Wuiiii...dh lama tak update blog. 7 hari lagi genap sebulan. Biasala...hasni ni bukannya blogger tegar yang selalu update blog. Time free boleh la update..tp kalau dh busy memang tak sempat nak sentuh pun. Ermmmm...pejam celik pejam celik hari ni dah 10 hari kita berpuasa..Alhamdulillah. Mami abah dah balik ke KB 1 August hari tu. Rindu pulak dekat mami abah..mana tak nya..diorang kat KL 2 bulan lebih. 2 minggu lagi pulak nak bawak nurin n makcik pulak balik KB. Nampaknya inilah masa yang paling hasni tak suka sbb kena tingglkan nurin kat sana buat sementara seperti sebelum2 ni..insyaAllah tak lama sangat rasanya. Dan yang best nye jugak tahun ni beraya di KB...macam tak sabar pulak nak beraya.
Baju raya hasni, is dan nurin masih lagi ada kat tailor...harap2 sempat siap supaya kami bertiga dapat beraya dengan anggun dan berseri di pagi raya..hehehe. Esok plan nak balik sabak walaupun weekend last sebelum puasa hari tu dah balik sana. Hasni tak kisah pun memandangkan tahun ni tak balik raya kat sana so rasanya elok la time puasa ni balik ke sana dan insyaallah klau takde aral melintang weekend terakhir sebelum raya pun kami nak balik sabak jugak. Petang ni kak mira sefamily dtg rumah hasni sbb weekend ni dia nk pusing KL shopping raya untuk diri sendiri n anak2..weekend minggu lepas pun dia dtg jugak. Seronok bila berkumpul ramai2, berbuka n bersahur bersama. Malam ni nak bawak dia ke bangi sbb dia nak beli something n lepas tu maybe nak ke putrajaya sambil jalan-jalan sambil pekena roti canai...hahahahaha.
Pasal nurin pulak..alhamdulillah nurin semakin hari semakin bijak, petah, dan tentunya menjadi kawan karib hasni yang paling hasni percayai. Semua tentang nurin amat menyenangkan hati hasni. Kalau ikutkan hati memang setiap saat tak nak ketinggalan bersama nurin..tp apa kan daya, apa yg kita rancang bukan semuanya menjadi kenyataan. Apa pun hasni berharap nurin menjadi anak yang solehah dan menyenangkan hati semua orang yang berada di sekelilingnya. Nurin, ketahuilah bahawa umi dan papa teramat sayangkan nurin melebihi apa yang umi dan papa miliki sekarang. Nurinlah yang menjadi kekuatan dan kebahagiaan umi dan papa. Umi dan Papa teramat bangga kerana Memiliki diri Mu.