Wednesday, June 04, 2008

BaLik KB....

i luv both of you....

Assalamualaikum,

Mlm ni hasni n abg balik ke kb..rindu sgt kat Nurin. Td mami cal..mami bgtau dia dah beli basikal utk nurin...senyum lebar nurin. Sehari dua ni nurin duk berebut basikal dgn abg long...dia jeles tengok abg long naik basikal sorang2....so tok abah and tok umi pun beli basikal baru utk nurin...memang cucu atok betulla nurin ni..

Esok dan lusa hasni n abg cuti..so dapatla bermalam dgn nurin 3 malam...umi rindu sgt2 ni...rs xsbr nak tengok nurin esok pagi....insyaAllah minggu depan maid agenct tu bgtau hasni boleh dapat detail utk maid..so harap2 kali ni betul2 jadi..tak sanggup dah nak tunggu lama2..tak sabar nak bawak nurin balik ke sini..pejam celik pejam celik dh 7 bulan nurin kat kb. InsyaAllah kurang 2 bulan lagi hasni boleh bawak nurin balik kl. Nampaknya raya tahun ni boleh la Nurin balik sabak bernam. Nenek n atok kat sana pun rindu kat Nurin...
Hanya tuhan sahaja yang maha mengetahui perasaan seorang ibu...dan hanya seorang ibu yang layak keatas diri anak yang dikandung selama 9 bulan. Perasaan yang sukar digambar dan ditafsir dgn kata2...hasni bangga menjadi seorang ibu...sungguh indah ciptaan dan kurniaan yg Allah bagi pada seorang ibu. Sebab itulah memang layak "syurga itu di bawah tapak kaki ibu"

Sememangnya ibu adalah insan yg istimewa dan insan yg teragung di dunia ini. Tak dapat nak diungkapkan dengan kata2 hakikat sebenar pengorbanan ibu untuk anak-anak. Itulah nikmat Allah yg sebenar

No comments: