasa lega sangat bila benda ni dah settle..at least Hasni dah boleh concentrate pada benda lain yg penting..tak lain tak bukan..my Takaful. So sekarang ni bila maid dah ada kat sini Hasni pun dah tak perlu pening kepala nak uruskan rumah and Takaful..sbb maid dah boleh uruskan yang berkaitan rumah seperti kemas rumah, basuh/lipat/iron baju, kiranya semualah yang berkaitan dengan pembersihan rumah. Pasal masak Hasni tak kisah sangat sbb Hasni nak masak sendiri..cuma lebih ringan la bila maid boleh sediakan bahan-bahan masak dari awal..so Hasni cuma masak jer. Hasni harap sangat lepas ni Hasni dah boleh bagi 100% commitment pada Takaful. Hasni nak grow with Takaful. Semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya. Amin.
... Wassalam ...

Wednesday, November 05, 2008

::: AboUt TaKaFuL :::

... Definisi Takaful ...
Dalam Bahasa Arab, kata dasar bagi perkataan 'Takaful' ialah 'Kafala' yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana Takaful merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja 'takafala' maka ianya juga bererti 'saling menjamin, menjaga atau memelihara'.
Menurut Akta Takaful 1984, "Takaful" ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

... Konsep Asas Takaful ...

Konsep Takaful menggambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta.

1. Al-Qasamah

Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam kes qisas. Menurut jumhur ulama', apabila berlaku satu pembunuhan, tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak lima puluh orang. Jika tidak terdapat lima puluh orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan.

2. Aqilah

Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin.

3. Tabarru'

Tabarru' bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful, semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.

Di dalam industri Takaful, At-Tabarru' yang diperkenalkan ialah Tabarru' (derma) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali menetapkan kadar Tabarru' demi memastikan tabung Tabarru' yang disertai oleh

semua peserta tidak terjejas bagi member keadilan kepada semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung-melindungi. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar, kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

4. Al-Wakalah

Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakili. Ia merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu, atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil untuk mengurus dan menjaga sesuatu perkara.

Dalam Konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik Wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya.

Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. manakala Wakil bukan bertindak sebagai agen kepada peserta, tetapi menjadi Wakil kepada Pengendali Takaful.

5. Mudharabah

Mudharabah (Amanah Berkongsi Keuntungan) bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk tujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan pembahagian keuntungan.

Dalam Kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagihkan antara peserta dengan pengendali Takaful.

Tuesday, November 04, 2008

::: BLoG ReBraNdinG :::


... AssalaamualaikuM ...

Alhamdulillah...dah lama sangat blog ini terbiar. So amatlah bertepatan sekali dengan tajuk rebranding kat atas itu...(mcm gah jer kan...apa2 jelah....gagagagagagaga). Azam hasni sekarang tidak akan sama sekali membiarkan blog ini bersawang lama-lama. Semoga diriku diberi kekuatan untuk update blog ini selalu.

InsyaAllah, sekarang hasni sedang bersemangat dan bermotivasi untuk all out dengan lebih gigih untuk Takaful yang mana salah satu dari cabang Muamalat Islam. Banyak impian yang sedang berlegar dimata untuk Hasni dan is gapai bersama demi untuk keluarga yang kami bina atas dasar Islam, kasih sayang dan cinta.
Apa yang Hasni buat ini bukan semata mata untuk mengejar kekayaan dan kebendaan, tetapi untuk sama-sama membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah dan berkongsi salah satu perkara yang penting dan keperluan dalam hidup. Apa yang penting ia adalah "HALAL"

... Will update more about Takaful ...

::: Wassalam :::