Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Thursday, April 23, 2009

::: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat :::

Ini yang hasni sempat rembat waktu 15 minit di Book Fair PWTC. By 5.30 dah keluar ofis n is terus pecut ke PWTC. Ini semua sebab nak kejar masa. Lagipun weeekend ni kami tiada di KL so nak tak nak semalam terpaksa jugak ke sana walaupun Hasni sorang yang masuk n is pulak tunggu dalam kereta. Nak masuk kat parking lot rasa macam buang masa...so end up Hasni sendiri yang merayau selama 15 minit. Sebenarnya niat di hati nak shopping buku Nurin, tp takde yang berkenan di hati. So beli la buku hasil tangan Tok Guru ni. Sebelum ni buku2 yg we all ada hasil nukilan Tok Guru dan Haji Hadi, Is beli di Nufair. Tapi dah kebetulan terpampang buku ni di book fair PWTC semalam dengan discount yang agak memberangsangkan dan di tambah lagi buku-buku ni we all belum ada dalam simpanan..so ape lagi terus la grab 3 buku. Cuma ada 2 buku lagi yang Hasni tak beli semalam dan akan dibeli secepat mungkin oleh Is iaitu buku mengenai riwayat Nabi Muhammad S.A.W dan Bertemu Janji Allah yang juga hasil nukilan Tok Guru.
Rasa tenang dan insaf bila membaca buku-buku seperti ini. Banyaknya kekurangan diri yang dapat dibaiki apabila kita mengambil ikhtibar dan panduan dan yang pentingnya perlu mengubah diri kita kepada yang lebih baik. Sememangnya hasil tangan Tok Guru tidak pernah mengecewakan. Hasni amat kagum dengan ketokohan dan semangat juang yang ada pada diri beliau. Hasni bangga menjadi anak negeri Kelantan yang berada didalam pimpinan beliau. Hasni bangga dengan penerapan Islam di negeri Kelantan hasil usaha beliau yang tidak pernah tunduk dengan sebarang kecaman dan tuduhan yang dilemparkan kepada beliau. Sungguh bertuah negeri Kelantan dan rakyatnya mempunyai seorang pemimpin alim ulamak seperti beliau. Semoga Allah melindungi dan merahmati beliau.
Hasni tidak malu dan tidak berasa ketinggalan jika tidak membaca dan menghayati karya-karya agung William Shakespear tetapi Hasni akan berasa teramat rugi jika tidak membaca, menghayati dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian naskah-naskah daripada alim ulamak ini. Sesungguhnya terasa sedih melihat golongan remaja dan muda-mudi yang seronok membelanjakan wang untuk membeli naskah atau buku yang boleh memesongkan akidah dan yang terlalu taksub dengan buku yang ditulis oleh penulis luar negara berbanding membeli buku yang dapat membawa kita ke landasan yang diredhai Allah juga dalam menghayati perjuangan Nabi S.A.W yang ditulis oleh para alim ulamak yang boleh membentuk rohani yang suci.

Buku ini adalah antara karya rohaniah yang menyingkap berbagai rahsia yang menakjubkan ke arah menundukkan hati terhadap dunia yang semakin rumit. memang tidak menjadi hairan bila orang yang memiliki dunia (harta) pada umumnya sangat sombong, ego dan suka bangga diri. Inilah hadiah Tok Guru untuk kita amati bagaimana caranya untuk kita menggunakan dunia ini untuk manfaat diri dan masyarakat. Tentu saja tidak salah memiliki dunia (harta), tapi bagaimana cara berkesan menguruskannya. Perkara yang akan ditanya oleh Allah SWT ini memerlukan kemahiran tertentu untuk menanganinya. Berdasarkan hadis Nabi S.A.W, maka Tok Guru memandu kita dengan kaedah yang sangat mudah difahami serta sangat praktikal.
Nabi S.A.W bersabda,
"Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinyadaripada memakan harta curi, harta samun dan sebagainya, dan dengan tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga, dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan keadaan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama..."


Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang "terbungkus" keran ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat "malu-malu", berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Ia seakan-akan menjadi "taboo" dari dikupas rahsianya biarpun oleh orang yang sepatutnya "ahli" hingga ke dasar pengertian. hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana-mana. Dengan itu menjadikan, cinta itu sendiri memerlukan pentakrifan dan pemerincian. Inilah asas kewajaran tampilnya buku ini. Ia mewah menghidangkan gelora cinta yang melanda, lewat kisah-kisah yang pernah dilalui oleh para nabi dan rasul-rasul pilihan. Ia dihidangkan "live"!
Sesunggunya cinta itu adalah sebuah anugerah kudus ciptaan Allah SWT. Ini jelas diisyaratkan oleh al-Quran sendiri seperti firmanNya yang bermaksud:
"katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu." (Surah al-Imran Ayat 31).
Jalinan rindu yang berselirat dan berpintal-pintal itu pula langsung melahirkan keasyikan yang terbayang-bayang dan bermundar-mandir siang ke malam atau dalam sebutan eksterimya boleh distilahkan sebagai "kegilaan", seperti kata-kata Francois Duc de la Rochefoucauld dalam konteks ini, ia berbunyi "true love is like ghost, which everybody talks about but few have seen".


"... anugerah sekebun bunga dari taman iman; inilah kebahagiaan sebenar"
Berkasih sayang dalam rumahtangga adalah fitrah manusia. Suami isteri, anak-anak dan siapa saja hatta haiwan sekalipun sangat mengingininya. Tetapi adakah ianya berlaku dalam kehidupan kitaseharian?. Runtuhnya moral masyarakat Islam hari inibermula di sini. Oleh itu rasa kasih sayang perlu ditekankan setiap hari, setiap waktu berterusan dan menjadi perkara yang melekat di hati kita. Manusia, secara fitrahnya inginkan kebahagiaan, ketenangan, kerehatan, dan segala macam kesempurnaan mengiringi kehidupannya.

" janganlah seorang lelaki mukmin membenci isterinya ynag mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang dia suka". (H.R Ahmad dan Muslim)


Tuesday, November 04, 2008

::: The AuToMaTic MiLLioNaiRe :::


... AssalaamualaikuM ...
Hasni just nak share satu buku motivation yang hasni tengah baca sekarang "the automatic millionaire"- a powerful one-step plan to live and finish rich from David Bach. Buku2 macam ni sebenarnya bagus untuk motivated diri kita. Ada ketikanya jika hasni rasa down dan tak bersemangat Hasni akan baca buku sebegini dan yang paling penting Hasni juga baca buku-buku Agama yang kita sedia maklum bahawa Islam is the best way of life. Hasni bukan nak mengagung-agungkan buku-buku tulisan orang bukan islam, tetapi rasanya tak salah jika kita ambil kandungan-kandungan positif yang tertera dalam buku tersebut. Hasni juga ada membaca buku mengenai kisah 2 Umar iaitu kisah Umar Al-Khattab dan cucu beliau Umar Abdul Aziz. Memang Hasni kagum dengan kisah 2 Umar tersebut. Ianya salah satu cara untuk muhasabah diri kearah yang lebih baik.

Buku-buku Agama biasanya Is yang beli..antaranya ialah hasil nukilan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Haji Hadi yang tak perlu kita ragui. Melalui pembacaan buku-buku ilmiah sedemikian boleh menyuntik elemen-elemen positif, dan membaik pulih hati dan rohani kita.

Hasni pernah menonton DVD "The Secrets". Very Motivated. The secrets dikeluarkan dalam bentuk buku dan DVD. Tetapi Malaysia mengharamkan penjualan DVD the secrets ini disebabkan oleh unsur-unsur yang boleh memesongkan akidah. Hasni sendiri tidak faham mengapa..??? sebab bagi Hasni walaupun ianya digarap oleh orang kafir tetapi kita boleh 'relate' kan ia kepada keimanan kita pada Allah dan percaya bahawa rezeki, qada' dan qadar itu datangnya dari Allah. Kita perlu kuatkan akidah kita, jangan pula kerana perkara2 yang remeh membuatkan akidah kita terpesong...banyak sebenarnya cara untuk kita sama2 berkongsi ilmu.

InsyaAllah, hasni akan cuba update sinopsis dari DVD/buku the secrets tersebut.

::: WassalaM :::