
Assalamualaikum
Alhamdulillah...at last berjaya jugak hasni settlekan blog ni.
Syukur sgt. Dah lama hasni aim nak ada blog sendiri tp sebelum ni rasa kurang yakin. So minggu lepas tiba2 keinginan tu datang..apa lagi terus la hasni create blog ni. Sebenarnya tujuan blog ni hanyalah untuk merakam kisah2 peribadi/keluarga dan ingin berkongsi pendapat dgn semua mengenai apa jua topik. Sebenarnya di dunia yg sementara ini banyak benda yg boleh kita kongsikan dan ambil iktibar diatas sesuatu perkara yg berlaku disekeliling kita. Hasni banyak menimba ilmu dari blog2 ilmiah yang lain...yg cenderung kepada motivation, sahsiah diri, agama dan apa jua topik yg membina yg Hasni rasa dapat menjadikan diri Hasni golongan yang lebih baik dari semalam.
Hasni amat bersyukur kerana hidup Hasni dikelilingi oleh insan-insan yang tidak mahu melihat Hasni tersungkur dan dimamah godaan-godaan dunia. Hasni mempunyai mami, abah, makcik, abg ja, abg rif, chekak, adik yang amat penting dalam hidup Hasni...Hasni hidup bahagia dengan kasih sayang mereka ( i luv them so much). Suami Hasni (Abg) dan permata hati Hasni, Nurin Insyirah adalah pelengkap hidup ini. Abg dan Nurin merupakan kekuatan dan semangat Hasni. Syukur ya-Allah kerana mengurniakan ku seorang suami yang soleh. Semoga jodoh kami kekal hingga ke akhir hayat. Semoga keluarga ku sentiasa di rahmati dan diberkati Allah.
No comments:
Post a Comment