Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Friday, January 08, 2010

::: Resipi CucuR / CucuQ VerSi MoDeN :::




Cucur ni diklasifikasi dan dijustifikasi sebagai "moden" disebabkan oleh bahan2 yang digunakan untuk menjadikan ia sebagai cucur moden. Lagi satu kalau nak dibandingkan dengan typical cucur2 yang dijual di gerai2 tepi jalan (kangkung semata-mata dan dimasukkan bikarbonat soda yang banyak, sampaikan rasa loya tekak), maka cucur versi moden ini boleh dikatakan dapat menandingi cucur typical tersebut dr segi bahan, tekstur, juga yang penting adalah rasanya yang marvellous sedap...hahahahahahah (dah merapu raban dah ni)

ok....ini resipinya, Kalau tak sedap mungkin anda tidak membasuh tangan, tidah baca bismillah, buat dalam keadaan marah or tunjuk perasaan or tanpa rasa kasih sayang or tidak ikhlas, dan mungkin jugak anda bukan Hasni, maka sebab tu lah cucur anda tidak sesedap my own air tangan cucur.....hahahahahahaha.


(untuk 2 orang makan kira2 dlm 20-30 biji, harus diingat bahawa kiraan biji itu depends pada selera dan keluasan perut seseorang itu. Juga harus diingat bahawa pemilik resipi ini amat menggemari meletakkan lauk pauk yang bnyk didalam masakannya...so sendiri mau agak2 ye bahan2 tersebut)

Bahan-Bahan:
  • Mestilah Tepung
  • Air
  • Sedikit bikarbonat soda
  • Telor (optional)
  • Sotong - suka hati la nak potong kecik or besar
  • Udang - suka hati la nak potong kecik or besar
  • Crab stick / Sosej - suka hati nak potong kecik or besar (optional)
  • Bawang besar (potong tebal n banyak2..hehehehe)
  • Bawang putih
  • Cili masak hijau n merah
  • Cili api hijau n merah
  • Daun bawang
  • Kiub maggi/knorr ikan bilis (optional)
  • Garam
  • Aji shio pepper (optional)

Cara-Cara:

  • Masukkan tepung ke dalam bekas dan ayakkan tepung td bersama sedikit bikarbonat soda then bancuhlah tepung td dengan telor dan air


  • Tumbuk bawang putih + cili masak + cili hijau dan kemudian campurkan dalam bekas adunan tepung. (hasni guna cili masak sebab nak kan aromanya n cili api tu untuk pedaskan cucur sbb cili masak tak pedas)


  • Disebabkan hasni tidak menggunakan ikan bilis kerana malas nak tumbuk n takut nanti mcm berselirat jer bahan2 dalam cucur kerana udang n sotong /sosej dah ada, so hasni guna kiub ikan bilis sebagai perasa. Larutkan kiub kedalam air panas dan kemudian campurkan sekali ke dalam bekas adunan


  • Then masukkan sotong/udang/sosej/crab stick


  • Juga daun bawang dan bawang besar (ala tak ikut turutan pun boleh...suka hati la nak masukkan apa2 dulu pun)


  • Masukkan garam, jangan banyak sangat la sebab kiub ikan bilis tu ada rasa masin gak sikit...agak2 n rasa lah ye. Pepper tu optional la..semalam hasni tak letak. Kalau nak letak pun boleh...takde saper yang marah.


  • Last but not least, nak tunggu apa lagi.....Gorenglah cucur tu..then lepas goreng jangan lupa pulak makan.





p/s: nak letak sayur mayur pun boleh like kubis, kangkung dll...tp hasni dh jemu la letak sayur2 tu...sekarang ni mmg suka buat mcm ni sebab rasa sotong n udang tu lagi pure.



::: SeKiaN :::




Tuesday, December 23, 2008

::: Friendship Cup Cake :::

Carrot Muffin

Cantik and sweet kan cup cake ni...comel sgt dgn pink flowers tu..kalau dapat betul2 pun rasa cam sayang nak gigit makan....hehehehehehe

Cup cake ini dibuat oleh Kak Zaliana Jurnal Rasa sebagai tanda persahabatan. Kira berkongsi cup cake ni sikit sorang. So sebagai tanda persahabatan juga Hasni abadikan cup cake ini dalam blog Hasni. Semoga ikatan persahabatan berpanjangan hendaknya.

