Thursday, December 31, 2009

::: PreSenT FoR OuR BeloVeD NuRin :::

Hadiah ini special untuk nurin daripada papa dan umi (walaupun papa yang bayar tetapi umi yang discover benda ni ok). Sebelum ini hasni dah usha benda ni di toy r us, itupun selepas hasni tengok benda ni yang kepunyaan anak sedara hasni (afifah). Yang dia punya pun dah lama dah beli. Then hasni tertengok lagi benda ni di play house disney channel. Benda ni di kategorikan as "educational toys". Nurin pun ada menunjukkan minatnya pada benda ini. Memang menarik la sampaikan hasni sendiri pun teruja nak main (yeeee si umi yang lebih teruja sebenarnya sbb time kecik2 dulu rasanya benda ni takdela dibuat sampai sebegini). 

So setelah dibuat perbincangan di meja bulat..maka ia diluluskan oleh big boss (bincang nak beli hadiah anak macam nak bincang beli rumah). Bila big boss dh bagi green light maka apa lagi...makin tak sabarla umi nurin ni untuk beli benda ni...hahahahahha. 2 minggu lepas hasni dah call semua toy r us di kl n selangor untuk tnya stok benda ni...tp semua cakap takde stok. So a little bit frust la. Then we decide beli lambat-lambat skit lah...so boleh bagi time birthday nurin nanti. So end of the story.

Weekend lepas, lepas close takaful booth di shah alam, tetiber jer is ajak gi subang parade. Dia ckp dah lama dia tak gi sana. Then kami terus sama2 terfikir nak pergi jenguk toy r us kat sana...manala tahu kan stok dah ada. Alhamdulillah papa yang jumpa benda tu. Mula-mula ingatkan dah takde. Ada rezeki untuk nurin kat sana. Siap buat member card lagi. So bila dah beli tu takkan nak tunggu birthday baru nak bagi. Memang dah tak sabar sgt2 nak bagi kat dia. Memang teruja habis la....especially umi nurin...huhhhhh!!!!!.

So boleh la dianggap ini sebagai " early birthday present for Nurin Insyirah".



*


*


*


*


*


*




::: this present is bought from ToysRus :::




p/s: tunggu tuan punya hadiah bukak dulu baru boleh reveal.



::: Kejadian Malam Tadi :::

Semalam dalam pukul 8 kami keluar ke Mines, tak tau la kenapa semalam ramai sangat orang sampai dalam area parking pun boleh sesak....ermmmm. Actually semalam a bit frust jugak la sebab barang yang hasni nak beli tu takde yang berkenan di hati. Hasni masuk satu shop kids wear dalam mines. Hasni tnya la...dik, cardigan for kids ader tak?? oooo ader kak, jom saya tunjuk. Then dia bagi yang short sleeve...errrr dik, yang long sleeve takde ker?? hehehehehe yang long sleeve mana ada kak. ooooo maybe adik yang tak pernah jumpa yang long sleeve kut...takkan tak pernah tengok??? sambil2 dia garu kepala....errr entah la kak.. hahahahahah mmg blur la budak tu. Tapi memang tak cantikla even yang short sleeve tu.

Then ada masuk shop lain pun takde jual. Pelik sungguh. Ermmmm takpelah maybe lain kali. So buat sementara waktu bagi jela nurin pakai dress tu time kat rumah. Kalau nak pakai pergi jalan-jalan tunggu umi beli long sleeve cardigan or jacket dulu. So untuk meredakan perasaan kecewa masing-masing we all makan dulu kat food court. Stall dah banyak tutup sebab time tu dah pukul 9. Bukan ker pukul 9 tu masih awal. huhhhhh pelik pelik.


him


mine



Wednesday, December 30, 2009

::: AktiviTi MalaM InI :::


yeay!!!!! dah discuss and dah decide yang malam ini kami nak ke Mines....so boleh la dinner kat sana nanti. Tetibe jer teringin nak makan kat food court mines. Banyak stall and banyak pilihan makanan kat situ. So balik rumah petang nanti sementara tunggu is balik kena kemas2 baju sambil2 layan "cinta balqis" hehehehehe. Baju dah berlipat tapi tak masukkan dalam almari lagi...selambak pulak tu. Then ada lagi yang nak basuh. Takpe esok is cuti, so dia boleh settlekan skit2. Tujuan sebenar untuk ke Mines adalah untuk misi mencari dan membeli ini......
*

*

*

*

*

*

*

Alkisahnya hari jumaat lepas kitorang ke the mall, so ader belikan long dress untuk nurin, tapi yang takde sleeve. So sebab tu nak carikan dia short cardigan or outerwear yang macam pic kat atas. Harap2 ada la kat sana. Lagipun dia tak pernah pakai baju or dress yang takde sleeve. Dia pun mesti tak nak pakai. Yang short sleeve pun sekarang dia dh tak berapa gemar tapi hasni pakaikan jugak la sebab baju2 tu elok n muat lagi itupun dia pakai macam terpaksa dan selepas dipujuk beberapa ribu kali. penat sebab memujuk je. So lepas ni kalau nak beli baju untuk keluar jalan-jalan memang akan cari yang long sleeve aje. Sekarang ni even siang2 pun kat rumah nak bergaya dengan baju longsleeve. Bila kita cakap panas, nanti dia cakap la.."kan boleh bukak kipas, aircond dalam bilik kan ada..tak baik tau pakai baju pendek2" hahahahahah memang dah pandai sangat dah cakap sekarang ni. Alhamdulillah at least dia tahu yang dia tak boleh pakai baju pendek2 or sexy. Tapi kalau siang n dalam rumah pun nak pakai tangan panjang ape kenanya tu....haihhhhh. Then bila tido malam boleh lak pakai baju short sleeve...pelik betullllll..

Tak sabar nak menuggu malam esok. Nurin sabar ye...umi dan papa akan balik esok malam. Ada present yang nurin minat sangat umi dan papa belikan. Only and Special for you.




::: MorninG RamblinG :::


Alhamdulillah, pagi tadi bangun dalam pukul 5.30. Is dah bangun since 4.30 lagi sebab dia tengok bola Liverpool vs Aston Villa, huhhhh kalau hasni la memang tak sanggup...maybe sebab tak minat kan. Kalau dah minat tu tak tidur pun sanggup hehehehe. So disebabkan dia bangun awal, so dia tolong tumbuk rencah2 untuk hasni masak...senang n cepat la skit kan...masuk dapur terus tumis je. Lepas dia siap tumbuk bahan2, hasni mula masak n dia pulak naik atas iron baju dia n hasni....sungguh rajin suamiku...harap2 berkekalan la rajin dia tu selama-lamanya.

So untuk bekal hari ini adalah lauk ayam halia dengan tumis bayam dengan fishball n ikan bilik (yeee kak zack, akhirnya bayam itu telah selamat dimasak...hahahah). Then for breakfast hasni goreng nudget je sbb roti dah habis dan seperti biasa pekena dulu HL milik chocolate utk hasni n milo utk is. Malam tadi pulak buat lagi cucur udang sebab ada balance lagi yang malam kelmarin n tambah lagi tepung sbb takut tak cukup. Untuk malam ni is request cucur lagi....takkan 3 hari berturut-turut makan cucuq.....dia cakap setiap hari pun takpe...adoiiiiii laaaa....hahahahahaha.


Tiba-tiba teringin nak makan dan nak buat lasagna ni...haiiiihhhhh bila la nak buat ni..kecur ayaq liuq.







Tuesday, December 29, 2009

::: Tido Lena Penuh Senyuman :::

Alhamdulillah dah habis makan. Bila time-time macam ni ditambah lagi dengan perut yang kenyang dan suasana yang sejuk maka penyakit mata senang datang menyerang. Tiba-tiba je mata ni jadi berat, kuyu bagaikan hendak tertutup...ohhhh alangkah syoknya kalau dapat melayan penyakit mata ini walaupun sebentar. Berapa minit, atau berapa jam masa yang akan diperuntukkan jika dapat peluang tidur dalam bilik-bilik seperti ini.....SAYA MAHU TIDUR!!!!

