Showing posts with label Tea Time. Show all posts
Showing posts with label Tea Time. Show all posts

Friday, September 03, 2010

::: Random :::


  • InsyaAllah kalau tiada aral melintang, hasni dan is balik ke kota bharu pada hari rabu 8/9 tgh malam atau paling lewat pun khamis 9/9 jam 2 pagi. Balik kl pulak pada 19/9. rasa macam tak cukup jer cuti tu. Harap segalanya dipermudahkan oleh yang maha esa
  • rindu sangat kat nurin, setiap hari tak tau brp kali kami berdua bergayut di telefon untuk menceritakan kisah masing-masing sepanjang hari..yes!! she is my best fren forever n ever 
  • Esok nak balik sabak untuk spend weekend kat sana. Lagipun raya this year tak balik sana
  • On the way to sabak bernam kena singgah beli kerepek untuk bawak balik KB. Bahagian kerepek mmg menjadi my special task sejak bersuamikan warga sabak bernam. memang rambang mata la jadinya bila keliling di kerumuni oleh sang-sang kerepek
  • Ohhh ada lagi tugas lain..memastikan pembelian untuk swiss roll kek, butter kek, banana cake, fruit cake...huhhhh!!! lap peluh jap.
  • Tidak dilupakan duit raya telah siap sedia menunggu mangsa-mangsa nya. tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan
  • Tak sabar la nak balik raya. tapi baju raya still kat tailor. harap2 hari ahad dah boleh ambik so sempat la nak hantar dobi untuk dicuci dan di iron. balik kb hanya gantung sahaja baju yg dah siap untuk di pakai kat handle dalam kereta. sampai kb dah tak payah berpeluh2 nk iron baju. memang mcm ni lah hasni buat setiap tahun
  • Masih lagi baju raya - esok nk ambik baju melayu is. 3 pasang baju kurung nurin, 5 pasang baju umi nurin, 3 pasang baju tokcik nurin masih lagi pending kat tailor...takpe tunggu sajer ahad. Baju tokmi nurin dah selamat diterima 2 minggu yang lepas.
  • Raya tahun ini adalah merupakan tahun pertama umi nurin belikan kain baju kurung untuk nurin dan dihantar pada tailor untuk dijahit...sungguh teruja untuk melihat si anak ayu bersopan santun di pagi mulia hari raya. luv u dear
  • Ye..hasni kurang berkenan dan tidak minat untuk beli baju yang dah siap untuk nurin sbb hasni lebih suka memilih sendiri jenis material kain yang hasni nak. yang pastinya hasni sendiri pun tidak pernah beli baju yang dah siap.
  • Ye...memang benar umi nurin seorang yang amat cerewet. Nurin pun mcm dah terikut dgn perangai umi
  • Teramat gembira untuk balik beraya di KB..kerana setelah 2 tahun berturut-turut beraya di sabak bernam maka akhirnya hasni boleh jd samseng di taman sendiri
  • Ye memang pasti semua adik beradik ku akan beraya bersama2 walaupun kak balik KB pada tgh hari raya pertama...tetapi tetap juga dpt beraya bersama...ohhhhh sungguh seronok sekali
  • Semalam lepas berbuka gigih vacum n mop master bedroom, bilik makcik, bilik no 3 dan hall atas. lepas tu melepak tgk prebet jamilah. pukul 11 malam suami balik dari solat terawikh barulah si isteri terhegeh-hegeh nak mandi
  • Plan malam ni pulak nak vacum n mop kat bawah termasuk dapur. barulah boleh bercuti dengan tenang
  • En Ismadi jangan lupa cuci toilet seperti yang sudah termaktub dalam perlembagaan keluarga kita ye
  • macam seronok pulak nak balik kg esok..maybe teruja nak beli kerepek kut...boleh ker mcm tu???
  • Menu apa yang mak nak masak untuk menantu dia ni untuk esok n lusa ye??
  • 2 minggu lepas dah berjaya pujuk abah mertuaku buatkan nasi ayam...thank you abah..sungguh sedap!!!!!!!!!
  • Pagi tadi adik dah balik KB untuk cuti raya. UIA cuti lama. Dia balik KL nanti tumpang kitorang. Sakan la tu dpt makan yang best2 kat KB...JELES!!!!!!!
  • Ye..tamat sudah                                                                                                                                                                                                                                                                                                           
                                                                                                                      

Monday, June 21, 2010

TerLaLu LaMa



Rinduuuuuuuuuuuuuu!!!!, sebulan tak update blog..sedihnya. Rindu yang teramat nak update tapi memang tak terdaya mental and fizikal. Sejak dua menjak ni banyak benda kat ofis yang nk kena buat and settle..bila balik rumah badan pun dah letih so memang tak terdaya nk update. Weekend pulak ada jer aktiviti. Huhhhh!!! memang busy busy busy.

Alhamdulillah, mami abah pun dh sebulan kat KL..last sekali hasni update blog ni beberapa hari sebelum mami abah sampai KL. Abg Harif pun dah balik KB. Seminggu dia bawak family jalan2 kat KL sempena cuti sekolah. Seronok sangat sebab dapat berkumpul ramai2...buat BBQ, pergi short holiday kat PD, bawak budak2 swimming, jalan-jalan cari makan and apa jua aktiviti memang kami buat bersama. Rasa sekejap jer seminggu tu..memang tak puas. Sekarang ni mami abah ada kat rumah, kadang2 mami ke rumah kak, dan abg ja...gilir-gilir...hehehehe.

Banyak gambar kat camera yg belum di transfer...mmg niatnya nak upload kat blog..tp tak sempat lagi. Banyak benda yang Hasni tertinggal nk update kat blog ni..cthnya our 4th anniversary...ermmm...sedih2...tp takpe lepas ni akan bermula marathon untuk mengupdate blog. Sekian.


Thursday, April 01, 2010

::: Buntu :::



Ermmm...tak tau la kenapa, sejak balik dari bercuti mood nak update blog langsung takde..sbb tu even hasni update pasal bercuti tu kat bilik hotel..tetap rs malas nak mengadap laptop...sbb tu setiap entry hanya penuh dgr gambar tanpa ada penceritaan. Dah la 2 hari tu blogspot buat hal...nak upload gambar makan masa sampai berejam. Overall, seronok sangat dapat bercuti. Tempat cantik, view cantik, pantai pun bersih, pool pun besar...memang puas hati. Nak cari makan pun tak jauh...nak makan seafood kat tanjung lumpur pun tak la jauh sangat. Kiranya berbaloi-baloi la. 

Mata ni asyik mengantuk jer dr tadi...malam tadi pukul 1 baru tido sebab sampai rumah pun dh jam 12.30 malam. Lepas keje semalam terus ke Hotel Armada dengan is sbb ada Hong Leong Tokio Marine Takaful Course. Sampai rumah Nurin pun dah tido...sebelum hasni tido, sempat la kejutkan dia and borak2 skit...rindu sbb seharian tak jumpa anak. Pagi tadi pun sebelum pergi keje, dia dah bangun and sempat la sembang n peluk each other...sekarang ni pulak terasa rindu sangat kat Nurin. Ternampak2 wajah dia kat depan mata..rs mcm nak terbang jer balik rumah n peluk Nurin. Haiiiihhhhhh!!! inilah cabaran kalau kerja makan gaji and office hour.



Friday, February 19, 2010

::: Renungan :::



Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!



credit to : www.saifulislam.com




Thursday, February 11, 2010

::: GianT :::



Dulu, waktu mula-mula stay kat rumah kami sekarang, kalau nak beli barang dapur biasanya kami ke tesco puchong or giant puchong or giant kelana jaya. Tapi sejak giant bandar kinrara di buka kira-kira 3 tahun yang lepas maka aktiviti membeli barangan dapur hanya tertumpu di sana. Dekat dengan rumah, senang parking, luas + besar + selesa merupakan faktor penyebab kami membeli belah di sana. Nak kata barangan murah tu tak la sangat. Adala certain2 barang yang murah dan berpatutan tu. Mungkin ada sesetangah barang tu kalau nak di compare dengan mydin memang mydin la yang juara. Tapi memandangkan giant lagi dekat so ke giant la kami menapak. Kena kira jugak la minyak kereta dan masa yang terlebur...kalau setakat beza seringgit takkan la nak menapak ke mydin jaraknya jauh sedikit berbanding giant. Balik ke kota bharu hari tu memang hasni ambik kesempatan la shopping kat mydin seperti hair shampoo, body shampoo, sabun mandi yang ketul, ubat gigi dan adala 2 3 benda lagi. Hair shampoo jenama pantene yang besar di mydin hanya RM 11 berbanding yang dijual di giant harganya mencecah RM 18. Tapi lepas ini nampaknya kami dah boleh jimat la sebab "my mydin" akan dibuka berdekatan dengan rumah kami...hanya sekangkang kera sahaja...hehehehehe. Jadi kena selalu tgk website mydin dan giant untuk banding2 kan harga. Mungkin separuh barang akan di beli di giant dan separuh lagi barang dibeli di mydin. Mana yang murah disitulah kami tuju...asalkan berbaloi dengan jarak dan minyak kereta yang dilaburkan.

Tadi hasni tengok website giant dan noticed susu low fat dan full cream ada promotion. Susu full cream tu untuk makcik. Dulu hasni belikan dia susu anlene gold. Tapi hari tu dia cakap dia dah tak nak susu anlene sebab bila minum susu anlene dia susah nak buang air besar. So hasni switch to full cream milk. Alhamdulillah dia cakap ok. So disebabkan stok susu low fat dan full cream dah habis maka weekend ni boleh la menapak kejap di giant. Beli susu and tembikai jer sebab awal bulan hari tu baru shopping kan....


 Buy 1 packet and get 50% off for next packet


 
  Tak kisah la apa jenama sekalipun asalkan halal dan berkualiti



Tembikai (tiada biji) di giant pun murah RM 0.88 per kg (dlm paper the sun hari ini).  memang selalu beli tembikai di giant sbb di pasar borong or pasar malam memang tak dapat dengan harga tu. Paling mahal pun yang kami pernah beli di giant ialah RM 0.99 - RM 1.29 tetap antara yang termurah jika dibanding dengan pasar malam dan pasar borong. Harus rembat sebiji sebab yang dalam peti ais cuma tinggal 1/4 sahaja lagi hasil rembatan nurin malam tadi.




Tuesday, January 26, 2010

::: BaranG yang HaruS diBeLi :::




Malam tadi lepas maghrib, sambil tunggul is balik sempat buat list untuk shopping kat giant minggu depan. Walaupun sebahagian tetapi tetap penuh kertas...nasib baik jugak benda2 lain macam sabun basuh, minyak masak, segala jenis sunquick, F&N cordial, gula, butter, kaya, jem and barang2 yang lain masih ada lagi dalam simpanan. Ohhhh ye...dah kirim kat mami mintak tolong dia belikan beras...of cos la beras siam. Mahal skit la daripada beras malaysia..tp puas hati n sedap. 9kg beras siam RM35. Dan segala jenis bawang putih, bawang merah, bawang besar, ubi kentang dan cili kering akan dibeli di KB and di bawa balik ke KL....yang penting murah..apa pun hasni sanggup....hehehehehe



 Shopping List




Thursday, January 07, 2010

::: Nasi KanDaqqqqq!!!!!! :::




Pagi tadi dalam perjalanan ke ofis, hasni n is tetiber teringatkan nasi kandar...hasni cakap la kat is dah lama tak pekena nasi kandar...last sekali rasanya sebelum puasa ari tu. Time tu bawak mami dan abah sekali makan kat kedai yassin tu and ada la beberapa kali time bulan posa yang kami tapow nasi kandar untuk juadah berbuka. Bagi hasni memang dah teramat lama dah tu sbb plus minus about 3 bulan tak makan nasi kandar...kiranya dah meleleh dan kecur dah ayaq liur ni. Dah bapaknya penang so haruslah anak-anak dia ikut selera penang jugak. Kalau kari tu dah macam lauk kemestian dan lauk warisan keluarga. So is cakap la nanti bila dia free skit time lunch kita gi makan kat kedai nasi kandar yassin tu. 

