Thursday, February 25, 2010

::: Balik KG :::




InsyaAllah, petang esok nak balik kg sabak. Seronoknya sebab esok cuti. Pagi esok is nak keluar pergi ker bengkel kereta..tak tau la nak tukar apa. So dalam pukul or pukul 5 kut kami bertolak balik. Ataupun tunggu redup skit. Bukan tak boleh bertolak tengahari tapi memandangkan sekarang cuaca panas, so lebih baik tunggu petang skit baru bertolak. Memang la kereta ada aircond tapi bahang n silau kat luar tu yang tak tahan. Kalau pasang aircond pun memang kena maximum..rugi minyak pulak tu. Pukul 4 tu ok la...then nak singgah kat area jeram pulak pekena seafood..hehehehehe. Macam dah jadi kewajipan pulak, everytime balik kg kena singgah kat situ.

Hari sabtu atuk saudara is yang rumahnya hanya bersebelahan dengan rumah mak abah, buat kenduri menyambut menantu. Tak sabar ni nak makan sambal goreng jawa dan rendang daging hitam...huhhhhh!!!! sedapnya. Sambal goreng dan daging masak hitam tu memang favorite hasni. Mak abah pun dah faham sbb tu kalau time balik kg then ada kenduri laju jer hasni ikut mak.....surenya dapat makan sambal goreng dan daging hitam tu.  Mak punya air tangan pun ape kurangnya..kalau mak masak sambal goreng memang bermangkuk-mangkuk hasni ratah.  Kesimpulannya, tak kisah la makanan dari negeri mana pun, asalkan kena dengan selera hasni...maka semuanya akan dibalun..hehehe.  oh ya!!! adik beradik is pun semua balik minggu ni, cuma kak suzi jer yang tak dapat balik sebab abg long kena kerja. So takpelah...lagipun bulan 5 nanti ader lagi big big big event yang mewajibkan adik beradik dan family berkumpul. Seronok dapat berkumpul ramai2 dan berkongsi cerita masing-masing.


 

Wednesday, February 24, 2010

::: Postpone :::



Plan asalnya kami nak ke kuantan on 6/3/2010 - 8/3/2010.Tup2 is ader hal berkaitan dengan kerja yang tak dapat dielakkan. So sebagai seorang isteri yang amat memahami kerjaya suaminya...hehehehehee maka percutian kami anak beranak akan ditunda kepada satu tarikh yang tidak akan melepasi ke bulan April. InsyaAllah, so far is cakap date yg kedua hasni pilih tu adalah yang paling terbaik...hehehehehe. Hasni ok jer...asalkan dapat pergi bawak nurin...takpe2...tak lama pun nak bercounting...tak sabar sungguh!!!!





::: Words :::




To realize the value of ONE YEAR,
Ask a student who failed his or her final exam.

To realize the value of ONE MONTH,
Ask a mother who gave birth to a premature baby.

To realize the value of ONE WEEK,
Ask an editor of a weekly magazine.

To realize the value of ONE DAY,
Ask a daily wage laborer who has six kids to feed.

To realize the value of ONE HOUR,
Ask the lovers who are waiting to meet.

To realize the value of ONE MINUTE,
Ask a person who missed his or her train.

To realize the value of ONE SECOND,
Ask the person who survived an accident.

To realize the value of ONE MILLISECOND,
Ask the person who won a silver medal in the Olympics.

AND

To realize the value of this precious LIFE,
Ask the person who is now six feet under!

- Quoted from The 7 Habits of Highly Effective Teens by Sean Covey, page 127 [the last two sentences are from my addition]


So when you have finished (from your occupation), then stand up for the next duty. And to your Lord (Alone) turn (all your intentions and hopes and) your invocations. [Al-Sharh 94: 7-8]



credit to: www.saifulislam.com


Tuesday, February 23, 2010

::: Nurin's New Teddy :::




  bought this colorful cute teddy for nurin's at guardian midvalley

  she loves the teddy so much

But nurin's still loves her teddy baby that she left at home also her pink big teddy bear and her big kitty (but she pronounced as kittin...hahahahaha)

 


::: Hari Ahad Yang Ceria :::



Hari ahad jam 7 pagi dah kejutkan nurin. Sajer jer nak bawak nurin dan makcik jalan-jalan ambik angin kat Putrajaya and breakfast kat sana. Breakfast kat kedai mamak kat precint 8. Is order kuey teow goreng, nurin makan mee goreng, makcik pulak makan nasi lemak dan hasni makan roti telor. Kari hasni makan dengan roti telor tu memang best yang terlampau. Sedap sangat...bila di campur dengan sambal..lagi la sodappppppppp marvellous. Kena pergi lagi nampaknya pekena roti kat kedai tu. Lepas breakfast sambung lagi ronda2 n pusing2 sekitar putrajaya. Jalan2 kat wetland sekali...sempat la nurin tengok flamingo kat kolam wetland tu. Sebelum balik rumah singgah pulak cuci kereta, melepak la kejap kat car wash. Sampai rumah pukul 12 tengahari. 

 
  
masuk jer kereta terus pakai sunglass...ermmmm



::: Hari Sabtu Yang Happy :::





Hari Sabtu keluar ke Mid Valley. Sebab nak shopping sikit then terus lunch kat sana. Nurin apa lagi..seronok sakan la dia boleh jalan2 n lari2 sana sini...sampaikan kejap2 is kena dukung sbb dia cakap kaki dia lenguh..hehehehe. Time dah nak balik tu tiba2 dia cakap.."umi, bila nak beli spec mata kakak" laaaaaa...umi lupa la memang dah 2 minggu dia request nakkan sunglass, hasni pun memang nak belikan untuk dia sbb sekarang ni memang panas. Kalau naik kereta kesian pulak kat dia sbb mata dia tu expose kena cahaya. Ada la jugak yg dia pakai sunglass hasni, tp bukan size dia...gedabak la jadinya. So masuk la semula dalam jusco and belikan dia sunglass...dapat jer sunglass dalam jusco midvalley tu jugak dia pakai. 


 
  
  
lunch at KRR midvalley 
 
  
  
hati riang gumbira dan ceria setelah mendapat apa yang dihajati 




Friday, February 19, 2010

::: Renungan :::



Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu tidak mungkin dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!



credit to : www.saifulislam.com




::: Kali ke-2 :::




Ini merupakan kali ke-2 kami akan bercuti  di kuantan selepas bercuti di Hyatt Regency Teluk Chempedak pada August 2009


Hyatt Regency Telok Chempedak
 
 
Hyatt Regency Telok Chempedak

Dan

Ini juga merupakan kali ke-2 kami akan menginap di Swiss Garden Resort and Spa selepas kami menginap di resort yang sama di Damai Laut, Lumut pada January 2009


 Swiss Garden Resort and Spa Damai Laut

  
Swiss Garden Resort and Spa Damai Laut


Untuk short holiday 3d2n memang kami prefer untuk pergi yang area dekat sahaja. Badan pun tak penat dan tak perlu nak duduk dalam kereta lama-lama.  Jadi Kuantan merupakan tempat dan pilihan yang terbaik untuk kami memandangkan jarak perjalanan hanyalah 2 jam dan yang penting tempat kami menginap mempunyai view dan pantai yang cantik dan menarik. Bagi hasni, percutian ini adalah untuk untuk merehatkan minda dan badan juga untuk bergembira bersama keluarga. So tak perlu nak penat2 pergi tempat jauh2 dan tak perlu meletihkan diri untuk bershopping. Just stay dalam hotel, keluar jalan-jalan and makan-makan sahaja.That's more than enough.



 

::: i luv u with all my heart :::




Setiap hari terasa malas hendak berpisah ke tempat kerja adalah kerana Dia
Bila di tempat kerja harus menelefon 3 kali sehari adalah kerana Dia
Bila pulang dari kerja yang melompat gembira menyambut kepulanganku adalah Dia
Yang membuatkan hari-hari ku penuh dengan keceriaan adalah kerana adanya Dia
Yang membuatkan diriku bersemangat untuk berusaha adalah kerana adanya Dia
Diri ini teramat bahagia kerana adanya Dia 

 Dan


Dia adalah segala-galanya yang amat bermakna dalam hidupku


::: Our Family Get Together Holiday :::





InsyaAllah jika tiada aral melintang dalam masa terdekat ni kami akan bercuti-cuti Malaysia. Alhamdulillah bilik yang kami nak masih available. Nurin pun dah tak sabar nak swim and nak duduk di hotel katanya...hehehehehe. Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Dan our next cuti-cuti malaysia will be on July. Hopefully, semua plan akan menjadi kenyataan.




 







Wednesday, February 17, 2010

::: Shopping Raya 2010 :::





Hari sabtu lepas kami ke Jakel...hehehehe. Adala shopping sikit dan yang penting baju raya kami,  kain baju melayu kedua2 atok nurin dan untuk mami, mak dan makcik dah terbentang di depan mata tinggal nak hantar ke tailor.  Lega!!!! so lepas ni dah tak perlu fening-fening nak pikir dan berasak-asak dengan orang ramai di masjid india tu..hahahahaha. Ini first time belikan kain baju kurung untuk nurin. Sebelum ini dia pakai baju sepupu-sepupu jer...lagipun time tu dia kecik lagi so kalau buat baju kurung pun bukannya boleh pakai lama. Tapi tahun ini alhamdulillah nurin dah boleh pakai baju kurung dia sendiri. Kalau difikirkan memang la awal shopping raya tu, tp hasni memang suka prepare awal2.,sebab tak suka kelam kabut dan nanti tak nak ada kes disebabkan beli kain last minit so tailor dah tak nak terima sebab dah bnyk tempahan. Jadi kalau tailor dapat siapkan baju awal2 pun ok...simpan dalam almari, then time raya baru pakai...hehehehehe. InsyaAllah tahun ini akan beraya di Kota Bharu.


 



::: Duduk Rumah Masak Masak Makan Makan ::





Home Made Foods


Menu Sarapan Pagi Hari Ahad

 Makaroni Goreng (lupa nak letak sayur)


Menu Hari Ahad 
Nasi Ayam ( nasi dan sup tak sempat nak snap)


Menu Hari Isnin

Kuey Teow Kung-Fu

   
 Menu Hari Selasa

Mee Bandung






Thursday, February 11, 2010

::: i want krr again :::




Memang la weekend lepas dah makan, tp rsnya belum puas. Masih lagi terliur untuk menikmati sekali lagi. haihhhhh!!!! ini susahnya kalau mahu makan berulang kali. Hasni rasa the last time we all makan krr ni dah setahun then weekend lepas la baru makan krr ni balik. Biasanya hasni ni cepat muak kalau makan benda2 macam ni. Tapi kali ini ok pulak. Ermmmm....sukarnya nak memuaskan tekak sendiri. Is cakap ok jer kalau nak makan lagi krr ni weekend ni. Tengoklah, kalau weekend nanti tekak ini masih lagi  mahukan krr  maybe akan dituruti jua kehendaknya. Manalah tahu kut2 weekend nanti tekak ni beralih nak makan menu lain pula. Sebelum makan, kasi tangkap shahdu dulu dengan hidangan-hidangan krr kat bawah ini....



 
  
  
  
  
  
 
  

  

  

  

  

 


* all pics are from krr website 




::: GianT :::



Dulu, waktu mula-mula stay kat rumah kami sekarang, kalau nak beli barang dapur biasanya kami ke tesco puchong or giant puchong or giant kelana jaya. Tapi sejak giant bandar kinrara di buka kira-kira 3 tahun yang lepas maka aktiviti membeli barangan dapur hanya tertumpu di sana. Dekat dengan rumah, senang parking, luas + besar + selesa merupakan faktor penyebab kami membeli belah di sana. Nak kata barangan murah tu tak la sangat. Adala certain2 barang yang murah dan berpatutan tu. Mungkin ada sesetangah barang tu kalau nak di compare dengan mydin memang mydin la yang juara. Tapi memandangkan giant lagi dekat so ke giant la kami menapak. Kena kira jugak la minyak kereta dan masa yang terlebur...kalau setakat beza seringgit takkan la nak menapak ke mydin jaraknya jauh sedikit berbanding giant. Balik ke kota bharu hari tu memang hasni ambik kesempatan la shopping kat mydin seperti hair shampoo, body shampoo, sabun mandi yang ketul, ubat gigi dan adala 2 3 benda lagi. Hair shampoo jenama pantene yang besar di mydin hanya RM 11 berbanding yang dijual di giant harganya mencecah RM 18. Tapi lepas ini nampaknya kami dah boleh jimat la sebab "my mydin" akan dibuka berdekatan dengan rumah kami...hanya sekangkang kera sahaja...hehehehehe. Jadi kena selalu tgk website mydin dan giant untuk banding2 kan harga. Mungkin separuh barang akan di beli di giant dan separuh lagi barang dibeli di mydin. Mana yang murah disitulah kami tuju...asalkan berbaloi dengan jarak dan minyak kereta yang dilaburkan.

Tadi hasni tengok website giant dan noticed susu low fat dan full cream ada promotion. Susu full cream tu untuk makcik. Dulu hasni belikan dia susu anlene gold. Tapi hari tu dia cakap dia dah tak nak susu anlene sebab bila minum susu anlene dia susah nak buang air besar. So hasni switch to full cream milk. Alhamdulillah dia cakap ok. So disebabkan stok susu low fat dan full cream dah habis maka weekend ni boleh la menapak kejap di giant. Beli susu and tembikai jer sebab awal bulan hari tu baru shopping kan....


 Buy 1 packet and get 50% off for next packet


 
  Tak kisah la apa jenama sekalipun asalkan halal dan berkualiti



Tembikai (tiada biji) di giant pun murah RM 0.88 per kg (dlm paper the sun hari ini).  memang selalu beli tembikai di giant sbb di pasar borong or pasar malam memang tak dapat dengan harga tu. Paling mahal pun yang kami pernah beli di giant ialah RM 0.99 - RM 1.29 tetap antara yang termurah jika dibanding dengan pasar malam dan pasar borong. Harus rembat sebiji sebab yang dalam peti ais cuma tinggal 1/4 sahaja lagi hasil rembatan nurin malam tadi.




