..................................................................................
Alhamdulillah, hanya tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum kami bertemu...dalam tempoh sebulan ini hanya telefon yang menjadi penghubung kami anak beranak. Tak tahu nak explain mcm mn...excited nak jumpa anak seperti excited menunggu detik akad nikah or lebih dari itu. Nurin cakap..."umi, kakak dah kemas baju dlm beg" then hasni tanya.."kakak nak gi mana" she replied "nak balik umah umi laaaa"...hehehehehe so sweet. Berbunga-bunga rasanya hati ni.
Rindu segala-gala yang berkaitan dengan Nurin. Rindu nak masak and suapkan dia. Rindu nak mandi n main buih sabun dengan dia, rindu nak tgk mulut dia yg mengomel, rindu nak main merajuk-rajuk dengan dia, rindu nak usik dia, rindu nak rasai kasih sayang seorang anak untuk ibunya...rindu segala-galanya. Hari rabu malam dah kena pack barang...sbb hari khamis tu balik jer dr kerja, mandi then terus tolak balik sabak bernam. Tak boleh sampai lewat sangat kat kg sbb nnti is tak cukup tidur pulak nak drive balik KB jumaat keesokannya.
Dah janji dengan Nurin, sampai jer ke LCCT pukul 10 pagi on 3/2 tu terus nak pergi giant sbb nak beli brg dapur. Dengar nak pergi giant pun dia dh seronok bukan main...hahahahaha. Banyak jugak la yang hendak dibeli sbb susu nurin pun kena beli sbb hasni tak simpan stok kat rumah. Sekarang ni kalau tak simpan stok pun ok kut sbb giant pun sll buat promotion susu. Kalau tak pun speedmart dah bukak kat area rumah hasni...hanya sekangkang kera jaraknya..jalan kaki pun boleh, susu nurin kat situ murah...so bila2 masa pun boleh beli.
Waktu umur nurin bawah 2 tahun, time tu dia mmg kuat minum susu. Susu yg peket 1kg tu untuk 5-6 hari sahaja, sbb tu kalau pergi giant n time susu murah memang 10 paket sekali beli...tp skrg dh kerap n bnyk promotion so tak perlulah nak beli bnyk2 terus...2 or 3 paket sekali beli pun dah ok. Lagipun sekarang untuk 1kg susu tu boleh la tahan 7-9 hari. Buat 7-8 oz tu memang habis sekaligus. Makan la apa sekalipun n even dia dh kenyang dgn makanan, susu sebotol tetap habis.

No comments:
Post a Comment