Cucur ni diklasifikasi dan dijustifikasi sebagai "moden" disebabkan oleh bahan2 yang digunakan untuk menjadikan ia sebagai cucur moden. Lagi satu kalau nak dibandingkan dengan typical cucur2 yang dijual di gerai2 tepi jalan (kangkung semata-mata dan dimasukkan bikarbonat soda yang banyak, sampaikan rasa loya tekak), maka cucur versi moden ini boleh dikatakan dapat menandingi cucur typical tersebut dr segi bahan, tekstur, juga yang penting adalah rasanya yang marvellous sedap...hahahahahahah (dah merapu raban dah ni)
ok....ini resipinya, Kalau tak sedap mungkin anda tidak membasuh tangan, tidah baca bismillah, buat dalam keadaan marah or tunjuk perasaan or tanpa rasa kasih sayang or tidak ikhlas, dan mungkin jugak anda bukan Hasni, maka sebab tu lah cucur anda tidak sesedap my own air tangan cucur.....hahahahahahaha.
(untuk 2 orang makan kira2 dlm 20-30 biji, harus diingat bahawa kiraan biji itu depends pada selera dan keluasan perut seseorang itu. Juga harus diingat bahawa pemilik resipi ini amat menggemari meletakkan lauk pauk yang bnyk didalam masakannya...so sendiri mau agak2 ye bahan2 tersebut)
Bahan-Bahan:
- Mestilah Tepung
- Air
- Sedikit bikarbonat soda
- Telor (optional)
- Sotong - suka hati la nak potong kecik or besar
- Udang - suka hati la nak potong kecik or besar
- Crab stick / Sosej - suka hati nak potong kecik or besar (optional)
- Bawang besar (potong tebal n banyak2..hehehehe)
- Bawang putih
- Cili masak hijau n merah
- Cili api hijau n merah
- Daun bawang
- Kiub maggi/knorr ikan bilis (optional)
- Garam
- Aji shio pepper (optional)
Cara-Cara:
Masukkan tepung ke dalam bekas dan ayakkan tepung td bersama sedikit bikarbonat soda then bancuhlah tepung td dengan telor dan air
Tumbuk bawang putih + cili masak + cili hijau dan kemudian campurkan dalam bekas adunan tepung. (hasni guna cili masak sebab nak kan aromanya n cili api tu untuk pedaskan cucur sbb cili masak tak pedas)
Disebabkan hasni tidak menggunakan ikan bilis kerana malas nak tumbuk n takut nanti mcm berselirat jer bahan2 dalam cucur kerana udang n sotong /sosej dah ada, so hasni guna kiub ikan bilis sebagai perasa. Larutkan kiub kedalam air panas dan kemudian campurkan sekali ke dalam bekas adunan
Then masukkan sotong/udang/sosej/crab stick
Juga daun bawang dan bawang besar (ala tak ikut turutan pun boleh...suka hati la nak masukkan apa2 dulu pun)
Masukkan garam, jangan banyak sangat la sebab kiub ikan bilis tu ada rasa masin gak sikit...agak2 n rasa lah ye. Pepper tu optional la..semalam hasni tak letak. Kalau nak letak pun boleh...takde saper yang marah.
Last but not least, nak tunggu apa lagi.....Gorenglah cucur tu..then lepas goreng jangan lupa pulak makan.
p/s: nak letak sayur mayur pun boleh like kubis, kangkung dll...tp hasni dh jemu la letak sayur2 tu...sekarang ni mmg suka buat mcm ni sebab rasa sotong n udang tu lagi pure.
::: SeKiaN :::
No comments:
Post a Comment