::: Semalam EL :::



Hari isnin balik dari kerja, hasni notice badan nurin panas. Lepas maghrib terus bagi ubat demam dan is pulak tolong lapkan badan nurin. Alhamdulillah lepas tu dia ok hinggalah membawa ke hari selasa. Hari selasa pagi sebelum nak pergi kerja hasni tengok dia ok so hasni dah tak bagi dia ubat. Tapi every 1 hour hasni tetap call makcik untuk tnya progress nurin. Makcik cakap nurin ok dan aktif macam biasa. Pukul 4 petang, hasni call makcik cakap badan nurin macam panas. Makcik nak bagi ubat dia tak nak, nak lap badan pun tak nak. So hasni balik awal dalam pukul 4.30. Sampai rumah, memang badan dia panas. Tapi dia ok jer aktif. Hasni terus bagi dia ubat dan ajak dia masuk bilik and switch on aircond. Hasni lap badan dia. memang panas la time tu. Risau jugak. Then lepas azan maghrib hasni ajak dia mandi..dia ok jer dan badan dia pun dah sejuk sehinggalah pagi semalam. Walaupun dah tak demam, hasni tetap bagi ubat kat dia pada jam 8.45 pagi. Then hasni decide nak ambik EL sebab nak monitor nurin. Pelik jugak sbb dua hari berturut-turut dia demam petang. Time pagi n tengahari ok jer. Our conclusion, maybe sbb panas (sekarang ni cuaca panas sangat, even bukak tingkap pun, yang masuk adalah udara panas) and maybe jugak berjangkit dengan is yang demam weekend lepas. 

Daripada duk berteka teki teka tekuk, kami bawak dia pergi ke klinik. Bila doktor dah check nurin, doktor cakap temperature nurin normal dan tak demam so doktor ckp maybe disebabkan virus. Doktor suruh hasni monitor dia sampai malam semalam and stop bagi ubat. Kalau petang or malam dia still demam, so doktor suruh datang ke klinik ambik antibiotic. Keluar dari klinik terus ke KFC sebab nurin duk request kfC since kat klinik lagi. Mana tak requestnya, KFC tu seberang jalan jer. Hasni tak kisah la dah dia nak makan. Lagipun since hari isnin yang dia demam tu makcik cakap dia tak  berapa nak makan. So hasni beli lah set ini untuk nurin. Shrimp hearties and ayam tu habis dia makan.



 
 shrimp hearties tu memang teramat sedap


Alhamdulillah, balik dari klinik sehinggalah ke pagi tadi nurin dah tak demam walaupun tanpa diberi ubat. Really hope dia dah ok. Lega sikit hati umi. Lindungilah Nurin Ya-Allah.





Tuesday, February 09, 2010

::: Nasi Lemak Buah Bidara :::



Nasi Lemak Daun Pisang


























Petang semalam kat ofis, sambil2 buat keje sambil fikir nak masak apa untuk bekal hari ini. Tiba2 terlintas nak buat nasi lemak. Maka balik dr kerja petang semalam, sebelum sampai rumah singgah dulu kat kedai beli santan, timun, 4 helai daun pandan (even daun pandan pun kena beli sebab dh berpuluh2 kali tanam tapi tak menjadi), dan daun pisang (juga kena beli sebab tak sempat nak tanam pokok pisang). Daun pisang ni memang menjadi feveret hasni untuk dijadikan alas untuk apa jua masakan. Aroma daun pisang tu memang berjaya menambah hati. Apa sahaja makanan yang beralaskan daun pisang mesti hasni terliur  dan tergoda especially nasi lemak, nasi bungkus, mee or kuey teow goreng juga char kuey teow. Kadang2 tu yang tidak tergerak nak beli pun terbeli jugak akhirnya bila nmpk makanan berbungkus dgn daun pisang. So sebelum tidur semalam dah siap-siap buat sambal tumis ikan bilis. Pagi tadi bangun just masak nasi dan goreng telor. Alhamdulillah boleh la di buat bekal untuk makan tengahari dan makanan untuk makcik di rumah. Oh ya kalau sambal tumis hasni lebih suka ikan bilis di masukkan sekali kedalam sambal tanpa digoreng....kalau ikan bilis tu digoreng asing pun makan jugak tetapi hasni lebih prefer ikan bilis sambal.Malam ni pulak nak balik masak kuey teow goreng daun pisang. Daun pisang yang beli semalam masih ada balance....yeayyyy!!!!



::: Meet My Lovely GirlFriend ForeveR :::




sunday morning smile









 sunday morning boring smile







Monday, February 08, 2010

::: Nurin's BirthdaY DinneR :::

 


Kenny Rogers Roasters @ Subang Parade