Sunday, June 29, 2008

::: NaSi MinYaK :::

...AssalamualaikuM...
Semalam, sabtu hasni masak nasi minyak. saja nak mencuba dan teringin nak masak nasi minyak...Alhamdulillah hasilnya sungguh memuaskan dan yang pastinya tidak mengecewakan..puas hati sbb hubby cakap sodap...heheheheh..


... Nasi Minyak ...

... Ayam Masak Merah ...
... Udang Goreng Tepung ...

... Acar Timum Masak ...
::: WassalaM :::

Monday, June 23, 2008

::: NaSi BeRiaNi AyaM + SoTonG MaSaK BeRemPaH + Acar TiMuN :::

...Assalaamualaikum...
Hari sabtu yang lepas hasni masak nasi beriani ayam, sotong masak berempah dan acar timun for our special lunch...hehheheheh...first time masak nasi beriani..and alhamdulillah..hasilnya memang superb..my hubby gave me 7 star out of 5...hahahahahaha...ada makna tersirat tu...heheheh..yang pastinya dia ikhlas...thanks abg. hasni sebenarnya memang suka memasak..cuma halangan dari segi masa. hasni rasa seronok bila memasak dan yang penting sbb hasni nak bagi suami dan keluarga makan makanan yang hasni masak. bila ada sifat keihlasan dan kasih sayang semasa memasak..insyaAllah makanan akan menjadi sedap dan kita mendapat pahala dan keberkatan. itu salah satu petua tu.....kalau tak percaya..sila cuba petua tu. cuba masak dalam keadaan marah+benci+dendam....for sure memang hampeh ler masakan tu..tiada keberkatan pulak tu. kan..kan..kan..
sesiapa yang berminat untuk mencuba boleh cuba resipi di bawah...resipi ini hasni cedok dari majalah rasa dan internet.

...inilah hasilnya...

...Beriani Ayam...


...Sotong Masak Berempah...


...Acar Timun...

::: Resipi :::
... Nasi Beriani Ayam ...
Bahan-bahan:
    1. Minyak (hasni gunakan minyak sapi sayuran untuk menumis)
    2. 1 sudu besar rempah beriani (dalam rempah beriani ni dah lengkap dengan ketumbar, jintan putih, jintan manis, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih, kunyit dan lain2 rempah)
    3. ayam (hasni potong 12 jer sebab senang nak masukkan dalam periuk nasi)
    4. daun pandan
    5. 4 cawan beras basmati (rendam 1/2 jam)
    6. 4 cawan air (kalau air rebusan ayam lagi sedap)
    7. 1 cawan susu cair
    8. garam secukup rasa
    9. kismis kuning
    10. 2 labu bawang besar ( hiris dan goreng)
    11. daun ketumbar
    12. pewarna kuning
Bahan dikisar halus:
    1. 4 ulas bawang merah
    2. 4 ulas bawang putih
    3. 4 cm halia
Cara menyediakan masakan:
    1. Panaskan minyak masak didalam kuali dan tumis bahan kisar bersama rempah beriani sehingga garing.
    2. kemudian masukkan ayam dan biarkan ia seketika...jika nampak kering terus masukkan air, susu dan garam. kacaukan seketika.
    3. masukkan bahan didalam kuali tadi kedalam periuk nasi bersama2 dgn beras basmati. Masukkan sekali bawang besar yg sudah digoreng, kismis dan pewarna kuning telor.
    4. bila nasi dah masak.taburkan daun ketumbar yang telah dihiris keatas nasi tersebut.
... Sotong Masak Berempah ...
Bahan-bahan:
    1. 500 gm sotong
    2. 1 peket kecik serbuk kari daging
    3. 1 sudu makan serbuk cili
    4. 2 batang serai dititik
    5. 1 biji tomato dipotong dadu
    6. 5 ulas bawang merah - ditumbuk
    7. 2 ulas bawang putih - ditumbuk
    8. 5 cm halia - ditumbuk
    9. 20 gm bunga lawang - ditumis
    10. 20 gm buah pelaga - ditumis
    11. 20 gm kulit kayu manis - ditumis
    12. 125 ml air asam jawa
    13. minyak (hasni guna minyak sapi sayuran)
    14. sedikit air
    15. garam secukup rasa

Cara menyediakan masakan:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan2 yang perlu ditumis dan bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau
  2. masukkan serbuk kari, serbuk cili dan sotong. kacau dan biarkan hingga naik bau
  3. masukkan air, air asam jawa dan tomato
  4. perasakan dengan garam secukupnya
  5. biarkan kuah menjadi sedikit kering dan kemudian baru diangkat
  6. taburkan dengan daun ketumbar.

