Thursday, February 11, 2010

::: Semalam EL :::



Hari isnin balik dari kerja, hasni notice badan nurin panas. Lepas maghrib terus bagi ubat demam dan is pulak tolong lapkan badan nurin. Alhamdulillah lepas tu dia ok hinggalah membawa ke hari selasa. Hari selasa pagi sebelum nak pergi kerja hasni tengok dia ok so hasni dah tak bagi dia ubat. Tapi every 1 hour hasni tetap call makcik untuk tnya progress nurin. Makcik cakap nurin ok dan aktif macam biasa. Pukul 4 petang, hasni call makcik cakap badan nurin macam panas. Makcik nak bagi ubat dia tak nak, nak lap badan pun tak nak. So hasni balik awal dalam pukul 4.30. Sampai rumah, memang badan dia panas. Tapi dia ok jer aktif. Hasni terus bagi dia ubat dan ajak dia masuk bilik and switch on aircond. Hasni lap badan dia. memang panas la time tu. Risau jugak. Then lepas azan maghrib hasni ajak dia mandi..dia ok jer dan badan dia pun dah sejuk sehinggalah pagi semalam. Walaupun dah tak demam, hasni tetap bagi ubat kat dia pada jam 8.45 pagi. Then hasni decide nak ambik EL sebab nak monitor nurin. Pelik jugak sbb dua hari berturut-turut dia demam petang. Time pagi n tengahari ok jer. Our conclusion, maybe sbb panas (sekarang ni cuaca panas sangat, even bukak tingkap pun, yang masuk adalah udara panas) and maybe jugak berjangkit dengan is yang demam weekend lepas. 

Daripada duk berteka teki teka tekuk, kami bawak dia pergi ke klinik. Bila doktor dah check nurin, doktor cakap temperature nurin normal dan tak demam so doktor ckp maybe disebabkan virus. Doktor suruh hasni monitor dia sampai malam semalam and stop bagi ubat. Kalau petang or malam dia still demam, so doktor suruh datang ke klinik ambik antibiotic. Keluar dari klinik terus ke KFC sebab nurin duk request kfC since kat klinik lagi. Mana tak requestnya, KFC tu seberang jalan jer. Hasni tak kisah la dah dia nak makan. Lagipun since hari isnin yang dia demam tu makcik cakap dia tak  berapa nak makan. So hasni beli lah set ini untuk nurin. Shrimp hearties and ayam tu habis dia makan.



 
 shrimp hearties tu memang teramat sedap


Alhamdulillah, balik dari klinik sehinggalah ke pagi tadi nurin dah tak demam walaupun tanpa diberi ubat. Really hope dia dah ok. Lega sikit hati umi. Lindungilah Nurin Ya-Allah.





No comments: