* pic yang tiada kaitan dengan cerita di bawah
errr...lamanya blog ni tak berupdate. Memang rindu nak update blog tapi mcm2 penyakit yg ada dalam badan ni yg payah nak di control....penyakit malas, penyakit xde mood, penyakit busy yang dibuat2 juga busy yang tidak dibuat2 juga penyakit melayan perasaan sendiri. So penyakit2 inilah yang membantutkan hasrat untuk meng-update blog.
Nak kata terlampau busy sangat di ofis tu tipu la kan...tp mmg mood untuk menaip tu xsampai ke tahap maksimum...hahahaha...tp hari ni alhamdulillah...Hasni cuba juga gagahkan jari jemari yang tak berapa nak runcing ni untuk memberi sedikit sentuhan di blog ini...hehehe...Blog ni Hasni cipta sebagai hadiah kenang-kenangan untuk anak or insyaAllah anak-anak Hasni nanti. Dari blog ini nanti mereka akan tahu secebis kisah hidup mereka yang umi coret dan rakam di halaman ini. Semoga ianya terus menjadi kenangan abadi hidup mereka.Sebagai ibu bapa yang bekerja sememangnya hari minggu adalah hari yang amat ditunggu-tunggu untuk melakukan apa jua aktiviti dengan anak-anak. Kitorang pun tak terkecuali. Walaupun hari minggu jugalah Is sibuk dengan aktiviti Takaful tapi we try our best to spend masa dengan our little princess. Nak spend masa dengan anak bukannya susah mana pun and tak semestinya pergi ke shopping complex or tempat2 riadah. Like us cukuplah dengan bergolek-golek n bergelak ketawa diatas katil sambil baling membaling bantal and bergumpal dengan selimut..itu sudah cukup menggembirakan. Nurin memang suka la sangat bila diajak main mcm ni...gelak tak ingat. Bila dah puas main kat bilik..maka turunla 3 beranak ni ke bawah and lepak-lepak pulak di depan tv dengan beraneka jenis makanan yang telah sedia untuk dikunyah. Memang seronok sangat bila dapat spend masa di rumah...yelakan takkan every week nak keluar je...poket harus dijaga...hehehehe, so pelbagaikan sesi bersama keluarga agar isian poket and keperluan keluarga seiring peredaran masa.A week before we all balik ke sabak bernam to iringi rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki tu pulak merupakan sepupu Is. Al-kisahnya kenduri di pihak pengantin lelaki telah dirancang untuk dibuat pada hari ni...tetapi oleh kerana minggu ni we all nak pegi short holiday and kami dah buat booking for 3d2n so Is decide untuk sama2 berarak bersama pengantin ke rumah pengantn perempuan. So fine...mak pun ok jer asalkan dapat tunjuk muka. Maka pada hari sabtu 25/7 we all balik ke sabak and pegi kenduri tu pulak pada hari ahad. Rumah pengantin perempuan tak la jauh sangat dari rumah mak tp yang bestnya rumah tu di tengah2 kawasan sawah padi...view yang sgt cantik dengan padi yang menghijau...untuk sampai ke rumah pengantin perempuan kami terpaksa melalui jalan yang sempit di tepi terusan...Nurin memang teruja la sbb tak pernah lalu kawasan mcm tu sblm ni...bising mulut dia duk tnya..." umi, ni ape? ", " umi, ite nak gi ane"..hehehehe memang kena sabar untuk menjawab soalan-soalan yang sama beratus kali. Cuaca hari tu tak la panas sgt tp maybe sbb sawah padi kan lapang so walaupun berangin tp Hasni tetap merasa bahang. Nurin pulak mukanya dah bertukar menjadi merah dah kepala pun dah basah. Dalam hati..." kesiannya anak umi" tp takpe sbb bila dipikirkan takkan nak letak dia under "comfort zone" jer, sesekali kena juga diajar untuk tahan lasak skit agar badan tak terlebih manja..hehehe. Itupun umi dan papa dah cukup baik dengan payungkan Nurin dari tempat letak kereta till sampai ke rumah pengantin perempuan. Takut la jugakkan org kampung ckp apa2.." ala....panas skit pun tak leh..." "...manjakan sgt anak tu". Tp bila difikirkan balik ehhh...helllloooooo tu anak saya pakcik/makcik/abg/kakak, kalau anak saya sakit saya jugak yang jaga dia bukannya awak2 semua...hehehehe (itu ckp dlm hati jer pun kalau2 aderorg ckp mcm tu...hahahah)Lepas makan dengan kenyang terus heret mak balik ke rumah...sampai jer rumah...ohhhhh nikmatnya...legaaa!!!. Nurin terus suruh papanya mandikan sbb panas sgt kut..bilik mandi nenek dia pulak ada kolah yang sungguh besar dan panjang so memang suka sgt la dia mandi ditambah pula air kolah kan sejuk. Lepas mandi terus zzzzzzzzzz tido dengan imbuhan susu sebotol. Umi dia pulak terus ambik peluang zzzzzzzz di tepi tilam Nurin till pukul 4. Letih la katakan. Bila dah bukak mata tgk jer pukul 4 terus bangun mandi and bersiap2 untuk balik KL. On the way balik tu sempat lagi singgah di Jeram untuk pekena seafood...Ok la dua orang makan kena RM83... ikan siakap stim asam boi, butter prawn, udang sweet sour, sotong goreng tepung, sotong bakar and tomyam. Amat puas and happy bila dapat makan udang n sotong dalam kuantiti banyak..hehehehe.Sampai rumah dah pukul 10, sembang2 and kemas2 then terus tido. Hati pulak dah melonjak2 and dah tak sabar nak berholiday..membilanh hari jer untuk bertolak on jumaat 31/8. Tetapi kita hanya merancang Allah yang menentukan...balik jer dr ofis hari isnin 27/7, Nurin demam. Takla panas sgt tp stil dlm kategori demam. Tp dia tetap aktif mcm biasa..mcm org tak demam. Malam time tido till pagi esoknya tak pulak dia demam..but Hasni tetap bg ubat demam kat dia. Till selasa ptg 28/7 bdn dia dah tak panas. Tp bila dekat maghrib temperature mcm naik balik tp tak terlampau panas...rupa2 nya dia balun main dengan amirul tgh hari tu smpai lencun...so bila mlm naik la balik panasnya...sepatutnya kena rest bukannya main. Tp budak...ckp la mcm mn pun bukannya nak dgr...dah fitrah mcm tu...ermmm..Alhamdulillah demamnya tak lama. Secara kebetulan juga our holiday di postpone to 14/8 atas sebab2 yang tak dpt dielakkan.So sabtu and ahad minggu ni duduk la kami di rumah untuk menikmati cuti yang sungguh indah ini..hihihihi..abah,is and adik pulak ke KL join perhimpunan menentang ISA..Hasni sungguh bangga dengan abah, is dan adik. Kebenaran tetap akan menjelma. Teruskan perjuangan. Aktiviti untuk minggu depan sedang giat dirangka itupun kalau rajin..huhhhh....Idea dah makin berkurangan...will update later....
1 comment:
Интересно написано....но многое остается непонятнымb
Post a Comment