Thursday, June 19, 2008

...PasTe ToMyaM HoMe MaDe...

::: AssalamualaikuM :::
smlm hasni bg resipi tomyam putih utk kak z, tp td bila selak2 majalah rasa ada ternampak mengenai tomyam..so boleh cuba juga resepi di bawah ni....kalau restoran2 yg masak makanan thai kat kelantan biasanya meraka akan masukkan sos tomato or chili yg didatangkan dari siam (yg halal) utk dimasukkan sekali apabila membuat pes tomyam. cuma satu sahaja pesan hasni...klau ingin memasak apa sahaja lauk yang menggunakan sotong or udang..jgn masak terlalu lama kerana ia akan keras. so keluarkan dahulu sotong n udang n bila sup dah masak baru dicampurkan semula udang n sotong tersebut.
..............................................................................
memang mudah jika menggunakan pes tomyam yang ada dijual di pasar raya. tetapi jika pes tomyam dibuat sendiri, tentulah hasilnya lebih menarik dan semestinya sedap. kita hanya perlu cili kering yang dikisar atau boleh juga menggunakan cili pes, sedikit udang kering, jus asam jawa, bawang putih, bawang merah, belacan, gula merah, garam perahan limau nipis, sos ikan jikasuka dan kisar hingga halus. tumis di dalam minyak masak dan alihkan daripada api, sejukkan. simpan di dalam peti sejuk.
saya tidak berikan sukatan kerana semua bahan-bahan ini mengikut cita rasa sendiri. jika inginkan lebih pedas, tambah cili. jika inginkan lebih manis, tambah gula merah. apabila merebus untuk sup tomyam, tambahkan serai, daun limau purut, daun ketumbar, hirisan bawang besar, udang, ayam, sotong dll jika dirasakan perlu juga cendawan atau apa2 sahaja sayuran yang digemari serta masukkan pes tomyam yg disediakan. Hidang Panas...

::: Wassalam:::