Syok ker kalau bath tub terang terangan kat depan katil....mana la tahu kan..time tidur tu tetibe keluar crocodile or jerung ker dari tub tu...huhhhh ngeri2.....

Sweet

Tido lena penuh senyuman

Romantic!!!! Sungguh sexyyyy lampu retro itu

::: MemBebeL :::



Semalam adalah hari isnin, hari ini adalah selasa, esok adalah rabu, lusa adalah khamis.......wOhOOOOOO syoknya sbb malamnya nak balik KB. Rindu sangat2 dah kat Nurin dan rindu nak rehat dan melepak. Balik pun tak lama cuma 3 hari je cuti. Itupun cuti sempena new year. Ok lah tu daripada langsung takde cuti. Cuti 3 hari minggu lepas digunakan dengan sebaik mungkin.

Hari jumaat pagi buat operasi kemas rumah, lepas is solat jumaat kami ke the mall dan lepas tu early dinner kat kinrara. Hari sabtu pulak kami open booth for takaful di hong leong bank shah alam. Dalam pukul 3 tutup booth. Balik rumah mcm biasa masak for dinner. Hari ahad lepas solat subuh terus masak untuk breakfast, then selepas tu terus ke shah alam lagi for takaful booth. Lepas tutup booth kami ke subang parade..lepak kat sana jap then balik rumah. Rehat2 kejap sambil tengok tv sampaikan is tertidur...letih agaknya...hasni pulak masuk dapur untuk masak for dinner.


Ermmmm...hari ni pagi tadi bangun awal..masak untuk kitorang bawa bekal for lunch. As for breakfast kami makan kat rumah sama-sama. Buat kaya toast, 1 mug HL milk chocolate flavor for myself and 1 mug of teh lipton 3 in 1 for big boss. Cukup la kan for breakfast. Ptg semalam balik kerja sempat buat cucur udang for dinner...untuk malam ni tak tau lagi la nak masak apa. kena tanya is dulu dia nak makan apa. yang penting bukan nasi hehehehehe. Sebab lunch dah makan nasi kan. Is cakap, kalau makan nasi malam2, nak bangun pagi susah. Tau takpe...kalau makan nasi dalam pukul 6 or paling lewat pun pukul 7 ok la kan...ini makan nasi pukul 9 lebih n lepas tu dah nak tido...ape kes tu....hahahahaha. So rasanya kalau goreng bihun pun ok gak. Kalau tak pun masak jer stok makanan dalam peti ais tu...nudget ada, sosej ada, fries ada, hashbrown ada, dimsum ada, ayam goreng ayamas pun ada...hehehehehe.

Then kena fikir pulak nak masak apa pagi esok untuk bawak bekal. Untuk breakfast tengoklah samaada roti ataupun nudget. Untuk breakfast takdela pening nak fikir. Asalkan ada roti pun dah cukup. Lain la kalau bini En Ismadi ni tak kerja...so boleh la hidangkan menu yang meriah skit di waktu pagi. Tp ok la kan at least sempat jugak buat lauk untuk lunch....(tepukan untuk diri sendiri). Tak dinafikan memang la malas sangat nak bangun tinggalkan bantal, bantal peluk, dan selimut seawal jam 5 pagi untuk manjalankan aktiviti memasak di pagi hari. Bila dah biasa dan dah jadi tabiat so benda tu akan semulajadi bertukar kepada happy n fun. Sepatutnya perlu ada rasa syukur kerana si suami mahukan juadah yang disediakan oleh air tangan si isteri instead of makana-makanan yang dijual di luar sana. Jika kita rasa yang masakan kita tak sedap, maka jangan malas dan segan untuk belajar dan sentiasalah memajukan diri. Zaman sekarang ini, segala maklumat adalah dihujung jari. Rajin-rajin lah untuk mencari maklumat-maklumat yang boleh mengasah bakat dan menjadikan anda seorang yang kreatif di dapur.

Kalau ikutkan dulu, memang liat jugaklah hasni nak bangun. Sekarang ni pun ada jugaklah yang tak bangun kalau terlalu penat. Tapi bila mengenangkan yang ini juga merupakan satu practice untuk hasni...so hasni motivate diri sendiri. Practise tu kerana, Nurin akan bersekolah satu hari nanti so hasni mahukan dia breakfast di rumah n bawa bekal ke sekolah sepertimana hasni dulu (ye...hasni bawa bekal ke sekolah dari darjah satu till from 5). Hasni tak nak dia makan di sekolah yang kita sendiri pun tak tahu tahap kebersihannya. Even ada maid pun...lagila senang kerja kita. Sebab kita boleh suruh maid siapkan semua bahan, then kita cuma masak sahaja. Lagi jimat masa.
Hasni pernah dengar ceramah Dr Fadzilah Kamsah, dia kata, salah satu faktor penyebab kepada anak yang degil, nakal, dan kurang ajar adalah pemakanan. Pemakanan ini bermaksud makanan yang di makan itu berpunca daripada makanan yang haram, duit yang haram, orang yang masak makanan tersebut tidak solat/tidak taat pada Allah , juga makanan yang puncanya dari sumber yang tidak bersih. Maka tiada yang lebih hebat sesuatu makanan tersebut melainkan datangnya dari air tangan isteri/ibu yang solehah yang mendoakan keluarganya.





Wednesday, December 23, 2009

::: Nurin Insyirah at KB :::




i miss u and luv u so much sweetheart,





















Tuesday, December 22, 2009

::: Our New Family Member :::


Alhamdulillah, kak selamat melahirkan anaknya yang ketiga pada 1 Muharram 1430 bersamaan dengan 18 December 2009 di Hospital Kota Bharu. Ketiga-tiga anaknya semuanya lelaki..hehehehe manakala abg harif pula ketiga-tiga anaknya adalah perempuan...itulah rezeki. Tak kira lelaki atau perempuan, ianya tetap sama di mata ibu bapa. Ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkan kehidupan anak-anak sebaiknya. 


... introducing our new family member ...


*


*


*


*


*


*







baby sedang nyeyak tido di pangkuan mak uda nya (saper lagi...hasni la)..hehehehehe...sebijik cam muka abg long dia












Monday, December 07, 2009

::: BirthdaY SurpriseD :::

Hari jumaat 4/12/09, balik dari ofis singgah pasar malam dengan is. Sampai rumah dah maghrib then mandi n solat terus makan sebab is nak keluar pegi kelas. So mlm tu tinggal hasni sorang2 layan tv. Dalam pukul 11.45 pm masuk bilik sbb mata dah mengantuk. Dalam hati terfikir jugak kenapa is belum balik lagi. Biasanya paling lewat pun pukul 11 dia dah sampai rumah. Tak tergerak pun nak call dia, just sedapkan hati maybe dia ada discussion. So terus terlena...tiba2 terasa macam lampu bilik terpasang..terus buka mata dan alangkah terkejutnya apabila melihat is di depan mata yang tersenyum sambil mengucapkan "Happy Birthday" to me. Di tangannya pulak ada rose flower n sekeping kad. Rasa happy dan sebak sangat. Mcm mimpi pulak.hehehehehe. Thanks is untuk segalanya. really appreciate.


3 roses and birthday card





Sabtu pagi is kena kerja, so hasni just kemaskan rumah and did my laundry. Lagipun lepas zohor kami nak dating tgk wayang film "2012" di alamanda putrajaya and dinner. Dalam pukul 12 tgh hari is balik dengan satu lagi kezutan yang membuatkan hasni bertambah happy dan bertambah-tambah sayang pada my hubby hehehehehe....

my favorite "tiramisu cheese cake"



and last but not least i got this......

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

tadaaaaaaaaaa......


to replace my canon camera yang berusia 4 years. My old canon sebelum ni ok jer suddenly lcd nya rosak...so bila snap pic akan nmpk line dlm gambar spt pic di bawah. Kalau nak baiki cost dalam 250-300 (mmg tak berbaloi kalau nak baiki)....better grab a new one.


Welcome Panasonic Lumix (pink color hokeh!!!)....and for my old canon camera..thanks for 4 years service (walaupun ada yang baru yang lama tetap dihati dan akan tetap menjadi kesayangan abadi....maybe boleh bg kat Nurin untuk ajar dia snap pic..hehehehehe)




..... Sayang, thanks for everthings. My love for you will never change forever and ever and i am bless to have you in my life .....







Saturday, December 05, 2009

::: HappY 28th BirthdaY to Me :::

Alhamdulillah, kerana Allah memberiku peluang untuk tetap bernafas dan menikmati keindahan dunia ciptaan-Nya ini.
Semoga Allah senantiasa melimpahi hidupku dengan rezeki yang berkat dan halal, memberiku kejayaan dalam apa jua yang aku lakukan selagi ianya tidak melanggar hukum syarak, Semoga hidupku sentiasa dilindungi dan dipermudahkan setiap urusan ku. Kurniakanlah aku kesihatan tubuh badan dan dijauhi daripada penyakit, bahaya dan malapetaka. Ya Allah kau berilah aku kebahagian didunia dan diakhirat disamping suami, anak, dan keluarga ku yang tercinta. Kuatkan lah iman ku dan perteguhkan akidah ku. Sesungguhnya hidup dan mati ku hanya untuk Mu Ya Allah. Ampunilah segala dosa-dosa ku.

Tuesday, December 01, 2009

::: Aidiladha di KB :::

Alhamdulillah, hari ini dah mula bekerja setelah 6 hari bercuti di KB. Sungguh seronok sekali apabila dapat meluangkan masa dengan keluarga pada Hari Raya Aidiladha. Walaupun kepulangan ke KL pada kali ini tidak disertai nurin tetapi Hasni tetap sabar menunggu kepulangan nurin dan makcik pada awal bulan 2 nanti (tiket flight juga telah siap di tempah since bulan lepas lagi). InsyaAllah pejam celik pejam celik masa akan berlalu dengan begitu pantas.

Yang paling seronok ialah ada bermacam-macam dan beraneka jenis hidangan makanan di pagi raya. Ada nasi beriani ayam berlaukkan dalca dan acar, laksa dan laksam, sate dan roti jala yang dicicah dengan kuzi ayam. Sejak tinggal di rumah baru ini, rumah kami memang sentiasa dikunjungi oleh jiran-jiran tetangga yang baik-baik belaka dan sepupu sepapat mami dan abah. So walaupun makanan beraneka jenis, tetapi tetap licin apabila dijamah oleh tetamu-tetamu yang datang tanpa perlu dijemput untuk datang ke rumah. Raya korban tahun ni, mami dan abah buat korban 1 bahagian. Bahagian daging mami abah settle jam 11.30 pagi jadi untuk lunch pada hari tu kami buat sup tulang (sup memang sedap tahap maksimum kerana tulang dan daging teramat fresh), hati+limpa+jantung goreng kunyit, dan daging masak black pepper. Memang sedap and seronok sangat makan beramai-ramai satu family. Yang jadi tukang takir tulang tak lain tak bukan abg harif..sungguh bersemangat sekali hehehehe.
Alhamdulillah kerana Aidiladha pada tahun ini membawa seribu kebahagiaan dan kegembiraan untuk kami sekeluarga. Semoga Allah sentiasa memberkati kami sekeluarga dan jauhkanlah diri kami dari golongan yang sentiasa iri hati dan dengki terhadap kami sekeluarga. AMIN.