Untuk selera hasni, memang sedap la nasi kandar kedai yassin tu...especially kuah kicap + ayam kicap (ye ayam ialah favorite hasni kalau abah n mami diaorg lebih suka ikan la like bawal..mmg kari bawal pun sedap) dan kalau nak sedap lagi bila suap nasi tu ke mulut gigit sekali cili besar hijau dan jangan lupa campur macam2 kuah  n kasi sedikit banjir....fuhhhhh!!! marvellous i tell u. So td lepas habis check report semua mcm duk terfikir2 la nak mkn nasi kandar...dah siap pegang phone sbb nak sms is untuk tnya dia free tak lunch ni...so boleh lunch sama2....sekali nak tau apa yang terjadi....sila baca sambungan dibawah............


*


*


*


*


*


*


*





... pinjam gambar org lain ...


Gedebuk sebungkus nasi kandar yassin office boy letak kat meja..huhhhh mmg berpeluh sbb terlampau teruja n surprised. Mcm mn hasni tau bungkusan tu nasi kandar??? of cos la tau sbb dah familiar bungkusan nasi kandar kedai yassin tu. Hasni kenal kedai yassin tu pun drp ofis boy yg seminggu sekali akan tolong tapowkan untuk staff2 yg nak mkn nasi kandar. So risik dan risik maka hasni n is beli sendiri jer kalau nak makan. Dulu ada jugak la sekali dua hasni makan time lunch...tp tak mampu la...bukan tak mampu tang duit tp tak mampu tang mata yang asyik nak tutup lepas makan nasi kandar. Lagipun tak syok la makan sorang2...teringat pulak kat is. Hasni ni jenis kalau makan apa2 mesti teringat kat is la, abah mami la, makcik la, nurin la..nak2 pulak kalau apa yg hasni makan tu favorite diaorg...mmg tak leh nak telan. Sebab tu hasni rela tunggu untuk makan dengan is.

Pasal nasi kandar rezeki tu kan, ada staff yang belanja makan nasi kandaqqqqq...gitulah ceritanya..hehehehehehe. Alhamdulillah rezeki. Nanti kena belanja is makan pulak sbb kali ni dia bagi can kat bini dia menjamu selera nasi kandaq sepuas-puasnya. Takpe takpe malam ini harus buat cucur yang is request malam td...bukan cucuq ikan bilik or cucuq udang....tetapi cucuq SOTONG!!!!. Ye sememangnya dia mahukan cucuq sotong. Takpe layan kan aje.


Kesimpulannya...dapat makan nasi kandaqqq pun nak kecoh satu dunia ker?????...




Tuesday, January 05, 2010

::: Blank TitLe :::




Hari ini 5 January, 24 hari lagi sebelum hasni, is, mak dan abah balik ke KB. InsyaAllah kali ini bawak mak dan abah sekali ke KB. Saje jer bawak mak abah berjalan dan kebetulan hasni dan is cuti panjang. InsyaAllah kami akan balik ke KB ikut grik on 29 January pagi selepas subuh.  Kena balik sabak bernam dulu ambik mak abah. Lepas keje terus balik sabak then tido sana satu malam. Keesokannya terus bertolak dr sana ke KB. On 3 February hasni, nurin n makcik akan naik flight balik ke KL meanwhile is akan bertolak balik sabak hantar mak abah sehari awal sebelum hasni balik ke KL then on 3 feb tu barulah dia balik ke KL and fetch hasni, nurin n makcik di LCCT. Alhamdulillah, setakat ini semuanya well planned. Hasni memang suka plan awal-awal sebab tak suka nak rushing last minute.

So plus minus masih ada 3 kali weekend sebelum kami balik KB. InsyaAllah weekend akan diisi dengan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi pulangan. Selagi ada usaha yang berterusan insyaAllah kejayaan menanti dihadapan. Apa yang hasni dan is buat semuanya untuk our family.  Kami mahukan yang terbaik untuk anak, keluarga, and also our life. so kami kena lakukan sesuatu dan berusaha keras untuk capai apa yang kami idamkan. Apa sahaja yang kita angankan dan inginkan dalam hidup akan tercapai selagi kita percaya pada diri sendiri dan buat sesuatu untuk mendapatkanya. Kalau setakat berangan tetapi otak, kaki dan tangan tak jalan..maka jadilah angan2 itu sebagai angan-angan mat jening yang sememangnya amat mustahil untuk kita capai. Akhirnya, kita hanya mampu melihat kejayaan demi kejayaan yang orang lain perolehi.....and we are still nothing. Walaupun Allah maha pemberi rezeki tetapi kita sebagai manusia kena berusaha untuk mendapatkannya.

"There is no secret ingredient, you just have to believe!"




Wednesday, December 30, 2009

::: AktiviTi MalaM InI :::


yeay!!!!! dah discuss and dah decide yang malam ini kami nak ke Mines....so boleh la dinner kat sana nanti. Tetibe jer teringin nak makan kat food court mines. Banyak stall and banyak pilihan makanan kat situ. So balik rumah petang nanti sementara tunggu is balik kena kemas2 baju sambil2 layan "cinta balqis" hehehehehe. Baju dah berlipat tapi tak masukkan dalam almari lagi...selambak pulak tu. Then ada lagi yang nak basuh. Takpe esok is cuti, so dia boleh settlekan skit2. Tujuan sebenar untuk ke Mines adalah untuk misi mencari dan membeli ini......
*

*

*

*

*

*

*

Alkisahnya hari jumaat lepas kitorang ke the mall, so ader belikan long dress untuk nurin, tapi yang takde sleeve. So sebab tu nak carikan dia short cardigan or outerwear yang macam pic kat atas. Harap2 ada la kat sana. Lagipun dia tak pernah pakai baju or dress yang takde sleeve. Dia pun mesti tak nak pakai. Yang short sleeve pun sekarang dia dh tak berapa gemar tapi hasni pakaikan jugak la sebab baju2 tu elok n muat lagi itupun dia pakai macam terpaksa dan selepas dipujuk beberapa ribu kali. penat sebab memujuk je. So lepas ni kalau nak beli baju untuk keluar jalan-jalan memang akan cari yang long sleeve aje. Sekarang ni even siang2 pun kat rumah nak bergaya dengan baju longsleeve. Bila kita cakap panas, nanti dia cakap la.."kan boleh bukak kipas, aircond dalam bilik kan ada..tak baik tau pakai baju pendek2" hahahahahah memang dah pandai sangat dah cakap sekarang ni. Alhamdulillah at least dia tahu yang dia tak boleh pakai baju pendek2 or sexy. Tapi kalau siang n dalam rumah pun nak pakai tangan panjang ape kenanya tu....haihhhhh. Then bila tido malam boleh lak pakai baju short sleeve...pelik betullllll..

Tak sabar nak menuggu malam esok. Nurin sabar ye...umi dan papa akan balik esok malam. Ada present yang nurin minat sangat umi dan papa belikan. Only and Special for you.




::: MorninG RamblinG :::


Alhamdulillah, pagi tadi bangun dalam pukul 5.30. Is dah bangun since 4.30 lagi sebab dia tengok bola Liverpool vs Aston Villa, huhhhh kalau hasni la memang tak sanggup...maybe sebab tak minat kan. Kalau dah minat tu tak tidur pun sanggup hehehehe. So disebabkan dia bangun awal, so dia tolong tumbuk rencah2 untuk hasni masak...senang n cepat la skit kan...masuk dapur terus tumis je. Lepas dia siap tumbuk bahan2, hasni mula masak n dia pulak naik atas iron baju dia n hasni....sungguh rajin suamiku...harap2 berkekalan la rajin dia tu selama-lamanya.

So untuk bekal hari ini adalah lauk ayam halia dengan tumis bayam dengan fishball n ikan bilik (yeee kak zack, akhirnya bayam itu telah selamat dimasak...hahahah). Then for breakfast hasni goreng nudget je sbb roti dah habis dan seperti biasa pekena dulu HL milik chocolate utk hasni n milo utk is. Malam tadi pulak buat lagi cucur udang sebab ada balance lagi yang malam kelmarin n tambah lagi tepung sbb takut tak cukup. Untuk malam ni is request cucur lagi....takkan 3 hari berturut-turut makan cucuq.....dia cakap setiap hari pun takpe...adoiiiiii laaaa....hahahahahaha.


Tiba-tiba teringin nak makan dan nak buat lasagna ni...haiiiihhhhh bila la nak buat ni..kecur ayaq liuq.







Tuesday, December 29, 2009

::: Tido Lena Penuh Senyuman :::

Alhamdulillah dah habis makan. Bila time-time macam ni ditambah lagi dengan perut yang kenyang dan suasana yang sejuk maka penyakit mata senang datang menyerang. Tiba-tiba je mata ni jadi berat, kuyu bagaikan hendak tertutup...ohhhh alangkah syoknya kalau dapat melayan penyakit mata ini walaupun sebentar. Berapa minit, atau berapa jam masa yang akan diperuntukkan jika dapat peluang tidur dalam bilik-bilik seperti ini.....SAYA MAHU TIDUR!!!!

Syok ker kalau bath tub terang terangan kat depan katil....mana la tahu kan..time tidur tu tetibe keluar crocodile or jerung ker dari tub tu...huhhhh ngeri2.....

Sweet

Tido lena penuh senyuman

Romantic!!!! Sungguh sexyyyy lampu retro itu

::: MemBebeL :::



Semalam adalah hari isnin, hari ini adalah selasa, esok adalah rabu, lusa adalah khamis.......wOhOOOOOO syoknya sbb malamnya nak balik KB. Rindu sangat2 dah kat Nurin dan rindu nak rehat dan melepak. Balik pun tak lama cuma 3 hari je cuti. Itupun cuti sempena new year. Ok lah tu daripada langsung takde cuti. Cuti 3 hari minggu lepas digunakan dengan sebaik mungkin.

Hari jumaat pagi buat operasi kemas rumah, lepas is solat jumaat kami ke the mall dan lepas tu early dinner kat kinrara. Hari sabtu pulak kami open booth for takaful di hong leong bank shah alam. Dalam pukul 3 tutup booth. Balik rumah mcm biasa masak for dinner. Hari ahad lepas solat subuh terus masak untuk breakfast, then selepas tu terus ke shah alam lagi for takaful booth. Lepas tutup booth kami ke subang parade..lepak kat sana jap then balik rumah. Rehat2 kejap sambil tengok tv sampaikan is tertidur...letih agaknya...hasni pulak masuk dapur untuk masak for dinner.


Ermmmm...hari ni pagi tadi bangun awal..masak untuk kitorang bawa bekal for lunch. As for breakfast kami makan kat rumah sama-sama. Buat kaya toast, 1 mug HL milk chocolate flavor for myself and 1 mug of teh lipton 3 in 1 for big boss. Cukup la kan for breakfast. Ptg semalam balik kerja sempat buat cucur udang for dinner...untuk malam ni tak tau lagi la nak masak apa. kena tanya is dulu dia nak makan apa. yang penting bukan nasi hehehehehe. Sebab lunch dah makan nasi kan. Is cakap, kalau makan nasi malam2, nak bangun pagi susah. Tau takpe...kalau makan nasi dalam pukul 6 or paling lewat pun pukul 7 ok la kan...ini makan nasi pukul 9 lebih n lepas tu dah nak tido...ape kes tu....hahahahaha. So rasanya kalau goreng bihun pun ok gak. Kalau tak pun masak jer stok makanan dalam peti ais tu...nudget ada, sosej ada, fries ada, hashbrown ada, dimsum ada, ayam goreng ayamas pun ada...hehehehehe.

