Alhamdulillah, weekend berlalu dengan selancarnya. Walaupun tak banyak aktiviti, namun apabila keluarga berada di sisi ianya bagaikan satu gabungan yang saling melengkapi. Hari sabtu bermula di pagi hari. Memandangkan semua ada kat rumah termasuk family kak so Hasni masakkan nasi lemak untuk sarapan. Nasi lemak daun pisang tu Hasni hidangkan bersama sambal tumis udang, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, telur mata + telur rebus, timun + petai. Selesai sarapan, mami dan makcik ambil tugas didapur masak laksa penang untuk hidangan tengahari. Hasni pulak mengelap+vacum+mop dari tingkat atas termasuk bilik-bilik hinggalah ke tingkat bawah. Budak2 pulak macam biasa la main tanpa rasa penat. Is pulak kerja sampai ke petang. Lepas makan tengahari, semuanya lepak sembang-sembang. Lepas asar kami semua ke giant, is pulak dari ofis jumpa kami di giant. Lepas giant pergi mydin pulak, pukul 8 baru sampai rumah.
Hari ahad pulak, dalam pukul 10 kami semua keluar menuju ke KL. Pergi 2 kereta. Kereta is dan kereta abg kama. Mami nak pergi Jakel. Hasni sempat la beli kain yang murah-murah dua pasang. Mami pun sempat beli kain baju melayu untuk adik dan abah. Cantik sangat warna kain tu. Bila tiba nak sukat kain untuk is...kain pulak tak cukup. Frust disitu. Sebenarnya kain baju melayu is untuk raya tahun ni, Hasni dah hantar kat tailor, cuma saja jer nak beli warna yang sama dengan abah dan adik sebab warna tu cantik sangat. Lagipun Hasni jugak yang pilihkan warna tu untuk adik dan abah. Cuma takde rezeki untuk is. Tapi takpe, tailor cakap sempat lagi kalau nak hantar sebelum puasa ni..Hasni pun nak pergi ke jakel lagi lepas ni sebab nak beli kain untuk lining, so mana la tahu time tu warna kain baju melayu yang hasni nak tu ada...boleh la rembat sekali...hehehehehe. Then lunch kat restoran yassin nasi kandar (tmpt favorite). Lepas tu terus pergi hantar baju2 yang beli kat jakel tu pada tailor. Pukul 6 baru sampai rumah. Semuanya keletihan. Malam, kak masak kuey teow goreng untuk dinner...lepas tu terus zrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!! sedar2 dah hari isnin..huhuhuhu
No comments:
Post a Comment