... Acar Timun ...

  1. hiris timun (jgn buang kulitnya) dan carrot (kalau tak nak letak carrot pun boleh) memanjang
  2. hiris bawang besar dan cili masak
  3. cuka+garam+gula

*campurkan semua bahan2 diatas kedalam mangkuk dan kacau hingga rasanya sebati. hasni tiada sukatan khas untuk acar ini..so pandai2 agak dan rasa. jangan letak cuka sekaligus dengan banyak. jika terlalu masam..masukkan garam untuk kurangkan rs masam.

::: WassalaM :::

Friday, June 20, 2008

::: BaKeD BeaNs in ToMaTo SauCe :::

...AssalamualaikuM...
Pagi tadi sebelum keluar rumah hasni sempat masak baked beans ini untuk dimkn dengan roti for my lunch today. Dah lama rasanya hasni tak makan baked beans ni. last sekali hasni mkn hidangan ini waktu hasni n my hubby bercuti di PD pada May yg lepas. tapi tahu2 sajalah kalau kat hotel, baked beans yang dihidang mmg original from tin. maknanya diaorg tidak mengubah rasa baked beans itu. hasni mmg suka dgn baked beans ini sbb dari sekolah tadika lagi makcik hasni dah masak hidangan ringkas n senang ini. Kami adik beradik mmg setiap hari bawa bekal ke sekolah kerana makcik hasni setiap pagi akan masak untuk kami breakfast dan bawa bekal. So setiap hari ada sahaja pelbagai menu yang makcik buat untuk kami..kalau hari tersebut menunya roti so salah satu hidangan untuk dimakan dengan roti ialah baked beans selain dari telor, sardin dll. hasni n adik beradik pernah bawak homemade burger tau. semuanya makcik yang buat.
walaupun senang, hasni just nak share dgn you all cara hasni buat baked beans ini...heheheheh mmg mudah...
  1. tumiskan bawang putih (dihiris), bawang besar (dihiris) dan kalau suka leh letak sausage (yg dihiris)..tumiskan bahan-bahan tersebut hingga wangi.
  2. kemudian masukkan telor (kalau satu tin kecil baked beans..hasni biasanya akan letak 2 biji telor..sbb hasni mmg suka telor...). selepas tu kacaukan telor tu bersama2 bahan tumisan diatas.
  3. Kalau nak letak timun pun boleh..kalau tak nak pun tak jadi masalah..terpulang pada citarasa masing2..timun tu dihiris panjang.
  4. kemudian masukkan baked beans..kalau nmpk terlalu pekat masukkan sedikit air.
  5. kemudian masukkan tomato sauce, garam dan gula secukupnya.
  6. sedia dihidangkan.....waaaalllllllllllllllllllaaaaaaaaaaaaa..

:::: Senangkan ::::




::: WassalaM :::

Thursday, June 19, 2008

...PasTe ToMyaM HoMe MaDe...

::: AssalamualaikuM :::
smlm hasni bg resipi tomyam putih utk kak z, tp td bila selak2 majalah rasa ada ternampak mengenai tomyam..so boleh cuba juga resepi di bawah ni....kalau restoran2 yg masak makanan thai kat kelantan biasanya meraka akan masukkan sos tomato or chili yg didatangkan dari siam (yg halal) utk dimasukkan sekali apabila membuat pes tomyam. cuma satu sahaja pesan hasni...klau ingin memasak apa sahaja lauk yang menggunakan sotong or udang..jgn masak terlalu lama kerana ia akan keras. so keluarkan dahulu sotong n udang n bila sup dah masak baru dicampurkan semula udang n sotong tersebut.
..............................................................................
memang mudah jika menggunakan pes tomyam yang ada dijual di pasar raya. tetapi jika pes tomyam dibuat sendiri, tentulah hasilnya lebih menarik dan semestinya sedap. kita hanya perlu cili kering yang dikisar atau boleh juga menggunakan cili pes, sedikit udang kering, jus asam jawa, bawang putih, bawang merah, belacan, gula merah, garam perahan limau nipis, sos ikan jikasuka dan kisar hingga halus. tumis di dalam minyak masak dan alihkan daripada api, sejukkan. simpan di dalam peti sejuk.
saya tidak berikan sukatan kerana semua bahan-bahan ini mengikut cita rasa sendiri. jika inginkan lebih pedas, tambah cili. jika inginkan lebih manis, tambah gula merah. apabila merebus untuk sup tomyam, tambahkan serai, daun limau purut, daun ketumbar, hirisan bawang besar, udang, ayam, sotong dll jika dirasakan perlu juga cendawan atau apa2 sahaja sayuran yang digemari serta masukkan pes tomyam yg disediakan. Hidang Panas...

::: Wassalam:::

Tuesday, June 10, 2008

LaSaGna...


Resipi kat bawah ni adalah dari jurnal rasa kak zaliana yg hasni minta dari dia semalam. Thanks kak za. Teringin sgt nak buat lasagna ni..yg penting home made sbb hasni suka buat sendiri. InsyaAllah bila hasni dah berjaya buat lasagna ni hasni akan snap gambar and postkan dlm sweetgarden hasni ni.......

Bahan-bahan

5-7 keping lasagna

#Sos tomato

2 ulas bawang putih-ketuk

1 ½ bawang besar -dipotong dadu ( 100 gram)

4 biji tomato ( 300 gram)dipotong dadu

100 gram tomato puree

200 gram daging cincang

½ biji lobak merah-disagat halus

1 helai daun bay

1/2 sudu teh italian herbs

½ sudu besar garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar gula

Sos Putih

2 cawan susu segar

3 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar mentega

sedikit serbuk lada hitam

Untuk toppingKeju mozzarella secukupnya

Cara-caraUntuk sos tomato

1. Panaskan minyak.

Masukkan bawang putih,kemudian bawang besar.Biarkan sehingga layu.

2 Kemudian masukkan daging,biarkan sehingga ia menjadi putih dan masukkan tomato,tomato puree dan air.

3. Masukkan garam,gula,daun bay,serbuk lada hitam, italian herbs dan lobak merah.Kacau dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Keluarkan daun bay. Seimbangkan rasanya dan bolehlah ditutup.

Untuk sos putih

1. Masukkan susu segar,tepung gandum,mentega,serbuk lada hitam dan sedikit garam ke dalam periuk.kacau menggunakan whisker ballon.

2. Letakkan periuk ke atas api dan teruskan mengacau supaya ia tidak bergentel. Kacau sehingga kuahnya menjadi pekat.Kemudian tutup api.

Cara menyediakan

Ratakan sos tomato ke dalam sebuah bekas. Susunkan sekeping lasagna ke atasnya. Lapiskan dengan sos tomato, diikuti dengan sos putih. Kemudian susunkan ladi lasagna,sos tomato dan sos putih sehingga ke lapisan ke 5. Taburkan keju mozzarella ke atasnya dan bakar dalam oven yang telah di panaskan, pada suhu 170 darjah.

# Kebanyakan lasagna yang dijual dilabelkan no pre cooking required ‘tidak perlu direbus terlebih dahulu. Saya lebih suka rebus dahulu kepingan lasagna sebelum dilapiskan dengan sos kerana ia mengurangkan masa membakar. Selain itu ia memastikan tiada permukaan lasagna yang terkeras dan tidak masak. Jadi saya tidak perlu mencucuk lasagna dengan garfu untuk pastikan samada ia dah masak atau belum. Untuk merebus, pastikan lasagna direbus di dalam air mendidih yang banyak.Masukkan sedikit minyak ke dalam air rebusan dan jangan lupa untuk mengasing-asingkan kepingan lasagna sejurus selepas di angkat supaya ia tidak melekat antara satu sama lain.

Cara lain yang saya buat ialah, jika tidak merebusnya pun, basahkan dahulu kepingan lasagna sebelum digunakan .Ia memberi lebih kelembapan pada kepingan lasagna dan menyebabkan ia masak lebih cepat berbanding menggunakan lasagna yang kering.