Then kena fikir pulak nak masak apa pagi esok untuk bawak bekal. Untuk breakfast tengoklah samaada roti ataupun nudget. Untuk breakfast takdela pening nak fikir. Asalkan ada roti pun dah cukup. Lain la kalau bini En Ismadi ni tak kerja...so boleh la hidangkan menu yang meriah skit di waktu pagi. Tp ok la kan at least sempat jugak buat lauk untuk lunch....(tepukan untuk diri sendiri). Tak dinafikan memang la malas sangat nak bangun tinggalkan bantal, bantal peluk, dan selimut seawal jam 5 pagi untuk manjalankan aktiviti memasak di pagi hari. Bila dah biasa dan dah jadi tabiat so benda tu akan semulajadi bertukar kepada happy n fun. Sepatutnya perlu ada rasa syukur kerana si suami mahukan juadah yang disediakan oleh air tangan si isteri instead of makana-makanan yang dijual di luar sana. Jika kita rasa yang masakan kita tak sedap, maka jangan malas dan segan untuk belajar dan sentiasalah memajukan diri. Zaman sekarang ini, segala maklumat adalah dihujung jari. Rajin-rajin lah untuk mencari maklumat-maklumat yang boleh mengasah bakat dan menjadikan anda seorang yang kreatif di dapur.

Kalau ikutkan dulu, memang liat jugaklah hasni nak bangun. Sekarang ni pun ada jugaklah yang tak bangun kalau terlalu penat. Tapi bila mengenangkan yang ini juga merupakan satu practice untuk hasni...so hasni motivate diri sendiri. Practise tu kerana, Nurin akan bersekolah satu hari nanti so hasni mahukan dia breakfast di rumah n bawa bekal ke sekolah sepertimana hasni dulu (ye...hasni bawa bekal ke sekolah dari darjah satu till from 5). Hasni tak nak dia makan di sekolah yang kita sendiri pun tak tahu tahap kebersihannya. Even ada maid pun...lagila senang kerja kita. Sebab kita boleh suruh maid siapkan semua bahan, then kita cuma masak sahaja. Lagi jimat masa.
Hasni pernah dengar ceramah Dr Fadzilah Kamsah, dia kata, salah satu faktor penyebab kepada anak yang degil, nakal, dan kurang ajar adalah pemakanan. Pemakanan ini bermaksud makanan yang di makan itu berpunca daripada makanan yang haram, duit yang haram, orang yang masak makanan tersebut tidak solat/tidak taat pada Allah , juga makanan yang puncanya dari sumber yang tidak bersih. Maka tiada yang lebih hebat sesuatu makanan tersebut melainkan datangnya dari air tangan isteri/ibu yang solehah yang mendoakan keluarganya.





Wednesday, October 14, 2009

::: Back to Normal Routine :::

Bulan Ramadhan dah lama berlalu. Hari raya pun sudah berlalu dan Alhamdulillah hasni dan is berjaya berpuasa 6 hari di bulan Syawal. So apabila semuanya sudah berlalu maka kembali lah kami ke rutin biasa. Bukan rutin apa pun, malahan lebih kepada rutin memasak hasni sebenarnya hehehehehe. Semalam balik lambat skit 7.30 baru sampai rumah. Sebelum sampai rumah singgah kedai beli udang dan sayur. Sampai je rumah terus solat maghrib dan bermula lah acara bersilat di dapur. Is belum balik lagi. Semalam masak daging minyak bijan, bayam rebus dan ikan goreng juga ulam timun cicah dengan budu dan sambal belacan. By 8.30 siap masak..is pun balik. Biasanya hasni akan mandi selepas masak..tak syok la bila dah mandi kemudian masuk dapur masak...memang melekat la bau kat baju...hehehehe

Memandangkan semalam beli udang, so misi memasak petang nanti ialah nak buat sambal tumis udang, terung dan ikan bilis tumis belacan, ikan goreng dan ulam timun. Cukup la tu utk dinner dan untuk bekal kerja is keesokannya. Sebelum ni hasni bangun masak pagi2 tp skrg ni rasanya nak ubah jadual la...sbb masak pagi ni rushing sgt. Mujurla is bukan jenis cerewet. Even satu lauk pun dia boleh makan dengan nasi. Dia memang bawa bekal pergi kerja sebab tu hasni tak kisah bangun pagi-pagi seawal 5 pagi untuk masak sebab hasni tahu dia memang makan sampai habis. Kira berbaloi. Lagipun amat besar pahala untuk seorang isteri yang sentiasa menjaga makan minum dan berbakti pada suami. Nabi Muhammad sendiri pun pernah berkata..apabila seseorang isteri tersebut taat pada Allah dan suaminya dan kemudian dia meninggal dalam keadaan si suami redha pd nya..maka masuklah dia ke dalam syurga melalui mana-mana pintu sekalipun. So rebutlah peluang ini selagi kita hidup.

Tuesday, October 06, 2009

::: BadaN di KL..Hati di KB :::

Rindunya detik-detik ini....Rasa nak suruh jer Nurin kembali ke detik ini untuk tempoh 1 jam...hahahahaaha










yeayyyyyy esok dah Jumaat, hati ini rasa dah tak tenteram. Nak buat apa pun malas. Fikiran asyik melayang nun jauh bersama Insyirah di KB. Setiap hari tak lengkap rasanya jika tidak dapat mendengar suara dia membebel di corong telefon sambil menyanyikan 2 buah lagu kegemarannya untuk menghiburkan hatiku. Gembira dan bahagianya rasa di hati bila Insyirah juga bahagia di sana. Cakapnya semakin petah dan alhamdulillah dia semakin bijak dan sudah pandai memilih apa yang menjadi kegemarannya. 3 hari lagi genap usianya 2 tahun 7 bulan. Sungguh pantas masa berlalu. Akan ku berikan yang terbaik untuk masa depannya. Setiap ibu di dunia ini sememangnya mahukan yang terbaik untuk anak mereka tetapi apa yang membezakan ialah bagaimana kita mendidik dan mencorakkan kehidupan anak masing-masing. Bentuklah anak mengikut acuan dan jangan sesekali tersasar dari acuan.



Petang nanti balik kerja nak singgah Giant untuk beli monthly groceries. Dah siap2 buat list so senang, just ambik n masukkan dalam troli. Setiap kali nak beli brg, hasni memang akan buat list siap2, sbb nanti takdela nak ambik benda2 yang merapu meraban. Itupun kadang2 terambik jugak la brg2 yg tiada dalam list. Kalau tak buat list mahu satu lori barang2 yang merapu. Bila ada list ni lagi disiplin perbelanjaan kita and menjimatkan masa. Tak perlu lagi nak fikir2 nak beli apa. Semuanya dah tercatit dalam kertas cuma ambik dan bayar sahaja. Ermmmm...tak sabarnya nak fly balik kb esok.






Friday, August 28, 2009

::: SePaTah Dua TiGa KaTa :::


Alhamdulillah, hari ni dah 7 hari berpuasa. So far so good. Nak kata mcm hari2 biasa tu bohong la kan. Mesti ada beza antara bulan2 biasa dengan bulan ramadhan. ermmm macam biasa balik keje tetap jam 5.30 walaupun bulan ramadhan. tang tu memang tiada perubahan dengan bulan2 biasa. ermmm...so klau balik dgn is paling awal pun jam 6.45 terpacak la di depan pintu rumah. Kalau balik naik lrt turun di bukit jalil then ambik kete kat parking bukit jalil pun around 6.45 jugak smpai rumah. Kalau is ada apa benda yg nak disettlekan di ofis dia barulah hasni bawa kete ke bukit jalil..park kat sana n naik kete dia pulak terus ke ofis. Pagi2 memang is yang hantar. So time petang pandai2 balik naik lrt n ambik kete...hehehehehe.

Juadah berbuka, kebanyakan dr dapur rumah sendiri...cuma ada la ceratin2 benda yang dibeli like roti jala dan kuih muih. Makan ala kadar tanpa membazir itu lebih penting. Alhamdulillah belum ada lagi makanan2 yang tidak habis menjadi habuan tong sampah. Lepas berbuka, solat maghrib kemudian is dan makcik pergi berterawikh. Hasni pulak stay kat rumah melayan Nurin. Lepas solat isyak kena la layan dia nak makan, main, sembang2...nnti mcm2 la benda yg diceritakan. Sebelum tu before maghrib klau hasni mandi dia duduk atas katil sambil layan dvd ice age dia tu yang dah berapa kali diulang tayang. Khusyuk sungguh. Biler hasni nak solat maghrib n isyak dia turun la dari katil n berdiri kat sebelah...kiranya nak solat berjemaah la tu...heheheheh.

Is dan makcik balik dari berterawikh dah pukul 10.00...lepak2 kejap terus la kami bertiga naik tido. Jam 4.30 pagi bangun bersahur..then is pegi solat subuh. before nak bersiap2 nak pegi keje sempat la melayan zzzzzzzzzz......dalam satu jam...hehehehe...memang nikmat sungguh. Macam tu la rutin setiap hari sepanjang puasa ni.

Sunday, August 02, 2009

::: CoReTaN :::

* pic yang tiada kaitan dengan cerita di bawah

errr...lamanya blog ni tak berupdate. Memang rindu nak update blog tapi mcm2 penyakit yg ada dalam badan ni yg payah nak di control....penyakit malas, penyakit xde mood, penyakit busy yang dibuat2 juga busy yang tidak dibuat2 juga penyakit melayan perasaan sendiri. So penyakit2 inilah yang membantutkan hasrat untuk meng-update blog.
Nak kata terlampau busy sangat di ofis tu tipu la kan...tp mmg mood untuk menaip tu xsampai ke tahap maksimum...hahahaha...tp hari ni alhamdulillah...Hasni cuba juga gagahkan jari jemari yang tak berapa nak runcing ni untuk memberi sedikit sentuhan di blog ini...hehehe...Blog ni Hasni cipta sebagai hadiah kenang-kenangan untuk anak or insyaAllah anak-anak Hasni nanti. Dari blog ini nanti mereka akan tahu secebis kisah hidup mereka yang umi coret dan rakam di halaman ini. Semoga ianya terus menjadi kenangan abadi hidup mereka.
Sebagai ibu bapa yang bekerja sememangnya hari minggu adalah hari yang amat ditunggu-tunggu untuk melakukan apa jua aktiviti dengan anak-anak. Kitorang pun tak terkecuali. Walaupun hari minggu jugalah Is sibuk dengan aktiviti Takaful tapi we try our best to spend masa dengan our little princess. Nak spend masa dengan anak bukannya susah mana pun and tak semestinya pergi ke shopping complex or tempat2 riadah. Like us cukuplah dengan bergolek-golek n bergelak ketawa diatas katil sambil baling membaling bantal and bergumpal dengan selimut..itu sudah cukup menggembirakan. Nurin memang suka la sangat bila diajak main mcm ni...gelak tak ingat. Bila dah puas main kat bilik..maka turunla 3 beranak ni ke bawah and lepak-lepak pulak di depan tv dengan beraneka jenis makanan yang telah sedia untuk dikunyah. Memang seronok sangat bila dapat spend masa di rumah...yelakan takkan every week nak keluar je...poket harus dijaga...hehehehe, so pelbagaikan sesi bersama keluarga agar isian poket and keperluan keluarga seiring peredaran masa.
A week before we all balik ke sabak bernam to iringi rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki tu pulak merupakan sepupu Is. Al-kisahnya kenduri di pihak pengantin lelaki telah dirancang untuk dibuat pada hari ni...tetapi oleh kerana minggu ni we all nak pegi short holiday and kami dah buat booking for 3d2n so Is decide untuk sama2 berarak bersama pengantin ke rumah pengantn perempuan. So fine...mak pun ok jer asalkan dapat tunjuk muka. Maka pada hari sabtu 25/7 we all balik ke sabak and pegi kenduri tu pulak pada hari ahad. Rumah pengantin perempuan tak la jauh sangat dari rumah mak tp yang bestnya rumah tu di tengah2 kawasan sawah padi...view yang sgt cantik dengan padi yang menghijau...untuk sampai ke rumah pengantin perempuan kami terpaksa melalui jalan yang sempit di tepi terusan...Nurin memang teruja la sbb tak pernah lalu kawasan mcm tu sblm ni...bising mulut dia duk tnya..." umi, ni ape? ", " umi, ite nak gi ane"..hehehehe memang kena sabar untuk menjawab soalan-soalan yang sama beratus kali. Cuaca hari tu tak la panas sgt tp maybe sbb sawah padi kan lapang so walaupun berangin tp Hasni tetap merasa bahang. Nurin pulak mukanya dah bertukar menjadi merah dah kepala pun dah basah. Dalam hati..." kesiannya anak umi" tp takpe sbb bila dipikirkan takkan nak letak dia under "comfort zone" jer, sesekali kena juga diajar untuk tahan lasak skit agar badan tak terlebih manja..hehehe. Itupun umi dan papa dah cukup baik dengan payungkan Nurin dari tempat letak kereta till sampai ke rumah pengantin perempuan. Takut la jugakkan org kampung ckp apa2.." ala....panas skit pun tak leh..." "...manjakan sgt anak tu". Tp bila difikirkan balik ehhh...helllloooooo tu anak saya pakcik/makcik/abg/kakak, kalau anak saya sakit saya jugak yang jaga dia bukannya awak2 semua...hehehehe (itu ckp dlm hati jer pun kalau2 aderorg ckp mcm tu...hahahah)
Lepas makan dengan kenyang terus heret mak balik ke rumah...sampai jer rumah...ohhhhh nikmatnya...legaaa!!!. Nurin terus suruh papanya mandikan sbb panas sgt kut..bilik mandi nenek dia pulak ada kolah yang sungguh besar dan panjang so memang suka sgt la dia mandi ditambah pula air kolah kan sejuk. Lepas mandi terus zzzzzzzzzz tido dengan imbuhan susu sebotol. Umi dia pulak terus ambik peluang zzzzzzzz di tepi tilam Nurin till pukul 4. Letih la katakan. Bila dah bukak mata tgk jer pukul 4 terus bangun mandi and bersiap2 untuk balik KL. On the way balik tu sempat lagi singgah di Jeram untuk pekena seafood...Ok la dua orang makan kena RM83... ikan siakap stim asam boi, butter prawn, udang sweet sour, sotong goreng tepung, sotong bakar and tomyam. Amat puas and happy bila dapat makan udang n sotong dalam kuantiti banyak..hehehehe.
Sampai rumah dah pukul 10, sembang2 and kemas2 then terus tido. Hati pulak dah melonjak2 and dah tak sabar nak berholiday..membilanh hari jer untuk bertolak on jumaat 31/8. Tetapi kita hanya merancang Allah yang menentukan...balik jer dr ofis hari isnin 27/7, Nurin demam. Takla panas sgt tp stil dlm kategori demam. Tp dia tetap aktif mcm biasa..mcm org tak demam. Malam time tido till pagi esoknya tak pulak dia demam..but Hasni tetap bg ubat demam kat dia. Till selasa ptg 28/7 bdn dia dah tak panas. Tp bila dekat maghrib temperature mcm naik balik tp tak terlampau panas...rupa2 nya dia balun main dengan amirul tgh hari tu smpai lencun...so bila mlm naik la balik panasnya...sepatutnya kena rest bukannya main. Tp budak...ckp la mcm mn pun bukannya nak dgr...dah fitrah mcm tu...ermmm..Alhamdulillah demamnya tak lama. Secara kebetulan juga our holiday di postpone to 14/8 atas sebab2 yang tak dpt dielakkan.
So sabtu and ahad minggu ni duduk la kami di rumah untuk menikmati cuti yang sungguh indah ini..hihihihi..abah,is and adik pulak ke KL join perhimpunan menentang ISA..Hasni sungguh bangga dengan abah, is dan adik. Kebenaran tetap akan menjelma. Teruskan perjuangan. Aktiviti untuk minggu depan sedang giat dirangka itupun kalau rajin..huhhhh....Idea dah makin berkurangan...will update later....

Wednesday, January 07, 2009

::: KePulanGan Nurin InsYiraH :::

Lepas check out dr resort around 12pm, kami terus bertolak balik ke KB untuk bawa balik our little girl to KL. Alhamdulillah, sekarang ni Nurin dah ada kat sini. Makcik pun ikut sekali sbb Nurin belum ngam dengan maid. Memang susah yg amat. Maid pegang botol susu pun, dia marah. Kiranya memang dia alergik betulla dgn maid tu. Kalau maid tu ajak dia jalan kat luar ok la...tp kalau nak mandi, nak suap makan or apa saja memang dia tolak mentah-mentah. ermmmm hopefully bukan selama-lama dia mcm ni. Kena bg masa utk dia sesuaikan diri dia dgn new environment. Dulu masa mula2 maid tu kat rumah hasni, nmpk tak la teruk sgt...tp skrg memang obvious sgt dia reject maid tu...hahahhahahaah...memang kena sabar and dengan budak kita tak boleh nak give up. kena sll mencuba. InsyaAllah mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya.
Weekend ni mami, abah, kak satu family berkumpul kat rumah. tak smpai seminggu cucu2 tingglkan mami abah, diaorg dah smpai ke gemas rumah kak...InsyaAllah Sabtu ni diaorg akan dtg ke KL and bermalam di rumah Hasni. Nurin mesti seronok dapat jumpa Abg Long....mcm tak boleh dipisahkan pulak...hahhahahahahaha..so skrg bila balik kerja dah tak terasa sunyi sbb bila smpai kat pintu pagar Nurin dah tunggu kat depan pintu dengan gelagat yang excited seperti budak2 lain bila sambut mak bapak balik dr kerja. rasa seronok sgt. Ada makcik utk berbual dan sembang apa sahaja. Semoga kebahagiaan ini kekal selama-lamanya.

Tuesday, December 23, 2008

::: Friendship Cup Cake :::

Carrot Muffin

Cantik and sweet kan cup cake ni...comel sgt dgn pink flowers tu..kalau dapat betul2 pun rasa cam sayang nak gigit makan....hehehehehehe

Cup cake ini dibuat oleh Kak Zaliana Jurnal Rasa sebagai tanda persahabatan. Kira berkongsi cup cake ni sikit sorang. So sebagai tanda persahabatan juga Hasni abadikan cup cake ini dalam blog Hasni. Semoga ikatan persahabatan berpanjangan hendaknya.

