Tuesday, December 01, 2009

::: Aidiladha di KB :::

Alhamdulillah, hari ini dah mula bekerja setelah 6 hari bercuti di KB. Sungguh seronok sekali apabila dapat meluangkan masa dengan keluarga pada Hari Raya Aidiladha. Walaupun kepulangan ke KL pada kali ini tidak disertai nurin tetapi Hasni tetap sabar menunggu kepulangan nurin dan makcik pada awal bulan 2 nanti (tiket flight juga telah siap di tempah since bulan lepas lagi). InsyaAllah pejam celik pejam celik masa akan berlalu dengan begitu pantas.

Yang paling seronok ialah ada bermacam-macam dan beraneka jenis hidangan makanan di pagi raya. Ada nasi beriani ayam berlaukkan dalca dan acar, laksa dan laksam, sate dan roti jala yang dicicah dengan kuzi ayam. Sejak tinggal di rumah baru ini, rumah kami memang sentiasa dikunjungi oleh jiran-jiran tetangga yang baik-baik belaka dan sepupu sepapat mami dan abah. So walaupun makanan beraneka jenis, tetapi tetap licin apabila dijamah oleh tetamu-tetamu yang datang tanpa perlu dijemput untuk datang ke rumah. Raya korban tahun ni, mami dan abah buat korban 1 bahagian. Bahagian daging mami abah settle jam 11.30 pagi jadi untuk lunch pada hari tu kami buat sup tulang (sup memang sedap tahap maksimum kerana tulang dan daging teramat fresh), hati+limpa+jantung goreng kunyit, dan daging masak black pepper. Memang sedap and seronok sangat makan beramai-ramai satu family. Yang jadi tukang takir tulang tak lain tak bukan abg harif..sungguh bersemangat sekali hehehehe.
Alhamdulillah kerana Aidiladha pada tahun ini membawa seribu kebahagiaan dan kegembiraan untuk kami sekeluarga. Semoga Allah sentiasa memberkati kami sekeluarga dan jauhkanlah diri kami dari golongan yang sentiasa iri hati dan dengki terhadap kami sekeluarga. AMIN.

No comments: