Monday, July 12, 2010

::: WeeKenD :::



Hari sabtu weekend, is kerja halfday..mami abah pergi rumah abg ja, tp kak, abg kama dan anak-anak dia ada kat rumah Hasni. Diorang datang jumaat malam sebab hantar abah. So pagi sabtu tu Hasni just kemas rumah dan lepak kat rumah. Dalam pukul 6.30 kak nak balik sendayan manakala kitorang keluar makan ker restoran jemari di kelana jaya. Lepas early dinner kat situ kami solat maghrib kat tabung haji kelana jaya kemudian proceed to rumah abg ja..sampai2 sana diaorg termasuk abah mami dah tunggu kat luar. So kami gerak sekali ke "Taman I-City" shah alam. Ni first time nak pergi sana, 2 minggu lepas kak, abg kama dah bawak anak2 dia ke sana. Time tu hasni tak join. Jadi disebabkan Nurin dah beberapa kali request nak kesana...so sabtu malam tu pergi lah kesana dengan family abg ja, mami abah sekali.

Disebabkan weekend, so mmg ramai sangat orang kat sana. Tempat tu memang cantik..feeling seperti berada di oversea...hehehehehe. Tapi memang cantik lampu2 warna warni dengan lanskap yang menarik. Memang tak rugi. Yang sedihnya...kamera dah bawak awal2 lagi letak dlm handbag...tapiiiiiii battery takde kat dalam tu. Rupa2 nya battery ada kat dalam tempat charger dan Hasni lupa nak keluarkan dan letak dalam kamera. So mmg takde la gambar yang diambil. Frust sangat. Sebab pergi mana2 pun memang hasni bawak kamera. Tiba2 lak jadi mcm ni..kamera ada tp battery yg takde..huhhhh!!! kecewa betul. So untuk mengubat kekecewaan, hasni dan is telah bersepakat untuk berkunjung kesana lagi untuk merakamkan kenangan kami disana...especially gambar nurin. Apa pun kena pergi sana sebelum mami abah balik KB...sebab nk bergambar bersama mami abah jugak.

Sampai rumah dah dekak pukul 12 tgh malam. Is pasang DVD filem karate-kid. Hasni rasa tak sesuai la tajuk filem tu dengan cerita tu. Sepatutnya cerita tu tajuknya ialah kungfu kid bukannya karate kid...ermmmm...Habis cerita dalam pukul 2.30. Pukul 3 pagi baru tido.
Hari Ahad, pagi2 ke pasar segar beli brg2 basah. Kemudian siap2 ke Alamanda sebab hasninak shopping barang skit. Balik rumah dah pukul 3. Masak dan makan...lepak kejap dah maghrib. Semalam tido awal sebab rasa tak larat sangat. Macam nak demam. Is pulak memang nk tido awal sebab dia nak bangun tengok world cup final jam 2 pagi. Bangun pagi ni badan rasa lenguh2 dan rasa panas sejuk...haihhhh jangan la demam.




No comments: