Alhamdulillah, pada 24/7 company tempat Hasni kerja akan mengadakan hari keluarga di "MARRIOT PUTARAJAYA". Seronok sbb blh bawak Is dan Nurin untuk sama-sama bergembira di sana. Tak sabarnya. Sebenarnya ada kenangan lama di sebalik hotel ni. Alkisahnya, Hasni dulu belajar di UPM. Kiranya UPM tu agak dekat jugak la dengan marriot ni. Dari hostel hasni dan kampus memang clear sgt boleh nmpk marriot sbb dia macam tinggi atas bukit. Kalau malam memang indah sangat marriot dengan lampu bergemerlapan. Ala-ala seindah KLCC...hehehehe. Kalau nk keluar malam2 mata ni memang takkan lepaskan peluang untuk jeling pada marriot.
Terlintas di hati ni dan juga pernah hasni bgtau pada Is time tu yang Hasni teringin dan nak sangat pergi sana. Waktu tu student so memang berangan je la yang mampu. Bila dah kerja, kawin, dan sekarang dah ada anak, Hasni memang langsung tak teringat pasal marriot tu walaupun jarak marriot tu dengan rumah Hasni hanyalah lebih kurang 10-15 minit sahaja. Nak pergi putrajaya pun memang akan lalu depan tu. Tapi setakat lalu sahaja tanpa ada perasaan apa2. Lagipun takkan nak bercuti kat sana kan...dah la stay pun kat sini..bercuti pun tmpt yang sama..hahahahaha..so mmg xpernah ada plan nk bercuti kat situ. Kami lebih prefer travel dalam 2-4 hours untuk holiday...barulah ada kelainan skit.
Nak dijadikan cerita, minggu lepas dapat internal emel mengatakan akan diadakan family day di marriot.. ape lagi terus hasni teringat pada kenangan dan keinginan hasni waktu study kat upm dulu. Alhamdulillah ada jugak rezeki. Tak kisah la dekat pun...asalkan semuanya free..hehehehe. kalau nak tunggu kami yang pergi memang tak la kan. So just appreciate apa yang terbentang di depan mata. Amat gembira kerana keinginan Hasni sejak 9 tahun yang lalu bakal menjadi kenyataan. Nampaknya bulan 7 nanti akan ada 2 holiday untuk kami. Satu di awal bulan dan satu lagi di akhir bulan....yeayyy!!!!!!



