Sunday, December 14, 2008

::: CeRiteR CeRiTi :::

... AssalamualaikuM ...
ish dah lama tak berupdate blog ini. Biasalah sindrom kemalasan datang melanda. ermmm lagipun sibuk nak settlekan bebrapa perkara dgn maid n balik kampung hantar maid. Alhamdulillah maid dah sampai on 29/11/08 (sabtu). huh...3 jam kiteorg tunggu di port klang dari 6 ptg untill 9 mlm, lastnya pukul 10.30 baru smpai rumah. Penat sangat dan mmg tak selesa dgn panas dan tempat tu dipenuhi dgn warga2 indon. Rasa mcm berada kat Indonesia. So hari ahad tu maid dah start kemas ape2 yang patut dr tingkat bawah smpai tingkat atas, sapu n mop lantai. Hasni turun bawah dlm pukul 7 pagi selepas solat subuh tu mcm terkezut jugakla sbb kain2 yang belum dilipat setinggi gunung himalaya dah kemas tersusun rapi dalam raga pakaian..heheheheh tersenyum jugakla seketika. Then tgh hari tu hasni masak simple jer. Masak sardin, sayur and ayam goreng, maid pulak iron baju and sambil2 tu hasni explain kat dia keje2 yg perlu dia buat. Lepas lunch kiteorg terus gerak ke kelana jaya jumpa mami abah di rumah abang ja n sejam lepas tu Hasni, is dan nurin bergerak ke tabung haji kelana jaya kerana mak dan abah is akan berangkat ke tanah suci pada malam tu. Nurin tak lepak lama sbb Nurin kena balik ke KB flight pukul 9.30 mlm dgn mami n abah..so dlm pukul 6.30 mami dan abah singgah ke tabung haji untuk jumpa mak dan abah dan selepas tu terus bawa nurin untuk ke airport. Rasa sayu dan sebak terpaksa berpisah dgn Nurin. 2 minggu dia dgn Hasni dan is. Hilang semua rs sunyi, bosan dan penat sepanjang dia kat sini. Tapi takpe dia kat Kb pun cuma sebulan jer..awal tahun nnti kami akan bawa dia balik kesini untuk selamanya..hehehehe.
Berbalik pada maid, so far alhamdulillah kerana dia dah pernah bekerja selama 2 tahun dgn majikan di petaling jaya sebelum dia jd maid Hasni. Maknanya Hasni ni majikan dia yg kedua. So pasal keje rumah..Hasni dah tak risau sgt sbb dia tahu apa yg di kena buat. Nurin pun takla setruk mcm dulu..kiranya dia senang jugakla nak dgn maid tu. Maid tu umur 23 tahun from Medan, sekarang ni sejak hari raya haji yg lepas Hasni dan is hantar maid balik ke kota bharu dulu. So skrg ni mami dan makcik tolong ajar dia apa2 yg patut n yang penting Hasni minta mami advice dia skit2 semoga dia tidak terfikir untuk lakukan benda2 yg tidak baik. Setiap hari Hasni call mami dan tnya perkembangan maid kat sana. Alhamdulillah, good comment yang Hasni terima. Mami cakap, maid ni senang diajar dan mudah terima apa yang kita tegur dan dia jugak pandai melayan budak. Harap-harapnya bila ke sini semuanya dalam keadaan baik.
Cuti new year nanti hasni dan is akan balik ke KB n bawa Nurin, makcik and maid ke sini. Alhamdulillah akhirnya Nurin kembali ke pangkuan kami. Tak sabar rasanya nak tunggu new year nnti. Mudah-mudahan dengan kehadiran tahun baru islam nnti membawa sinar kebahagian dan kegembiraan dalam hidup kami sekeluarga. Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kami.
... WassalaM ...

Wednesday, November 26, 2008

::: My FirsT TaG - PerTamA KaLi :::

Tag by Riena

7 fakta tentang saya
  • saya seorang isteri, ibu, anak, menantu, kakak ipar, adik ipar, biras,kakak dan adik
  • saya wakil etiqa takaful yang sangat komited
  • saya bekerja makan gaji dan sekarang sedang berusaha untuk buat takaful full time
  • saya bakal mempunyai seorang maid dalam masa 2 hari lagi
  • saya seorang yang memetingkan keluarga dari kerja
  • saya bangga menjadi bekas pelajar matrikulasi
  • saya sedang berusaha untuk merealisasikan impian saya
7 perkara menakutkan saya di dunia

  • Allah dan hari akhirat...bekalan saya belum cukup untuk hadapi saat2 itu
  • kegagalan
  • kehilangan orang yang disayangi dan dicintai
  • hutang- errr ah long boleh letak sekali tak??? i tak hutang dgn ah long...never!! never!!
  • tikus, cicak, ulat, cacing..grrrrrrr..takut takut
  • Accident dan gambar yang ngeri dan menakutkan
  • mati mengejut-mintak dijauhkan
7 lagu buat masa skrg
  • tiada lagu yang betul2 menusuk kalbuku..tak sempat dan tiada masa nak melayan lagu..boleh??

7 perkara selalu sebut
  • alhamdulillah
  • ya-Allah
  • bismillah
  • biarla
  • org tau la
  • yelaa yelaa
  • ermmmm...(ermmm tu kira sebut ke???)
7 perkara yang amat bernilai

  • diriku, suami, mami abah, anak dan keluarga
  • ikatan suami isteri
  • cinta dan kasih sayang
  • harta benda yang dibeli dari hasil titik peluh walaupun harga yang murah
  • kerjaya
  • hati dan perasaan
  • kesihatan, rehat dan tidur..gagagagagaga
7 pertama kali dalam hidup saya
  • menjadi pengawas dan pelajar terbaik ketika disekolah menengah
  • mendapat tempat pertama di sepanjang/semua peperiksaan/ujian di tingkatan 4 dan 5 (sampai ke saat ini hasni masih tak percaya dengan pencapaian itu..Alhamdulillah)
  • berjaya mendapat 3 pointer above sewaktu semester pertama di matrikulasi melaka walaupun ketika itu Hasni dijangkiti penyakit yang amat teruk dan kritikal - HOME SICK
  • mengenggam segulung ijazah-kalau lah waktu boleh diputarkan kembali...ingin ku rakam kembali detik2 indah itu
  • jatuh cinta dengan is
  • hari menjadi isteri kepada is pada 28 Mei 2006
  • menjadi umi kepada Nurin Insyirah pada 11 Mac 2007